rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 28 December 2011

Anak Kampung

First time dengar lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat ni dekat MuzikFM. Best jugak. Ape lagi, terus godek-godek YouTube and found this one.


Ini lirik untuk lagu ni. Layan saje.
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada
Ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna.

Lagu ni originally is Lagu Tradisional Sabah rupanya. Di translate dari loghat Sabah (Sumandak) kepada bahasa Melayu. Jom check it out versi Sabah punya.


Yang kelakarnya, siap ada jawapan sebagai balasan untuk lagu ni. Boleh layan yang ni. Best jugak tau! Hehehe..


Tak sangka, rakyat Malaysia memang kreatif! Bukan saje ada balasan dari sang perempuan, ada pulak versi orang kaya untuk lagu ni. Jom layan yang ni.


Hah.. Hamek kau! Kenyang telinga dengan lagu ni jer. Hahaha..Sabo je laa! :)



------------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya pun anak kampung (tapi absolutely bukan orang Sabah. Orang Sabah lawa-lawa). :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 16 December 2011

Statistik Tipu Pakcik Gugel

Saya sebenarnya agak terpana bila saja-saja menggodek Stats Blog ini sebentar tadi.

* Search Keyword - Traffic Utama?? *

Hurmm.. Traffic utama untuk minggu ini ialah 'coretan gadis kecil baddrol bakhtiar', and i just like .. WHATTTT??? *Sambil kerut-kerut dahi tanda tak mengerti langsung*

Tak faham betul pemikiran saya. Seingat saya, takde pulak entri yang melibatkan 'coretan gadis kecil baddrol bakhtiar' dalam blog ni. Entri yang melibatkan Baddrol Bakhtiar pon takde (kecuali yang entri Wordless Wednesday yang tak wordless tu jer lah).

Sape lah yang search guna keyword tersebut, lalu terdampar di blog saya yang daif ni. Traffic utama pulak tu. Udah le takde apa-apa pon yang berkaitan dengan pencarian dia tu kat sini. Hehe. Minta maaf ye encik/cik. Entah macam mana Pakcik Gugel buat kerja. Maafkan Pakcik Gugel juga. Dah tua dah. Hiks~


--------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Memang saya *sedaya upaya* tak buat entri tentang beliau, sebab saya suka tahap adore beliau sangat sangat sangat. Syhhhhhhhh !!!~ :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 14 December 2011

Aku Sekeping Kertas

Sedang saya dalam perjalanan balik rumah dari tempat kerja petang tadi, saya terpandang sekeping kertas bersaiz A4 yang berterbangan ke sana sini dek deruan enjin kenderaan-kenderaan di atas jalan raya.

"Entah apa yang tertulis atas kertas tu eh?" Bisik hati saya.

Erk.. Penting kah? Hehehe.. Memang dasar penyibuk saya ni!

Sejurus selepas itu, saya teringatkan zaman persekolahan yang penuh warna warni. Sambil melayan lagu Hindustan (yang tajuknya saya tak pasti) di MuzikFM, fikiran saya teringatkan suatu tajuk karangan yang boleh dikaitkan dengan sekeping kertas yang saya nampak di atas jalan raya tadi.

Aku Sekeping Kertas. 

Haa.. Amacam? Ada tak rasa macam zaman-zaman ponteng kelas dulu? Karangan autobiografi kot eh? Alamak, saya pun tak ingat dah! Hehehe.. Tapi, yang pasti tajuk-tajuk berkaitan adalah seperti ;

Aku Sebuah Tudung Saji 

Aku Sebuah Basikal Tua 

Aku Sebijik Durian Sedap. 

(Err.. Tajuk karangan durian tu mungkin kurang bersesuaian lah. Hiks~) 

(Oh ye.. Tiba-tiba teringat lagu "Aku Semut Merah".. Ada persamaan!)

Dan permulaan karangan mungkin sekali akan start dengan ;

"Aku dilahirkan di sebuah kilang tudung saji. Blablabla.. " 

Dan bermula lah kisah sebuah tudung saji, sebuah basikal, sekeping kertas (dan sebagainya) yang selalunya akan berakhir dengan tragis. Bergantung kepada tahap ke'kreatifan' seseorang, karangan diolah sampai berjela-jela. Yang kalau dibaca di waktu mengantuk, memang akan terlena dengan jayanya.

Persoalannya, saya fikir-fikir dari dulu sampai sekarang, apakah agaknya relevan belajar buat karangan autobiografi itu ya? Untuk menangisi nasib sekeping kertas/ sebuah tudung saji/ sebuah basikal dan barangan lain yang sewaktu dengannya? Ataupun untuk menghargai jasa barang-barang tersebut?

Mungkin jugak kan?

Hurmm.. *Fikir-fikir*

Sepertimana kesimpulan dari kisah-kisah karangan autobiografi ni, selalunya akan berakhir dengan tragis, begitu juga yang berlaku pada sekeping kertas yang berterbangan di atas jalan raya tadi. Dilenggek oleh lori, dilenyek pulak oleh kereta BMW, tanpa arah tuju. Kasihan.

Dan yang paling penting, ia mengganggu konsentrasi saya yang sedang memandu. Selain daripada ia mengotor dan mensemakkan pandangan jalan raya, walaupun hanya sekeping kertas (yang tidak bersalah). Yang bersalah ialah manusia yang membuang kertas tersebut di atas jalan raya. Sungguh tidak bertamadun manusia tersebut.

Baiklah. Itu saja untuk kali ni. Hurmm.. Dapat jugak satu entri based on karangan autobiografi yang saya pertikaikan ke'relevan'annya tadi.

p/s : Apa yang saya tahu, lagu Kertas Band "Kekasih Yang Tak Dianggap" memang best. Dulu, kini, dan bila esok.. Hehehe.. *Sewel*



-----------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Janganlah buang sampah (walaupun sekeping kertas bersih) di atas jalan raya. Sekian, terima kasih.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 8 December 2011

Senyum vs Masalah

Suatu hari di tempat kerja.

"Yus ini, asyik senyum, ketawa saje. Tak ada masalah ya?"

Teguran macam ni dah selalu sangat saya dapat. Seolah-olah saya ni makhluk asing yang asyik ketawa dan membuat semua orang kat tempat kerja saya jadi hairan.

"Selalu kan, kalau dah tengah-tengah bulan, mesti orang akan kurang senyum, apa lagi ketawa." Kata rakan saya lagi.

"Kenapa ya?" Pelik jugak. Kenapa pulak ada hari-hari yang orang boleh senyum, ada hari yang orang tak boleh senyum. Musykil!

"Sebab.. Bila dah tengah bulan, duit pun sudah mengering.."

Saya ketawa besar. Ingat kan sebab apa, rupanya sebab tak ada duit yang sampai tak boleh senyum tu.

"Tengok tu. Ketawa lagi." Katanya dengan wajah serius. "Saya cakap betul. Bila dah tengah bulan, duitnya sudah habis bayar hutang, sudah habis beli barangan itu ini.. Jadinya, muka pun sudah tak boleh senyum. Masam saja.."

Penjelasan rakan saya tadi membenihkan satu pertanyaan dalam kepala saya. Lalu saya utarakan soalan ni kepada dia.

"Andy (bukan nama sebenar), kalau bermuka masam tu, duit akan datang sendiri ker? Masalah akan hilang ker?" Tanya saya dalam senyum.

Andy akhirnya senyum. "Betul jugak ya?" Akuinya.

Semua manusia dalam dunia ni ada masalah masing-masing. Saya, anda, mereka. Semua yang bergelar manusia. Masalah wujud di mana-mana.

Masalah saya mungkin tak sama dengan masalah anda. Masalah anda mungkin tak sama dengan masalah mereka. Tapi, persamaan masalah saya dengan masalah anda dan mereka ialah masalah berjaya membuatkan kita runsing, tak tentu arah dan bingung.

Berbalik kepada soalan saya tadi, bila ada masalah, kenapa perlu masamkan wajah kepada orang lain? It is normal untuk rasa bingung dan runsing tu, tapi it is not needed to spread your problems or worriness to other person.

Maksudnya, bila anda runsing ditimpa masalah, jangan sampai orang disekeliling anda berasa bermasalah jugak dengan masalah anda. Sudah lah anda bermasalah, anda membuatkan orang tertekan pulak dengan sikap anda. Dan ini boleh menimbulkan permasalahan kepada orang lain pulak.

Virus!

Hehehe.. Tak bagus kan macam tu?

Jadi, SENYUM lah! Bukan susah pun. Nak ajar ke macam mana nak senyum? Hehehe..

* Saya sangat suka senyuman Julia Roberts. Sangat cantik! *

Kalau ada masalah sekalipun, ia bukan penghalang untuk anda senyum kepada orang di sekeliling anda. Macam yang saya cakap tadi, kalau anda berwajah masam, boleh kah masalah hilang? Berkurang ke penderitaan hati anda tu?

Dalam satu kajian mengatakan bahawa, untuk senyum kita menggunakan hanya 17 otot berbanding bermasam muka, iaitu sebanyak 43 otot. Tak ke rugi? Sebab tu kalau asyik masam je muka, murung aje, kita jadi cepat letih.

Malah, ada lagi kajian yang mendapati dengan senyum, ia akan mengurangkan paras tekanan darah. Dengan ketawa pulak, anda juga boleh mengempiskan perut. Tindakannya umpama senaman kepada abdomen, diafragma, bahu dan hati. Saintis di Universiti Vanderbilt mendapati bahawa ketawa dapat membakar kalori sebanyak 20%!

Wow! Great news for those yang nak kurangkan kalori badan tu. Hehehe..

Yang lebih penting, apa junjungan besar Nabi Muhammad sebut tentang faedah senyum ni?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim. 

Malah, mesti kita pernah dengar kan satu kata-kata;

Senyum Satu Sedekah

Dan juga;

Laughter Is The Best Medicine

Menurut kajian lagi, dengan senyum seseorang akan menghasilkan sejenis hormon endorfin iaitu sejenis hormon gembira. Ia juga akan meningkatkan sejenis bahan kimia dalam badan iaitu Serotonin, yang berupaya mengurangkan tahap tekanan seseorang.

Jadi, senyum lah. Tak kira lah betapa besar masalah anda, ingatlah firman Allah s.w.t ;

"Setiap kesulitan disertai kemudahan. (Sesungguhnya) Setiap kesulitan disertai kemudahan." (Surah Al-Insyirah, Ayat 5 & 6) 

Kalau bermasam muka pun tak dapat apa-apa. Menambah kemenyampahan orang terhadap diri anda jer. Hehehe.. 


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Selamat Senyum! :-)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday

Ade eh benda nih sebenarnya? Saya tak pernah tahu pun. Hehehe.. *Saya bukan blogger sejati.. Admit it!*


Menurut Sinar Harian, Baddrol Bakhtiar tetap mahu menerima tawaran ke Pelita Jaya. Sumber dari sini.

Walaupun ni sesuatu yang baik untuk karier beliau, tapi saya berasa sangat FRUST. Huhuhu.. *Nangis dengan kuat*

Dan saya dah risik dari seorang kawan dari Indonesia kat tempat kerja saya, tentang Pelita Jaya yang berpengkalan di Bandung. Katanya ;

"Gadis-gadis Bandung memang cantik-cantik." Katanya sambil buat gesture 'thumbs-up'. Saya senyum saje walau dalam hati meraung tahap cipan!

Takde chance la saya! Owh.. FRUST MENONGGENG!


---------------------------------------------------------------------

yus cakap : Word Of The Day - FRUST ! Serius ! :(
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 4 December 2011

Wajah Seiras & Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim..

Mohon maaf sebab dah lama tak update blog. Saya taknak kasi alasan cliche "takde masa" sebab alasan utama saya MALAS sangat nak update blog ialah keyboard laptop ni rosak. So kena guna On-Screen Keyboard, dan ianya SANGAT MENJENGKELKAN, LETIH dan SANGAT (100x) LECEH!

Ergh! Nampak tu. Caps Lock. Maksud, sangat marah. Hehehe..

OK. Saya akan update blog bila saya bila saya beli keyboard baru. Hiks~

Tapi sebelum tu, saya sebenarnya ada satu persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Betul ke eh, kata orang, kalau satu pasangan, lelaki dan perempuan, wajah diorang ade iras maksudnya ada jodoh?

Bukan ape, sekadar nak tahu kesahihan jer. Sebab tengok muka mak dengan arwah abah, takde iras pun! Hehehe..

Nak tau tak? Ada dua tiga orang member cakap wajah saya ni ada iras dengan wajah someone yang saya admire. Pergh! Kalau benar, alangkah bahagianya! Hahaha..

Yang tak best nya, someone tu sorang yang dikenali dan mungkin digilai oleh beribu gadis lain. Memang takde chance la saya. Hurrmm.. *Kuciwa*

OK lah, hiper tensi dah saya ni menaip sebijik-sebijik guna On-Screen Keyboard nih. Sebelum saya gigit keyboard laptop ni, baik stop di sini jer. Jumpa lagi.


-----------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Kalo ushar Twitter saya, anda mesti tau sapekah 'someone' tu. Malu nak taip namanya kat sini. Hehehe.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 29 October 2011

5 Perkara Sebelum Tidur

Apa yang biasa anda lakukan sebelum tidur? Berangan? Berfikir? Gayut kat handphone? Main game Tetris sambil dengar lagu? (Saya lah tu.. Isk!)

Errr.. Tinggalkan semua itu sebab ada pesanan dari Rasulullah s.a.w, apa yang lebih baik atau sepatutnya seorang muslim lakukan sebelum tidur.

5 Perkara Yang Patut Dilakukan Sebelum Tidur

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Saidina Ali r.a, "Hai Ali, lakukanlah 5 perkara sebelum kamu masuk tidur.

1) Bersedekah dengan 4000 dinar.

2) Membaca seluruh Al-Quranul Karim.

3) Bersahabat dengan 2 orang musuh.

4) Membayar harga sebuah syurga.

5) Mengerjakan haji dengan sempurna.

Lakukanlah perkara-perkara tersebut setiap kali sebelum tidur."

Lalu Saidina Ali r.a menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w, permintaan ini seperti mustahil. Bagaimana saya mampu melakukannya?"

Maka Rasulullah s.a.w menjawab;

1) Membaca 4 kali Surah Al-Fatihah itu bersamaan dengan bersedekah dengan 4000 dinar.

2) Membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas itu bersamaan seperti membaca seluruh Al-Quranul Karim.

3) Beristighfar sebanyak 10 kali itu umpama bersahabat dengan 2 orang musuh.

4) Berselawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 3 kali adalah seperti membayar harga sebuah syurga.

5) Membaca kalimah Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar sebanyak 4 kali seumpama mengerjakan haji dengan sempurna. "


Subhanallah. Simple kan? Berbahagialah bagi yang sudah amalkan. Bagi yang belum, jom kita start malam ni juge!


--------------------------------------------------------------------

yus cakap : Jangan lupa doa tidur!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 23 October 2011

New World Order : Bahagian 3

Masih berkisar tentang kematian Muammar Gaddafi, rupa-rupanya ia lebih teruk dari apa yang saya sangka hanya konspirasi US. Saya sertakan artikel ni yang saya baca dari laman Al-Muhaimin (Facebook) untuk santapan mata dan minda anda. Dan kalau anda pernah mengikuti tulisan saya berkaitan New World Order (NWO) sebelum ni, maka anda akan lebih faham dan nampak dengan jelas tentang konspirasi menakluk dunia oleh puak Yahudi / golongan Illuminati.

*************************************************

Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.


LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

-----------

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Catatan tambahan:

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.


Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat".Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
__________________

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.

Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.

Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama. Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.


----------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Ya Allah, selamatkanlah Malaysia. Tetapkanlah kami dalam Islam. Amin ya rabb!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Berakhir Riwayat Seorang Muammar Gaddafi

Memang tak berperikemanusiaan langsung. Sungguh bersifat kebinatangan. Apa yang berlaku terhadap Presiden Libya yang mati dibunuh baru-baru ini sangat mendebarkan hati saya. Bukan kerana saya penyokong beliau, tapi simply because dalam diri saya masih ada sifat kemanusiaan. Saya percaya anda juga masih ada rasa kasihan melihatkan cara beliau disiksa dan dibunuh.

* Sangat Menyayat Hati *

Agak-agak la kalau dah marah sangat pun. Kita ni kan manusia, entah apa lah hak kita nak menyiksa manusia lain macam binatang? Aduhai nyeee punnn !!~

Dah tu boleh pulak menjerit-jerit melaungkan Allahu Akbar masa menyiksa dan membelasah manusia? Sangat ironic.

Allahu Akbar itu maksudnya Allah Maha Besar, jelas maksudnya Dia yang berhak menentukan pembalasan atas apa jua tindakan atau salah laku kita, hamba-hambaNya. Bukan kita yang boleh memperlakukan manusia lain macam binatang! So inhuman.

Bila tengok gambar Muammar Gaddafi yang lunyai dibelasah, saya hanya mampu beristighfar. Tak tertahan jiwa lembut saya nih (Hiks.. Lembut kah?). Sampai hati eh manusia sekarang ni membelasah manusia lain yang sememangnya dah tak berdaya? Memang dah hilang langsung ke sifat kemanusiaan tu dalam diri?

* Lunyai * (Sumber gambar SINI)

Astaghfirullah al azim.

Yang membunuh tu pulak rakyat Libya sendiri. Puak penentang, Anti Gaddafi. Ye lah, kita tengok lah apa nak jadi pada Libya dan telaga minyaknya yang banyak berkoyan-koyan tu. Jangan dikebas dek puak US dan Israel tu udah le. Nak sangat bertelagah sesama Muslim, last-last melopong di negara sendiri.

Daripada Ummul Mu’minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w.), beliau berkata ;

"(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
(H.R. Bukhari Muslim)

Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata:

"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)


p/s : Boleh juga baca laporan Reuters di SINI


---------------------------------------------------------------------

yus cakap : Hopefully Malaysia takkan jadi macam ni la. Nauzubillah. Al-Fatihah untuk beliau.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 15 October 2011

Gara-gara Facebook

Secara jujurnya, umur dua puluh enam tahun ni tua sangat ke eh? Seems like saya ni dah tak dapat nak faham gelagat dan attitude remaja-remaja zaman ni. Percakapan, slang yang diguna, fesyen-fesyen remaja yang vogue da bass. Tak dapat saya faham dan ikut. Semua saya tengok kat Facebook lah. Saya kan (profesional) stalker. Hehehe~

Shorform dan Slang

Dah lama saya perasan yang FB user sekarang dah banyak guna shortform bila komen kat wall kawan-kawan diorang.

Contoh : "Wow.. Cantik DP ! "

And honestly, hari ni baru saya tau yang DP stands for Display Picture. Sigh.

Percakapan

Bila di ancam provokasi, dan bertikam lidah, untuk mematikan pertelingkahan setelah defend diri apa yang patut, end sentence nya ialah ;

"Kau adee ?? "

Err.. Ini pun boleh jadi trend ke? Hiks~

Fesyen Shawl

Untuk Facebookers wanita, fesyen shawl sangat femes tahap gaban. Regardless of apa juga bentuk muka, yang kurus ke, berisi, petak, apa-apa lah, semua suka pakai selendang. Nampak OK jer semua. Kalau saya la yang pakai gitu, haruslah muntah hijau tengok cermin. Hudus! Hehehe~

Semua trend ni takde lah jadi masalah besar pun. Takde memberi impak besar pada negara pun. Tetapi, semua perkara tetap ada pro and kontra nya.

Semalam saya tengok berita. Dikatakan, semakin ramai pelajar yang terikut-ikut gaya penulisan shortform dan slang FB ni dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia di sekolah. Bahasa rojak. Yang campur english word dalam karangan BM. Yang tulis singkatan melampau macam bahasa SMS tu. Almaklumlah, dah biasa la katakan.

Yang paling merisaukan, gara-gara Facebook, suami isteri bercerai. Gara-gara Facebook, kawan-kawan saling bermusuh.

Semalam Kosmo melaporkan, seorang budak perempuan 14 tahun lari dari rumah, bersama rakan perempuannya dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali di Facebook.

 * Kosmo 15 Oktober 2011 m/s 12 *

Hurmmm.. Facebook lagi...

Tapi, budak perempuan 14 tahun tu dah dijumpai di Pulau Pinang. Ibu kepada remaja itu mempertahankan bahawa anaknya bukan ikut lelaki (teman FB) tapi sebab nak cari kerja. Tak tahu lah apa sebenarnya yang berlaku.

"Bagaimanapun, selepas ini, kami akan tetap memantau aktivitinya agar tidak kerap bermain Facebook sehingga mempengaruhi pemikirannya." Ujar ibu remaja tersebut.

Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak, menyesal tak sudah.

Moral of the story : Semua boleh berlaku gara-gara Facebook. Bersederhana lah dalam menggunakan Facebook. Kalau jadi benda tak elok disebabkan FB ni, kita jugak yang susah. Bukan orang lain. Yang pasti, pengasasnya jugak yang tetap untung. Hehehe~


---------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Tersentuh baca berita si isteri yang selamatkan suami lumpuh dalam kebakaran di Rantau Panjang dalam Kosmo tadi.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 11 October 2011

Masalah Oh Masalah

Semua manusia ada masalah. Normal lah apabila kita ada masalah, kita fikir masalah kita lah yang paling besar dari masalah manusia lain dalam dunia ni. Kadang-kadang rasa tak tertanggung lagi. Bertimpa-timpa masalah. Lepas satu tertangguh, datang pulak masalah lain. Tak salah lagi pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga, terkena ta*i ayam pulak'. Aduhai.. Benar-benar merimaskan dan menserabutkan fikiran.

* Pusing kepala *

Saya pun sama jugak. Banyak beno masalah sekarang ni. Obviously masalah kat tempat kerja lah. Campur dengan masalah kewangan yang nyawa-nyawa ikan ni. Almaklum, dah tengah bulan. Hehehe~ Orang yang dapat advance tu takpe la jugak. Boleh jugak cover-cover. Macam saya yang takde advance ni kena sabo je laaaa~

Lebih menambah masalah problem saya, tadi adik saya mesej waktu di tempat kerja.

"Kak, tadi kena saman."

Aduiii.. Ini tak lain kena saman sebab motor takde roadtax dengan takde lesen lah ni. Memang berganda! Sudah lah pening dengan masalah yang sedia bertimbun kat lab tu, tambah pulak dengan sikap Mr Bos yang over kelam kabut tahap cipan nak mampos, semakin pening lagi dengan masalah saman ni. Rasa nak hempuk je kepala ke dinding!

Orang cakap, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan masalah demi masalah yang melanda saya ni, for all that i have been through, saya terfikir, entah apa lah hikmahnya?

Masa on the way balik kerja tadi, tengah drive dengan penuh khusyuk, saya fikir balik tentang masalah-masalah dan perkara-perkara yang serabutkan kepala hotak saya ni. Rasa tension sangat. Saya takde masalah dengan family. Cuma masalah kerja ni. Serabut! Dan tanpa sedar saya TERmenangis. Tak sedar der! Serius orang tengok mesti pelik "Apsal la minah ni emo tetengah drive? Sewel?"

Hiks~

OK. Fine. Macam saya sorang je la yang ada masalah kan? Buat malu jer nangis-nangis sensorang dalam kereta!

Itulah namanya manusia. Saya lah contoh manusia lemah tu. Bila ada masalah je, baru nak rasa sedih. Selalu terjadi bila ada masalah, baru ingat Allah. Saya lah tu.

Astaghfirullah al azimm..

1) Saya lupa bahawa dalam kehidupan kita, setiap masa kita diuji. Sama ada di waktu susah atau senang. Bila Allah beri kesenangan, itu juga ujian buat kita. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Qamar, Ayat 27;

"Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka)."

2) Saya lupa bahawa bila Allah beri ujian dan masalah pada kita, sebenarnya dah disertai sekali dengan penyelesaian dan solusi. Maha Suci Allah. Subhanallah.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Surah Al-Insyirah, Ayat 5 - 6)

3) Saya lupa bahawa masalah ini ialah ujian dari Allah. Ujian yang sebenarnya cara Allah untuk buat kita lebih dekat padaNya.

4) Saya lupa bahawa masalah dan ujian ini ialah kifarah dosa kita sendiri. Semoga dengan ujian dan masalah ini boleh menghapuskan dosa-dosa kita, hanya saja kalau kita sabar menghadapinya.

5) Dan saya lupa, bahawa memang benar setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan kalau terfikir entah apa hikmahnya, ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahuinya, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

* Doa Semasa Duduk Antara Dua Sujud *

MasyaAllah! 

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 1 hingga 3;

"Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." 


---------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Sabar itu permulaannya pahit, tapi buahnya manis. InsyaAllah. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 9 October 2011

10 Cara Mengesan Penipuan Sang Boyfriend

YESSSZZAA! Ini merupakan naskhah dari saya untuk kaum wanita supaya dapat detect keadaan di mana boyfriend anda sedang melakukan aktiviti 'penipuan'. Dalam erti kata lain, kita sedang mengkantoikan kaum lelaki! Wuahahaha !!~ *Gelak jahat*

OK, tanpa buang masa, jom lah kita check it out!

 * Penipu *

1) Mengalihkan pandangan bila memberi respons. 

Tindakan refleks. Inilah yang dilakukan tanpa sedar oleh sesiapa juga bila menyedari dirinya mula dilanda ke'kantoi'an. Terutamanya lelaki lah. Kalau diorang pandang ke kiri or kanan, itu maksud dia sedang cuba menghindari pandangan mata dengan anda. Tapi, kalau diorang menunduk, ini maksud dia (dengan pantas) sedang cuba cari alasan atau reason untuk menyelamatkan diri.

2) Nafas berubah sebelum mula bercakap. 

Kalau anda dapat tangkap yang boyfriend anda tu cuba untuk menipu, cuba perhatikan cara dia bernafas. Sekiranya dia nampak macam menahan nafas, ataupun kadar pernafasannya nampak meningkat, itu maknanya dia sedang menipu. Sebabnya, bila seseorang tu gelabah, kadar jantung berdenyut lebih pantas. Thats why dia cuba tahan nafas untuk nampak cool.

3) Pergerakan mulut. 

Ini juga tindakan di luar sedar. mulut bergerak seperti mengunyah sesuatu, atau mulutnya digerakkan ke kiri atau kanan, ataupun mengetap bibir. Jelas! Dia dah try nak menipu la tu.

4) Cerita tergantung. 

Kalau anda perasan, bila anda mula rasa suspicious terhadap sesuatu dan dia cuba nak explain, ceritanya tergantung. Dia akan cuba ubah topik. Tiba-tiba dia tegur tentang kasut bila tengah bercerita. Haaa.. Sah kantoi! Hehehe~

5) Telan air liur. 

Personally, bagi saya, ni cara paling senang for someone to detect lies. Satu lagi tindakan refleks menunjukkan seseorang cuba tenangkan diri sambil mencari idea untuk menipu.

6) Ambil masa yang lebih lama dari biasa untuk jawab soalan.

Normal la, bila dah kantoi, nak cover up, nak mark up cerita kasi baek punye mesti la ambil masa yang lebih. Kecualilah kalau dia dah prepare awal-awal.

7) Berpeluh. 

Hah. Ini mesti dah kantoi besar-besaran nih. Kalau di hari yang tak sepatutnya berpeluh, tapi dia berpeluh, maka haruslah seorang perempuan itu berasa curiga dengan ketelusan si lelaki.

8) Cuba ubah topik. 

Ini kembali pada nombor 4 tadi. Tengah si perempuan cuba korek something yang mencurigakan, dia pulak tiba-tiba tegur tudung yang girlfriend dia pakai tu nampak baru, padahal dah sah-sah tudung tu dia yang hadiahkan kat girlfriend dia empat tahun lepas. Kantoi sudah!

9) Memanipulasi keadaan. 

Bila dah kantoi menipu, lelaki akan mula tuju kesalahan tu kat perempuan pulak.

"You tu asyik busy je, takde masa untuk I."

Tu contoh manipulasi yang lelaki selalu buat bila kantoi menipu keluar dengan perempuan lain. Kita dah kantoikan dia, dia salahkan kita pulak. Dah sah kaki penipu gitu.

10) Menaikkan dagu. 

Ini satu gesture menunjukkan lelaki tu sedang mempertahankan diri sendiri. Dalam kes ni, ada dua kemungkinan. Mungkin dia menipu, dan mungkin juga tidak. Sembilan tanda yang sebelum ini saya catatkan, boleh menjadi indication sama ada si dia menipu atau tak.

Hah.. Itu dia 10 tanda-tanda si dia cuba / sedang menipu. Lepas ni, lelaki di luar sana haruslah berhati-hati. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah pun masuk Olimpik. Kecuali sebagai maskot je. Hahaha !!~


-------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Tapi kalau pelakon, susah kot ek nak detect dia menipu ke tak kan?? :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 6 September 2011

Manusia Dan Sifat Ingin Tahu (Terlampau)

Saya kurang faham dengan attitude sesetengah orang yang sangat curious in EVERYTHING. Setiap benda nak dipersoalkan. Bila dah habis satu soalan, jangkit pulak soalan lain. Kalau soalan yang menyenangkan hati dan mendamaikan jiwa takpe jugak. Ini kebanyakan soalan yang terkeluar dari manusia yang curious ialah soalan yang menyakitkan hati dan membangkitkan rasa menyampah.

"Bila lah agaknya..." 

Mukadimah soalan macam ni dah boleh dijangka akan menimbulkan soalan yang kurang enak. Boleh tak manusia-manusia ni berfikir sebelum bertanya?

* Well Said. *

1) Bila lah agaknya kau nak kahwin? 

Soalan yang paling menyampah nak dijawab. Worse come to worse, kenapa nak sibuk orang nak kahwin ke tak? Kalau dah ada jodoh dan tiba ketika nya, akan kahwin lah mereka. Soal jodoh dan pertemuan ni macam jugak soal ajal dan maut. Semua dah ditetapkan Allah, tertulis dalam Luh Mahfuz, waktu yang sekian-sekian, bila akan terjadi. Tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat. Jadi, kenapa manusia nak sibuk bertanya? Sengaja nak mendatangkan kemarahan orang lah tu. Hiks~

2) Bila lah agaknya kau nak mengandung? 

Haaa.. Ini yang saya katakan soalan berjangkit tadi tu. Bila tak kahwin, sibuk tanya bila nak kahwin. bila dah kahwin, sibuk tanya bila nak beranak. Aduhai.. Yang kau sibuk-sibuk tu kenapa? Kau nak bagi makan diorang anak-beranak ke? Kau nak tolong jaga anak diorang?

Saya pernah dengar kat Sinar Pagi beberapa hari lepas. Seorang pendengar mengadu yang dia sering ditanya soalan ni. Kisahnya, selepas lima (atau beberapa) tahun kahwin, diorang still tak dikurniakan anak. Hari-hari orang bertanya soalan yang sama. Pendengar ni cerita, bukan dia dan suami tak usaha, tapi memang belum rezeki lagi. So, emosi la wanita ni.

Orang luar (kadang-kadang saudara sendiri pun) bukannya faham benda ni. Asyik nak provokasi manusia lain dengan soalan-soalan curious diorang yang menyakitkan hati tu. Tak salah lagi pepatah Inggeris mengatakan, "Curiosity kills the cat." 

3) Bila lah agaknya pulak kau nak tambah anak? 

Astaghfirullah al azim. Please lah manusia! Tak habis-habis dengan curiousity korang sampai muak telinga dan mual mulut nak menjawab soalan yang satu patern tu jer. Sabo je la. Agaknya, selagi manusia bernama manusia, curiousity yang terlampau camni takkan habis kot. Kalau dah manusia jadi kucing, mungkin soalan ni takkan wujud lagi. Hehehe~

Kisah Benar

Saya sendiri pon pernah berhadapan dengan situasi-situasi di mana soalan-soalan menyakitkan hati ni menjengah telinga. Tak larat lah nak jawab soalan "Bila nak kahwin?" tu. Letih. Luckily, soalan demi soalan tentang topik tu tak pernah lagi membuat saya desperate nak kahwin. Hehehe~

Tapi, ada satu soalan yang saya tak suka atau menyampah betul mendengarnya. Soalan yang boleh membangkitkan rasa kurang senang dalam hati.

Alkisahnya, emak saya yang tersayang dah setahun lebih terlantar, akibat strok dan darah tinggi yang meragut separuh badan sebelah kanannya. Maksud, kaki dan tangan kanan emak saya memang tak boleh gerak. Dah macam-macam cara yang kitorang adik beradik cuba untuk pulihkan mak, tapi sampai sekarang masih belum berjaya. Dah try mengurut,  terapi, minum jus Monavie, try kopi 3 in 1 Stevia, pakai Food Detox Patch, cuba perubatan tradisional, tapi, masih belum ada yang serasi dengan mak. Belum juga sembuh walaupun dah setahun lebih terlantar.

Dan soalan yang selalu dikeluarkan oleh sanak saudara;

"Bila lah kau ni nak sembuh?" 

Saya geleng kepala je dengan soalan macam tu. Benci. Tak tahu ke anda, wahai yang bertanya soalan, kita dah cuba apa yang patut, cuma masih belum dikabulkan Allah. Jadi jangan lah sibuk tanya macam tu. Ingat mak saya suka ke jadi macam tu? Apa mak saya mintak ke beliau terlantar gitu?

Kadang-kadang tambah menyakitkan hati bila manusia-manusia ni buat statement yang entah apa-apa.

"Dia (mak saya) seronok kot anak-anak dok angkat dia, bagi mandi semua." 

Perlu ke buat statement macam tu? Yang nak mengangkat mak, nak mandikan mak, yang nak basuh ber*k mak, nak tukar pampers, nak suapkan mak makan, adalah kami, anak-anak dia. Bukan nak suruh anda, yang bertanya dan buat statement senget tu, lakukan semua tu. Jadi, janganlah buat statement macam tu. Kesian mak saya.

Ada pulak mulut yang hampeh buat statement;

"Dia (mak saya) tak kesian kat anak-anak dia kena angkut dia gitu kot.." 

Kalau statement ni keluar, memang saya akan menjawab. Tak sampai hati betul bila orang cakap macam tu.  Kesian lah kat mak saya. Ingat dia mintak semua ni terjadi ke?

Cuba anda semua fikir, selama dua puluh tahun lebih mak jaga saya dan adik-adik, berbakti pada suaminya selama dua puluh tahun (sebelum abah pergi), menjaga kitorang dengan penuh kasih sayang dan ceria nya, takkan lah kitorang tak boleh nak jaga mak bila mak sakit macam ni? Kitorang pon tak pernah merungut kena jaga mak, kenapa mesti orang-orang luar ni nak menyibuk? Sakit betul lah hati saya!

Alhamdulillah, mak tak mudah ambil hati dengan kata-kata manusia-manusia ni. Kadang-kadang dia ketawa, ingat orang bergurau gitu. Cuma kami adik-beradik lah yang rasa ralat. Curiousity manusia yang menjelikkan! Annoying.

Bagi saya, saya amat bersyukur dengan segala apa yang berlaku. Bukan nak kata saya suka mak jadi paralyzed gini. Saya pon rindu nak tengok mak bangun berjalan. Saya sangat-sangat rindu nak makan laksa yang mak masak. Yang memang paling sedap giler babas dalam dunia!

Tapi saya redha dengan ketentuan Allah ni. Walau mak tak boleh berjalan, tapi alhamdulillah, mak happy dengan kehidupannya. Mak tak bersedih dengan kekurangannya sekarang. Malah, dia enjoy je selalu. Sentiasa senyum, sentiasa happy. Kawan saya pon selalu cakap yang mak saya makin tembam, makin ceria. Alhamdulillah.

Bukan macam manusia-manusia yang selalu bertanya soalan menyakitkan hati dan membuat statement hampes tu!

That's why saya rasa, kebahagiaan sebenar ialah bila kita disayangi dan menyayangi orang-orang yang terdekat kita, yakni family kita. Bukan dengan menyakitkan hati orang lain dengan soalan-soalan 'kucing yang curious' tu.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Malas melayan orang curious terlampau.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 21 July 2011

Update Suka-Suka

Alhamdulillah!! Akhirnya.. Finally.. Laptop saya sudah pulih seperti sedia kala! Yeeehaaa!! Rasa macam nak menjerit dan melompat keriangan!

Hehehe..

Excited benor saya melihatkan kesihatan laptop saya ni ye? Nak buat macam mana.. Laptop ni la kekasih kesayangan saya. Walaupun tak canggih mana, tapi tetap best pada saya!

* Seronoknya melayari Facebook dari laptop sendiri! Hehehe~ * 


Err.. Rasanya, ni saje kot update saya kali ni. Lain kali saya akan update something yang lebih bermanfaat. Hehehe.. 

Oh ye.. Malam ni last siri Annissa kat TV3. Dan jugak, perlawanan antara Harimau Muda (Malaysia) vs Chelsea. Entah apa result nya, hopefully takde lah kene belasah tahap gaban masa lawan Arsenal (0-4) atau kena belasah tahap cipan masa lawan Liverpool (3-6). 

Hopefully, Chelsea bagi la chance kat Malaysia 'kalah bergaya'. Huhuhuhu~ 


------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Saya tetap sayang Malaysia dan skuad bola negara! :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 27 June 2011

Kerana Cinta Harus Memilih

Suaranya lembut dan teratur. Sikapnya tenang dan low-profile. Kuat semangat dan tidak putus asa. Raut wajah nya sentiasa dihiasi senyuman. Hensem tu tidak la sangat, tapi manisnya ada. Hehehe.. Bagi saya, ini ciri lelaki yang sukar nak jumpa. Boleh dikatakan, ini first time lah saya jumpa lelaki yang cool macam ni.

Yang paling saya suka tentang mamat ni ialah di tempat kerja saya tu, dia je lelaki yang tak cakap kotor. Takde pernah dengar dia maki atau mencarut. Tak macam bebudak lelaki lain yang senang sangat memaki dan bercakap kurang elok. Jangan kata nak bercakap kotor, nak dengar dia cakap kasar pun jarang. Memang cool lah mamat ni.

Tapi, saya takde perasaan lain selain dari kawan biasa. Tak pernah terlintas di hati saya ni nak lebih dari sekadar kawan. Memang saya suka cara dan sikapnya, tapi hanya sekadar itu. Rakan satu tempat kerja.

That's why, bila tiba-tiba satu hari dia meluahkan perasaan nya yang sebenarnya dah lama menyukai saya, saya rasa macam tak tentu arah. Biar benar! Di sebalik sikapnya yang tenang dan cool tu, rupa-rupanya dia rabun! Hehehhee.. Ye lah, kalau tak rabun, macam mana lah dia boleh terpikat dengan saya yang tak lawa ni.

Payah betul saya nak menolak 'cinta' mamat ni. Saya tak larat nak bagi alasan me'reject' mamat ni. Tapi dia tak putus asa. Dah beberapa kali saya cakap, saya belum bersedia untuk bercinta. Tapi semangat mamat ni kuat. Tak tahu lah sampai bila dia nak berusaha.

Bila fikir-fikir balik, akan ke saya jumpa lelaki yang macam ni lagi? Saya dah selalu jumpa lelaki yang ala-ala 'bad boys' gitu. Yang cakap kasar, yang memaki sana sini, yang berlagak samseng, memang banyak dah saya jumpa. Dan terus terang, saya tak berkenan dengan lelaki yang camtu.

Tak dinafikan, ada perempuan yang minat dengan lelaki yang 'bad boys' gitu. Sebab mungkin, sikap rough diorang menampakkan kemachoan masing-masing. Biasalah, taste masing-masing, tak semestinya perlu sama dengan orang lain. Tak gitu?

Dulu, saya pon minat dengan lelaki yang rambut pacak-pacak, muka bengis-bengis, ala-ala David Beckham,  Brad Pitt or Johnny Depp yang naughty, tapi sekarang takde dah. Suka pulak tengok lelaki yang cool, tenang dan low profile gitu. Dah tua-tua ni, taste pon dah berubah. Hehehe..

Tapi, ada something yang membuatkan saya tak dapat terima 'cinta' mamat ni. Saya tahu dia serius dengan kata-kata dia. Dia bukan jenis yang suka main-main or playful. When he said, he means it. Saya tahu tu. Cuma saya je yang acuh tak acuh dengan perasaan dia terhadap saya. Sengaja, sebab saya tak mahu dia menaruh harapan.

Cukuplah saya hanya suka dia sebagai teman sekerja. Dan cukuplah saya hanya mengagumi sikap dan tingkah laku nya yang cool tu. Saya cuma boleh berdoa, saya akan jumpa seseorang yang ditentukan Allah untuk saya, yang mempunyai tingkah laku yang tenang, lembut dan teratur bahasanya, seperti dia ni.

Walau macam mana pun, setakat ni, memang saya tak dapat terima mamat ni dalam hidup saya.  Ada sebab kenapa saya betul-betul kena memilih kali ni. Saya tak boleh main rembat jer.

Sebab nya, mamat ni, yang bekerja kat tempat kerja saya ni ialah.. orang Indonesia ! Ohhh !!~

Memetik kata-kata Burhan Sodiq, dalam karyanya yang bertajuk "Kerana Cinta Harus Memilih",

"Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islami, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan esok pagi, tetapi bila tiba saatnya."

 ---------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Belum tiba saatnya lagi untuk saya. Sabo lagi dan lagi.. Hehehe~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 11 June 2011

Rapuh

Sebulan sudah. Since my last update. Aduhai. Sejak tinggal dengan family ni, jarang benar saya mengupdate rumah ni. Bukan apa, dulu saya berblog sebab kebosanan. Sekarang tak bosan lagi, jadi kurang lah masa staying depan laptop. Hehehe.. Boleh alasan gitu? Terima je laa.. Hahaha..

Baiklah. Sejak ketiadaan saya dalam alam maya ni, banyak benda yang berlaku di alam nyata. Seperti biasa, paling banyak ialah berita perkahwinan kawan-kawan, berita kelahiran anak sulung (atau kedua atau ketiga, mungkin keempat) kawan-kawan saya. Yang pastinya, semua tu menandakan saya sekarang dah sangat tua. Dah boleh dipanggil 'makcik' mungkin. Ye lah, kalau member-member saya semua dah ada anak, takkan anak diorang nak panggil saya 'akak' pulak kan? Paling-paling sopan pon, panggil 'auntie'. Aduhai. Tua nya diri ini.

Di samping berita gembira gitu, ada jugak berita yang menyedihkan. Salah seorang jiran saya, yang juga sahabat baik mak saya, telah pon meninggalkan dunia yang fana ni. Kembali ke rahmatullah. Jiran ini sangat baik dengan keluarga kami. Pernah tolong saya masa saya praktikal kat MARDI Serdang, Selangor tahun 2006 dulu. Beliau lah yang suggest kat anak dia untuk tumpangkan saya masa saya praktikal tu. Jasa beliau dan keluarga beliau terhadap saya dan keluarga saya, memang takkan dapat dilupakan. Sesungguhnya hanya Allah saja yang akan membalas segala kebaikan beliau. Semoga roh nya dicucuri rahmat Yang Maha Pemurah. Amin yarabbal alamin.

Kadang-kadang kita tak sedar kan? Begitu pantas sebenarnya masa berlalu. Tanpa disedari kita dah melepasi separuh masa pertama tahun 2011. Dah tak lama mana pon nak menyambut 2012 pulak. Subhanallah. Saya masih macam ni jugak. Hooraa sana, hooraa sini. Main-main je banyak. Amalan entah ke mana terpesong nya. Tak sedar-sedar diri lagi. Waduh waduh. Bahaya ni.

Macam mana agaknya timbangan amal diri ni? Semakin hari umur makin naik, tapi amalan entah lah. Macam makin berkurang je rasanya. Astaghfirullah al azim. Takut benar bila difikirkan kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa saya pada masa timbangan amal saya sangat rendah, apa lagi kalau ianya negatif.. Ya Allah..

Konsistensi tu sangat penting sebenarnya. Kalau dalam bahasa mudahnya, istiqamah. Maksud, melakukan sesuatu, walaupun sedikit, tetapi berterusan. Itu lebih disukai Allah.

"Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu.."
~ Bait lagu Rapuh, nyanyian Opick ~




-----------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Ya Allah, kirim lah saya kekuatan hati dan istiqamah tersebut wahai Allah. Amin, yarabbal alamin.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 15 May 2011

Tin Kosong

Assalamualaikum.. Salam bahagia buat semua.. Alhamdulillah. Akhirnya, berjaya jugak saya menyelinap masuk ke rumah saya sendiri ni. Aduhaii.. Susah benor nak masuk ke rumah sendiri. Tak tahulah kenapa sekarang ni Encik Celcom macam marah dengan saya. Merajuk kah? Tak pasti lah. Tapi, sejak dua tiga empat lima menjak ni, sombong benor die dengan teman. Lembap je line nye. Cakap sana sini Celcom Territory, tapi macam tak jer.

OK lah. Stop tentang masalah saya dengan Encik Celcom. So, apa khabar anda semua? Almaklum, lebih sebulan sudah, takde update. Tak mustahil kalau ade yang terfikir, "Dah mampos ke hape tuan rumah ni."

Hahaha.. OK OK.. Enough la saya merepek. Dah lama sangat tak merepek dalam blog ni. Terasa macam dah tak reti nak menulis lagi dah.

Sebenarnya banyak idea dalam kepala saya ni. Nak-nak lagi sekarang ni saya join group dan berforum dekat Fesbuk tu, makin banyak telatah, sikap, perangai, serta kelakuan yang saya perhatikan. (Saya suka jadi observer - memerhatikan gelagat manusia). Dan ini memberi saya banyak idea untuk menulis. Masalahnya, saya sudah kekurangan masa nak menulis. Sebab tu lah, rumah ni dah bersawang tahap rumah hantu.

Err.. Maybe kekurangan masa tu sebenarnya alasan yang sangat cliche. The truth is, saya malas! Hahaha..

Tentang group dan forum dekat Fesbuk. Kebanyakannya saya di 'add' oleh kawan-kawan masuk. Yang mana group yang saya rasa OK, saya akan stay. Kalau tak OK, saya akan klik 'Leave Group' button, or paling-paling tak saya tak ambil kisah dengan segala apa yang berlaku kat group tu. Lantak korang lah nak gaduh ke nak smack down kat group tu.

Apa yang saya perhatikan, persamaan SEMUA group yang so far saya join (atau di'join'kan) ialah akan ada jer warga group yang suka gaduh. Gaduh dalam erti kata menyakitkan hati warga group yang lain, yang suka memprovokasikan manusia lain, yang suka membesarkan perkara kecil sampai boleh jadi benda besar, yang suka membangkitkan isu remeh temeh, sparks debate and last sekali saling tuduh menuduh.

Satu perkara yang saya fikir : Macam budak-budak sekolah rendah !

Kadang-kadang topik yang dibangkitkan tu entah apa-apa jer. Topik yang kalau tak dibangkitkan lagi bagus. Ikut lah kesesuaian. Kalau group tuh group politik ke, group suka-suki ke, kena lah ada kesesuaian nak post topik. Ini group untuk happy-happy, group untuk mengekalkan keharmonian negara, group yang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia, tapi post topik yang boleh menganggu gugat keharmonian negara. Tak best lah macam tu.

Saya faham, ada sesetengah orang yang senang melatah. Contoh, isu terbaru ialah isu Kristian yang dikatakan nak dijadikan agama rasmi negara. Sumber dari Utusan. Tapi, honestly, bila dengar je sumber berita tu adalah  dari Utusan, saya dah mula tak begitu ambil kisah. Bukan berpandangan skeptikal, tapi bila diperhatikan, banyak perkara yang syubhah muncul dari akhbar ni. Mungkin tak semua, tapi entah lah, susah benor nak baca dan percaya berita-berita dari Utusan. Jujurnya, kalau dah takde langsung surat khabar kat Malaysia ni pon, belum tentu saya beli Utusan Malaysia. Hehehe.. Sabo je lah !

Tak hairanlah Dato' Haron Din pon keluar kenyataan yang Utusan Malaysia ni haram. Cer check sini. :)

Berbalik kepada isu tu, bagi saya semua ni tak lain adalah usaha dengan sengaja mahu memporak perandakan keharmonia negara. For whatever reason, mungkin atas kepentingan politik, atau diri sendiri. Kalau tak, kenapa perlu di 'muka hadapan' kan berita yang belum dipastikan kesahihannya tu?

Dan rakyat Malaysia yang kebanyakannya berkobar-kobar la sangat tentang ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia ni (walaupon dia sendiri belum cukup lima waktu solat, belum cukup kain untuk tutup aurat, belum cukup kuat untuk menahan diri untuk tidak ke kelab-kelab) akan mula menjerit dengan lantang, tak mahu Malaysia jadi negara Kristian.

Semangat ni bagus. Sebagai seorang Muslim, ini semangat yang bagus. Memang bagus. Yang tak bagusnya, bila dah excited sangat nak mempertahankan pandangan sendiri, dia mula memaki hamun, memperlekehkan serta merendah-rendahkan bangsa dan penganut agama lain di Malaysia ni. Ini suatu yang sangat memalukan.

1) Memperlekeh dan merendahkan orang lain, serta penganut agama lain, BUKAN suatu yang disaran oleh ajaran Islam.

2) Suluh diri sendiri sebelum nak terkam orang lain. Kaji kesilapan diri.

Kenapa agaknya boleh wujud isu ni, in the first place? Malaysia, dengan bangganya mengakui sebuah negara Islam. Megah dengan gelaran tu. Tapi, apa yang diperhatikan sekarang, gelaran hanya sebagai gelaran je la. Berapa ramai orang Islam sekarang yang hanya Islam pada IC dan nama saja? Even worst, ada yang sampai dah tukar nama pon. Zakaria jadi Zack, Senah jadi Sandy, for example. Itu baru nama, belum gaya hidup lagi. Berparti, berpeleseran, minum arak, kes zina dan khalwat yang melambak-lambak, itu apa maknanya semua tu? Negara Islam? Umat Islam? Takde maknenye !

Ironinya, orang-orang yang macam ni lah yang selalu bising, yang paling ke hadapan nak menentang kalau ada bangsa atau agama lain yang nak mengambil alih negara. Mereka ni lah yang akan keluar dengan kata-kata kesat memaki hamun orang lain, merendahkan taraf orang lain dan menghina agama lain demi mempertahankan apa yang mereka fikir betul.

Sudah lah. Lihat dulu diri sendiri. Perbaiki diri sendiri. Muhasabah balik diri kita. Kenapa orang lain nak ambil alih negara kalau bukan sebab kita sendiri yang lemah. Saya pon sayang dengan Malaysia. Kalau boleh, saya pon tak nak Malaysia diperintah oleh bukan Islam. Jujur saya mengaku. Ye lah, berstatus negara Islam pun, keadaanya dah macam bukan negara Islam, apatah lagi kalau status tu dah bertukar. Nauzubillahi min zalik !

Walau apapon, paling penting, tolonglah jangan memalukan diri sendiri, memalukan agama, dengan menghina agama lain. Nabi tak pernah suruh umatnya menghina penganut ataupun agama lain. Hormat dengan agama lain, maka kita akan dihormati.

Hurm.. Rasanya setakat ni dulu lah. Takut nanti saya taip banyak-banyak, saya pulak akan masuk muka hadapan Utusan esok. Hehehe..

Saya tinggalkan entri kali ni dengan satu pesanan dari Allah s.w.t

“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96) 

InsyaAllah. Sama-sama lah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah Taala.


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Jangan hanya jadi tin kosong. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 4 April 2011

ABPBH 2010 - Tahniah Mamat Khalid!

Mesti anda tertanya-tanya, "Eh, ade ke Mamat Khalid tercalon? Award apa?"

Jawapannya, memang takde Mamat Khalid tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang berlangsung baru sebentar tadi kat Genting Highlands tu. Tapi, saya dengan sejujur hati dan dengan terlalu excited nyer dan penuh keterujaan nak mengucapkan TAHNIAH yang sebanyak-banyak nya buat pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid. Memang fenomena giler filem ni!

Saya menonton ABPBH 2010 tahun ni dari mula dan sumpah saya mengaku, saya tak teruja langsung dengan intipati rancangan tu dari mula, or dengan persembahan ke ape. Asalnye, ade la sikit teruja bila dengar Nabil dan Jozan nak buat persembahan. Tapi, takde yang menarik sangat pon. KECUALI part penutup ABPBH kali ni. Saat di mana Usop Whilcha dan Abi Hurairah keluar! Itu lah saat-saat yang paling saya suka sangat! Excited ni nak menaip pon! Hahahaha~

Saya boleh katakan, ini filem 5 BINTANG di Malaysia! Hebat. Watak-watak filem tu memang di hati para penonton. Melekat di jiwa penonton, nak-nak lagi yang fanatik macam saya ni! Hahahaha..

Tahniah untuk Mamat Khalid, dan SEMUA casting untuk filem ni. Hebat semuanya. Dan ini terbukti dalam ABPBH tadi. Part penutup ABPBH kali ni memang gempak! Masa Usop Whilcha (dah kenan nama ni dah kat Usop tu) cakap;

"Sape-sape yang setuju, saya bacakan nama pemenang anugerah ni, sile angkat tangan macam saye.."

Semua, I mean, satu dewan Genting Highlands tu angkat tangan macam Usop Whilcha! Termasuk Linda Onn! Pergh! You know Linda Onn kan, always with her 'coverline and be as decent as u can' attitude tu pon angkat tangan macam Usop Whilcha. Memang hebat penangan Usop dan HKLBR. Tahniah Mamat Khalid. Linda Onn pon sporting sebab HKLBR.. Memang terbaek dari ladang. Hahaha~



* See, saya masih excited dengan fenomena Kak Limah ni! *

Tapi kan, sebab dah berkarung guni tahniah dan keterujaan orang (obviously, saya) dengan Kak Limah, saya rasa Mamat Khalid mesti jadi tak keruan. Mampu kah beliau menghasilkan filem sambungan Kak Limah yang setanding atau lebih hebat dari HKLBR?

Kita tunggguuuuuuu!!


-------------------------------------------------------------------

yus cakap : So far, dua hari sekali saya mesti tengok HKLBR. Kalau saya tak tengok, mak saya request nak tengok! Dah hafal dah skrip dan scene filem ni! Hohohoho~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 31 March 2011

Gurauan Mencakar Hati

Hari ini ialah hari kedua External Audit (Surveillance) di kampeni saya. Sejujurnya, inilah waktu-waktu yang paling saya benci! Mengaudit, dan diaudit. Saya tak suka mengaudit (sebab saya tak suka cari kesalahan orang!) dan tak gemar di audit (sebab ia akan membuka sebegitu banyak kesalahan saya yang susah sangat nak ikut protokol supaya comply dengan ISO 9000:2008 whatsoever).

Baik. Walaupon department saya (Lab) tak terlibat secara langsung dengan audit kali ni, tapi perlu jugak bagi saya dan beberapa colleague untuk sama-sama terlibat 'menjayakan' audit. Memang meletihkan fikiran dan tenaga sebab nak kena korek balik segala macam dokumen and what not dalam almari yang tersergam indah dalam Lab Office tu. Ah.. Benci yang amat!

Alkisahnya, waktu saya sedang sibuk (dan dengan begitu menyampah sekali!) attend audit tu, tiba-tiba henset saya berdering lagu Soley Soley ("Ini kaki tengok Kak Limah niiiii.." hehehhehe~). Saya tengok caller. Tak lain tak bukan si Khairul, mamat operator di tempat kerja saya, yang selalu mengacau dan membuli saya. Pelik pulak ngan mamat ni. Ape kes tetibe call saya?

Saya jawab panggilan dia. Tapi disebabkan saya sibuk (dan begitu menyampah sekali) mencari dokumen yang auditor mintak, saya malas nak dengar apa Khairul cakap.

"Saya bizi ni." Kata saya dan terus matikan panggilan.

Tak lama lepas tu, mesej bunyi. Saya mendengus malas. Beria benor la mamat ni, fikir saya bila nampak nama Khairul di skrin henset.

Sekali lagi saya jerit dalam hati, "MALASNYE NAK LAYAN!" dan terus simpan henset dalam poket seluar, tanpa baca dulu mesej tu.

Selepas mendengar this and that, dan sibuk (serta dengan begitu menyampah sekali!) mengorek segala jenis dokumen, sesi audit pon selesai. Lega yang amat!

Teringat akan mesej Khairul, saya pon open message.

"Yus, tayar keta hang pecah, belah kiri depan."

 * Ini bukanlah saya. Hohohoho~ *

Saya ternganga! What?? Tayar keta pecah?? Wuaaaaaa!! Benci nyaaa!!

"Kak Mas, tayar keta saya pecah ar. Macam tau-tau je hari ni gaji." Saya ngadu kat Kak Mas.

"Mana Yus tau? Tadi tak perasan ke?"

"Khairul bagitau. Dia mesej ni haa.. Tadi dia call saya tak jawab."

"Dah.. jom pegi tengok. Takpe, nanti leh suruh Sahak tolong tukarkan tayar spare."

Saya menangis dalam hati. Tak suka betul la kalo tayar pecah. Wuaaa!

Sampai di parking, saya dan Kak Mas check tayar. Depan belah kiri. Saya tenyeh mata. Erm, OK je. Takde pape pon. Pelik pulak saya. Takkan Khairul tak cam keta saya kot?

"Entah-entah tayar kete akak kot yang pecah." Kata Kak Mas sambil terus pergi check kete dia.

Saya masih lagi dekat kete saya, ushar je tayar. Nasib baik ko OK tayar, ni yang saya sayang ko tau!

"Takde la Yus. OK je sumer. Jom la masuk."

Masuk je saya cari Khairul. Sedap je dia melepak dalam Lab. Terus saya terjah dia.

"Khairul, cakap tayar kete saya pecah. Katne nye pecah?" Masih dengan nada risau. Kot-kot la saya tak sedar yang sebenarnya tayar kete tu dah pecah ke ape. Almaklum, saya ni tau drive je, kisah-kisah dalaman kereta ni saya tak tau. Jangan kata kisah dalaman kete, nak bukak bonet depan kete and check minyak hitam pon tak reti. Sadis betol.

Khairul sengih. "APRIL FOOL!"


Saya ternganga (sekali lagi). Khairul just kenakan saya, for.. April Fool?? I mean, PERLU KE???

"Hari ni kan baru 31 haribulan Khairul." Kata Kak Mas. "Esok baru April Fool."

"Saje je kenakan Yus lebih awal." Balas Khairul sambil ketawa terbahak-bahak.

Geram benor saya nengok muka dia waktu tu. Sebagai balasan, Khairul saya cubit sampai lebam. Serve him right!

Mana tak nya, saya dah hampir mungkin dapat serangan jantung secara tak sengaja bila dia cakap tayar pecah, and dia boleh dengan selamba jerit "APRIL FOOL!" ??

Memang mencari nahas la tu. Dengan selamba mengejutkan urat geram saya! Ish..

Saya belum pernah dikenakan sempena sambutan 'April Fool' ni. Sebab saya sendiri tak suka sambut benda ntah apa-apa ni, dan takde pulak kawan-kawan saya yang suka mengenakan saya sebelum ni. Tahun ni je pelik sikit sebab kenal ngan mamat yang sengal ni. Memang ntah apa-apa ntah!

** Klik sini untuk tau Sejarah April Fool **

Saya pon tak tau sejarah asal usul April Fool, tapi saya rasa ia bukanlah suatu yang baik. Ada yang saya dengar sampai kena conteng muka la waktu tido, kena angkat time tido and jirus dengan air longkang la, macam-macam lagi kisah sadis yang saya dengar, dan saya rasa itu dah TERLALU keterlaluan just for the sake of BERGURAU!

In other simple words, dah melampau la sesangat. Menyampah pulak dengar cerita gitu. Untuk kes saya ni, takde la saya marah sangat. Sebaliknya saya bersyukur sebab takde pape. Tapi, untuk kisah-kisah sadis macam yang saya cakap tadi, tak ke naya orang yang dianiayai tu? Kesian lah. Takde maknenye gurau sampai nak menyakitkan badan (or paling kurang menyakitkan hati). Benci tau benci!

The name is April Fool. For me, bukan mangsa yang fool sebenarnya, tapi yang mengenakan orang tu yang fool. Sebab, ada banyak lagi cara bijak untuk bergurau kan, kenapa mesti mengenakan orang and then jerit 'April Fool'?? Macam tak bertamadun je. Hehehhe.. Terasa ker??? Sorry!

-------------------------------------------------------------

yus cakap : Bergurau tu boleh, tapi memperbodohkan orang itu not nice lah. Budi Bahasa Budaya Kita.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook