rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 13 January 2011

Drama Sebabak - Lari Dari Rumah

Pagi semalam masa saya tengah kelam kabut nak pergi kerja (sebab bangun lewat.. lagi!), handset saya yang dah tiga tahun setengah tak bunyi tu tiba-tiba berbunyi. Ada panggilan dari kawan sekampung saya, Misz Noni (bukan nama sebenar) yang sekarang kerja di KL.  Agak menghairankan kenapa Misz Noni telefon, di waktu yang semakin menambah kehairanan saya.

"Adik lelaki hang ada kat rumah?" Tanya kawan saya tu.

Dada saya berdegup kencang. Takkan adik bongsu saya takde kat rumah kot? Saya senyap-senyap tolak pintu bilik adik. Lega. Nasib baik ada. Tengah tido lena.

"Ada. Kenapa?"

"Owh.. Mintak no telefon dia sat. Ada hal sikit."

Saya semakin tak sedap hati. Kenapa ni? Tapi disebabkan saya dah lewat, saya berusaha memendekkan masa percakapan kitorang.

"Ok.. Nanti aku mesej hang."

On the way tengah drive, saya mesej no adik saya kat Misz Noni. Masih hairan kenapa, saya terus tanya ape kes yang sedang berlaku.

"Tak. Adik aku (kawan adik bongsu saya) cakap nak tido rumah kawan. Aku taktau kawan mana. Tu yang nak tanya adik hang."

Saya puas hati dengan jawapan Misz Noni. Disebabkan  takut kena saman sebab mesej while driving, saya pon tak reply mesej tu. Dan hal tu pon berlalu dari fikiran saya sepanjang hari sebab terlalu sibuk di tempat kerja (terlalu sibuk berlakon buat-buat sibuk di tempat kerja).

Lari Dari Rumah?

Sampai rumah jam 7 malam, adik perempuan saya si Linda bagitau kawan Haizul hilang. Saya hairan. Sape? Kenapa? Bagaimana? Bila dijelaskan baru saya dapat relate kisah Misz Noni mintak no telefon Haizul tadi.

Malam tu, Misz Noni call saya lagi.

"Kalau adik aku ada pi rumah hang tolong bagitau aku ek. Risau ni. Dia dah 2 hari tak balik rumah."

Saya terkejut. 2 hari?? Mana pergi adik Misz Noni? Takkan diculik? Lelaki adiknya, bukan perempuan. Tapi tak mustahil jugak kan?

"Dia merajuk dengan mak aku. Mak aku ada marah dia petang semalam. Terus dia keluar rumah and tak balik-balik. Kitorang dah report polis. Kalau dia ada ke rumah hang, tolong bagitau aku ek?"

Saya setuju. Tak dapat dibayangkan kalau benda ni terjadi kat keluarga saya. Mau mati kutu saya.


Kejutan Malam 

Malam tadi lepas balik kerja, sambil berehat-rehat tengok TV satu suara memberi salam terdengar dari luar rumah. Saya bukak pintu.

Kawan Haizul yang hilang tu. Berseluar pendek, berbaju T-shirt. Saya ajak dia masuk dulu ke rumah. Dia senyum, dan menolak pelawaan saya. Segan la kot.

Saya panggil Haizul yang tengah mandi. Actually, belom mandi tapi dah bermastautin 3 jam dalam bilik air. Entah apa dibuatnya. Adess~

Masa diorang berborak kat luar, saya mesej Misz Noni and bagitau adiknya ada di rumah saya. Misz Noni call saya and suruh saya buat adiknya stay while she's trying to reach her mother to come over rumah saya. Belom sempat plan tersebut berjaya, adik saya bagitau kawannya tu ajak keluar mencari sepupunya.

Basikal kawannya ditinggalkan dan diorang keluar dengan adik saya bawak moto saya keluar. Saya tengok dalam bakul basikal kawan Haizul ada sebijik botol mineral.

Kesiannya. Dah tiga hari hilang, mungkin dia tak makan apa-apa. Sedihnya. Jiwa saya tersentuh. Remaja. Kadang-kadang tindakannya mengikut rasa hati. Tak sempat nak fikir hati dan perasaan ibu bapa nya yang risau kat rumah.

Tak lama selepas adik saya dan kawannya keluar, parents Misz Noni sampai rumah. Mencari anaknya.

"Diorang baru je keluar makcik. Dia ajak adik saya keluar pegi rumah sepupu."

Saya lihat ibu Misz Noni ni nampak tenang. Tapi saya tahu dalam hatinya risau tak keruan.

"Dia pakai seluar pendek kan?" Tanya ibu Misz Noni dengan setenang mungkin.

"Ye makcik." Mata ibu Misz Noni bergenang air mata. sedih sangat anak kesayangannya dah tak balik rumah 3 hari. Saya pon tersentuh dengan situasi tu.

"Dah puas makcik ngan pakcik merayau mencari Syam (adik Misz Noni yang hilang, jugak bukan nama sebenar). Dari masjid ke masjid. Mana tau dia tidur kat masjid. Makcik ingat dia datang sini, tapi adik ko cakap takde. Makcik ni makan pon tak lalu. Pakcik lagi la. Kalau makcik tak makan, takde nye dia nak jamah makanan. Semalam makcik tengok pakcik menangis. Tak pernah seumur hidup tengok pakcik menangis. Masa makcik masuk hospital pon pakcik tak nangis. Katanya takmau makcik sedih. Tapi semalam masa buat solat hajat, pakcik menangis sebab Syam tak balik rumah. Kitorang tegur sikit je, terus dia keluar. Dah keluar mungkin malu dan takut la nak balik pulak."

Saya jadi tersentuh. Memang lembut jiwa saya sekarang. Anak orang lain yang hilang, saya yang nak menangis ni! Bukan ape, kesian pada mak bapak yang risau ni. Kesian jugak pada yang menghilangkan diri tu. Entah makan entah tak. Aduh. Sedih hati fikir.

Dipendekkan cerita, Haizul dan Syam balik setelah di telefon tiga empat kali. Keadaan Syam lemah sangat. Dah tak berdaya dah dia. 3 hari tak makan. Aduss.. Mak bapak dia bila tengok anak diorang dah lemah begitu terus menangis. Risau sungguh. Dan mungkin lega sebab at least takde apa-apa yang buruk terjadi kat Syam.

Sebab melihatkan keadaan Syam yang terlalu lemah, saya mengoffer untuk hantar ke rumah. Biar dia berehat. After everything's setel, saya pon balik ke rumah. Masih terbayang-bayang betapa risau nya mak bapak Syam sebab tak balik rumah 3 hari. Saya yakin sape pon akan jadi macam tu bila anak bertindak melarikan diri dari rumah. Takde ibu bapa yang tak sayang anaknya.

* Takde ibu bapa yang tak sayangkan anaknya *

Cuma jiwa remaja sekarang ni cepat sangat memberontak. Terlalu mengikut kata hati. Sama je la sape-sape pon. Hari ni hari diorang, entah bila kena kat kita pulak. Nauzubillah la.

Semoga ni jadi teladan untuk kita. Untuk remaja-remaja yang merajuk dengan parents dan terasa nak lari dari rumah tu, stop la thinking that way. Macam yang saya katakan tadi, takde ibu bapa yang tak sayangkan anaknya. Macam mak bapak Syam ni, sampai tak lalu makan, tak lena tidur, tak putus berdoa moga dikembalikan anak diorang. Syukurlah Allah bukakan hati Syam untuk datang ke rumah kami. Dan syukurlah semuanya sudah selesai.

Kadang-kadang mak bapak ni tegur dengan cara kasar sikit. Anak-anak pulak cepat je merajuk. Kadang-kadang masing-masing tak memahami situasi antara satu sama lain. Apapon, sebenarnya kita kena berfikir dengan waras. Jangan ikut hati, nanti mati. Ikut rasa, binasalah hidup. Fikir semasak-masaknya sebelum buat apa jugak tindakan. Baik buruk consequencesnya.

Jangan ikut kata hati yang marah. Sebab marah itu dari syaitan. Dan selalunya keputusan yang dibuat bila marah akan mendatangkan kesal diri sendiri pada kemudian hari. Bertindaklah dengan menggunakan akal. Ingatlah orang yang tersayang. :)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (Surah Al-Baqarah ; Ayat 83)

--------------------------------------------------------------

yus cakap : Family's First. Utamakan Family.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

1 comment: