Menambah rasa 'sentap' tu bila sorang kawan kat tempat kerja lama dulu kasi mesej.
"Salam yus, tlg sent almt skrg, nk hntq kad jmptn"
Tu takde lain nak jemput makan kenduri la tuh. Tak lain tak bukan, kenduri kawen la tu. Takkan kenduri arwah pulak. Takkan kenduri cukur jambul anak sedara dia pulak. Mesti kenduri kawen punya!
Aduhaii.. Kenapalah di saat-saat begini dikau berkongsi berita 'gembira' ini? Hanya menambah ke'sentap'an di hati. Isk~
Selama beberapa minit jugak ar saya berada dalam keadaan sentap tu bila tiba-tiba saya teringat tentang apa yang saya dengar dalam satu ceramah agama kat Kedah FM. Tajuk ceramah tersebut saya tak pasti. Penceramah jugak saya tak pasti siapa. Yang pastinya beliau ada membawa satu kisah menarik, yang mana saya rasa tak rugi untuk dikongsi bersama. Semoga kita termotivasi sikit bila dengar kisah ni.
Kisah yang di bawa oleh ustaz ni dari hadis Nabi s.a.w jugak. Macam ni lebih kurang kisah nya.
Di satu masa, Nabi s.a.w duduk bersama-sama para sahabat. Masa tu zaman Islam belum diterima ramai lagi. Waktu Islam masih terasing lagi.
Macam yang kita sedia maklum, waktu tu antara waktu yang paling sadis la di kalangan umat Islam. Dah la bilangan sikit, dah tu ditindas pulak oleh masyarakat Jahiliyah. Kiranya, tentangan demi tentangan la yang diorang terima.
So, masa tengah berkumpul dengan nabi tu, ada salah seorang sahabat ni tanya nabi. Dengan keadaan yang gundah gulana la beliau bertanya (yang lebih kurang macam ni la);
"Wahai Rasulullah. Kenapakah kita ditakdirkan hidup susah begini ya Rasulullah? Bukankah kita ni di kalangan orang yang benar. Yang berada di jalan Allah?"
Nabi s.a.w menjawab;
"Sebelum lahirnya seorang anak Adam tu, telah ditetapkan segala takdir dan darjatnya di Luh Mahfuz. Sekiranya seorang hamba itu lahir ke dunia, dan telah ditetapkan darjatnya tinggi di sisi Allah, tetapi amalannya tak cukup untuk meninggikan darjatnya seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Maka dengan sebab itu Allah beri nya ujian, dugaan dan cubaan, supaya dengan itu jika dia sabar, maka akan ada pahala untuknya, dan dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah."
Subhanallah. Maha Pemurah Allah s.w.t.
Apa yang saya nak tekankan di sini, kadang kala kita mengeluh dengan ujian yang menimpa diri kita. Mengeluh dengan nasib dan takdir diri kita. Padahal kita tak sedar, rupa-rupanya ujian dan dugaan itu sebenarnya bertujuan untuk meninggikan darjat kita di sisi Allah s.w.t.
Siapa tahu, entah-entah darjat kita tinggi. Tapi, amalan, masyaAllah, sangat lah kurang. Solat sunat malam jarang, nak puasa sunat pon payah, nak sedekah takde duit je selalu, so, ini lah cara dan alternatif lain untuk Allah nak tinggikan darjat kita.
Dengan itu diberinya ujian untuk kita hadapi. That's why, paling penting bila hadapi ujian ialah kita kena kuat. Redha dengan ketentuanNya. Mana tahu, dengan kesabaran kita dapatlah naik 'pangkat' sikit di sisi Allah.
Nabi s.a.w sendiri pernah bersabda;
"Alangkah beruntungnya seorang Muslim itu. Bila diberi ujian dia sabar, dan bila diberi nikmat, dia bersyukur akannya."
Apa yang saya alami sekarang ni, membujang sampai ke tua, takde manusia nak, mungkin salah satu dari ujian Allah untuk saya la kot kan? Mungkin saya sebenarnya belom mampu untuk memikul tanggung jawab bila dah kahwin kan? Saya mana tau. Allah Maha Tahu. So tak baik la saya nak sentap-sentap pulak. Ish ish ish..
Astaghfirullah al azim..
Mungkin ini dah tertulis di Luh Mahfuz, kehidupan saya macam ni macam ni, kehidupan anda pulak begini begini. Allah Maha Kuasa dah tetapkan begitu. Mesti ada justifikasi yang terbaik untuk kita.
So, sabar la bila dilanda ujian, bersyukurlah bila dapat nikmat.
----------------------------------------------------------------
yus cakap : Agak-agaknya, siapalah gerangan jodoh saya yang dah tertulis di Luh Mahfuz sana ek?
Bookmark this post: |

















