rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 7 February 2011

Kifarah Dosa

Air yang saya jerang atas dapur menjerit menandakan ia sudah pon mencapai 100 darjah Celcius. Saya padamkan api gas dan tuang air panas tersebut ke dalam teko air yang dah di isi uncang teh. Mak saya kat ruang tamu dah berbunyi perut menunggu nak makan tengah hari.

"Astaghfirullah. Gula habis la.." Saya baru teringat tong gula yang dah kosong. Lupa pulak nak beli semalam. Teko air yang dah diisi uncang teh dan air panas saya letak atas meja kat ruang tamu.

* Kurangkan Manis Dalam Minuman, Tambahkan Manis Dalam Senyuman. Tetibe Jer! Hehehe.. *

"Mak, kuar jap eh. Gula habis." Mak angguk kepala. Mata mak masih ke arah TV. Saya capai purse dan helmet kat atas meja kecil.

"Pakai T-shirt ni je lah. Bukan jauh pon." Saya bercakap sendiri.

Tak sampai pon lima minit perjalanan, sampailah saya ke kedai runcit. Kedai runcit mamak. Jauh sikit dari rumah. Kedai Cina yang dekat dengan rumah saya tak bukak hari ni. Sebab 7hb di tahun baru (kalendar Cina) adalah hari yang tak 'ong', jadi kedai Cina ni tak dibuka. Takut tak 'ong' bisnes diorang for the rest of this year.

Selesai beli gula, saya pon balik. Dalam kepala otak dok teringat adik saya yang kini dah pon dapat posting kat Kuala Lumpur. Jadi cikgu kat Cheras sana. Teringat jugak kat adik lelaki yang study kat UM. Tak tahu kenapa kali ni saya rasa sedih sangat. Mungkin sebab rumah saya sekarang dah tak cukup korum. Tinggal saya, emak ngan adik bongsu saya. Sunyi benar rasa rumah. 

Saya bawak Jebat saya tak laju. Lebih kurang 60km/j jer untuk jalan kampung ni. Jalan kecik so tak boleh bawak laju-laju. Lagipon bawak slow and steady macam ni boleh layan feeling sikit. Jalan kat sini kecik jer. Muat-muat untuk sebuah Grand Livina lalu.

Sedang layan feeling, entah macam mana tiba-tiba muncul motor dari depan. Saya tak dapat kawal motor, cuba elak motor tu tapi Jebat saya tersangkut kat ekzos motor tu  and 'BOOMM!'. Eksiden berlaku. Enjin Jebat terpadam. Saya landing atas jalan. Untuk seketika saya rasa macam sakit sangat sebab kena tindih dengan Jebat. Saya pandang muka India yang bawak motor hitam tu. Sumpah saya tak perasan kewujudan dia sebelum tu. Aduhai. Tak pasal-pasal dah eksiden.

"Sorry." Kata saya pada budak India tu. Saya rasa saya yang salah kot. Mungkin laju sikit saya bawak. Sebab saya yang langgar motor dia. Luckily, dia tak de apa-apa. Steady jer lagi. Saya yang terhegeh-hegeh angkat Jebat.

Nenek budak India tu datang dari dalam rumah. Saya yang tengah angkat Jebat berkira-kira dalam hati. Kalau enjin terus terpadam, jenuh saya nak menolak ke rumah. Kalau rosak pulak, entah berapa ratus nak bayar. Aduhaii..

"Sapa yang salah ni?" Nenek tu aju kan soalan kat saya.

"Saya laju sangat kot." Kata saya. Malas nak panjang-panjangkan kisah. Nenek India tu angguk kepala.

"OK ke ni?"

Saya angguk kepala. Try start motor. Dua kali tendang, dah OK. Nasib baik takde apa-apa Jebat saya. Cuma cermin sebelah kanan yang senget sebab dah menghempap jalan tadi.

On the way balik ke rumah, saya teringat kata-kata mak pagi tadi. Waktu kitorang dok borak-borak sambil dengar lagu Sudirman.

"Entah-entah abah ingat kat kita ke? Lama dia tunggu kita kat sana." Kata mak.

Saya terkejut dengan kata-kata mak. Mesti mak rindu kat arwah abah. Saya sengih tengok mak.

"Lama ke cepat, kita akan jumpa abah jugak nanti." Kata saya.

Bila dah eksiden tadi, saya jadi teringat dengan ayat mak.

"Lama abah tunggu kita kat sana."

Hurrmm.. Inilah manusia. Bila dah eksiden camni, baru ingat akan mati. Padahal, ingat mati tu pon satu ibadah jugak. :)

Sabda nabi Muhammad s.a.w :


Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Saya rasa eksiden ni kifarah dosa saya sebenarnya. Saya keluar pakai T-shirt je. Lengan pendek. Padahal kalau saya nak tukar T-shirt lengan panjang tadi, sekejap jer. Tapi akibat malas, dan tak ingat dengan dosa, saya keluar je pakai T-shirt lengan pendek. Nasib baik Allah nak ingatkan saya, di beri eksiden kecik gitu. Saya just luka-luka and lebam-lebam sikit jer. Kalau Allah tak nak bagi peringatan, ditakdirkan masa tu saya laju, dan motor tu pon laju, memang teruk la jadinya.

Alhamdulillah, Allah masih nak beri peringatan pada saya. Astaghfirullah al azim.


-----------------------------------------------------------------------

yus cakap : Cuti dah lama sangat, rasa malas nak start keje. Nak-nak lagi badan sakit-sakit ni. Patut ke ambik MC jer? Hikhikhik~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment