rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 9 March 2012

Si Tanggang Moden 2012

Muka hadapan akhbar Harian Metro hari ini, 09 March 2012 benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang anak. Kisah seorang ibu tua yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Inilah kisah Si Tanggang Moden 2012.

 * Sedih *

Jujur, mengalir airmata saya bila baca berita tersebut. Tak sampai hati saya memikirkan bagaimana seorang anak sanggup membiarkan ibunya yang lumpuh di dalam bilik hotel tu berseorangan. Mungkin anak tersebut ada masalah sendiri, tapi tolonglah jangan buat macam ni dekat ibu kandung anda. Nampak sungguh tak berperikemanusiaan!

Saya juga ada seorang emak yang lumpuh, yang perlu disuap makan, yang perlu ditukar pampers, yang perlu dijaga dan diberi makan ubat bila tiba waktunya, jadi saya sangat-sangat tersentuh dengan berita macam ni. Tak baik si anak ni buat ibunya menangis. Berdosa sekiranya kita sebagai anak, buat emak kita mengalirkan airmata. Berdosa. Allah marah! Cepat-cepatlah mintak maaf dengan ibu kita kalau kita terbuat mereka terasa hati apatah lagi menangis.

Sebenarnya, saya baca sekilas tentang ni di pejabat pagi tadi. Tapi akibat sibuk, tak sempat saya habiskan bacaan. Lagi pulak, saya takut kalau saya baca, saya menangis pulak kat office tu. Malu sepasal! Hehe..

So, balik rumah tadi, saya search myMetro dan dapatkan berita ni. Memang sedih, memang mengalir airmata, tambah lagi bila tengok video makcik ni dok menangis teringatkan anak dia. Aduhai makcik, ni ujian untuk makcik. Allah masih tolong makcik ni sebab ditemukan dengan orang baik-baik. Walaupun, staf dan owner hotel tu orang Cina, tapi hati diorang mulia. Sanggup jaga dan tukarkan pampers makcik ni. Kesiannya! Mungkin anak ini tak fikir "Entah makan ke tidak mak aku ni?" Astaghfirullah al azim!

Tak dapat saya bayangkan kalau mak saya yang jadi macam ni. Nauzubillah ya Allah!

"Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya."


Anda boleh dapatkan bacaan penuh di SINI.

Nauzubillah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari menjadi seperti anak ini. Dan kurniakanlah anak ini keinsafan supaya dapat kembali ke jalan yang benar. Peliharalah ibu ini supaya hatinya sentiasa tenang ya Allah. Amin yarabbal alamin!

Betul kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tapi seorang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu.

Sedih. Sangat menyedihkan!

Kepada si anak, saya faham, mungkin beliau ada masalah dari kewangan atau sebagainya dalam nak menjaga ibu yang sakit ni. Tapi, semua itu kembali kepada niat kita. Niat dalam hati nak jaga emak LILLAHI TA'ALA. InsyaAllah Allah akan mudahkan segalanya.

Macam saya pun sama. Satu demi satu masalah. Tapi, berkat kesabaran dan niat kita tadi tu, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Cuma kita kena selalu ingat, Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah, Ayat 5-6 yang bermaksud ;

"Setiap kesulitan itu disertai dengan kemudahan. (Sesungguhnya) setiap kesulitan itu disertai kemudahan." 

Yakin dan percaya. InsyaAllah ada jalannya.

Pada yang masih ada emak, jaga lah emak anda walau dalam apa keadaan sekalipun. Susah senang suka duka, kita kena niat sentiasa mahukan kebahagiaan untuk mak, insyaAllah Allah makbulkan. InsyaAllah.


---------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Jangan mudah mengalah dengan hidup. What doesn't kill you makes you stronger.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment