rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 15 May 2011

Tin Kosong

Assalamualaikum.. Salam bahagia buat semua.. Alhamdulillah. Akhirnya, berjaya jugak saya menyelinap masuk ke rumah saya sendiri ni. Aduhaii.. Susah benor nak masuk ke rumah sendiri. Tak tahulah kenapa sekarang ni Encik Celcom macam marah dengan saya. Merajuk kah? Tak pasti lah. Tapi, sejak dua tiga empat lima menjak ni, sombong benor die dengan teman. Lembap je line nye. Cakap sana sini Celcom Territory, tapi macam tak jer.

OK lah. Stop tentang masalah saya dengan Encik Celcom. So, apa khabar anda semua? Almaklum, lebih sebulan sudah, takde update. Tak mustahil kalau ade yang terfikir, "Dah mampos ke hape tuan rumah ni."

Hahaha.. OK OK.. Enough la saya merepek. Dah lama sangat tak merepek dalam blog ni. Terasa macam dah tak reti nak menulis lagi dah.

Sebenarnya banyak idea dalam kepala saya ni. Nak-nak lagi sekarang ni saya join group dan berforum dekat Fesbuk tu, makin banyak telatah, sikap, perangai, serta kelakuan yang saya perhatikan. (Saya suka jadi observer - memerhatikan gelagat manusia). Dan ini memberi saya banyak idea untuk menulis. Masalahnya, saya sudah kekurangan masa nak menulis. Sebab tu lah, rumah ni dah bersawang tahap rumah hantu.

Err.. Maybe kekurangan masa tu sebenarnya alasan yang sangat cliche. The truth is, saya malas! Hahaha..

Tentang group dan forum dekat Fesbuk. Kebanyakannya saya di 'add' oleh kawan-kawan masuk. Yang mana group yang saya rasa OK, saya akan stay. Kalau tak OK, saya akan klik 'Leave Group' button, or paling-paling tak saya tak ambil kisah dengan segala apa yang berlaku kat group tu. Lantak korang lah nak gaduh ke nak smack down kat group tu.

Apa yang saya perhatikan, persamaan SEMUA group yang so far saya join (atau di'join'kan) ialah akan ada jer warga group yang suka gaduh. Gaduh dalam erti kata menyakitkan hati warga group yang lain, yang suka memprovokasikan manusia lain, yang suka membesarkan perkara kecil sampai boleh jadi benda besar, yang suka membangkitkan isu remeh temeh, sparks debate and last sekali saling tuduh menuduh.

Satu perkara yang saya fikir : Macam budak-budak sekolah rendah !

Kadang-kadang topik yang dibangkitkan tu entah apa-apa jer. Topik yang kalau tak dibangkitkan lagi bagus. Ikut lah kesesuaian. Kalau group tuh group politik ke, group suka-suki ke, kena lah ada kesesuaian nak post topik. Ini group untuk happy-happy, group untuk mengekalkan keharmonian negara, group yang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia, tapi post topik yang boleh menganggu gugat keharmonian negara. Tak best lah macam tu.

Saya faham, ada sesetengah orang yang senang melatah. Contoh, isu terbaru ialah isu Kristian yang dikatakan nak dijadikan agama rasmi negara. Sumber dari Utusan. Tapi, honestly, bila dengar je sumber berita tu adalah  dari Utusan, saya dah mula tak begitu ambil kisah. Bukan berpandangan skeptikal, tapi bila diperhatikan, banyak perkara yang syubhah muncul dari akhbar ni. Mungkin tak semua, tapi entah lah, susah benor nak baca dan percaya berita-berita dari Utusan. Jujurnya, kalau dah takde langsung surat khabar kat Malaysia ni pon, belum tentu saya beli Utusan Malaysia. Hehehe.. Sabo je lah !

Tak hairanlah Dato' Haron Din pon keluar kenyataan yang Utusan Malaysia ni haram. Cer check sini. :)

Berbalik kepada isu tu, bagi saya semua ni tak lain adalah usaha dengan sengaja mahu memporak perandakan keharmonia negara. For whatever reason, mungkin atas kepentingan politik, atau diri sendiri. Kalau tak, kenapa perlu di 'muka hadapan' kan berita yang belum dipastikan kesahihannya tu?

Dan rakyat Malaysia yang kebanyakannya berkobar-kobar la sangat tentang ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia ni (walaupon dia sendiri belum cukup lima waktu solat, belum cukup kain untuk tutup aurat, belum cukup kuat untuk menahan diri untuk tidak ke kelab-kelab) akan mula menjerit dengan lantang, tak mahu Malaysia jadi negara Kristian.

Semangat ni bagus. Sebagai seorang Muslim, ini semangat yang bagus. Memang bagus. Yang tak bagusnya, bila dah excited sangat nak mempertahankan pandangan sendiri, dia mula memaki hamun, memperlekehkan serta merendah-rendahkan bangsa dan penganut agama lain di Malaysia ni. Ini suatu yang sangat memalukan.

1) Memperlekeh dan merendahkan orang lain, serta penganut agama lain, BUKAN suatu yang disaran oleh ajaran Islam.

2) Suluh diri sendiri sebelum nak terkam orang lain. Kaji kesilapan diri.

Kenapa agaknya boleh wujud isu ni, in the first place? Malaysia, dengan bangganya mengakui sebuah negara Islam. Megah dengan gelaran tu. Tapi, apa yang diperhatikan sekarang, gelaran hanya sebagai gelaran je la. Berapa ramai orang Islam sekarang yang hanya Islam pada IC dan nama saja? Even worst, ada yang sampai dah tukar nama pon. Zakaria jadi Zack, Senah jadi Sandy, for example. Itu baru nama, belum gaya hidup lagi. Berparti, berpeleseran, minum arak, kes zina dan khalwat yang melambak-lambak, itu apa maknanya semua tu? Negara Islam? Umat Islam? Takde maknenye !

Ironinya, orang-orang yang macam ni lah yang selalu bising, yang paling ke hadapan nak menentang kalau ada bangsa atau agama lain yang nak mengambil alih negara. Mereka ni lah yang akan keluar dengan kata-kata kesat memaki hamun orang lain, merendahkan taraf orang lain dan menghina agama lain demi mempertahankan apa yang mereka fikir betul.

Sudah lah. Lihat dulu diri sendiri. Perbaiki diri sendiri. Muhasabah balik diri kita. Kenapa orang lain nak ambil alih negara kalau bukan sebab kita sendiri yang lemah. Saya pon sayang dengan Malaysia. Kalau boleh, saya pon tak nak Malaysia diperintah oleh bukan Islam. Jujur saya mengaku. Ye lah, berstatus negara Islam pun, keadaanya dah macam bukan negara Islam, apatah lagi kalau status tu dah bertukar. Nauzubillahi min zalik !

Walau apapon, paling penting, tolonglah jangan memalukan diri sendiri, memalukan agama, dengan menghina agama lain. Nabi tak pernah suruh umatnya menghina penganut ataupun agama lain. Hormat dengan agama lain, maka kita akan dihormati.

Hurm.. Rasanya setakat ni dulu lah. Takut nanti saya taip banyak-banyak, saya pulak akan masuk muka hadapan Utusan esok. Hehehe..

Saya tinggalkan entri kali ni dengan satu pesanan dari Allah s.w.t

“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96) 

InsyaAllah. Sama-sama lah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah Taala.


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Jangan hanya jadi tin kosong. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments:

  1. hmmm u got a good point here...sy sbg seorg penganut kristian yg berwarganegarakan Malaysia pun tidak mahu Malaysia jd porak peranda....let us stay in peace together as Malaysians...

    ReplyDelete
  2. lorenzo : nice to have a view from ur side as a non muslim. I hope tulisan saya tak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. However, to live in Malaysia peacefully, is everybody's dream. Just that ada segelintir masyarakat yg tak faham erti sebenar keamanan then suka buat kecoh.

    ReplyDelete