rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 9 January 2011

Facebook Shut Down? Alangkah Bahagianya!

Nak tergelak pon ada bila baca status kawan-kawan kat Fesbuk. Yang kelam kabut pon ada. Yang tak tentu arah pon ada. Yang rileks saje pon ada.

Semua gara-gara berita (yang tak dapat dipastikan kesahihannya lagi) bahawasanya Facebook akan di tutup bermula 15 March 2011 ni. Pastinya semua remaja-remaja yang hidup mati serta nak berak pon mengadu kat Encik Fesbuk takkan senang duduk.

Kat mana lagi nak ngadu kalo boipren tak reply mesej? Cane nak tau kalo member dah clash ngan pakwe nye? Sape lagi nak tekan button like kat gambo yang posing maut tepi tiang KLCC tu?

Kalau lah berita ni benar, saya rasa saya lah yang paling seronok sekali! Hahahaha. Entah lah, seperti resam social networking yang lain (Myspace, Friendster, Tagged and so on and so on), saya dah semakin bosan yang amat dengan Fesbuk ni. Kalo tak silap, last saya post status kat Fesbuk masa new year hari tu. Bosan dah nak melayan Fesbuk sekarang.

Satu je kelebihan Fesbuk is it seems like EVERYBODY ada dalam ni. So memang senang nak carik kawan-kawan yang sama-sama main skipping dulu, sama-sama main kawen-kawen dulu. Senang jugak nak jadi stalker kat kekasih lama gitu.. 

Ini 3 reasons kenapa saya dah bosan dengan Fesbuk.

1) Malas nak tengok pic-pic member yang lawa-lawa, cun-cun, cantik jelita serta ensem bergaya.

Saya mengaku. Saya jeles nengok. Tau la korang cun giler. Asyik nak post gambo je. Tak silap sampai berpuluh-puluh album kat profile tu. Kejap pose muncung mulut. Kejap pakai tudung, kejap takde tudung, kejap peluk tiang. Ergh. Bosan.


2) Malas nak baca status yang sangat tak masuk akal.

"Aku nak gi berak. Jom?!" 
"Aq rs xtao cne nk gtau tp aq cyg q0 ssgt.. blablabla.."
"Going out to pick my bf. Luv u syg... blablabla.."

Err.. For all this.. Perlu keeee???


3) Jemputan-jemputan yang sangat menjengkelkan.

Masmona sent you a Farmville request.
Cik Bedah sent you a Cafe World request.
Mat Sentul invited you to Cityville. 

Adess.. Tak kuasa nak melayan.

Cuma malangnya sekarang, berita ni masih belom dapat dipastikan kebenarannya. Mungkin tipu je berita ni. Sebab kalau anda perasan logo website tu, nampak sangat menipu nye.

* The World's Only Reliable News? Macam pelik. *

Tapi tak tau lah. Kalau betol pon saya tak kisah sangat. Mende teknologi camni senang je nak ade replacement. So, no worries la pada penggemar Fesbuk.

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Private phone interview? Hurmm.. Mencurigakan.


--------------------------------------------------------------

yus cakap : It's about time. Hehehe..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment