rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 8 December 2011

Senyum vs Masalah

Suatu hari di tempat kerja.

"Yus ini, asyik senyum, ketawa saje. Tak ada masalah ya?"

Teguran macam ni dah selalu sangat saya dapat. Seolah-olah saya ni makhluk asing yang asyik ketawa dan membuat semua orang kat tempat kerja saya jadi hairan.

"Selalu kan, kalau dah tengah-tengah bulan, mesti orang akan kurang senyum, apa lagi ketawa." Kata rakan saya lagi.

"Kenapa ya?" Pelik jugak. Kenapa pulak ada hari-hari yang orang boleh senyum, ada hari yang orang tak boleh senyum. Musykil!

"Sebab.. Bila dah tengah bulan, duit pun sudah mengering.."

Saya ketawa besar. Ingat kan sebab apa, rupanya sebab tak ada duit yang sampai tak boleh senyum tu.

"Tengok tu. Ketawa lagi." Katanya dengan wajah serius. "Saya cakap betul. Bila dah tengah bulan, duitnya sudah habis bayar hutang, sudah habis beli barangan itu ini.. Jadinya, muka pun sudah tak boleh senyum. Masam saja.."

Penjelasan rakan saya tadi membenihkan satu pertanyaan dalam kepala saya. Lalu saya utarakan soalan ni kepada dia.

"Andy (bukan nama sebenar), kalau bermuka masam tu, duit akan datang sendiri ker? Masalah akan hilang ker?" Tanya saya dalam senyum.

Andy akhirnya senyum. "Betul jugak ya?" Akuinya.

Semua manusia dalam dunia ni ada masalah masing-masing. Saya, anda, mereka. Semua yang bergelar manusia. Masalah wujud di mana-mana.

Masalah saya mungkin tak sama dengan masalah anda. Masalah anda mungkin tak sama dengan masalah mereka. Tapi, persamaan masalah saya dengan masalah anda dan mereka ialah masalah berjaya membuatkan kita runsing, tak tentu arah dan bingung.

Berbalik kepada soalan saya tadi, bila ada masalah, kenapa perlu masamkan wajah kepada orang lain? It is normal untuk rasa bingung dan runsing tu, tapi it is not needed to spread your problems or worriness to other person.

Maksudnya, bila anda runsing ditimpa masalah, jangan sampai orang disekeliling anda berasa bermasalah jugak dengan masalah anda. Sudah lah anda bermasalah, anda membuatkan orang tertekan pulak dengan sikap anda. Dan ini boleh menimbulkan permasalahan kepada orang lain pulak.

Virus!

Hehehe.. Tak bagus kan macam tu?

Jadi, SENYUM lah! Bukan susah pun. Nak ajar ke macam mana nak senyum? Hehehe..

* Saya sangat suka senyuman Julia Roberts. Sangat cantik! *

Kalau ada masalah sekalipun, ia bukan penghalang untuk anda senyum kepada orang di sekeliling anda. Macam yang saya cakap tadi, kalau anda berwajah masam, boleh kah masalah hilang? Berkurang ke penderitaan hati anda tu?

Dalam satu kajian mengatakan bahawa, untuk senyum kita menggunakan hanya 17 otot berbanding bermasam muka, iaitu sebanyak 43 otot. Tak ke rugi? Sebab tu kalau asyik masam je muka, murung aje, kita jadi cepat letih.

Malah, ada lagi kajian yang mendapati dengan senyum, ia akan mengurangkan paras tekanan darah. Dengan ketawa pulak, anda juga boleh mengempiskan perut. Tindakannya umpama senaman kepada abdomen, diafragma, bahu dan hati. Saintis di Universiti Vanderbilt mendapati bahawa ketawa dapat membakar kalori sebanyak 20%!

Wow! Great news for those yang nak kurangkan kalori badan tu. Hehehe..

Yang lebih penting, apa junjungan besar Nabi Muhammad sebut tentang faedah senyum ni?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim. 

Malah, mesti kita pernah dengar kan satu kata-kata;

Senyum Satu Sedekah

Dan juga;

Laughter Is The Best Medicine

Menurut kajian lagi, dengan senyum seseorang akan menghasilkan sejenis hormon endorfin iaitu sejenis hormon gembira. Ia juga akan meningkatkan sejenis bahan kimia dalam badan iaitu Serotonin, yang berupaya mengurangkan tahap tekanan seseorang.

Jadi, senyum lah. Tak kira lah betapa besar masalah anda, ingatlah firman Allah s.w.t ;

"Setiap kesulitan disertai kemudahan. (Sesungguhnya) Setiap kesulitan disertai kemudahan." (Surah Al-Insyirah, Ayat 5 & 6) 

Kalau bermasam muka pun tak dapat apa-apa. Menambah kemenyampahan orang terhadap diri anda jer. Hehehe.. 


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Selamat Senyum! :-)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment