rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Saturday, 26 February 2011

Sahabat Sejati

Ada satu kisah, berlaku lebih kurang satu ribu empat ratus tiga puluh dua tahun yang lalu. Di saat awal penghijrahan seorang Rasul utusan Allah, Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Waktu tu penentangan yang Nabi terima sangatlah hebat. Sampaikan masa Nabi bersolat, orang-orang kafir Quraisy sanggup meletakkan najis, serta isi perut unta ke atas tengkuk dan badan Nabi sewaktu Nabi bersujud.

Waktu tu Allah turunkan wahyu yang membenarkan Nabi untuk berhijrah.

"Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (Surah Al-Anfal, Ayat 30)

Semasa dalam proses penghijrahan baginda, sahabat yang sentiasa di sisi ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Sebagaimana nama gelaran As-Siddiq tersebut, beliau lah yang sering berada di sebelah Nabi, dan sentiasa tanpa ragu-ragu dan sangsi, membenarkan apa juga kata-kata Nabi. Apa juga perlakuan Nabi, apa juga suruhan dan tindakan Nabi adalah sentiasa benar di mata seorang Abu Bakar. Beliau lah sahabat sejati Nabi Muhammad s.a.w.

Di waktu Nabi dan Abu Bakar berada dalam gua, Abu Bakar berasa sangat risau. Risau bukan sebab gentar dengan ancaman kafir Quraisy, atau risau akan keselamatan dirinya, sebaliknya beliau begitu risaukan keselamatan sahabatnya, Rasulullah s.a.w. Sangat sedih hatinya memikirkan baginda Rasul yang sentiasa diugut, dicederakan dan dicaci oleh masyarakat kafir Quraisy.

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, Ayat 40)

Disebutkan dalam suatu kisah, sewaktu Abu Bakar sedang meriba Rasulullah s.a.w yang sedang tidur, seekor kala jengking menggigit paha Abu Bakar r.a. Disebabkan tak mahu Nabi terjaga, Abu Bakar r.a. menahan kepedihan disengat kala jengking itu sampai menitis air mata nya.

Itu definisi sahabat sejati di zaman tersebut. Mengambil contoh Abu Bakar r.a. yang begitu sayangkan sahabatnya, baginda Rasulullah s.a.w.

Soalnya, wujudkah sahabat sejati pada zaman sekarang ni? Zaman di mana kita tak perlu berhijrah dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan terpaksa bersembunyi di dalam gua akibat desakan dan ancaman manusia lain? Wujudkah sahabat sejati yang sentiasa akan meng'iya'kan apa juga kata-kata sahabatnya dan sentiasa berada di sisi sahabatnya bila diperlukan?


Kalau definisi sahabat sejati adalah menurut apa yang Abu Bakar sanggup lakukan untuk sahabatnya Nabi Muhammad s.a.w, jawapan saya, takde sahabat sejati sekarang ni.

Sebab Abu Bakar selayaknya bergelar sahabat sejati kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda adalah Rasul Allah. Setiap tutur kata dan perlakuan Nabi adalah atas wahyu Allah s.w.t. Maka, tak hairan lah kalau Abu Bakar sentiasa membenarkan apa juga kata-kata dan tindakan Nabi. Bak kata Saiditina Aisyah bahawa Rasulullah itu umpama Al-Quran bergerak. Jadi, memang tidak bertentangan sikap Abu Bakar terhadap sahabatnya Muhammad s.a.w.

Dan Abu Bakar memang layak bergelar sahabat sejati Rasulullah.

Sedangkan kita pada zaman sekarang, manusia biasa. Jauh sekali darjat kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang kita cakap, tak semestinya betul. Apa yang kita lakukan, tak semestinya benar menurut Allah. Sebab itu saya cakap sahabat sejati (kalau menurut definisi tingkah laku Abu Bakar terhadap Nabi Muhammad) tak sepatutnya wujud pada zaman ini.

Bagi saya, definisi sahabat sejati sekarang bukan macam Abu Bakar dan Rasulullah. Sahabat sejati pada zaman ini bukan sahabat yang sentiasa membenarkan apa juga kata-kata kita. Sahabat sejati bukan sahabat yang menjadikan kita sebagai idola nya. Bukan itu definisi sahabat sejati pada zaman ini.

Sanggupkah kita menahan paha kita dari sengatan kala jengking semata-mata tak mahu sahabat kita terjaga? Sanggupkah kita berada di sisi sahabat kita apabila hampir seluruh negara mengancam akan membunuh sahabat kita tu? Rasanya, untuk standard kita, manusia biasa di akhir zaman ni, definisi sahabat sejati sebegitu, sangat tinggi untuk kita capai.

Bagi saya, sahabat sejati pada zaman ini ialah seorang sahabat yang tahu untuk menegur bila sahabatnya berbuat salah. Sahabat yang tak berasa gentar untuk menegur sahabatnya kalau sahabatnya itu tersasar dari landasan agama. Sahabat sejati itu sentiasa ada bila diperlukan.

Maksud, bila kita ada masalah ke, bila kita susah hati, dan kita mengadu kat dia, dia ada 'masa' untuk kita. Dia mampu tenangkan hati kita, dia mampu beri nasihat yang 'benar'. Bukan nasihat yang hanya menyebelahi kita. Seorang sahabat yang boleh menolong kita, bukan hanya dari segi material, tapi jugak dari segi mental support.

Berikut 12 Ciri-Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali :

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.
5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.
8. Jika engkau berdiam diri (sebab malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12. Jika engkau berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, niscaya ia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan.

***

Macam susah kan nak cari sahabat sejati? That's why tak mustahil, sampai mati pon kita tak jumpa seorang sahabat sejati tu. Tapi sebelum nak jumpa seorang sahabat sejati tu, tanya dulu pada diri sendiri, mampu kah kita untuk menjadi 'sahabat sejati' pada orang lain? Kalau tak mampu, maka jangan hairan lah kalau kita takde sahabat sejati sampai mati. Hehehe~

Personally, saya sendiri masih belum mampu. I don't deserve a sahabat sejati either.
SmileyCentral.com


------------------------------------------------------------------

yus cakap : Kawan dan Sahabat. Jauh beza nya. SmileyCentral.com
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 16 February 2011

Lelaki - Sukar Difahami?

Pernah dengar tak buku tulisan John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus? Saya masih belum menghabiskan bacaan, tapi apa yang saya dapat dari penulis ni ialah motif nya yang menyatakan perbezaan sikap, pendapat, attitude, views dan pelbagai aspek lain antara lelaki dan wanita. Dinyatakan bahawa perbezaan pandangan terhadap sesuatu perkara adalah 'sihat' bagi lelaki dan wanita.

Maksudnya, dalam kehidupan berumah tangga, antara lelaki dan wanita haruslah mempunyai kesefahaman antara satu sama lain dan jugak toleransi terhadap perbezaan antara pasangan.

Problem is, antara lelaki dan wanita, yang mana yang lebih sukar untuk di fahami?

Of course lah, kalau tanya lelaki, "Perempuan memang sukar di fahami." Kalau tanya wanita pulak, "Lelaki lagi sukar difahami."

Sebagai jawapan sebelah pihak, bagi saya, lelaki amat sukar untuk di fahami. Sampai sekarang, saya masih tak dapat faham sifat lelaki yang sebenarnya. It's not that saya kenal RAMAI lelaki. Tapi, saya ada dua orang adik lelaki, beberapa orang sepupu lelaki, dan beberapa kenalan lelaki yang mungkin boleh menjadi 'bahan' dalam kajian tak rasmi saya ni.

Untuk lebih jelas, jom kita baca Kisah Benar yang saya sertakan ni.



Kisah Benar 1

Ada dua orang manusia. Seorang namanya Mira, dan seorang lagi Haikal. Mira mengenali Haikal dari sebuah laman web sosial. Kenalan maya gitu. Setelah hampir sebulan berkenalan, berchatting tiap malam dan bergurau-senda di alam maya, akhirnya Mira jatuh hati dengan Haikal. Begitu juga dengan Haikal. Haikal suka dengan sikap ceria Mira, manakala Mira pulak suka dengan sikap bersahaja dan 'cool' Haikal.

Masing-masing pon bertukar gambar dan YM. Haikal berkenan dengan senyuman manis Mira, dan Mira suka sangat dengan wajah Haikal yang 'ala-ala' hensem gitu. Makin hari makin rapat. Seperti biasa, kata-kata janji pon mula dilafazkan oleh sang lelaki. Memberi harapan pada si wanita. Semuanya hanya dalam alam maya.

Sampai suatu ketika, Haikal mintak no telefon Mira. Mira pon tak keberatan bagi no pada Haikal, dengan harapan mereka akan lebih kerap berhubung dan boleh lah jadi 'calon' suami untuk nya. Tambahan lagi, Mira belum ada boyfriend.

Suatu hari, Haikal berjanji untuk jumpa Mira pada cuti Hari Raya yang lepas. Mira pon tunggu, tunggu dan tunggu. Dari raya pertama, sampai ke raya ke tujuh, takde juga khabar berita dari Haikal. Mira resah. Hari ke lapan, Haikal menghubungi Mira melalui YM. Haikal mintak sori sebab tak dapat jumpa Mira. Sibuk sangat katanya.

Mira terima. Hati dah sayang dengan Haikal, so apa yang Haikal cakap, dia percaya bulat-bulat. Dalam masa yang sama, Haikal makin ramah menyatakan hal-hal yang manis. Kata-kata umpama bertanam tebu di pinggir bibir. Mira yang mulanya takut-takut nak menaruh harapan, tercair juga dengan kata-kata manis Haikal. Dia berharap dan berdoa semoga Haikal lah yang bakal menjadi suaminya suatu hari nanti. Walau masih ada ragu dengan cara pertemuan yang hanya melalui alam maya, tapi Mira yakin jodoh itu ketentuan Tuhan.

Saat Mira sudah mula berharap, Haikal pula semakin menjauh. Semakin hari semakin jauh. Takde lagi kata-kata manis, jarang sangat berhubung. Kalau Mira tak mesej henset Haikal, maka takde lah Haikal nak mesej Mira. Dah tu kalau Mira mesej, Haikal macam susah sangat nak reply. Macam nak cepat-cepat stop kan mesej. Alasannya, busy.

Mira cuba faham. Sebab hati dah sayang. Dah mula berharap pulak. Mira tunggu kalau-kalau Haikal nak contact dia balik lepas tu. Seminggu, takde. Dua minggu. Tiga minggu. Lima minggu. Dua bulan.  Masih tak ada khabar berita. Mira sedih. Putus sudah harapan dia pada Haikal. Dia pujuk hati sendiri. Mungkin Haikal bukan jodoh nya. Dia cuba tenangkan hati sendiri. Menerima ketentuan Tuhan seadanya.

Masuk bulan ke tiga, suatu malam Mira dapat misscall dari Haikal. Misscall je. Mira senyum. Sangka Mira, Haikalnya sudah kembali. Mira pon mesej Haikal.

"Assalamualaikum Haikal."

Dua minit kemudian, Haikal reply. "Sorry ganggu. Harap dear sihat kat sana. Bye. Nite."

Mira terkedu. Itu sahaja? Satu mesej dan terus menghentikan mesej? Untuk apa misscall setelah sekian lama? Kenapa mesti kembali kalau hanya untuk pergi? Kenapa memberi harapan kalau hanya nak melukakan hatinya? Siapa Mira pada Haikal? Sekadar rakan? Tapi kenapa di beri harapan dan segala janji manis?

Mira putus harap. Tak faham dengan sikap Haikal.


***

Kisah Benar 2

Ada dua orang manusia. Seorang namanya Nisa, seorang lagi Nazrul. Nisa dengan Nazrul kenal sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi sewaktu zaman sekolah, Nazrul jarang-jarang sekali tegur Nisa. Tengok dari jauh jer.

Bila habis sekolah, mereka terputus hubungan. Mereka melanjutkan pelajaran dan sampai dah habis study, mereka pon dah tak tahu apa yang jadi terhadap diri masing-masing. But thanks to Facebook, mereka berjumpa kembali. Nazrul kerap usik Nisa kat Facebook. Nisa pon senang dengan sikap kelakar Nazrul.

Dipendekkan cerita, suatu hari Nazrul pon meluahkan perasaan kat Nisa yang baru putus chenta. Kata Nazrul, dia dah lama ushar Nisa. Dari zaman sekolah lagi. Cakap punya cakap, Nisa yang masih serik, cuba untuk menerima Nazrul. Nazrul pon dah berapa ratus kali merayu untuk jadi buah hati Nisa, barulah Nisa nak cuba untuk beri peluang.

Suatu hari yang indah, Nazrul datang ke tempat Nisa. Saja untuk jumpa. Diorang pon jumpa. Sebelum balik, Nazrul bagi Nisa pegang hensetnya. Esok dia datang ambil. Nisa pon tak tahu kenapa. Malas nak bertanya.

Malam itu, Nisa belek henset Nazrul. Biasalah orang perempuan, bila tengok henset someone, first sekali check Inbox.

Luluh hati Nisa bila tengok nama 'Ika' yang berderet-deret di Inbox Nazrul. Dengan dada yang berdegup kencang, Nisa pilih satu mesej secara rambang. Dia tekan button 'Read Message'. Terpampang di pandangan mata.

"Ok sayang. I love you too so much."

Nisa terkedu. Apa makna semua ni? Kenapa Nazrul beria-ia memberi harapan pada nya? Kalau dah tahu ada mesej-mesej yang berbaur kecurigaan, kenapa Nazrul bagi Nisa pegang hensetnya? Siapa dirinya pada Nazrul?

Nisa keliru dan sedih. Tak faham dengan Nazrul.


***

Cukuplah dua Kisah Benar ni. Banyak-banyak nanti boring pulak. Malas nak baca lak kan? Tapi, kisah-kisah benar macam ni, banyak dalam poket Doraemon saya. Semua diceritakan oleh member-member perempuan saya.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Sebagaimana Mira dan Nisa, saya sendiri tak faham dengan sikap orang lelaki. Kalau tak mahu serius dalam sesuatu perhubungan, kenapa suka bagi harapan?

Hairan. Dan. Pelik.



------------------------------------------------------------

yus cakap : Lelaki dari Mars, wanita dari Venus, nasib baik bertemu kat Earth. Rasanya kalau nak kena pergi Mars baru leh jumpa lelaki, dan ke Venus untuk jumpa wanita, baru lah manusia akan saling menghargai antara satu sama lain.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 13 February 2011

(Wanita) 7 Tanda Anda Bakal Menerima Serangan Jantung

Serangan jantung (atau nama canggihnya Heart Attack) boleh menyerang mangsanya dengan tiba-tiba. Sering kita dengar mangsa menekan dada, mengerang kesakitan dan pengsan. Itu selalu saya tengok dalam drama-drama TV.

Bagi wanita, selepas beberapa kajian dilakukan, menunjukkan bahawa wanita cenderung mempunyai tanda-tanda tertentu sebelum diserang dengan serangan jantung. Dan selalunya, mereka (wanita) tak sedar akan tanda-tanda tersebut.

Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah diorang hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.

Walaupon semasa serangan jantung tu berlaku, wanita jarang sedar apa yang sedang berlaku dan terus telefon doktor jer. Sebabnya, simptom serangan jantung bagi wnaita adalah berbeza dari lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah untuk mendapat kematian kardiac serta-merta (sudden cardiac death) berbanding lelaki. Dan hampir 2/3 wanita yang pernah mengalami serangan jantung sukar untuk sembuh seperti sedia kala.

Jadi, untuk wanita-wanita di luar sana, jom kita tengok 7 tanda yang paling biasa berlaku sebelum serangan jantung menyerang anda.


1. Keletihan Yang Sangat. 

Lebih 70 peratus wanita dalam kajian NIH mengatakan bahawa mereka mengalami keletihan melampau sebulan atau dua, tiga bulan sebelum diserang serangan jantung. Keletihan melampau ni maksudnya, keletihan yang dialami walaupon aktiviti yang mereka lakukan masih seperti biasa sehingga menyebabkan mereka menepikan aktiviti mereka itu.

2. Tidak Dapat Tidur / Insomnia. 

Selain dari itu, wanita yang pernah mengalami serangan jantung juga menyedari bahawa mereka mengalami masalah sukar tidur yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya, sebulan sebelum kejadian serangan jantung tu berlaku.


3. Kerisauan dan Stress.

Masalah stress ni memang dah diketahui punca utama serangan jantung. Melalui laporan wanita-wanita yang pernah diserang serangan jantung mereka sangat mudah berasa risau terlampau, stress dan keliru, lebih dari biasa. Beberapa saat sebelum diserang serangan jantung, wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat genting "kesedihan melampau", di mana mereka tahu something's wrong dan mereka dah tak dapat berharap untuk memperbetulkan keadaan dan diorang sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.


4. Penghadaman Terganggu / Loya. 

Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita. Anda harus lebih aware dengan penghadaman anda sendiri, dan ni akan membantu anda notice when something goes wrong (dengan sistem penghadaman anda). Especially bila anda takde makan something yang unusual, tapi anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan kat atas.


5. Kesukaran Bernafas. 

Menurut kajian NIH, hampir 40 peratus wanita mengalami tanda ini. Paling nyata ialah bila diorang naik/turun tangga atau ketika melakukan tugasan harian biasa.

6. Simptom Seperti Selsema.

Hidung berair, kulit berpeluh, pakej dengan sakit kepala dan berasa lemah, ini antara petanda yang dialami wanita, di mana mereka menyangka hanya diserang selsema. Padahal, sebenarnya mereka diserang serangan jantung.


7. Sakit Dagu, Leher dan Bahu. 

Selalunya, bagi lelaki, mereka berasa sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi, bagi wanita diorang mengalami tanda yang berbeza. Wanita sebaliknya berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga. Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.

***

Itu dia tanda-tanda yang sangat biasa dihadapi oleh wanita sebelum diserang serangan jantung. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, berhati-hati di jalan raya.

Errkk??!! Apedaa saya ni! Bengong suda! Hehehhe..


------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya Sedang Sakit Otak! Ergh~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 11 February 2011

Bila Hati Dah Sayang

Tengah hari tadi saya lunch dengan kawan-kawan sekerja kat Tesco BM. Sambil makan bihun tomyam kat food court Tesco saya pasang telinga jer dengar Kak Liza, Kak Rasyidah dan Kak Ida bercerita. Kak Ida ni ialah previous chemist kat tempat kerja saya sekarang. Kiranya, saya replace tempat dia bila dia dapat tawaran kerja yang lebih baik kat tempat lain. So, kadang-kadang, when time permits, Kak Liza ngan Kak Rasyidah (yang memang close dengan Kak Ida) akan hang out sekali, especially hari Jumaat cenggini la.

Bila namanya 'perjumpaan kawan-kawan close' gini, sebagai 'orang baru', Kak Mas dan saya memang kurang mencelah. Apatah lagi saya (yang tak begitu close dengan Kak Ida), hanya boleh pasang telinga je la. Menyampuk pon bila perlu je. Saya memang sopan santun orangnya. (Ahaks! Ini hanya rekaan semata-mata! Hahaha..)

Alkisahnya, Kak Ida bercerita perihal kisah pertunangannya hari Sabtu yang lepas. Kak Ida yang berumur dalam lingkungan awal 30an berpacaran dengan sorang operator di tempat kerjanya yang berusia 26 tahun. Seperti yang saya emphasize kan, Kak Ida 30an dan tunangnya 20an. Kak Ida seorang educated lulusan universiti dan tunangnya hanyalah seorang operator. Dalam erti kata lain, Kak Ida adalah bos kepada tunangnya di tempat kerja.

Dan yang paling bermasalah, tunangnya itu adalah seorang operator yang bermasalah! Selalu ponteng, attendance tak bagus, melawan cakap, baran dan sengkek. Sengkek nya beliau sampailah tak mampu membeli sebijik Honda Cup second hand sekalipon.

Err.. Ada ke nampak macam saya menghina si lelaki tersebut? Maaf. Bukan itu tujuan saya. Tapi, itu lah yang diceritakan oleh Kak Ida. Tapi, disebabkan sayangnya Kak Ida pada tunangnya tu, dia sanggup menerima seadanya lelaki tersebut. Sampaikan majlis pertunangan ni pon di sponsor abis-abisan oleh Kak Ida. Dari katering, barang hantaran, pelamin yang indah serta grand, make-up, baju Kak Ida, malah baju kemeja si lelaki berjenama Padini sekali dengan seluar yang berharga lebih kurang RM300 tu pon di sponsor oleh Kak Ida.

Pergh.. Betapa beruntungnya lelaki tersebut!

Cuma satu jer permintaan Kak Ida pada tunangnya, Amir (yang of course la diharapkan oleh Kak Ida untuk menjadi husband nya suatu hari nanti) ialah supaya lelaki tersebut berubah. Seperti logik akalnya, berubah kepada yang lebih baik. Jaga attendance datang kerja, jaga attitude, jaga hati dan perasaan Kak Ida serta orang sekelilingnya.

Tapi, sebaliknya, yang paling latest Kak Ida cakap is, tunangnya itu bakal terima surat "YOU'RE FIRED" tak lama lagi.

Memang sadis! Menyedihkan.

 * Entah gambar mamat mana ntah pakcik Gugel kasi kat saya ni. Hehehehe *

Siyes saya cakap. Soal jodoh, soal hati dan perasaan ni memang takde sape yang boleh interfere masuk. Macam mana nak interfere kalau hati Kak Ida dah sayang sangat kat Amir. Apa-apa yang Kak Liza dan Kak Rasyidah nasihatkan cuma seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Saya faham, Kak Liza ngan Kak Rasyidah nak yang terbaik untuk Kak Ida. Dari pengalaman diorang, dah nampak sangat ketidak matangan si Amir tu. Nampak macam Amir hanya mahu mengambil kesempatan terhadap Kak Ida.

Pada saya sendiri, personally, saya kesian dengan Kak Ida. Saya faham perasaan Kak Ida. Dia seorang perempuan. Jugak mahu disayangi, dicintai. Tambah lagi umurnya dah 30an. Kereta dah ada, jawatan tinggi, tapi rumah tangga je belom ada. Orang sekeliling dah bising, adik-adiknya dah beratur tunggu giliran nak kawen. It's like, now or never punya situation bagi Kak Ida.

Tapi, sebagai orang luar, saya nampak Amir seolah-olah tak menghargai Kak Ida. seolah-olah Amir sedang mempergunakan Kak Ida. Apa tak nya, kalau Amir tak datang kerja, Kak Ida akan ke rumah sewa Amir, siap bawak makan tengah hari lagi. Pernah sekali Kak Liza terserempak Kak Ida kat kedai makan, beli breakfast untuk dua orang. Untuk dia sendiri dan Amir. Punya sayangnya Kak Ida pada Amir. Tapi Amir, nak jaga attendance kerja pon payah. Macam mana lah nak jaga rumah tangga nanti? Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau gini? Aduhaii..

Complicated. Saya dengar je Kak Liza nasihatkan Kak Ida suruh fikir masak-masak dan jangan terlalu bagi muka pada Amir. Kata Kak Liza, jangan sponsor semua sebelum kawen ni.

"Naik lemak dia karang. Bagi dia berusaha sikit. Jangan nak senang jer." Kata Kak Liza -berbaur emosional- sambil pandang Kak Ida yang dengan enak menjamah aiskrim coffee vanilla dia. Dia nampak tenang. Tapi dalam hati tak siapa tahu.

Saya senyum. Saya memang sependapat dengan Kak Liza. Memang nampak macam Desperate Housewives je kes Kak Ida. Tapi, saya tak cakap apa-apa. Sebab saya tak berada di tempat Kak Ida, saya tak tahu apa perasaan Kak Ida. Dan of course, seperti yang selalu saya katakan, setiap orang mempunyai pandangan dan reaksi yang berbeza terhadap satu situasi yang sama.

Analoginya, bila melihat ke sebuah padang hijau. Ada yang nampak pokok, ada yang nampak burung terbang, ada yang nampak gunung ganang, ada yang nampak awan dan langit. Tapi sebenarnya semua pandang pada tempat yang sama. Sebuah padang. Hurmmm~

Tapi, itu lah. Bila hati dah sayang seseorang, memang susah orang luar macam saya yang tak tahu apa-apa ni nak interfere. Kadang-kadang diorang macam tak dapat fikir rasional lagi dah.  Macam mana pon, terpulang pada fikiran orang yang berada di tempat tu sendiri untuk fikir baik dan buruk tindakannya, untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang nanti.

Saya boleh la cakap, buat apa nak korbankan duit ringgit untuk lelaki yang 'ala-ala macam tak guna' tu? Boleh la saya nak cakap, lebih baik tak kawen dari nak hidup dengan lelaki macam hampagas camni buat husband. Sebab saya tak berada di tempat kejadian. Saya tak tahu apa perasaan Kak Ida.

That's why saya kesian dengan Kak Ida. Inilah orang perempuan. Kalau tak kawen, disuruh kawen. Bila dah dapat calon, macam hampagas pulak. Aduhaii.. Memang complicated!

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Surah Al Hujurat, Ayat 15)

Serah pada Allah Taala je lah. Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya. The least we can do is doa. Doa yang terbaik untuk kita, untuk keluarga kita, dan untuk agama kita.

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan". (Surah Al Hujurat, Ayat 18)

p/s : Semua nama dalam entri ini bukanlah nama sebenar. Sekian Thanks. :D


------------------------------------------------------------------

yus cakap : Kalau terlalu memilih, dikatakan demand. Kalau terlalu tak memilih, jadi camni pulak. Delima delima.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 7 February 2011

Kifarah Dosa

Air yang saya jerang atas dapur menjerit menandakan ia sudah pon mencapai 100 darjah Celcius. Saya padamkan api gas dan tuang air panas tersebut ke dalam teko air yang dah di isi uncang teh. Mak saya kat ruang tamu dah berbunyi perut menunggu nak makan tengah hari.

"Astaghfirullah. Gula habis la.." Saya baru teringat tong gula yang dah kosong. Lupa pulak nak beli semalam. Teko air yang dah diisi uncang teh dan air panas saya letak atas meja kat ruang tamu.

* Kurangkan Manis Dalam Minuman, Tambahkan Manis Dalam Senyuman. Tetibe Jer! Hehehe.. *

"Mak, kuar jap eh. Gula habis." Mak angguk kepala. Mata mak masih ke arah TV. Saya capai purse dan helmet kat atas meja kecil.

"Pakai T-shirt ni je lah. Bukan jauh pon." Saya bercakap sendiri.

Tak sampai pon lima minit perjalanan, sampailah saya ke kedai runcit. Kedai runcit mamak. Jauh sikit dari rumah. Kedai Cina yang dekat dengan rumah saya tak bukak hari ni. Sebab 7hb di tahun baru (kalendar Cina) adalah hari yang tak 'ong', jadi kedai Cina ni tak dibuka. Takut tak 'ong' bisnes diorang for the rest of this year.

Selesai beli gula, saya pon balik. Dalam kepala otak dok teringat adik saya yang kini dah pon dapat posting kat Kuala Lumpur. Jadi cikgu kat Cheras sana. Teringat jugak kat adik lelaki yang study kat UM. Tak tahu kenapa kali ni saya rasa sedih sangat. Mungkin sebab rumah saya sekarang dah tak cukup korum. Tinggal saya, emak ngan adik bongsu saya. Sunyi benar rasa rumah. 

Saya bawak Jebat saya tak laju. Lebih kurang 60km/j jer untuk jalan kampung ni. Jalan kecik so tak boleh bawak laju-laju. Lagipon bawak slow and steady macam ni boleh layan feeling sikit. Jalan kat sini kecik jer. Muat-muat untuk sebuah Grand Livina lalu.

Sedang layan feeling, entah macam mana tiba-tiba muncul motor dari depan. Saya tak dapat kawal motor, cuba elak motor tu tapi Jebat saya tersangkut kat ekzos motor tu  and 'BOOMM!'. Eksiden berlaku. Enjin Jebat terpadam. Saya landing atas jalan. Untuk seketika saya rasa macam sakit sangat sebab kena tindih dengan Jebat. Saya pandang muka India yang bawak motor hitam tu. Sumpah saya tak perasan kewujudan dia sebelum tu. Aduhai. Tak pasal-pasal dah eksiden.

"Sorry." Kata saya pada budak India tu. Saya rasa saya yang salah kot. Mungkin laju sikit saya bawak. Sebab saya yang langgar motor dia. Luckily, dia tak de apa-apa. Steady jer lagi. Saya yang terhegeh-hegeh angkat Jebat.

Nenek budak India tu datang dari dalam rumah. Saya yang tengah angkat Jebat berkira-kira dalam hati. Kalau enjin terus terpadam, jenuh saya nak menolak ke rumah. Kalau rosak pulak, entah berapa ratus nak bayar. Aduhaii..

"Sapa yang salah ni?" Nenek tu aju kan soalan kat saya.

"Saya laju sangat kot." Kata saya. Malas nak panjang-panjangkan kisah. Nenek India tu angguk kepala.

"OK ke ni?"

Saya angguk kepala. Try start motor. Dua kali tendang, dah OK. Nasib baik takde apa-apa Jebat saya. Cuma cermin sebelah kanan yang senget sebab dah menghempap jalan tadi.

On the way balik ke rumah, saya teringat kata-kata mak pagi tadi. Waktu kitorang dok borak-borak sambil dengar lagu Sudirman.

"Entah-entah abah ingat kat kita ke? Lama dia tunggu kita kat sana." Kata mak.

Saya terkejut dengan kata-kata mak. Mesti mak rindu kat arwah abah. Saya sengih tengok mak.

"Lama ke cepat, kita akan jumpa abah jugak nanti." Kata saya.

Bila dah eksiden tadi, saya jadi teringat dengan ayat mak.

"Lama abah tunggu kita kat sana."

Hurrmm.. Inilah manusia. Bila dah eksiden camni, baru ingat akan mati. Padahal, ingat mati tu pon satu ibadah jugak. :)

Sabda nabi Muhammad s.a.w :


Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Saya rasa eksiden ni kifarah dosa saya sebenarnya. Saya keluar pakai T-shirt je. Lengan pendek. Padahal kalau saya nak tukar T-shirt lengan panjang tadi, sekejap jer. Tapi akibat malas, dan tak ingat dengan dosa, saya keluar je pakai T-shirt lengan pendek. Nasib baik Allah nak ingatkan saya, di beri eksiden kecik gitu. Saya just luka-luka and lebam-lebam sikit jer. Kalau Allah tak nak bagi peringatan, ditakdirkan masa tu saya laju, dan motor tu pon laju, memang teruk la jadinya.

Alhamdulillah, Allah masih nak beri peringatan pada saya. Astaghfirullah al azim.


-----------------------------------------------------------------------

yus cakap : Cuti dah lama sangat, rasa malas nak start keje. Nak-nak lagi badan sakit-sakit ni. Patut ke ambik MC jer? Hikhikhik~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 3 February 2011

[UPDATE] Best Ke Ngangkung?

Menurut perangkaan terbaru lembaga filem Malaysia (wujud ke 'lembaga' ni? Gasak je la..), filem local yang berjaya mengutip paling banyak kutipan hasil jualan tiket wayang dalam sejarah perfileman Malaysia ialah filem Ngangkung (RM8.18 juta). Produser nya David Teo, keluaran MIG Production. Diikuti oleh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.74 juta) terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, arahan Mamat Khalid. Tempat ketiga ialah Adnan Sempit dengan kutipan RM7.66 juta, juga terbitan MIG Production. Untuk senarai penuh sila ke laman web Syok ni.

Saya dah tengok Ngangkung, as well as Adnan Sempit. Tapi, masih belom berkesempatan tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sebabnya, Kak Limah belom juga balik ke rumahnya sekarang ni, so sepupu saya masih belom boleh download movie tersebut. Selagi sepupu saya belom download movie tu, selagi itu lah saya tak dapat tengok. Begitu lah alkisahnya.

Errkk.. Kantoi suda saya tengok movie download saja! Ampunnnn!!

OK. Saya baru jer nonton Ngangkung, dua hari lepas. Saya tak faham kenapa view saya on most film is somehow deviated from other rakyat Malaysia yang lain. Sangat berlainan. Dulu Adnan Sempit. Sekarang Ngangkung. Dan saya masih tak faham.


Saya tak faham macam mana rakyat Malaysia boleh menyumbang RM8.18 juta kutipan tu. Pelik. Sebelum tonton movie tu, saya expect something yang very vogue de bass la. Something yang worth the RM8.18 juta tu. Ternyata, expectation saya terlalu tinggi. Tak tercapai dek akal (kot).

Bagi saya Ngangkung biasa jer. Nothing so special to get that staggering amount of collection and of course, marks that No 1 spot. The same goes to Adnan Sempit dulu. Heran sungguh macam mana boleh collect that huge amount sebab jalan cerita nya sangat klise. A guy likes a girl, through some 'well-known' plot of story, they got together and BOOMM!, they married. Ergh. Cliche.

Ngangkung pon sama. Agak dissapointed jugak bila ending nya hanya itu. Dengan gaya Johnny Depp wannabe, Si mamat Sam tu (entah apa nama nya dalam filem tersebut) menyesal selepas melempang anaknya and dia pon menyesal dengan aktiviti ngangkungnya (main no ekor) selama ni. And just that. End of story. Adeh. Macam citer drama jer. Hurmm..


Mungkin saya expect too much kot. Tapi, ye lah. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan? Dan it is obvious, pandangan rata-rata rakyat Malaysia yang memilih Ngangkung sebagai filem yang best giler babas tu, tak sama dengan pandangan saya yang rate kan Ngangkung sebagai biasa-biasa saja.

Dan yang paling menyerlahkan betapa berlainan nya pandangan saya dengan rata-rata rakyat Malaysia yang lain ialah saya lebih suka filem yang tak masuk senarai filem-filem terbaik Malaysia tu. Saya pilih Magika sebagai salah satu filem local yang berjaya menghiburkan hati. Best tau. Ada muzik-muzik, lagu-lagu, syok woo! Hehehe..

Pelik kan pandangan saya? Saya tahu mesti ramai yang ketawakan saya sebab cakap macam tu. Sepupu saya, adik-adik saya, malah mak saya sendiri pon gelak jer bila saya cakap Magika is very interesting. Diorang siap cakap Magika is 'ntah apa-apa ntah' kind of film. Hehehe..


OK la kan? Saya tak marah pon. Pandangan masing-masing. Diorang cakap sebab saya suka Mawi, that's why saya berpandangan filem tu best. Diorang salah. Dulu Mawi hero dalam Jin Notti. Tapi, saya merasakan Jin Notti antara filem yang 'biasa-biasa' jugak. Tak best pon actually. Hehehe.. So, kali ni, saya suka Magika memang takde kaitan dengan Mawi.

Sekarang ni tak sabar nak tengok Kak Limah je. Bila la nak gelak puas-puas macam yang saya gelak bila tengok Zombie Kg Pisang dulu. Hehehe.. Saya expect something yang best dari Mamat Khalid.


Hurm. Rasanya itu je la. Oh ye, sebelum saya menutup entri merapu kali ni, saya harap anda-anda semua tolong sama-sama doa kan keselamatan rakyat Mesir (dan jugak rakyat Malaysia yang ada kat sana), yang sekarang ni berhadapan dengan krisis politik maha hebat akibat pemimpin muka tak malu nya si Hosni Mubarak tu. Apa tak nya, dah berjuta-juta rakyat Mesir berdemonstrasi suruh turun takhta tapi still dengan tak malu nya dia nak bertahan. Aduhaii.. Dah takde rasa malu ke Hosni Mubarak oit??

* Demonstrasi Gulingkan Hosni Mubarak *

Harap-harap Malaysia takkan jadi macam ni lah. Kalau jadi macam ni, susah lah David Teo nak kumpul harta lagi through his films yang (konon) best tu. Heh~

***

[UPDATE] : Saya dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Best. Kelaka. Sakit perut menahan gelak. Dan as usual, filem Mamat Khalid sangat sarat dengan sindiran! Memang terbaek! Memang berbaloi kutipan RM 7.74 juta tu. Hehehhe..


------------------------------------------------------------

yus cakap : Sori lah pada sesapa yang ter 'masuk' ke blog ni dengan hasrat nak download Hantu Kak Limah Balik Rumah. Saya takde link tersebut. Hikhikhik~ :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook