rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 4 April 2011

ABPBH 2010 - Tahniah Mamat Khalid!

Mesti anda tertanya-tanya, "Eh, ade ke Mamat Khalid tercalon? Award apa?"

Jawapannya, memang takde Mamat Khalid tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang berlangsung baru sebentar tadi kat Genting Highlands tu. Tapi, saya dengan sejujur hati dan dengan terlalu excited nyer dan penuh keterujaan nak mengucapkan TAHNIAH yang sebanyak-banyak nya buat pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid. Memang fenomena giler filem ni!

Saya menonton ABPBH 2010 tahun ni dari mula dan sumpah saya mengaku, saya tak teruja langsung dengan intipati rancangan tu dari mula, or dengan persembahan ke ape. Asalnye, ade la sikit teruja bila dengar Nabil dan Jozan nak buat persembahan. Tapi, takde yang menarik sangat pon. KECUALI part penutup ABPBH kali ni. Saat di mana Usop Whilcha dan Abi Hurairah keluar! Itu lah saat-saat yang paling saya suka sangat! Excited ni nak menaip pon! Hahahaha~

Saya boleh katakan, ini filem 5 BINTANG di Malaysia! Hebat. Watak-watak filem tu memang di hati para penonton. Melekat di jiwa penonton, nak-nak lagi yang fanatik macam saya ni! Hahahaha..

Tahniah untuk Mamat Khalid, dan SEMUA casting untuk filem ni. Hebat semuanya. Dan ini terbukti dalam ABPBH tadi. Part penutup ABPBH kali ni memang gempak! Masa Usop Whilcha (dah kenan nama ni dah kat Usop tu) cakap;

"Sape-sape yang setuju, saya bacakan nama pemenang anugerah ni, sile angkat tangan macam saye.."

Semua, I mean, satu dewan Genting Highlands tu angkat tangan macam Usop Whilcha! Termasuk Linda Onn! Pergh! You know Linda Onn kan, always with her 'coverline and be as decent as u can' attitude tu pon angkat tangan macam Usop Whilcha. Memang hebat penangan Usop dan HKLBR. Tahniah Mamat Khalid. Linda Onn pon sporting sebab HKLBR.. Memang terbaek dari ladang. Hahaha~



* See, saya masih excited dengan fenomena Kak Limah ni! *

Tapi kan, sebab dah berkarung guni tahniah dan keterujaan orang (obviously, saya) dengan Kak Limah, saya rasa Mamat Khalid mesti jadi tak keruan. Mampu kah beliau menghasilkan filem sambungan Kak Limah yang setanding atau lebih hebat dari HKLBR?

Kita tunggguuuuuuu!!


-------------------------------------------------------------------

yus cakap : So far, dua hari sekali saya mesti tengok HKLBR. Kalau saya tak tengok, mak saya request nak tengok! Dah hafal dah skrip dan scene filem ni! Hohohoho~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

3 comments:

  1. saya juga teruja dengan part ucop & johan.
    sampaikan teringat2 babak filem Kak Limah.

    mamat khalid kena buat filem yang boleh tarik penonton macam ni lagi.

    ReplyDelete
  2. btul tu Miss Nina.. susah sebeno nye nak buat filem komedi yang bvoleh buat orang ingat dan ketawa. macam citer p ramlee. HKLBR adalah salah satu darinya. all the best lah untuk Mamat Khalid. :)

    ReplyDelete
  3. Kita rindu nak tengok yang ada filem komedi suasana kampung yang simple, jalan cita mudah faham, relax.

    ReplyDelete