rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 11 February 2011

Bila Hati Dah Sayang

Tengah hari tadi saya lunch dengan kawan-kawan sekerja kat Tesco BM. Sambil makan bihun tomyam kat food court Tesco saya pasang telinga jer dengar Kak Liza, Kak Rasyidah dan Kak Ida bercerita. Kak Ida ni ialah previous chemist kat tempat kerja saya sekarang. Kiranya, saya replace tempat dia bila dia dapat tawaran kerja yang lebih baik kat tempat lain. So, kadang-kadang, when time permits, Kak Liza ngan Kak Rasyidah (yang memang close dengan Kak Ida) akan hang out sekali, especially hari Jumaat cenggini la.

Bila namanya 'perjumpaan kawan-kawan close' gini, sebagai 'orang baru', Kak Mas dan saya memang kurang mencelah. Apatah lagi saya (yang tak begitu close dengan Kak Ida), hanya boleh pasang telinga je la. Menyampuk pon bila perlu je. Saya memang sopan santun orangnya. (Ahaks! Ini hanya rekaan semata-mata! Hahaha..)

Alkisahnya, Kak Ida bercerita perihal kisah pertunangannya hari Sabtu yang lepas. Kak Ida yang berumur dalam lingkungan awal 30an berpacaran dengan sorang operator di tempat kerjanya yang berusia 26 tahun. Seperti yang saya emphasize kan, Kak Ida 30an dan tunangnya 20an. Kak Ida seorang educated lulusan universiti dan tunangnya hanyalah seorang operator. Dalam erti kata lain, Kak Ida adalah bos kepada tunangnya di tempat kerja.

Dan yang paling bermasalah, tunangnya itu adalah seorang operator yang bermasalah! Selalu ponteng, attendance tak bagus, melawan cakap, baran dan sengkek. Sengkek nya beliau sampailah tak mampu membeli sebijik Honda Cup second hand sekalipon.

Err.. Ada ke nampak macam saya menghina si lelaki tersebut? Maaf. Bukan itu tujuan saya. Tapi, itu lah yang diceritakan oleh Kak Ida. Tapi, disebabkan sayangnya Kak Ida pada tunangnya tu, dia sanggup menerima seadanya lelaki tersebut. Sampaikan majlis pertunangan ni pon di sponsor abis-abisan oleh Kak Ida. Dari katering, barang hantaran, pelamin yang indah serta grand, make-up, baju Kak Ida, malah baju kemeja si lelaki berjenama Padini sekali dengan seluar yang berharga lebih kurang RM300 tu pon di sponsor oleh Kak Ida.

Pergh.. Betapa beruntungnya lelaki tersebut!

Cuma satu jer permintaan Kak Ida pada tunangnya, Amir (yang of course la diharapkan oleh Kak Ida untuk menjadi husband nya suatu hari nanti) ialah supaya lelaki tersebut berubah. Seperti logik akalnya, berubah kepada yang lebih baik. Jaga attendance datang kerja, jaga attitude, jaga hati dan perasaan Kak Ida serta orang sekelilingnya.

Tapi, sebaliknya, yang paling latest Kak Ida cakap is, tunangnya itu bakal terima surat "YOU'RE FIRED" tak lama lagi.

Memang sadis! Menyedihkan.

 * Entah gambar mamat mana ntah pakcik Gugel kasi kat saya ni. Hehehehe *

Siyes saya cakap. Soal jodoh, soal hati dan perasaan ni memang takde sape yang boleh interfere masuk. Macam mana nak interfere kalau hati Kak Ida dah sayang sangat kat Amir. Apa-apa yang Kak Liza dan Kak Rasyidah nasihatkan cuma seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Saya faham, Kak Liza ngan Kak Rasyidah nak yang terbaik untuk Kak Ida. Dari pengalaman diorang, dah nampak sangat ketidak matangan si Amir tu. Nampak macam Amir hanya mahu mengambil kesempatan terhadap Kak Ida.

Pada saya sendiri, personally, saya kesian dengan Kak Ida. Saya faham perasaan Kak Ida. Dia seorang perempuan. Jugak mahu disayangi, dicintai. Tambah lagi umurnya dah 30an. Kereta dah ada, jawatan tinggi, tapi rumah tangga je belom ada. Orang sekeliling dah bising, adik-adiknya dah beratur tunggu giliran nak kawen. It's like, now or never punya situation bagi Kak Ida.

Tapi, sebagai orang luar, saya nampak Amir seolah-olah tak menghargai Kak Ida. seolah-olah Amir sedang mempergunakan Kak Ida. Apa tak nya, kalau Amir tak datang kerja, Kak Ida akan ke rumah sewa Amir, siap bawak makan tengah hari lagi. Pernah sekali Kak Liza terserempak Kak Ida kat kedai makan, beli breakfast untuk dua orang. Untuk dia sendiri dan Amir. Punya sayangnya Kak Ida pada Amir. Tapi Amir, nak jaga attendance kerja pon payah. Macam mana lah nak jaga rumah tangga nanti? Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau gini? Aduhaii..

Complicated. Saya dengar je Kak Liza nasihatkan Kak Ida suruh fikir masak-masak dan jangan terlalu bagi muka pada Amir. Kata Kak Liza, jangan sponsor semua sebelum kawen ni.

"Naik lemak dia karang. Bagi dia berusaha sikit. Jangan nak senang jer." Kata Kak Liza -berbaur emosional- sambil pandang Kak Ida yang dengan enak menjamah aiskrim coffee vanilla dia. Dia nampak tenang. Tapi dalam hati tak siapa tahu.

Saya senyum. Saya memang sependapat dengan Kak Liza. Memang nampak macam Desperate Housewives je kes Kak Ida. Tapi, saya tak cakap apa-apa. Sebab saya tak berada di tempat Kak Ida, saya tak tahu apa perasaan Kak Ida. Dan of course, seperti yang selalu saya katakan, setiap orang mempunyai pandangan dan reaksi yang berbeza terhadap satu situasi yang sama.

Analoginya, bila melihat ke sebuah padang hijau. Ada yang nampak pokok, ada yang nampak burung terbang, ada yang nampak gunung ganang, ada yang nampak awan dan langit. Tapi sebenarnya semua pandang pada tempat yang sama. Sebuah padang. Hurmmm~

Tapi, itu lah. Bila hati dah sayang seseorang, memang susah orang luar macam saya yang tak tahu apa-apa ni nak interfere. Kadang-kadang diorang macam tak dapat fikir rasional lagi dah.  Macam mana pon, terpulang pada fikiran orang yang berada di tempat tu sendiri untuk fikir baik dan buruk tindakannya, untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang nanti.

Saya boleh la cakap, buat apa nak korbankan duit ringgit untuk lelaki yang 'ala-ala macam tak guna' tu? Boleh la saya nak cakap, lebih baik tak kawen dari nak hidup dengan lelaki macam hampagas camni buat husband. Sebab saya tak berada di tempat kejadian. Saya tak tahu apa perasaan Kak Ida.

That's why saya kesian dengan Kak Ida. Inilah orang perempuan. Kalau tak kawen, disuruh kawen. Bila dah dapat calon, macam hampagas pulak. Aduhaii.. Memang complicated!

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Surah Al Hujurat, Ayat 15)

Serah pada Allah Taala je lah. Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya. The least we can do is doa. Doa yang terbaik untuk kita, untuk keluarga kita, dan untuk agama kita.

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan". (Surah Al Hujurat, Ayat 18)

p/s : Semua nama dalam entri ini bukanlah nama sebenar. Sekian Thanks. :D


------------------------------------------------------------------

yus cakap : Kalau terlalu memilih, dikatakan demand. Kalau terlalu tak memilih, jadi camni pulak. Delima delima.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

3 comments:

  1. smoga kak ida brtemu jdohnya..
    ingtla slepas lhirnya seorg ank adm tlh dtntukan ajal,jdoh dan rzekinya..
    sntiasalh brdoa untk mmproleh yg trbek..
    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Well said! you really is someone that so nice.. ^^

    ReplyDelete
  3. mye : diorang dah tetapkan nak kawen bulan Disember nanti. semoga tunangnya berubah jd baik la.

    fzikuz : erk. nice ker? thanks btw.. hehehe :D

    ReplyDelete