rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 13 February 2011

(Wanita) 7 Tanda Anda Bakal Menerima Serangan Jantung

Serangan jantung (atau nama canggihnya Heart Attack) boleh menyerang mangsanya dengan tiba-tiba. Sering kita dengar mangsa menekan dada, mengerang kesakitan dan pengsan. Itu selalu saya tengok dalam drama-drama TV.

Bagi wanita, selepas beberapa kajian dilakukan, menunjukkan bahawa wanita cenderung mempunyai tanda-tanda tertentu sebelum diserang dengan serangan jantung. Dan selalunya, mereka (wanita) tak sedar akan tanda-tanda tersebut.

Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah diorang hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.

Walaupon semasa serangan jantung tu berlaku, wanita jarang sedar apa yang sedang berlaku dan terus telefon doktor jer. Sebabnya, simptom serangan jantung bagi wnaita adalah berbeza dari lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah untuk mendapat kematian kardiac serta-merta (sudden cardiac death) berbanding lelaki. Dan hampir 2/3 wanita yang pernah mengalami serangan jantung sukar untuk sembuh seperti sedia kala.

Jadi, untuk wanita-wanita di luar sana, jom kita tengok 7 tanda yang paling biasa berlaku sebelum serangan jantung menyerang anda.


1. Keletihan Yang Sangat. 

Lebih 70 peratus wanita dalam kajian NIH mengatakan bahawa mereka mengalami keletihan melampau sebulan atau dua, tiga bulan sebelum diserang serangan jantung. Keletihan melampau ni maksudnya, keletihan yang dialami walaupon aktiviti yang mereka lakukan masih seperti biasa sehingga menyebabkan mereka menepikan aktiviti mereka itu.

2. Tidak Dapat Tidur / Insomnia. 

Selain dari itu, wanita yang pernah mengalami serangan jantung juga menyedari bahawa mereka mengalami masalah sukar tidur yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya, sebulan sebelum kejadian serangan jantung tu berlaku.


3. Kerisauan dan Stress.

Masalah stress ni memang dah diketahui punca utama serangan jantung. Melalui laporan wanita-wanita yang pernah diserang serangan jantung mereka sangat mudah berasa risau terlampau, stress dan keliru, lebih dari biasa. Beberapa saat sebelum diserang serangan jantung, wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat genting "kesedihan melampau", di mana mereka tahu something's wrong dan mereka dah tak dapat berharap untuk memperbetulkan keadaan dan diorang sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.


4. Penghadaman Terganggu / Loya. 

Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita. Anda harus lebih aware dengan penghadaman anda sendiri, dan ni akan membantu anda notice when something goes wrong (dengan sistem penghadaman anda). Especially bila anda takde makan something yang unusual, tapi anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan kat atas.


5. Kesukaran Bernafas. 

Menurut kajian NIH, hampir 40 peratus wanita mengalami tanda ini. Paling nyata ialah bila diorang naik/turun tangga atau ketika melakukan tugasan harian biasa.

6. Simptom Seperti Selsema.

Hidung berair, kulit berpeluh, pakej dengan sakit kepala dan berasa lemah, ini antara petanda yang dialami wanita, di mana mereka menyangka hanya diserang selsema. Padahal, sebenarnya mereka diserang serangan jantung.


7. Sakit Dagu, Leher dan Bahu. 

Selalunya, bagi lelaki, mereka berasa sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi, bagi wanita diorang mengalami tanda yang berbeza. Wanita sebaliknya berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga. Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.

***

Itu dia tanda-tanda yang sangat biasa dihadapi oleh wanita sebelum diserang serangan jantung. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, berhati-hati di jalan raya.

Errkk??!! Apedaa saya ni! Bengong suda! Hehehhe..


------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya Sedang Sakit Otak! Ergh~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

11 comments:

  1. brsma2 la kte mngamalkn hdp yg sihat..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh ade plak ngomen d sni

      Delete
  2. hahahha.. dah macam iklan Jabatan Kesihatan dah mye.. hahaha :D

    ReplyDelete
  3. Alamak, suma tanda tu ada pd saya dh la ni...

    Ptg ni kene jogging.... X(

    ReplyDelete
  4. kena hati2 tu langit.. penyakit camni zaman skang tak kira umur dh. yg muda2 pon boleh kena (nauzubillah la).. saya pon risau gak sbb dah tak exercise dah skang.. membina badan je skang.. wuaaaa!

    ReplyDelete
  5. Alamak...saya pon dah ada tanda2 tu semua..paling ketara sakit bahu&leher tu..risaunya.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah.. takutnya.... ada setengah dari tanda2 tu... nk p check la pasni...pastu nk jogging..huhuhu....

      Delete
  6. cik anonymous, elokla check dgn doktor untuk lebih kepastian tentang tahap kesihatan. risau jugak kalo ade apa2. harap2 takde pape ar. apepon, kekadang kita ingt kita sihat, tp sebaliknya. so, amalkanlah gaya hidup sihat. hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya penyakit jantung ialah pembunuh no. 1 di malaysia. Dan ramai yang tak tahu bahawa perempuan lebih ramai yang menghidap penyakit ni berbanding lelaki. Sama2 lah kita jaga kesihatan..Insya allah.

    Jika ingin cuba supplement Shaklee yang Insya Allah boleh bantu mencegah penyakit jantung..bolehlah hubungi saya. =)

    http://ruangsayanaksihat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Tapi tiap2 hari turun naik tangga ofis dan rumah?

    ReplyDelete
  9. allahu .. sy tgh mengalami semua tanda2 tersebut.. dada kiri bahu, leher , dagu, kt telinga semua sakit smpai tak tahu nk buat ape skrg.. bila tarik nafas rse sakit.. 😭 kepala pening sft nih

    ReplyDelete