rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Saturday, 19 May 2012

T.A.M.A.T

It's been a long time since my last entry. Err.. Apakah mimpi berbicara English pulak. Adeh.

OK lah. Saya mengaku dah kurang komitmen untuk berblog. Dah kurang entri dalam blog saya. Dah makin kurang kerap saya jenguk blog. Dan atas kekurangan demi kekurangan ini saya mengisytiharkan dengan rela hati bahawa saya akan stop berblogging mulai sekarang (12.11 am, 19 May 2012, 27 Jamadilakhir 1433H). 

Walaubagaimanapun, saya tidak akan men'delete' *hilang terus kemelayuan bahasa saya* blog ini terus, sebab mungkin masih ada yang boleh diambil manfaat dari entri yang lepas-lepas. Tapi, if any enquiries whatsoever, tak perlu lah komen di entri lagi, coz if you do, dont expect me to reply it ASAP, because i might not visit my own blog sekarang ni. Kalau nak tanya jugak, do klik tab 'Hubungi Saya' kat atas tu ye. Yang tu confirm saya akan jawab. Tapi, jangan lupa sertakan emel anda. Thanks.

Sedih jugak sebenarnya nak ambil keputusan ni. Tapi apakan daya, dah saya memang takde komitmen nak teruskan mengepost entri-entri berkualiti untuk anda lagi. Jadi, menghentikan penulisan blog adalah keputusan terbaik yang saya boleh buat untuk masa ini. Biasa lah kan. Yang bermula pasti akan ada akhirnya. Itu aturan alam. :)

Kepada Followers blog saya sekarang, saya tak kecik hati kalau anda berniat untuk Unfollow. Nak watpe dah. Takde maknenye follow kalau takde entri baru. Tak gitu? :D

Apalagi saya nak tulis? Oh. Saya mohon maaf kalau sepanjang penulisan saya ada menyentuh hati, limpa, jantung, buah pinggang, perut *dan apa-apa juga organ dalaman anda* sampai buat anda menyampah dengan tulisan saya. Sorry, saya tak pernah berniat untuk sakitkan hati *dan organ dalaman* anda. Semua khilaf diri saya sendiri.

 Hurm. Itu je lah kot. May Allah bless you all.

* Says it all *


-----------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Assalamualaikum. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 10 April 2012

Priority Test - Kuiz Keutamaan Anda

Dalam kehidupan seharian kita, kesibukan kadang-kadang boleh membuatkan kita jadi lupa (atau tak sedar and tak tahu) apa yang menjadi keutamaan kita. Apa kata kita rileks-rileks dengan kuiz ni, di samping dapat jugak kita tahu apa sebenarnya perkara yang menjadi keutamaan kita. :)

**********

OK. First, sila bayangkan anda dalam situasi berikut. 

Apa yang akan anda lakukan bila: 

1) Bayi menangis.
 

2) Baju di penyidai and waktu dah nak hujan sesangat dah. 
 

3) Dari paip air, kedengaran air paip mengalir deras. 
 

4) Loceng pintu pulak berbunyi. 
 

5) Telefon berdering. 

Now, anda ambil masa sekarang and fikir. Yang mana satu menjadi turutan keutamaan anda? Adakah anda akan jawab telefon dulu? Atau nak tutup paip air dulu? Atau tenangkan baby yang tengah nangis? 

Fikir. Sebab turutan yang anda pilih itu akan beri maksud apa sebenarnya keutamaan anda dalam hidup anda. :) 

Lepas anda fikir mana satu turutan keutamaan anda, jom kita tengok apa maksudnya. 

|
|
|

1) Family / Keluarga 

2) Seks 

3) Kekayaan 

4) Rakan / Saudara-mara

5) Kerjaya


Jadi, apa keutamaan anda? Hehehe.. 

Sumber dari SINI.


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap :  Turutan keutamaan saya 2-1-3-4-5. Rasanya betul, just that secara realitinya, saya rasa saya lebih utamakan no 1 (yakni family/keluarga) than no 2 tu. Hiks~ :D


Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 9 March 2012

Si Tanggang Moden 2012

Muka hadapan akhbar Harian Metro hari ini, 09 March 2012 benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang anak. Kisah seorang ibu tua yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Inilah kisah Si Tanggang Moden 2012.

 * Sedih *

Jujur, mengalir airmata saya bila baca berita tersebut. Tak sampai hati saya memikirkan bagaimana seorang anak sanggup membiarkan ibunya yang lumpuh di dalam bilik hotel tu berseorangan. Mungkin anak tersebut ada masalah sendiri, tapi tolonglah jangan buat macam ni dekat ibu kandung anda. Nampak sungguh tak berperikemanusiaan!

Saya juga ada seorang emak yang lumpuh, yang perlu disuap makan, yang perlu ditukar pampers, yang perlu dijaga dan diberi makan ubat bila tiba waktunya, jadi saya sangat-sangat tersentuh dengan berita macam ni. Tak baik si anak ni buat ibunya menangis. Berdosa sekiranya kita sebagai anak, buat emak kita mengalirkan airmata. Berdosa. Allah marah! Cepat-cepatlah mintak maaf dengan ibu kita kalau kita terbuat mereka terasa hati apatah lagi menangis.

Sebenarnya, saya baca sekilas tentang ni di pejabat pagi tadi. Tapi akibat sibuk, tak sempat saya habiskan bacaan. Lagi pulak, saya takut kalau saya baca, saya menangis pulak kat office tu. Malu sepasal! Hehe..

So, balik rumah tadi, saya search myMetro dan dapatkan berita ni. Memang sedih, memang mengalir airmata, tambah lagi bila tengok video makcik ni dok menangis teringatkan anak dia. Aduhai makcik, ni ujian untuk makcik. Allah masih tolong makcik ni sebab ditemukan dengan orang baik-baik. Walaupun, staf dan owner hotel tu orang Cina, tapi hati diorang mulia. Sanggup jaga dan tukarkan pampers makcik ni. Kesiannya! Mungkin anak ini tak fikir "Entah makan ke tidak mak aku ni?" Astaghfirullah al azim!

Tak dapat saya bayangkan kalau mak saya yang jadi macam ni. Nauzubillah ya Allah!

"Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya."


Anda boleh dapatkan bacaan penuh di SINI.

Nauzubillah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari menjadi seperti anak ini. Dan kurniakanlah anak ini keinsafan supaya dapat kembali ke jalan yang benar. Peliharalah ibu ini supaya hatinya sentiasa tenang ya Allah. Amin yarabbal alamin!

Betul kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tapi seorang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu.

Sedih. Sangat menyedihkan!

Kepada si anak, saya faham, mungkin beliau ada masalah dari kewangan atau sebagainya dalam nak menjaga ibu yang sakit ni. Tapi, semua itu kembali kepada niat kita. Niat dalam hati nak jaga emak LILLAHI TA'ALA. InsyaAllah Allah akan mudahkan segalanya.

Macam saya pun sama. Satu demi satu masalah. Tapi, berkat kesabaran dan niat kita tadi tu, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Cuma kita kena selalu ingat, Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah, Ayat 5-6 yang bermaksud ;

"Setiap kesulitan itu disertai dengan kemudahan. (Sesungguhnya) setiap kesulitan itu disertai kemudahan." 

Yakin dan percaya. InsyaAllah ada jalannya.

Pada yang masih ada emak, jaga lah emak anda walau dalam apa keadaan sekalipun. Susah senang suka duka, kita kena niat sentiasa mahukan kebahagiaan untuk mak, insyaAllah Allah makbulkan. InsyaAllah.


---------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Jangan mudah mengalah dengan hidup. What doesn't kill you makes you stronger.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 8 March 2012

Hanya Sekadar Picisan

Ehem. Bismillahirrahmanirrahim. Langkah masuk rumah sendiri dengan penuh hati-hati. Bukan ape, dah lama tak masuk rumah ni, dah bersawang bagai. Sabo je laa.. Hehe..

OK. Fine. Taknak kasi alasan why saya tak update blog setelah sekian lama. Bukan tak online, tapi masa untuk online sangat terhad sekarang. Waktu malam after balik kerja dan makan, ada lah dua tiga jam nak online. Then jam 11 saya kena tidur because at 4 in the morning, saya dah kena bangun. That is why masa untuk berblog tu agak kurang.

Bukan tak boleh mengupdate blog dalam masa dua tiga jam tu. Tapi, saya tak begitu gemar mencemarkan blog dengan entri-entri luahan perasaan semata-mata. Almaklum, saya bukan orang femes tahap gaban yang kalau keluarkan entri luahan perasan, berdozen-dozen manusia yang datang bagi support and all that. Only if dalam entri luahan perasaan tu saya dapat mengajak diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan, then saya akan update. 

Sebab sekarang kalau saya nak merapu meraban bagai, nak buat luahan perasaan atau nak lepaskan geram, saya akan buat karangan pendek, maksimum 140 perkataan jer. Tweet dekat Twitter. Thats all. Mudah, cepat dan paling penting, no one cares! Hehehe.. Still, i'm not famous in Twitter either and nobody knows me there, but that's what Twitter is all about. We care for only things that we want to care about. Hehe..

* The Interface *

Saya bukan cari publisiti di Twitter. Sekadar menjerit merepek dan meraban boleh la kat sana. As i said, itu tempat untuk luahan perasaan yang dikategorikan sebagai 'entah-apa-apa-entah'. Hahaha.. Boleh gitu? :D 

Kat Facebook pon saya dah jarang update status. Sebab? Saya bukan attention seeker. Hahahha.. Marah pulak sesape yang rajin update status tu! 

Janganlah marah. Gurau-gurau jer. :D 

OK lah. InsyaAllah, saya akan update entri yang lebih bermanfaat lepas ni. Maybe it will takes time for me to keep on updating this blog, but i do really appreciate for those yang sudi singgah, sudi baca and sudi follow blog buruk ni.

Semoga anda mendapat something yang bermanfaat dari sini, dan semoga Allah merahmati anda. InsyaAllah, amin. :) 


----------------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Another rubbish entry from me. Hahaha.. Sorry! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 8 February 2012

Muhasabah Diri

MasyaAllah. Begitu cepat masa meninggalkan kita. Hari ni, 8 Februari 2012 adalah hari ke 39 dalam 2012. Secara matematik nya, sudah lebih 10% dari 2012 telah pun berlalu. Benarlah firman Allah yang bermaksud;

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan mereka yang beramal soleh, dan (mereka) yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran." (Surah Al-'Asr, Ayat 1-3)

Entah kenapa, semakin hari saya rasa macam makin jauh dari Allah. Nauzubillah. Astaghfirullah al azim. Entah kenapa, saya merasakan buku amalan saya macam makin buruk. Kalau dalam report card time-time sekolah dulu, mungkin penuh dengan dakwat merah.

Allah. Begitu malu diri ini. Astaghfirullah al azim..

Dulu. Time study, paling kurang, seminggu akan ada satu solat sunat yang saya buat. Paling-paling cikai pun solat sunat hajat.

Sekarang? Sebulan sekali pun payah. Jangan kata solat sunat, solat yang wajib pun liat nya nak tunaikan! Ya Allah, agaknya dah penuh dengan setan kot dalam perut neh! Astaghfirullah al azim!!

Dulu. Puasa sunat saya memang rajin. Bukan saya nak membangga diri, takde niat, cuma sekadar bermuhasabah diri sendiri. Tapi itu dulu. Once upon a time.

Sekarang ni, susah benor nak puasa sunat. Asyik makan, makan, makannnnn aje! Tak sedar-sedar diri badan dah naik. Haa.. Padan muka saya!

Dulu, tiap kali lepas solat Maghrib, saya akan pastikan saya dapat habiskan baca sekurang-kurangnya dua muka surat dari Al-Quran.

Sekarang. Nak selak kulit Al-Quran tu pon payah bebenor!

Astaghfirullah al azim ya Allah!!

Kenapa teruk sangat saya sekarang ni? Kenapa dah jadi macam orang Jahiliyah dah saya ni? Nauzubillah ya Allah!

Ya Allah, tolonglah ya Allah.

Mungkin saya akan salahkan masa. Ohh.. Saya takde masa. Ohh.. Saya sibuk kerja. Ohh.. saya letih.. Itu ini.. Blablabla..

Tapi, tak sedarkah saya betapa banyak saya berhutang dengan Allah. Nikmat hidup yang diberikan terlalu banyak kepada saya. Tak tahu kah saya untuk mengucapkan syukur?

Astaghfirullah al azim!

Ini lah manusia. Hanya ingat Allah bila dalam kesusahan, bila dalam kesulitan. Maafkan saya wahai Allah!

Mungkinkah sebab terlalu banyak gelak, hati saya dah jadi keras? Sinar iman dah tak dapat masuk dalam hati saya? Ya Allah!! Janganlah Kau hukum aku begitu wahai Allah. Tolonglah hambaMu ini. Kembalikan aku ke jalanMu yang Kau redhai ya Allah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya." (Surah An-Nisa', Ayat 136)

Nauzubillah. Jauhkan saya dari kesesatan. Tetapkanlah iman ku ini ya Allah!

Inilah namanya iman senipis kulit bawang. Makin hari bukan makin menebal, tapi sebaliknya. Astaghfirullah al azim!

Sedang saya berfikir dan melayan jiwa yang tak ketahuan ni, saya godek-godek YouTube. Alhamdulillah, saya jumpa video dari Ustaz Don. Tajuknya Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras. Bila saya dengar, memang betul. Ustaz ada sebut, terlalu banyak ketawa yang sia-sia, akan buat hati jadi keras. Bila hati jadi keras, di akhirat kelak, kita akan duduk paling jauh dari Allah!

Ya Allah! Astaghfirullah al azim!!

Saya tak mahu duduk jauh dari Allah. Siapa lah saya, hamba yang kerdil ni kalau Allah palingkan wajahNya dari saya? Nauzubillah. Maafkan saya ya Allah!

Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;

"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t itu adalah mereka yang berhati keras." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

* Sama-sama bermuhasabah diri *

1) Elakkan bergosip, mengumpat, mengata.
2) Selitkan ucapan-ucapan yang boleh mengingatkan diri kepada Allah. Contohnya, MasyaAllah, InsyaAllah, Alhamdulillah.
3) Selalu merenung diri sendiri. Ingat bahawa mulut, telinga, mata, akan menjadi saksi di akhirat kelak.
4) Selalu berdoa agar Allah melembutkan hati kita. Agar Allah jadikan cahaya dan ketenangan dalam hati.
5) Selalu baca Surah Alam Nasyrah (Al-Insyirah).

Itu antara intipati kata-kata ustaz. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.



----------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Pesanan untuk diri sendiri yang sangat sangat sangat mudah lupa! Please, i need someone to ALWAYS guide and remind me of this! :(
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 29 January 2012

Kecewa

Suatu waktu dulu, kehadiran mereka digeruni. Mereka terbang tinggi di udara, tak bisa dihalang. Sungguh megah di udara.

Malangnya, masa berputar, keadaan berubah. Mereka bukan saja tidak digeruni lawan, malah sudah di label 'pasukan belasahan'. Ada pulak yang cakap Zaman Kejatuhan. Suatu gelaran yang sangat, sangat menyakitkan hati kepada penyokong-penyokong setia mereka.

Itulah yang jadi pada pasukan Kenari, Kedah FA. Apa agaknya punca semua kecelaruan ini? Pemain tak bagus? Coach tak pandai ajar? Pengurus tak turun padang? Atau pengurusan tak bayar gaji?

Secara peribadi (sebab saya tak pandai bab teknikal bola sepak), barisan pemain skuad Kenari nampak tak ada masalah. Gandingan striker yang serasi bersama (sejak dulu) Khyril Muhaimeen dan Baddrol Bakhtiar. Pertahanan ada Amar Rohidan (pemain kebangsaan). Masih jugak kekalkan Fiqry dan Faizal Abu Bakar yang lincah. Goalkeeper (utama) baru Abdul Hadi pun bagus. At least, kalau nak dibandingkan dengan prestasi Helmi Eliza Elias yang dah merundum tahap gaban tu lah kan.

Tapi, kenapa sampai 5 perlawanan masih belum ada kemenangan? Dalam 4 perlawanan tak menjaringkan gol langsung! Gol sulung hasil tendangan leret Khyril Muhaimeen pon baru muncul 28 Januari 2012 (Kedah vs Johor FC) tadi. Setakat 5 perlawanan ni, hanya 1 gol berjaya dijaringkan dan sebaliknya, 9 kali jaring Kedah dibolosi. 3 kena dengan T-Team, 3 dengan Kelantan dan sebentar tadi, 3 dengan Johor FC.

Whattt?? I mean, Johor FC???

* Kedah vs Johor FC - 28 Januari 2012*

Aduhaii.. Memang perit! Nak pulak baca komen-komen kat YouTube.

* Perit *

Termasuk kali ni, dah dua kali penyokong Kedah buat demonstrasi dekat astaka utama Stadium Darul Aman, minta pengurus nya Datuk Khazali Din letak jawatan. Dan seiring dengan kehadiran semula (setelah digantung 4 perlawanan) Haji Radhi Mat Din, caretaker (coach sementara) Kedah sebelum ni Mohd Nizam Adha pun dah letak jawatan. Kembalikan baton pada Radhi, yang mana coach sebenar Wan Jamak kena gantung 7 perlawanan (yang saya masih kurang pasti kenapa dan apa sebabnya).

Masalahnya sekarang, kenapa Kedah begitu teruk musim ni? Kenapa pemain Kedah (yang bertaraf pemain kebangsaan pun) main bola macam dalam liga kampung je? Kenapa main bola tak bersungguh?

Pelik tak? Sebagai penyokong, saya boleh faham dalam bola sepak ada team yang kalah, ada yang menang. Tapi saya kurang faham, kenapa sampai 4 perlawanan (yang lepas) masih ketandusan gol??? Teruk sangat ke line-up player Kedah musim ni?

Alhamdulillah. Badi 'goal-less' tu dah ditamatkan Khyril Muhaimeen tadi. Cuma, saya harap, jangan lah satu gol ni jer sampai hujung musim!

Hairan kenapa Baddrol Bakhtiar ambil sepakan sudut, tapi melencong entah ke mana. Sedangkan dia dah biasa dengan corner kicks. I mean, itu makanan dia je. Tapi, memandangkan Haji Hasbullah Awang cakap dia masih belum pulih sepenuhnya, so OK lah. Excuse accepted lah.

Mungkin ada masalah antara players dengan pengurusan. Cuma itu je saya nampak sekarang. Saya tak pandai nak cakap pasal taktikal lah, apa lah, itu bukan 'makanan' saya. Saya bercakap dari sudut seorang pekerja. Saya sebagai pekerja kepada majikan saya, dan pemain-pemain Kedah juga pekerja kepada pengurusan diorang.

Kisah Benar

Sejak sebulan sudah, kecoh di tempat kerja saya pasal bonus hujung tahun yang biasa diberi bulan Januari. Ada ura-ura mengatakan mungkin tak ada bonus. Ada jugak ura-ura mengatakan kemungkinan suku bulan gaji je bonus. Ada juga yang cakap, kalau dapat pun bonus, mungkin awal bulan Februari.

OK. Apa impaknya perkara ni kepada kitorang? Pekerja-pekerja yang berdedikasi lagi berkaliber ni?

Paling nyata, moral kitorang untuk bekerja dah down. Buat kerja separuh hati. Masuk keja lambat pon masing-masing wat derk je. Biarlah. Apa nak kisah, bonus pun suku jer.

Ayat-ayat macam ni biasa dah bagi kitorang sejak sebulan ni;

"Apa yang hang rajin sangat? 'Suku' je pon.." Suku merujuk kepada bonus yang bakal didapati, entah wujud atau tak bonus tu.


"Itu pun kalau ada!" Balas yang lain.


Hurmm.. Sedih betul nasib kitorang.

Analogi

Nampak apa persamaannya?

Saya bukan nak membuat provokasi tentang pengurusan Kedah Footbal Association (KFA) terhadap pemain-pemain team Kedah ni. Tapi, secara nyatanya macam tu lah. Dalam satu organisasi kerja, bila ada yang pekerja tak puas hati, lepas tu bila disuarakan, tak pulak diambil kisah oleh department head, memberontak la jadinya. Protes.

Yang nyata, moral kita akan jadi down sebab perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh oleh pihak atasan. Tak kisahlah soal gaji ke, bonus ke, soal makan ke, hatta soal tandas tersumbat sekalipun. Seremeh-remeh benda lah. 

Mungkin itu lah yang jadi dalam team kesayangan saya sekarang ni. Tak tahu lah kan. Wallahu'alam.

Apa-apa pun saya harapkan kemenangan akan tiba untuk team Kenari tersayang. Saya kalau boleh taknak diorang jatuh ke Liga Perdana. Tapi, kalau itu yang pihak pengurusan nak, tak tahu lah.

Saya rasa kena buat rombakan kepada organisasi. Mungkin ada rahmatnya. InsyaAllah. Saya tetap sayang dan sokong Kenari. Kedah tetap di hati!


------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Manchester United pun dah kalah dengan Liverpool. Aduhh.. Kekecewaan Berganda!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 24 January 2012

Tahun Naga 2012

Ohhoohooii.. *Gaya ala-ala Datuk M Daud Kilau dengan kilauan gigi emasnya* Hahaha..

Selamat Tahun Baru Cina.. Gong Xi Fa Cai..

 * Garangnyer Gambar.. Hiks~ *

Err.. Dah ketinggalan keretapi ke saya? Baru nak wish tahun baru? Hahaha.. Biasak bro! Cuti panjang.. Syok woo!! Sampai malas nak menaip. Hehehe.. :D

Baik. Tahun ni tahun Naga ye adik-adik. Tahun yang disukai dan dinantikan oleh kaum Cina. Tahun yang bawa 'Ong' bagi diorang. Dalam kalendar Chinese, Naga ialah haiwan kelima selepas Arnab. Dan ia terbahagi kepada lima elemen. Iaitu Naga Api, Naga Air, Naga Besi, Naga Kayu dan Naga Bumi. Tahun 2012 ni tiba turn Naga Air punya tahun.

* Tahun-tahun Naga *

PERSONALITI 

Naga memberi simbol tuah dan nasib baik, serta kekuasaan. Jadinya, orang-orang yang lahir dalam tahun Naga ni wajar dihormati dan dimuliakan. Sebab tu lah, ibu bapa kaum Cina amat suka kalau anak nya dilahirkan dalam tahun ini. 

KARAKTERISTIK 

Secara umumnya, orang-orang yang lahir dalam tahun Naga mempunyai sikap seperti berikut :
  • Innovatif
  • Fleksibel
  • Yakin diri
  • Berani
  • Daya usaha tinggi 
  • Sombong
  • Bijaksana
  • Teliti
  • Mudah marah
  • Tak dapat dijangka
SERASI BERSAMA

Orang-orang yang dilahirkan dalam tahun Naga sangat serasi dengan orang-orang yang lahir dalam tahun Tikus, Monyet, Ular, dan dengan orang yang lahir dalam tahun Naga sendiri.

Sebaliknya, mereka sangat tak serasi dengan orang-orang yang lahir dalam tahun Lembu, Arnab, Kambing dan Anjing.

OK lah. Apa kes pulak cerita pasal Naga-naga bagai ni eh? 1 Malaysia maaa! Hahhaa..

Ada beberapa orang tersayang saya yang lahir dalam tahun Naga. First of course lah, mak saya yang tersayang. Lahir tahun 1952, Tahun Naga Air. Dan seorang lagi.. Err.. Ehem-ehem.. Aduiyaii.. Malu pulak nak mention nama nya. Takpe lah.. Anda faham-faham je lah sape. Beliau jugak tahun Naga (Bumi), 1988.

Malangnya, saya dilahirkan dalam tahun Lembu. Tak sesuai menurut feng shui Chinese, Lembu dengan Naga. Tak ada persefahaman.

Kalau zodiak English pun, Virgo (saya) tak sesuai dengan Aquarius (beliau). Aduhai.. Kenapa semua tak suka kami bersatu?? 

Wuaaaaa.. *Meraung-raung kesedihan* (Err.. Stop je lah drama Melayu. Tak payah nak meraung sangat lah!)

Huhuhu..

Tapi kan, untuk kesekian kalinya, seperti yang dah saya utarakan dalam entri previous tentang Statistik Tipu Pakcik Gugel, sekali lagi Pakcik Gugel buat silap yang nyata. Ade pulak kali ni statistik utama saya adalah yang ini.

* Pakcik Gugel Buat Statistik Tipu.. LAGI! *

Mana lah pernah saya buat entri camtu. Saya tak tau pon kehidupan peribadi beliau, walaupun saya sangat suka *tahap gila* kan beliau. Takkan saya nak reka-reka cerita tentang tu kan? Untuk apa? Honestly, saya lagi hope beliau single mingle and available supaya.. Err.. Takde pape lah! *Blushing* 

Ah.. Apsal ngengade lebih pulak saya nih. Astaghfirullah! 

Daripada saya terus meraban, lebih baik stop di sini je lah ye kawan-kawan. Diharap tahun ini akan memberi sejuta kebahagiaan kepada anda semua! Aminn..


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Happy Birthday untuk beliau 1 Februari nanti. All the best to you in this year of yours. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook