Penutup 2011 dan pembuka 2012 yang kurang best lah untuk kita, memandangkan kedua-dua manusia tersebut beragama Islam.
Saya tak berniat nak mengutuk, mengeji, menghina (atau apa-apa juga kata yang sewaktu dengannya) kepada mereka berdua ni. Tapi, saya juga tak menyokong apa lagi berasa gembira dengan tindakan kedua-dua manusia ini.
Bagi saya, kejadian seperti ni bukan lagi kisah terpencil yang melibatkan anak-anak muda dan remaja Malaysia. Kedua-dua manusia ini hanya 'contoh' saja.
Dalam rancangan Halaqah TV9 minggu lepas, seorang kaunselor jemputan (sorry bebanyak sebab saya tak ingat namanya) mengatakan jumlah gay di Malaysia pada 2011 adalah sekitar 350,000 orang! Astaghfirullah al azim. Dan seperti sedia maklum, golongan ni terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari golongan profesional kepada golongan biasa dan pelajar.
Aduhai. Mengerikan!
Mau tak ngeri. Kalau semua lelaki single kat Malaysia ni jadi gay, takkan saya kena berhijrah ke Iran ke Iraq ke Rusia semata-mata nak cari seorang 'lelaki' untuk dijadikan husband? Itupun kalau diorang hadap sangat lah dengan saya. Kalau tak, andalusia la saya jawabnya! Nauzubillah!
Bak kata Maher Zain dalam lagu beliau, Awaken ;
Saya taknak komen banyak-banyak tentang kes culture shock nih. Bila tengok emak beliau dah back-up anak dara dia baek punye, saya pon terbantut nak komen. Hehehe.. Ye laa kan, emak sendiri pun tak kisah, siapa lah kita nak judge beliau kan?
Kata Sami Yusuf dalam lagu beliau, You Came To Me ;
Lagipun, dah ramai yang bagi pendapat. Tak kurang jugak yang kutuk kaw-kaw punye.
Yang kutuk-kutuk sangat tu, kena ingat jugak ye. Jangan kita kutuk seseorang atas kesalahan dia. Sebab kita sendiri tak pasti ending hidup kita ni macam mana. Mana tahu kita jadi lebih teruk dari tu. Nauzubillahi min zalik.
Kena ikut cakap Nabi kita yang tersayang, Muhammad s.a.w ;
"Sekiranya kamu melihat kemungkaran, haruslah kamu mengubah dengan tangannya. Jika itu tidak mampu, hendaklah ditegur dengan lidah dan kalau tak mampu, cukuplah dibenci kemungkaran itu dalam hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman."
Takde pun Nabi suruh kutuk, ape lagi mengeji seseorang. Kan? So, ikut lah cakap Nabi. Itu lebih baik. :)
Apa-apa pun, all focus should be to ourselves. Sama-sama kita perbaiki diri. InsyaAllah.
---------------------------------------------------------------------------------
yus cakap : Harap-harap janganlah semua lelaki kat Malaysia ni jadi gay. Saya tak cukup bajet nak berhijrah ke negara lain untuk cari husband. Hikhikhik.. :D
Bookmark this post: |






orang skrng pantang nmpk silap sket..trus maki hamun..huhu..knon mcm org tuh trok sgt bt slh.tk phm btui..=(
ReplyDelete