rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 29 January 2012

Kecewa

Suatu waktu dulu, kehadiran mereka digeruni. Mereka terbang tinggi di udara, tak bisa dihalang. Sungguh megah di udara.

Malangnya, masa berputar, keadaan berubah. Mereka bukan saja tidak digeruni lawan, malah sudah di label 'pasukan belasahan'. Ada pulak yang cakap Zaman Kejatuhan. Suatu gelaran yang sangat, sangat menyakitkan hati kepada penyokong-penyokong setia mereka.

Itulah yang jadi pada pasukan Kenari, Kedah FA. Apa agaknya punca semua kecelaruan ini? Pemain tak bagus? Coach tak pandai ajar? Pengurus tak turun padang? Atau pengurusan tak bayar gaji?

Secara peribadi (sebab saya tak pandai bab teknikal bola sepak), barisan pemain skuad Kenari nampak tak ada masalah. Gandingan striker yang serasi bersama (sejak dulu) Khyril Muhaimeen dan Baddrol Bakhtiar. Pertahanan ada Amar Rohidan (pemain kebangsaan). Masih jugak kekalkan Fiqry dan Faizal Abu Bakar yang lincah. Goalkeeper (utama) baru Abdul Hadi pun bagus. At least, kalau nak dibandingkan dengan prestasi Helmi Eliza Elias yang dah merundum tahap gaban tu lah kan.

Tapi, kenapa sampai 5 perlawanan masih belum ada kemenangan? Dalam 4 perlawanan tak menjaringkan gol langsung! Gol sulung hasil tendangan leret Khyril Muhaimeen pon baru muncul 28 Januari 2012 (Kedah vs Johor FC) tadi. Setakat 5 perlawanan ni, hanya 1 gol berjaya dijaringkan dan sebaliknya, 9 kali jaring Kedah dibolosi. 3 kena dengan T-Team, 3 dengan Kelantan dan sebentar tadi, 3 dengan Johor FC.

Whattt?? I mean, Johor FC???

* Kedah vs Johor FC - 28 Januari 2012*

Aduhaii.. Memang perit! Nak pulak baca komen-komen kat YouTube.

* Perit *

Termasuk kali ni, dah dua kali penyokong Kedah buat demonstrasi dekat astaka utama Stadium Darul Aman, minta pengurus nya Datuk Khazali Din letak jawatan. Dan seiring dengan kehadiran semula (setelah digantung 4 perlawanan) Haji Radhi Mat Din, caretaker (coach sementara) Kedah sebelum ni Mohd Nizam Adha pun dah letak jawatan. Kembalikan baton pada Radhi, yang mana coach sebenar Wan Jamak kena gantung 7 perlawanan (yang saya masih kurang pasti kenapa dan apa sebabnya).

Masalahnya sekarang, kenapa Kedah begitu teruk musim ni? Kenapa pemain Kedah (yang bertaraf pemain kebangsaan pun) main bola macam dalam liga kampung je? Kenapa main bola tak bersungguh?

Pelik tak? Sebagai penyokong, saya boleh faham dalam bola sepak ada team yang kalah, ada yang menang. Tapi saya kurang faham, kenapa sampai 4 perlawanan (yang lepas) masih ketandusan gol??? Teruk sangat ke line-up player Kedah musim ni?

Alhamdulillah. Badi 'goal-less' tu dah ditamatkan Khyril Muhaimeen tadi. Cuma, saya harap, jangan lah satu gol ni jer sampai hujung musim!

Hairan kenapa Baddrol Bakhtiar ambil sepakan sudut, tapi melencong entah ke mana. Sedangkan dia dah biasa dengan corner kicks. I mean, itu makanan dia je. Tapi, memandangkan Haji Hasbullah Awang cakap dia masih belum pulih sepenuhnya, so OK lah. Excuse accepted lah.

Mungkin ada masalah antara players dengan pengurusan. Cuma itu je saya nampak sekarang. Saya tak pandai nak cakap pasal taktikal lah, apa lah, itu bukan 'makanan' saya. Saya bercakap dari sudut seorang pekerja. Saya sebagai pekerja kepada majikan saya, dan pemain-pemain Kedah juga pekerja kepada pengurusan diorang.

Kisah Benar

Sejak sebulan sudah, kecoh di tempat kerja saya pasal bonus hujung tahun yang biasa diberi bulan Januari. Ada ura-ura mengatakan mungkin tak ada bonus. Ada jugak ura-ura mengatakan kemungkinan suku bulan gaji je bonus. Ada juga yang cakap, kalau dapat pun bonus, mungkin awal bulan Februari.

OK. Apa impaknya perkara ni kepada kitorang? Pekerja-pekerja yang berdedikasi lagi berkaliber ni?

Paling nyata, moral kitorang untuk bekerja dah down. Buat kerja separuh hati. Masuk keja lambat pon masing-masing wat derk je. Biarlah. Apa nak kisah, bonus pun suku jer.

Ayat-ayat macam ni biasa dah bagi kitorang sejak sebulan ni;

"Apa yang hang rajin sangat? 'Suku' je pon.." Suku merujuk kepada bonus yang bakal didapati, entah wujud atau tak bonus tu.


"Itu pun kalau ada!" Balas yang lain.


Hurmm.. Sedih betul nasib kitorang.

Analogi

Nampak apa persamaannya?

Saya bukan nak membuat provokasi tentang pengurusan Kedah Footbal Association (KFA) terhadap pemain-pemain team Kedah ni. Tapi, secara nyatanya macam tu lah. Dalam satu organisasi kerja, bila ada yang pekerja tak puas hati, lepas tu bila disuarakan, tak pulak diambil kisah oleh department head, memberontak la jadinya. Protes.

Yang nyata, moral kita akan jadi down sebab perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh oleh pihak atasan. Tak kisahlah soal gaji ke, bonus ke, soal makan ke, hatta soal tandas tersumbat sekalipun. Seremeh-remeh benda lah. 

Mungkin itu lah yang jadi dalam team kesayangan saya sekarang ni. Tak tahu lah kan. Wallahu'alam.

Apa-apa pun saya harapkan kemenangan akan tiba untuk team Kenari tersayang. Saya kalau boleh taknak diorang jatuh ke Liga Perdana. Tapi, kalau itu yang pihak pengurusan nak, tak tahu lah.

Saya rasa kena buat rombakan kepada organisasi. Mungkin ada rahmatnya. InsyaAllah. Saya tetap sayang dan sokong Kenari. Kedah tetap di hati!


------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Manchester United pun dah kalah dengan Liverpool. Aduhh.. Kekecewaan Berganda!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment