rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 21 January 2011

The Grass Is Always Greener (On The Other Side)

Wajah Kak Mas, rakan sekerja saya, nampak penat. Letih. Mungkin tak tidur semalaman. Curious, saya pon tanya beliau.

"Akak tak tido ke semalam? Nampak penat je."

"A'ah la. Anak perempuan akak tu tak sihat. Tiga empat kali terjaga sebab dia merengek."

"Husband akak tak tolong tengokkan ke?" Saya tanya, tapi dalam hati jer. Taknak la menyibuk hal rumah tangga orang.

Di hari yang lain, saya tengok Kak Mas keletihan lagi.

"Anak akak demam lagi ke? Nampak letih jer akak ni."

"Penat la Yus. Balik keje nak kemas rumah, nak cuci pinggan mangkuk, nak basuh baju. Uruskan anak. Keje sekolah si abang tu. Adik lak merengek nak manja. Dengan abah dia takut pulak."

Saya terdiam. Letih nye dengar! Saya kalau balik rumah, lepas bagi mak makan, solat, terus online je. Sampai malam nanti. Dah ngantok, tido. Esok bangun pagi, pegi kerja. Takde pulak mak saya (yang saya anggap macam baby jugak.. Hehehe..) nak ganggu saya merengek-rengek tengah malam. Kecuali la kalau kitorang terlupa nak tukarkan pampers, baru dia kacau saya suruh tukarkan. Itu pun kekadang saya bising jugak. Adess. Sori mak!

Saya tengok Kak Mas yang masih bercerita pasal anak-anak dia. Entah kat mana dah cerita dia. Saya termengalamun la pulak. Hikhikhik~

"Husband akak tu tak macam husband orang lain. Husband Syidah tu leh gak tolong-tolong masak kat rumah. Husband akak lepas balik keje je, terbungkang tengah rumah nengok TV. Takde dia nak layan anak perempuan akak tu. Kadang-kadang keluar gi kedai mamak melepak dengan kawan-kawan dia. Akak pulak kena jadi cikgu dekat rumah, tengokkan keje sekolah si abang. Kalau tak tengokkan, alamatnya tak siap la." Cerita Kak Mas lagi sambil tergelak kecil.

Saya sengih. Terfikir. Letih nya lepas seharian kerja, balik rumah nak jadi surirumah lagi. Bukan saya nak katakan suruh abaikan terus kerja rumah tu. Tapi, perkahwinan ni kan ke perkongsian. Kongsi la susah senang sama-sama kan? Suami tolong-tolong la isteri. Kalau tak boleh tolong masak ke kemas rumah, tolong tengokkan kerja rumah si anak pon dah OK. Tapi, kalau berdasarkan kisah Kak Mas tadi, semua Kak Mas yang kena buat, lebih baik Kak Mas jadi surirumah sepenuh masa je. Ye tak?

Yang terbayang dalam kepala hotak saya masa tu, "Sengal sungguh husband Kak Mas."

Tadi, Kak Mas pergi kerja naik kereta adik iparnya. Akibat dah lama tak memandu kereta tu, dia rasa kekok. Almaklum, dia selalu drive Savvy, tapi stering kereta Savvy nya ada problem, so terpaksa naik Wira adik iparnya. Kak Mas mengadu betapa sukar bagi dia nak drive kereta tu. Kalau naik Savvy, gear nya macam lain. Wira pulak lain gearnya. Stering pon rasa semacam, lebih panjang pulak tu punggung Wira. Serba serbi kekok.

Masa tengah-tengah borak tu, henset Kak Mas tetibe berbunyi.

"Erm.. A'ah.. Susah jugak nak drive. Tapi OK dah. Selamat gak sampai." Terdengar Kak Mas menjawab panggilan sambil tergelak-gelak.

Saya dan Kak Syidah yang ada di tempat kejadian tersenyum-senyum. Berbeza dengan Kak Syidah, husband dia rajin gak tolong memasak kat rumah. Sebab memang hobi husband nya memasak. Lagipon, anak-anak Kak Syidah dah besar-besar, so takde la Kak Syidah mengadu penat urus hal rumah tangga.

"Husband akak." Kata Kak Mas setelah henset dimatikan.

"Hurm.. Nak jugak dia tipon tanya. Kalo husband aku, haram!" Kata Kak Syidah sambil ketawa.

Saya ketawa besar. Macam-macam ragam orang berumah tangga. Saya terfikir, walaupon husband Kak Mas ni nampak macam 'sengal' dari cara Kak Mas bercerita tentang rumah tangga nya (kadang-kadang), tapi sebenarnya husband dia ni caring jugak. Kan? :D

That's why saya terfikir, pada setiap orang tu ada baiknya, ada jugak tak baiknya. Perkahwinan sebenarnya menerima seseorang sebagai pasangan, baik dan jugak tak baiknya. Sebab, it is obvious, nobody's perfect.

Cuma kadang-kadang, kita sebagai manusia ni nampak yang rumput seberang sana lebih hijau dari rumput kat sekeliling kita ni.

* Rumput Lebih Hijau di Seberang Sana *

Macam saya la. Bila tengok sahabat-sahabat yang berbahagia dengan family masing-masing, dengan anak-anak diorang, rasa terkilan la sangat. Terfikir. Kenapalah bukan saya yang ada kat tempat diorang. Kenapalah saya tak sebahagia dorang yang ada family sendiri. Kenapalah saya tak secantik diorang? Kenapalah saya tak bertuah macam orang lain? Dan bermacam jenis soalan 'Kenapa..' lagi.

Nak-nak lagi, tadi sorang operator kat lab tanya saya;

"Kenapa tak kawen lagi? Rugi. Saya baru 21, dah ada anak sorang."

Saya diam. Umur 25. Jangan kata anak, husband pon takde. Jangan nak kata husband, boyfriend pon.. err.. takde. Hurmm.. Alangkah 'hijau' nya rumput diorang ni..

Saya terlupa bahawa rumput itu sebenarnya sama je. Di sekeliling saya, ataupun kat sebelah sana. Warna hijau nya sama, cuma kalau dah diracun tu, kuning la jadinya rumput tu. But the truth is, warna rumput tetap hijau asalnya. Dan ia sama di mana-mana saja. Walaupon di New Zealand sana.

Apa-apa jugak yang Allah tetapkan itu sudah semestinya berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya. Kenapalah saya selalu terlupa fakta ni?

"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan berdasarkan kemampuannya." (Surah Al-Baqarah, Ayat : 233)

Dan, apa-apa jugak yang Allah tetapkan itu sudah semestinya ada hikmah yang tersendiri. Kenapalah saya selalu terlepas pandang benda ni?

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka." (Surah Saad, Ayat : 27)

Kadang-kadang, apa yang kita suka, apa yang kita nampak seperti 'lebih hijau' tu, tak seperti yang kita bayangkan. Apa yang kita fikir baik, tak semestinya ia baik, untuk kita. Mungkin ia baik untuk orang lain. Tapi bukan kita. Sebab masing-masing ada jalan hidup nya yang tersendiri. Even, DNA setiap manusia pon takde yang sama.  Menunjukkan bahawa setiap manusia itu unik. Setiap kejadian Allah itu unik. Subhanallah.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, Ayat : 216) 

Kenapalah saya selalu tak ingat tu? 

Astaghfirullah al azim.


----------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya mudah lupa. Tolong ingatkan saya. Adess~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments:

  1. percayalah bhwa Allah tlh mcipta mnusia tu sesemprna yg mgkin..
    huhu..
    dan kdang2 kta brsedih blew Allah trunkan hjan di wktu pnas pdhal Dia nk tnjukkan pelangi buat kte..
    huhu

    ReplyDelete