rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 15 January 2012

Motivasi Kerja - Gaji

Bulan 5 nanti genap lah dua tahun saya kerja kat tempat kerja sekarang ni. Wah. Cepat. Memang pantas. Tak terasa masa berlalu pergi. Bila dah masuk dua tahun kerja ni, mula lah rasa nak tukar kerja lain pulak. Hehehe..

Mana nak cari kerja yang senang, gaji yang lebih dari sekarang, dan paling penting dekat dengan rumah saya? Ah. Demand!

Oh ye. Belek-belek FB tadi, saya terjumpa komen dari seorang peng'komen' yang mengatakan gaji pemain bola sepak mencecah RM4000! Biar benar!

* Komen seseorang di FB. Sila tengok yang di highlight itu. Tengkiu. :) *
Hebat jugak eh? Saya pun nak jadi pemain bola sepak lah kalau gitu. Boleh? Hikhikhik..

Apa-apa pun, sebenarnya saya agak kuciwa dengan keputusan seri antara Kedah dengan Young Lions dari Singapore sebentar tadi. Seri 0-0 plak tu. Tapi, takpe lah. Better la dari kalah 0-3 dengan T-Team itu hari. Mungkin diorang masih mencari-cari keserasian antara pemain. And good news is, next week (Selasa) maybe Badd dah boleh bermain setelah berehat dari kecederaan yang di alami nya.

Tak tau lah. After all, footbal is not about one player je. It's about teamwork. Lagipun, dengan coach yang sekarang ni, tak tahu lah Kedah boleh menang ke tak. Tapi sebagai supporter, mesti lah saya berharap diorang akan menunjukkan prestasi yang baik game after game. InsyaAllah.

Sebut pasal gaji. Tak dinafikan ia satu motivasi kepada pekerja jugak. Kalau kerja bagai nak rak, tapi gaji ciput, tak syok lah nak kerja. No wonder la ramai yang berpindah randah dari satu tempat kerja ke tempat kerja yang lain. Macam tu jugak la pemain bola sepak nih. Tak boleh ke persatuan ke FAM ke tetapkan satu tangga gaji untuk pemain-pemain. Maksudnya, ada satu standard untuk pemain bola sepak di Malaysia ni. Ye laa, kalau berdasarkan kepada komen dalam FB tu, beza banyak kot RM4000 dengan RM2500 tu. Tak logik la.

And, kalau nampak ada kepincangan dalam persatuan bola sepak negeri, tak boleh ke organisasi tu dirombak balik bagi menjamin kualiti dan prestasi pemain supaya lebih baik? Ini tidak, muka yang sama je dalam organisasi, prestasi pemain pulak semakin lama semakin hambar. Takde peningkatan. Tapi, bila tiba-tiba pemain beralih ke organisasi lain (berhijrah ke kelab lain), mencanak-canak naik pulak prestasi. Tidak ke diorang sense something fishy going on?

Haii.. Entah lah. Apsal ntah tetibe jer saya nak membela nasib pemain-pemain bola sepak kat Malaysia nih. Hehehe. Over la pulak kan??

Takde lah. Just saying jer. Kalau pemain bola sepak takde motivation nak main, diorang akan main bola sepak macam main chess. Kalau pemain bola sepak main bola macam main chess (maksud main slow and sangat boring), tak syok la nak tengok bola sepak lagi dah. Bila tak syok tengok bola sepak, nak tengok ape pulak? Badminton?

Ohhh.. Saya tak minat badminton! Hiks~


------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Dengar kata, bonus saya tahun ni suku bulan gaji je. Harus lah saya nak apply jadi pemain bola sepak jer nanti (kalau lah boleh). Hehehehe.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments:

  1. first time terblogwalking kat sini..memang santai lah belog ini:)

    ReplyDelete
  2. U-ie : First time ye? Dont let it be the last time eh? Hehehe.. Thanks! :)

    ReplyDelete