Secara analoginya, kalau seminit lepas mood saya OK, boleh ketawa dan seronok suka, tapi seminit kemudian saya bertukar jadi Hulk atau mendung macam awan kelabu, itu lah maksud nya mentally (or chemically) unstable.
Tak tahu lah apa punca kewujudan sindrom ni kat saya. Banyak sangat berfikir mungkin. Sampai serabut kepala hotak. Nak dijadikan cerita, dua tiga hari ni jugak saya di contact balik oleh member-member (perempuan) yang masing-masing mengadu bosan + tensen + sunyi + sepi sebab still single.
Tapi, apo lah dayo den ni haa. Senasib je saya ngan diorang. Even worse, saya lebih tua dari diorang-diorang ni. Diorang sumer muda-muda lagi. Banyak masa lagi. Saya waktu sebaya diorang takde pon serabut kepala hotak mikirkan masalah single mingle jingle ni. Dah tua-tua sekarang baru tergerak hati nak fikir. No wonder la sampai sekarang dok solo molo lagi.
(Err.. Tetibe tingat lagu Apo Kono Eh Jang tu.. "Aye ni bujang sudah lamooooo aiiiiii.. Uiikkkss!)
Adeh. Ntah apa-apa ntah intro saya kali ni. Merepek meraban je. Saya sebenarnya nak kongsi something yang sangat best kali ni. Orang muda mudi cakap "COol!" (dengan gaya yang hanya muda mudi faham dan buleh buat.. err..).
Alkisahnya, cik abang botak Maher Zain ade menyuarakan hasrat nak men'translate' dan menyanyikan lagu femes kegemaran ramai rakyat Malaysia, InsyaAllah ke bahasa Melayu. Alhamdulillah, akhirnya hasrat ni terlaksana sudah! Hepi hepi hepi! Saya dapat tau dari forum kat Syok.org. (Tak dapat link pulak ke thread tersebut sebab seharian saya tak buleh masuk website syok. Ergh!)
So, tanpa melengahkan masa (sebab esok saya nak keje memandangkan sekarang dah jam 1.26 minit pagi and saya still tak tido!) saya kongsi lirik lagu InsyaAllah ni yang telah di translate kan. Amat bersesuaian dengan situasi mentally (or chemically) unstable saya semenjak dua tiga menjak ni.
Janganlah berputus asa.. Kerana Allah bersamamu.. InsyaAllah.. Ada jalannya.. InsyaAllah..
Maher zain - InsyaAllah
Lirik Lagu InsyaAllah (Versi Melayu)
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...
Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...
p/s : Kredit pada peng upload video ni kat Youtube iaitu brother akhifairuzmzmfc.
----------------------------------------------------------------------------
yus cakap : Semua orang ada masalah. Kalau takde masalah tu bukan orang la. Orang utan la kot. Ahakz~
Bookmark this post: |





bez sgt
ReplyDeletexdgr lagi nk g search r..
ReplyDeletehehe