Setelah beberapa kali bertangguh nak sambung cerita pasal
konspirasi NWO, kali ni saya lawan kemalasan diri yang tahap gaban ni update jugak kisah yang terbantut tu. Hari tu saya stop pada satu persoalan, bagaimana golongan-golongan yang mewujudkan konspirasi NWO ni memanifestasikan agenda mereka melalui program yang dinamakan Mind Control (MC).
* So True! *
Mind Control – Kawalan Pemikiran
Jawapannya mudah. Mereka sebenarnya memanipulasikan emosi dan perasaan manusia, terutamanya ketakutan
(fear). Menurut pengkaji NWO dan juga seorang penulis, David Icke dalam bukunya
The Biggest Secret, cara atau modus operandi nya dikenali sebagai
Problem,
Reaction dan
Solution (Masalah, Tindakbalas dan Penyelesaian).
Problem (Masalah) : Pihak Illuminati akan mencipta satu masalah - melalui pemberian fund, penggabungan tenaga atau training satu ‘kumpulan penentang’ yang akan mewujudkan kacau bilau dan huru hara dari segi kuasa politik
(kawasan dijajah, negara, bahagian negeri, etc) di mana-mana tempat mereka aim nak berkuasa. So, bila wujud kacau bilau tu, secara tetibe, entah dari mana, akan wujud seseorang atau satu kumpulan yang masuk di celah-celah kekusutan tu menghulurkan ‘bantuan’. Golongan yang bagi bantuan ni lah sebenarnya mereka yang di kalangan group Illuminati tu.
Dalam bahasa mudahnya, mereka berlakon. Mengupah sebijik kambing hitam memporak peranda kan satu negara. Then dorang masuk menjalankan misi mereka. Menggunakan nama ‘pejuang kebebasan’ atau ‘golongan liberal’.
Dalam masa yang sama, pemimpin di negeri tersebut akan di’hasut’ supaya mengikut telunjuk golongan-golongan berpengaruh ni. Senang cakap jadi
BONEKA.
Bila negara kacau bilau, pemimpin mula jadi boneka, mula akan wujud perang la, tunjuk perasaan la, mogok, and all rubbish. Dan perlu diingat, bila berlaku benda-benda ni, golongan Illuminati akan dapat untung. Sebab dorang banyak kasi fund untuk army, weapons, kasi pinjam duit (melalui IMF) dan jugak supply ‘orang-orang’ yang wujudkan kacau bilau tu. Bila dah guna duit IMF, dah guna tenaga dari NATO, dah sort of terhutang budi dengan puak Illuminati dan perancang NWO ni, boleh lepas gitu saje? Tidak semudah itu. Inilah yang dinamakan Strategi NWO.
Reaction (tindakbalas/Reaksi) : Konflik yang dah tercetus ni akan digembar-gemburkan oleh media. Nah.. Kat sini la peranan media yang saya penah cakap dalam entri lepas. Mula akan wujud slogan-slogan “Something Has To Be Done!”. Inilah slogan ‘utama’ pihak perancang NWO.
Masih ingat macam mana Obama memperoleh kemenangan besar dalam election 2008? Yes. Media Internet.
Solution (Penyelesaian) : Golongan boneka NWO akan menyediakan ‘penyelesaian’ mereka dengan menghantar ‘puak-puak pengaman’ ke negara-negara yang bergolak tu. Contoh;
UN ‘Peace Keeper’ (Bosnia)
UN ‘Coalition Force’ (Gulf War / Perang Teluk)
NATO Bombers (Kosovo)
Yang ‘menariknya’, bila puak-puak ni dah ‘dimasukkan’ ke negara-negara tersebut, mereka tak akan penah keluar dari sana! Kononnya untuk memastikan keselamatan bagai, tapi sebenarnya mereka mula menjalankan misi mengambil alih negara tersebut. Contoh di Bosnia dan Kosovo.
Kalau anda masih ingat konflik di Timor Timur, Indonesia, kisahnya pon macam ni jugak. Konflik berlaku bila terjadinya pembunuhan penduduk yang tak bersalah menjelang hari mengundi untuk Kemerdekaan pada 30 Ogos. Kali ni, Australia ‘ditugaskan’ untuk menjalankan misi ‘keamanan’ kat sana. Pihak tentera pengaman tak keluar dari negara tu. Sebaliknya, dunia dikejutkan dengan kes-kes kematian tentera dan orang awam akibat vaksin Anthrax.
Kat sini wujud peranan WHO yang bekerjasama dengan UN untuk menyebarkan vaksin berbahaya ni. Seperti biasa, NATO ‘bertugas’ di bahagian military (ketenteraan). Bertujuan untuk mengurangkan populasi dunia.
Penglibatan Obama
Kebanyakan pemimpin besar dunia memang bersekongkol dengan pihak Illuminati bagi menjayakan konspirasi NWO ni. Of course antara negara tersebut ialah US, England, Germany, Italy, Australia dan New Zealand.
Malah, pada zaman ni, hanya mereka yang sanggup jadi boneka Illuminati
(Illuminati puppet) saja yang
LAYAK menjadi prime minister atau president di sesebuah negara, seperti England, Germany dan of course, US.
Sebab tu, masa pemilihan presiden 1996 kat US antara Bill Clinton dan Bob Dole, tak kisah sape yang menang, sebab kedua-duanya adalah boneka Illuminati. Macam tahun 2008 pulak, pemilihan presiden dekat US. Macam tu jugak. Tak kisah la Obama ke menang atau John McCain yang menang, sebab kedua-dua manusia ini dah berikrar berjanji setia terhadap gerakan Illuminati ni untuk taat menjalankan dan menurut apa yang mereka
(golongan yang nak menakluk dunia) ni mahukan.
All in all, itulah namanya
BONEKA.
Sebab kalau terlalu berani melawan kata, taknak jadi
BONEKA, penyudahnya hanyalah satu. Maut.
Contoh utama; President Kennedy (US), Ali Bhutto (Pakistan) dan Aldo Moro (Italy). Ini sekadar beberapa nama yang tak mahu bersekongkol dengan agenda menakluk dunia, semuanya mati dibunuh.
* Diubah suai dari Ken Adachi : The New World Order, an Overview
p/s : Wujud sambungan untuk entri ini di
New World Order : Bahagian 3.
----------------------------------------------------
yus cakap : Malaysia sekarang semakin banyak berhutang dengan IMF (kalangan Illuminati gak ni), takkan takde apa-apa 'balasan' untuk balas budi IMF kot? That's why saya tak terkejut bila APCO masuk campur dalam urusan negara kita. Cuba fikirkan..