rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 4 January 2011

Bila Waktu Telah Berakhir

"Yus, malam nanti try lah tengok citer Hani. Best tau." Kata rakan sekerja saya kat tempat kerja tadi.

"Tengok la. Kalau mak saya bagi hak jaga remote kat kitorang." Jawab saya.

Begitulah selalunya. Kuasa memegang remote terletak di tangan mak saya. Mutlak. So saya memang sangat-sangat jarang dapat tengok rancangan-rancangan yang dikatakan meletup-letup bang boom bang kat TV3. Sebab mak saya suka tengok TV2. Sigh.

Tapi banyak TV show kat TV3 sekarang ni guna nama orang kan? Chinta (Chanduri), Ahmad Durrah (bukan Ahmad Lurah), Ayoub (saya jarang tengok sebab tak minat Iqram Dinzly), Saka Jentayu (Jentayu tu nama orang rupanya), Hani (malam ni baru saya tengok), dan yang selalu saya tengok iklan asyik tayang sekarang, yang kalau sekali tayang, air liur dan air mata adik saya meleleh-leleh keterujaan, ialah Ustaz Amirul. Lakonan Ashraf Muslim.Yang ni start 7 Januari nanti. Entah la dapat tengok ke tak. Dah sah-sah mak saya nak tengok Gerak Khas. Adess~

Well, berbalik pada saranan kawan saya tadi. Malam ni, jam 9 malam, beria-ia lah saya nak tengok citer Hani. Heroin dia yang berlakon Laila Asyikin dulu tu. Nasib baik mood mak saya OK, maka remote boleh la beralih tangan.

Dengar je lagu latar belakang masa citer Hani tu tengah berlangsung, saya jatuh hati dengan lagu tu. Sedap susunan muziknya, liriknya apatah lagi. Syahdu dan berjaya mengingatkan. Seperti biasa, tanya je Encik Gugel. Dia mesti tahu punya. So, saya pon siap download sudah! Heheheh..

Lagu : Bila Waktu Telah Berakhir
Penyanyi : Opick



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi


--------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Opick ni penyanyi nasyid eh? Saya pon tak kenal sangat.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment