rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 31 March 2011

Gurauan Mencakar Hati

Hari ini ialah hari kedua External Audit (Surveillance) di kampeni saya. Sejujurnya, inilah waktu-waktu yang paling saya benci! Mengaudit, dan diaudit. Saya tak suka mengaudit (sebab saya tak suka cari kesalahan orang!) dan tak gemar di audit (sebab ia akan membuka sebegitu banyak kesalahan saya yang susah sangat nak ikut protokol supaya comply dengan ISO 9000:2008 whatsoever).

Baik. Walaupon department saya (Lab) tak terlibat secara langsung dengan audit kali ni, tapi perlu jugak bagi saya dan beberapa colleague untuk sama-sama terlibat 'menjayakan' audit. Memang meletihkan fikiran dan tenaga sebab nak kena korek balik segala macam dokumen and what not dalam almari yang tersergam indah dalam Lab Office tu. Ah.. Benci yang amat!

Alkisahnya, waktu saya sedang sibuk (dan dengan begitu menyampah sekali!) attend audit tu, tiba-tiba henset saya berdering lagu Soley Soley ("Ini kaki tengok Kak Limah niiiii.." hehehhehe~). Saya tengok caller. Tak lain tak bukan si Khairul, mamat operator di tempat kerja saya, yang selalu mengacau dan membuli saya. Pelik pulak ngan mamat ni. Ape kes tetibe call saya?

Saya jawab panggilan dia. Tapi disebabkan saya sibuk (dan begitu menyampah sekali) mencari dokumen yang auditor mintak, saya malas nak dengar apa Khairul cakap.

"Saya bizi ni." Kata saya dan terus matikan panggilan.

Tak lama lepas tu, mesej bunyi. Saya mendengus malas. Beria benor la mamat ni, fikir saya bila nampak nama Khairul di skrin henset.

Sekali lagi saya jerit dalam hati, "MALASNYE NAK LAYAN!" dan terus simpan henset dalam poket seluar, tanpa baca dulu mesej tu.

Selepas mendengar this and that, dan sibuk (serta dengan begitu menyampah sekali!) mengorek segala jenis dokumen, sesi audit pon selesai. Lega yang amat!

Teringat akan mesej Khairul, saya pon open message.

"Yus, tayar keta hang pecah, belah kiri depan."

 * Ini bukanlah saya. Hohohoho~ *

Saya ternganga! What?? Tayar keta pecah?? Wuaaaaaa!! Benci nyaaa!!

"Kak Mas, tayar keta saya pecah ar. Macam tau-tau je hari ni gaji." Saya ngadu kat Kak Mas.

"Mana Yus tau? Tadi tak perasan ke?"

"Khairul bagitau. Dia mesej ni haa.. Tadi dia call saya tak jawab."

"Dah.. jom pegi tengok. Takpe, nanti leh suruh Sahak tolong tukarkan tayar spare."

Saya menangis dalam hati. Tak suka betul la kalo tayar pecah. Wuaaa!

Sampai di parking, saya dan Kak Mas check tayar. Depan belah kiri. Saya tenyeh mata. Erm, OK je. Takde pape pon. Pelik pulak saya. Takkan Khairul tak cam keta saya kot?

"Entah-entah tayar kete akak kot yang pecah." Kata Kak Mas sambil terus pergi check kete dia.

Saya masih lagi dekat kete saya, ushar je tayar. Nasib baik ko OK tayar, ni yang saya sayang ko tau!

"Takde la Yus. OK je sumer. Jom la masuk."

Masuk je saya cari Khairul. Sedap je dia melepak dalam Lab. Terus saya terjah dia.

"Khairul, cakap tayar kete saya pecah. Katne nye pecah?" Masih dengan nada risau. Kot-kot la saya tak sedar yang sebenarnya tayar kete tu dah pecah ke ape. Almaklum, saya ni tau drive je, kisah-kisah dalaman kereta ni saya tak tau. Jangan kata kisah dalaman kete, nak bukak bonet depan kete and check minyak hitam pon tak reti. Sadis betol.

Khairul sengih. "APRIL FOOL!"


Saya ternganga (sekali lagi). Khairul just kenakan saya, for.. April Fool?? I mean, PERLU KE???

"Hari ni kan baru 31 haribulan Khairul." Kata Kak Mas. "Esok baru April Fool."

"Saje je kenakan Yus lebih awal." Balas Khairul sambil ketawa terbahak-bahak.

Geram benor saya nengok muka dia waktu tu. Sebagai balasan, Khairul saya cubit sampai lebam. Serve him right!

Mana tak nya, saya dah hampir mungkin dapat serangan jantung secara tak sengaja bila dia cakap tayar pecah, and dia boleh dengan selamba jerit "APRIL FOOL!" ??

Memang mencari nahas la tu. Dengan selamba mengejutkan urat geram saya! Ish..

Saya belum pernah dikenakan sempena sambutan 'April Fool' ni. Sebab saya sendiri tak suka sambut benda ntah apa-apa ni, dan takde pulak kawan-kawan saya yang suka mengenakan saya sebelum ni. Tahun ni je pelik sikit sebab kenal ngan mamat yang sengal ni. Memang ntah apa-apa ntah!

** Klik sini untuk tau Sejarah April Fool **

Saya pon tak tau sejarah asal usul April Fool, tapi saya rasa ia bukanlah suatu yang baik. Ada yang saya dengar sampai kena conteng muka la waktu tido, kena angkat time tido and jirus dengan air longkang la, macam-macam lagi kisah sadis yang saya dengar, dan saya rasa itu dah TERLALU keterlaluan just for the sake of BERGURAU!

In other simple words, dah melampau la sesangat. Menyampah pulak dengar cerita gitu. Untuk kes saya ni, takde la saya marah sangat. Sebaliknya saya bersyukur sebab takde pape. Tapi, untuk kisah-kisah sadis macam yang saya cakap tadi, tak ke naya orang yang dianiayai tu? Kesian lah. Takde maknenye gurau sampai nak menyakitkan badan (or paling kurang menyakitkan hati). Benci tau benci!

The name is April Fool. For me, bukan mangsa yang fool sebenarnya, tapi yang mengenakan orang tu yang fool. Sebab, ada banyak lagi cara bijak untuk bergurau kan, kenapa mesti mengenakan orang and then jerit 'April Fool'?? Macam tak bertamadun je. Hehehhe.. Terasa ker??? Sorry!

-------------------------------------------------------------

yus cakap : Bergurau tu boleh, tapi memperbodohkan orang itu not nice lah. Budi Bahasa Budaya Kita.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 27 March 2011

Tips Mendapatkan Jodoh

Waduh waduh.. Setelah lama menyepi, tetiba saya muncul mengetengahkan topik hangat -dulu, kini dan selamanya- ni. Hahahaha.. gelak guling-guling kejap.


OK. Bukan apa, daripada saya buang masa menyibuk tentang kisah skandal ahli politik, lebih baik saya fikirkan tentang masa depan saya dan (soon-to-be) keluarga saya. Hehehehe..

Walaubagaimanapon, ini bukan tips dari saya ye wahai pembaca kesayangan sekalian. Sebaliknya, tips ni saya dapat dari Scripters. Tengah bosan-bosan melayan internet siang tadi, terjumpalah artikel bertajuk "Saya Nak Bunuh Diri" ni kat website tersebut. Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ni sebab for me it's interesting. It is a combination of ilmu psikologi dan agama. Especially untuk kita yang beragama Islam.

Konsep psikologi yang digunakan ialah konsep Law Of Attraction. Pasti anda pon dah tahu tentang konsep ni kan? Secara mudahnya, biar saya terangkan dengan bahasa yang senang difahami. Minda kita ni umpama magnet. Yang mana ia mampu untuk menarik sesuatu benda apabila ia (yakni minda kita) memberi fokus dan tumpuan terhadap benda tersebut. Senang cakap, bila minda kita fokus untuk dapatkan something, kita akan most likely dapatkan benda tersebut. Macam mana? Of course bukan dengan hanya berangan, tapi dengan usaha. Bila kita nak sangat sesuatu, automatically, minda kita akan fokus pada benda tersebut, dan mula memikirkan cara untuk mendapatkan dan 'menarik' benda tersebut kepada kita. Sebab tu pentingnya untuk berfikiran positif, sebab bila kita fokus pada positive things, maka kita akan mendapatkan perkara yang positif. Begitulah sebaliknya. Itulah penerangan secara yang paling ringkas untuk mudah difahami.

Berbalik kepada artikel yang saya nak kongsi, berkaitan Tips Untuk Mencari Jodoh tu, saya paste kan di bawah ni. Silakan baca ye. Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah.

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah Al-Baqarah, Ayat 212)

Dan Allah juga berfirman yang maksudnya;

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya." (Surah Al-Baqarah, Ayat 202)

***

Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti. Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur. Musnah. Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya.

Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah, dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu. Ah, dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi. Dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, ini dah masuk kali keempat."

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu, kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak. Apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai."

Aku mengangguk-nganguk.

"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje? Nama aje lain."

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas Law of Attraction adalah anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif.

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan, membawa cerita atau memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali ke dalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya iaitu lelaki yang ingin dihindari, kekecewaan dalam percintaanatau ditipu.

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU:
1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M
2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN
3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS
4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN
5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR
6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN
7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.
8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI
9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT


Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata pada ku, "Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab."

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, "Tentulah yang handsome! Tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah."

Aku bertanya semula, "Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk.

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan bersedia menerima (receiving steps) juga telah ku bincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Hampir dua bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni.

"Assalamualaikum, busy ke bro?"
"Wa'alaikumussalam. Tak busy pun. Ayuni, lama tak dengar khabar? Macamana sekarang?"
"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit."
"Oh, apa halnya, sharelah."
"Macam ni. Step yang bro ajar tu power betulla. Sekarang ni ada tiga orang lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni. Tiga-tiganya ada ciri-ciri yang hampir sama je dgn apa yang Yuni tulis tu."
"Tiga orang? Ha, bagusla tu. So, what's the problem?"
"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga-tiga hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih."


Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku.

Syukur, Alhamdulillah. Semoga dia berbahagia hingga ke akhirat. Allah Maha Menyayangi sekalian hamba-Nya.

Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa." (Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi)

Wallahua'lam.


---------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Tak salah berusaha. Asalkan masih di landasan agama dan tak tersasar. Err.. Saya pon dah buat list Pasangan Idaman saya dah. Lepas baca ni terus buat, and nak praktikkan. Hahahahha.. Semangat tak saya?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 10 March 2011

Budaya Kapel

Sejak kebelakangan ni saya rasa takde mood nak menulis. Saya penat sangat. Letih sungguh. Saya kecik hati. Saya benci. Saya jeles.

Ye. Saya jeles. Sebenarnya.

Kadang-kadang saya rasa sangat cemburu dengan SEMUA orang. Ye. Termasuklah anda yang baca ni. Jangan nak buat tak faham. Jangan buat tak tahu pulak.

"Tengok tu. Macam takde pape jeee.." Kata Pak Jabit. (Err.. Masih dengan virus Kak Limah. Sorry. Hehehe..)

OK la. Terus terang. Saya jeles sebab anda semua dah ada pasangan. It seems that, dalam Malaysia yang berpopulasi 27 million rakyat, saya sorang je lar yang masih single mingle jingle. Yang lain semua dah ada pasangan. Termasuklah anda yang sedang baca ni. Betul tak?

Kalau anda yang sedang baca ni dah berkahwin, bertambah-tambah la kejelesan dan kecemburuan saya. Entah bila saya akan menurut sunnah Nabi yang satu ni. Entah bila saya akan menyempurnakan separuh lagi agama saya ni.

Erk. Full Stop! Apa yang saya merepek ni eh? Dah mula la nak merepek meraban bila penat. Hehehe..

Sori pembaca kesayangan saya sekalian, ini bukan entri luahan perasaan. Ada motif tersirat di sebalik mukadimah hampeh saya di atas.

Alkisahnya, saya baru tengok 360 kat TV3 tadi. Kisah remaja sekarang yang saya klasifikasikan sebagai tahap nazak dah. Maknanya, kalau tak disembuhkan sekarang, tak mustahil di tahun 2020, semua pemimpin yang mengambil alih negara terdiri dari penzina-penzina, peminum arak atau mat rempit tegar.


"Secara purata, terdapat satu bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 MINIT!" Rancangan 360, TV3 (Rabu, 9 March 2011, 9.30 pm) 

Dan berita yang lebih kurang sama intonasi dan tone ceritanya ialah yang saya petik dari Berita harian bertarikh 3 March 2011;

"Secara puratanya, pada 2009, satu perceraian di kalangan umat Islam dalam setiap 15 MINIT." Info dari Jakim, disampaikan oleh Dr Masyitah Ibrahim.

Nazak dah umat Islam sekarang ni. Gejala sosial dah melampau-lampau sampai menimbulkan realiti yang menggerikan ni. Apa akan jadi pada generasi bakal pemimpin di masa hadapan? Apa punca utama perkara macam ni terjadi?

Budaya Couple.

Apa kaitan dengan mukadimah hampeh saya tadi? Baiklah, in case minda anda masih belum mendapatkan kaitannya.

Remaja sekarang terlalu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling nya. Pengaruh rakan sebaya. pengaruh hiburan dan media. Pengaruh internet jugak.

Contoh, kalau sorang Remaja H, berumur lingkungan 16 - 17 tahun. Seorang remaja perempuan. Masih single. Mempunyai sekumpulan rakan-rakan 'sehati sejiwa' (yang kita gelarkan) Remaja I, J, K, L, dan bla bla bla.

Dalam sekumpulan remaja ni, hanya H saja yang masih single. Gadis ini dari kampung. Yang tahu batas-batas agama. Dia bertudung. Jadi dia tak mahu cemarkan imej bertudungnya dengan budaya kapel-kapel ni.

Tapi, semakin lama bergaul dengan rakan-rakan 'sehati sejiwa' ni, buatkan remaja H seolah-olah semakin terpinggir. Remaja I, J, K, L dan lain-lain ni kalau ajak H keluar, hanya H je yang takde pasangan. Yang lain semua ada kapel masing-masing. Mula-mula, H rasa OK je. Dia cool je. Tapi, naluri keremajaan tu semakin lama semakin mendesak dia untuk turut sama seperti rakan-rakan sehati sejiwa dia.

Mula timbul rasa jeles. Rasa cemburu sebab hanya dia yang tak ada kapel. Jadi, dia pon mula cari-cari boyfriend. Merisik sana, mencari sini, last-last jumpa sorang mamat. Kita namakan remaja M. Mat rempit la pulak si M ni.

Tapi, dari takde langsung, hati H cakap;

"Rempit pon rempit la. Dalam hati ada taman jugak." Dan H pon rembat aje la M tu.



Diorang pon kapel. Mula-mula masing-masing malu. Takde sentuh-sentuh pon. Keluar makan pon duduk jauh-jauh. Kalau naik motor, remaja H malu-malu je nak pegang pinggang M.

Bila usia perkenalan dah masuk dua tiga minggu, dah selalu keluar sekali. Dah selalu join I, J, K, L bla bla bla keluar, H pon dah terikut gaya diorang. Dah pandai 'ringan-ringan'. M pon apa lagi, mula la masuk jarum. Tup tap tup tap, malam sambut Tahun Baru, diorang terlanjur. Maka, memboyot la perut H. Akibat takut dengan family, M paksa H gugurkan kandungan.

"I janji benda ni takkan berlaku lagi. I takkan buat lagi. I sayang u." Itu lah konon-konon janji manis M. Si H pon percaya. Dia gugurkan kandungan. 

Tak berapa lama kemudian, diorang keluar lagi. Kali ni pesta Valentine pulak. M merayu lagi. Syaitan kat kiri kanan dok tabur warna-warni indah depan mata M dan H. H pon terkena lagi. Boyot lagi.

Kali ni, H dah betul-betul serik. Dia tak mahu lagi dah gugurkan baby. Dia nak lahirkan baby ni. Masuklah dalam statistik 17 MINIT tadi tu.

Bila dah membuncit perut, family H tahu, diorang paksa kahwin. M, mahu tak mahu, TERPAKSA lah kahwin dengan H.

Nama pon kahwin terpaksa, berapa lama nak bertahan? Si M dok buat perangai macam zaman-zaman mat Rempit dia. H pulak bosan duduk rumah nak jaga anak. Muda lagi masing-masing. Naluri keremajaan tu masih ada lagi.

M balik rumah kena bebel dengan H. H naik menyampah tengok M yang balik rumah tido je. Membuta je keje nya. Pergaduhan berlaku. Hari-hari gaduh. Gaduh hari-hari.

Dah asyik gaduh je, H mintak cerai. M kasi dengan rela hati. Masuklah dalam statistik 15 MINIT tadi tu.

OK. End Of Story. Hehehehhe..


***


Nampak tak kaitannya? Bermula dengan satu keluhan je. Jeles dan cemburu dengan kawan-kawan yang dah ada boyfriend. Mengeluh sebab diri masih single. Takde kapel. Mula dengan itu je.

Salah ke remaja H berperasaan sedemikian? Dalam "The Ecology of Adolescent Activity and Experience". Journal of Youth and Adolescence (1), remaja lebih banyak spend masa bersama rakan-rakan sebaya. Hampir lapan jam bersama rakan, dan kurang 8% dari masa ini mereka berkomunikasi dengan orang dewasa. Laporan jugak menunjukkan remaja lebih gemar bersama-sama rakan sebaya daripada bersama orang dewasa.


(1) Csikszentmihalyi, M; Larson, Reed; Prescott, Suzanne (1977)

Jadi, tak hairanlah kalau H terpengaruh dengan rakan-rakan sehati sejiwanya. Itu normal untuk remaja sepertinya.

Yang salahnya ialah cara H menangani rasa jeles dan cemburunya itu. Dan salahnya jugak ialah silap dalam mencari rakan-rakan sehati sejiwa nya.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 

Carilah kawan yang baik, supaya insyaAllah kita juga akan jadi baik. Itulah bezanya kawan dan sahabat.

Sepatutnya H cuba melupakan rasa cemburu dia sebab takde boyfriend tu. Dia patut ingat bahawa apa-apa jugak yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya. Jangan mengeluh dengan takdir Allah. Masih single itu bukan masalah besar. Yang sebenarnya, bila berkapel itu yang mengundang masalah!

Start dengan kapel la, akan wujud statistik 15 dan 17 minit tu. Start dengan kapel la, syaitan akan mengaburi mata remaja dengan keindahan dunia yang sementara.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" (Surah Ali-Imran, Ayat 14)

Jadi, kalau anda masih single sekarang ni, BERSYUKURLAH! Sebab mungkin saja Allah masih sayangkan anda (dan saya jugak!) sebab masih pelihara kita dari terlibat dengan budaya kapel ni. Banyak buruk dari baiknya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah, Ayat 100)

Sekian. Nasihat untuk diri sendiri jugak yang kadangkala TERcemburu dengan orang yang ade kapel. Hehehe..

Untuk yang sedang berkapel sekarang ni, cepat-cepat kahwin eh. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah sentiasa. Aminn..


-----------------------------------------------------------------

yus cakap : Tak pernah berkapel sepanjang 25 tahun hidup. Baru nak rapat, mesti tak menjadi. Takde jodoh. Apa nak buat. Hehehe..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 1 March 2011

Fenomena Hantu Kak Limah

Tak habis-habis lagi 'gila' semua orang terhadap Hantu Kak Limah. Termasuk saya. Entah berapa puluh kali dah saya ulang tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dan setiap kali tengok still boleh gelak. Memang filem ni antara fenomena hebat bagi saya.

Apa tak nya, bukan saja muda-mudi yang terjangkit dengan kata-kata dan skrip dalam filem Kak Limah tu, malah dari segenap lapisan masyarakat pon dah jangkit virus filem ni. Adik saya yang dah jadi cikgu kat KL tu pon tergelak jer bercerita bila cikgu-cikgu kat sekolah tempat dia mengajar pon tak segan silu meniru ayat Usop yang paling femes;

"Kite bakor je rumah Kak Limah. Kite bakor!"


"Kite bakor je rumah Kak Limah. Lot ni kita ratakan, buat tanam cili." 

Hahahaha.. sesuka hati dia je nak ratakan lot rumah orang nak tanam cili. Memang hampeh! Wuaahahhaa~

Bagi saya, filem Kak Limah ni antara filem kelakar yang memang kelakar! Tahap gaban. Lebih best dari Zombie Kampung Pisang. Personally la. Sebab, selain dari filem P. Ramlee, tak ada filem lain yang saya boleh hafal skripnya melainkan filem Kak Limah ni. Nak-nak lagi skrip Pak Jabit. Wuaaa.. Memang tak menahan kelakar!

"Ini kaki DVD niiii.."

Itu ayat Pak Jabit yang paling saya suka! Favourite quotation tuh! Hahahaha.. Dengan gaya selamba, memang ampes sungguh Pak Jabit! Hahahhaa..

Dan of course, gaya tangan si Usop memang tak menahan. Macam hampagas! Tak penat ke dia dok wat gaya tu dari mula citer sampai abis? Hampes sungguh! Hahahha..

Aksi Soley-Soley pon tak tahan. Menyampah nengok si Abi Hurairah menari goyang perut tuh! Gila betol! Hahahha..


Lagu Rahim Maarof 'Cinta Kristal' pon kembali kedengaran di corong radio, atas permintaan pendengar. Awie nyanyi lagu tu pon best jugak kan? Hehehe~

Tapi, di sebalik setiap aksi kelakar yang ada dalam filem tu, banyak mesej tersirat yang tersembunyi. Sama ada kita faham atau tak jer. Of course, mesej yang paling nyata ialah kurangnya sikap prihatin dalam masyarakat sekarang terhadap sedara-mara, atau jiran-jiran terdekat kita.

Dan banyak sindiran-sindiran pedas berkaitan isu sosial semasa, isu politik dan isu-isu berkaitan industri hiburan negara.


"Haa.. Dengar sini, oleh kerana kita hidup, dalam demokrasi terpimpin, saya Usop, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan untuk kita buat undian. Sape-sape yang setuju kite bakor je rumah Kak Limah tu, sile angkat tangan macam saye."


"Haa.. Inilah ropenye masyarakat kat kampung kite ni. Haram tak peduli kan kepada masyarakat orang tua di kampung kita. Tapi, cube nampak je mak janda melintas balik. Haa, berebut la bertanya khabar."


"Haa.. Elok la tu.. Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah yang berlaku dalam parti politik kita. Dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak."


***

Betol kan? Banyak sindiran pedas dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bukan sekadar lawak buang masa sejam setengah dalam panggung. Memang terbaek!

Ada banyak lagi sindiran, tak larat lak nak tulis satu-persatu. Hehehe.. Haa.. Cer citer cer citer!
SmileyCentral.com


-------------------------------------------------------------

yus cakap : Tak sia-sia saya tunggu 20 jam nak donlod citer ni. Internet Broadband Celcom. Biasa lah. SmileyCentral.com
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook