rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 10 January 2011

Rumah Siap Pahat Berbunyi

* Si Cantik Ana Rafali *
Tak dinafikan, suara Ana Rafali memang sedap. Manja-manja gitu. Lagu Tolong Ingatkan Aku pon bagus. Liriknya berpuitis. Tak heran lah M. Nasir dan juri lain suka lagu tu. Kalau tak suka, takkan lah lagu tu buleh menang RM35,000 kat Anugerah Juara Lagu ke 25 malam tadi kan.

Bukan main ramai penonton yang hadir. Rata-rata bawak sepanduk menyokong artis kegemaran diorang. Saya terfikir, alangkah indahnya kalau pemandangan tersebut mewarnai Majlis Tilawah Al-Quran. Tapi, jauh la panggang dari api. Hehehe..

Sepertimana tajuk entri saya kali ni. Rumah dah siap, AJL dah selesai. Ana Rafali pon dah berbahagia tido atas duit malam tadi. Almaklum, beliau lah penulis lirik, beliau lah jugak komposer lagu tersebut, dan beliau lah jugak penyanyi dan pemain gitar untuk lagu tu, so RM35,000 memang wholely empunya beliau lah. Bahagia sungguh jadi Ana Rafali. Cantik. Pandai pulak tu. Student TESL la katakan. Jangan lah nak speaking English ngan beliau kalau rasa English tahap semput-semput enjin Yamaha Sport yang berusia 60 tahun. Saya lah salah seorang yang semput tuh. Hikhikhik~

Malangnya, pahat masih berbunyi. Tak tau lah kenapa. Padahal kalau berbunyi pon, takde guna lagi dah. Dah siap pon rumah tu. Sekadar nak puaskan hati sendiri je lah. Personally, pendapat tak seberapa saya yang tak arif tentang muzik, sekadar mendengar melalui telinga dan ikut menyanyi melalui mulut, saya rasa vokal Black melalui Sofea Jane sangat mantap. Hampir perfect. Flawless. Jadi sangat menghairankan kenapa Black tak jadi Juara AJL 25 atau sekurang-kurangnya Vokal Terbaik.

I mean, Hafiz? Noktah Cinta? Err.. Lagu tu OK lah. Sedap suara Hafiz just that belom mencapai spesifikasi 'Mantap' pada pendengaran saya. Lainlah Black. Buleh ternganga mulut dengar dia nyanyi. Nak-nak lagi time dia tarik high note dalam lagu Sofea Jane tu.


* Jatuh Cinta Dengan Vokal Black *

Mungkin salah Black ialah beliau terlalu rileks nyanyi lagu tu. Takde gimik apa-apa. Takde terkurung dalam sangkar. Takde terjunan dalam kolam. Dan takde kena tembakan apa-apa. So, juri yang tengok pon ala-ala tidur-tidur ayam je. Dengar gitu-gitu je. Mungkin itu lah salah Black. Mungkin.

Anyway, rumah dah siap. Malas nak ketuk pahat lagi. Tapi, suara Black dan Sofea Jane memang serasi tahap gaban!


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Enjoy je ketuk pahat. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment