rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 16 January 2011

Entri Tak Bertajuk

Bosan jugak kalau cuti-cuti Malaysia ni tak ke mana-mana. Tapi memang menjadi kebiasaan, weekend saya dihabiskan kat rumah jer. Apa nak buat? Orang single mingle jingle bell macam saya ni memang macam ni lah rutinnya. Nak keluar dengan kawan-kawan, semua stay jauh-jauh seantero Malaysia. Yang ada dekat-dekat ni semuanya dah ada family sendiri. Lagipon, sape lah saya. Lebih baik diorang pegi dating dengan pasangan masing-masing daripada nak habiskan masa dengan manusia single macam saya ni. (Uhuk.. mood sedih)

Sebut pasal single ni, ada jugak certain-certain times where saya rasa sangat lah fed-up being single. Rasa cam nak kawen cepat-cepat. Nak-nak lagi bila on Fesbuk jer, coursemate kawen la. Member sekolah dapat baby ke-tiga la (yes.. baby yang ke tiga!). Orang ni kawen, orang tu kawen. Ah.. Bosannya!!

So, cuti-cuti kali ni saya habiskan dengan membaca karya hebat Habiburrahman El-Shirazy. "Dalam Mihrab Cinta" (Novelet Pembangun Jiwa). Begitulah nama karya nya. Dalam karya ini terkandung tiga novelet iaitu "Takbir Cinta Zahrana", "Dalam Mihrab Cinta" dan "Mahkota Cinta".

Setakat sekarang saya baru sempat baca "Takbir Cinta Zahrana" dan "Mahkota Cinta". Bagi yang belum baca, silakan baca. Tak rugi baca. Best.


Sinopsis


Takbir Cinta Zahrana

Mengisahkan tentang seorang wanita yang berjaya. Berjaya dalam pengajiannya. Berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang pensyarah yang disegani. Namun, di sebalik kejayaan yang dimiliki, beliau masih berasa sunyi dan keseorangan memandangkan beliau masih bersendiri di usia tiga puluh empat tahun.

Dalam menghadapi hari, beliau diuji dengan ujian yang menggetarkan hati. Di 'kejar' lelaki hidung belang dan dianiaya membuatkan beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai seorang pensyarah.

Ujian tak berakhir di situ bila beliau akhirnya akan di jodoh kan dengan seorang lelaki. Baik, beriman dan teguh dengan agama Islam membuat hati Zahrana terpikat dan menerima lamaran tersebut walaupun lelaki tersebut tidak setaraf dari segi pendidikan dan darjat.

Namun, bahagia yang diimpikan tidak terlaksana juga apabila lelaki yang ingin di jodoh kan tiba-tiba ditimpa kecelakaan di malam pernikahan mereka.

Apa yang berlaku? Bagaimana kesudahan kisah Zahrana yang menyayat hati? Wujudkah lelaki yang bergelar suami untuk Zahrana? Semuanya terjawab dalam karya menarik "Takbir Cinta Zahrana" ni.


Mahkota Cinta

Kalau dalam "Takbir Cinta Zahrana" berkisar dilema seorang wanita, apa yang berlaku dalam "Mahkota Cinta" adalah sebaliknya. Mengisahkan dilema seorang lelaki, Ahmad Zulhadi yang berhijrah ke Malaysia kerana ingin melupakan kisah duka yang berlaku di kampung halamannya di Indonesia. Berbekalkan ijazah yang dimiliki dari pengajiannya di Indonesia, beliau datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian berdasarkan saranan seorang lelaki tua, Pak Hasan, yang dianggap saudara di kampung halamannya.

Seorang yang miskin, hanya berbekalkan alamat yang diberi Pak Hasan dan semangat nekad, beliau membulatkan hati untuk berhijrah. Dalam perjalanan hidupnya di Malaysia, beliau diuji dengan pelbagai ujian hati. Semasa dalam feri menuju ke Malaysia beliau bertemu dengan seorang wanita Indonesia yang bekerja di Malaysia. Siti Martini seorang wanita Indonesia yang banyak membantu Ahmad Zulhadi. Ketulusan hati dan kebaikan Siti Martini berjaya menganggu hati nuraninya, beliau jatuh cinta. Namun hati masih berbelah bagi samada mahu menyatakan cinta dan menikahi wanita tersebut atau tidak.

Dilema hadir kerana beliau seorang yang miskin, bimbang tak mampu menyara kehidupan apabila berkeluarga memandangkan dirinya terpaksa bekerja sambil belajar. Tambahan pula, beliau khuatir Siti Martini masih mengalami trauma akibat perbuatan suaminya yang jahat yang hanya dinikahi selama dua minggu.

Tanpa diketahui, Siti Martini juga mencintai Ahmad Zul. Tapi sebagai wanita beliau hanya mengharap Ahmad Zul akan datang dan melafazkan cintanya. Namun harapan yang dinanti tidak juga terlaksana apabila Ahmad Zul yang menyambung pengajian hanya diam seribu bahasa.

Dilema hati ini mengganggu pengajian Ahmad Zulhadi. Beliau terganggu dan akhirnya membuat keputusan untuk melamar juga Siti Martini. Saat ke rumah sewa Siti Martini, Ahmad Zulhadi terkejut kerana rumah tersebut sudah diserbu pegawai agama kerana penghuninya yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Ahmad Zul terpukul dengan kenyataan ini. Beliau sungguh tidak menyangka Siti Martini akan terlibat dengan perkara terkutuk seperti itu. Lalu, beliau mengambil keputusan untuk teruskan pengajian tanpa memikirkan soal hati dan perasaannya terhadap Siti Martini. Namun, ujian tetap hadir sepanjang pengajiannya. Walaupun sudah memilik Master, rezekinya masih belum murah. Masih bekerja di cafe dan restoran di Malaysia untuk menampung hidup dan pengajiannya. Masih bersendiri tanpa kehadiran seorang isteri membuatkan hatinya sering gelisah.

Dapat ke Ahmad Zulhadi bertahan dengan sabar dan imannya? Siapa Siti Martini yang sebenarnya? Berbaloikah penantian Siti Martini yang mengharap cinta Ahmad Zulhadi? Jawapan ada dalam "Mahkota Cinta".

***

Bagi saya, novelet "Mahkota Cinta" ni sangat menarik. Sangat realistik. Kepayahan dan kesusahan Ahmad Zulhadi masa belajar, kepasrahan Siti Martini yang mengharap cinta Ahmad Zul dalam diam, berjaya menyentuh hati saya. Tapi, sepertimana kata-kata yang dipegang oleh Yahya, sahabat baik Ahmad Zulhadi, yang dipetik dari ayat Allah;

"Inna ma'al usri yusran." Dalam setiap kesulitan ada kemudahan. 

Dan semestinya, kalau sudah jodoh tu, berpisah timur dan barat, atau dihalang bukit dan gunung, tetap mudah bagi Allah untuk menyatukan keduanya. Kun Fayakun.

Asal saja ada jodoh. :)

Memang berjaya buat saya tersenyum. Bila baca novel ni saya jadi kembali optimis. Kekadang kita terlupa untuk optimis. Jadi kita perlu booster untuk kembalikan rasa optimis tu.

"Bersabar dan bersyukurlah Saudaraku. Jangan tergesa-gesa. Tetaplah sabar dan istiqamah dalam berusaha. Syukurilah apa pun karunia yang dilimpahkan oleh Allah. Jangan kau mendikte Allah. Jangan kau berprasangka buruk pada Allah. Allah-lah yang Mahatahu yang terbaik untuk kita. Apa yang menurut kita baik belum tentu baik menurut Allah. Dan apa yang menurut kita tidak baik belum tentu tidak baik menurut Allah. Apa yang kita sukai belum tentu itu baik bagi kita. Dan apa yang kita benci belum tentu tidak baik bagi kita.


"Bisa jadi, sampai saat ini kau masih bekerja di cafe, karena itu memang yang terbaik. Bisa jadi setelah itu akan ada hikmah yang luar biasa bagimu. Yang paling penting bersabar dan bersyukurlah. Optimislah. Dan berprasangka baiklah kepada Allah."

---------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Bila kita lakukan sesuatu kerana Allah s.w.t, ganjarannya lebih manis dari segala-galanya yang mampu kita fikirkan. InsyaAllah. It's just a matter of time. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

2 comments:

  1. wah bestnya..
    nak pegi cri r..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. mye, best tau.. cepat2 cari di kedai2 buku berhampiran anda.. (tak pon try cri kat member2 yg ulat nvel).. hikhikhik~ :D

    ReplyDelete