rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 30 December 2010

Malaysia Champion!

Alhamdulillah! Akhirnya, penantian 14 tahun Malaysia nak menggenggam Piala Suzuki AFF 2010 berakhir dengan kejayaan malam tadi. Ternyata, doa seluruh rakyat Malaysia dan usaha anak-anak muda Harimau Malaya memang berhasil. Syukur kepada Allah atas kejayaan ni.

 * Malaysia Bolehh!!! *

Saya rasa sangat lah bangga dan seronok atas kejayaan ni. Mau tak seronok beb. Ini kejayaan termanis skuad bola sepak negara yang selama ni di'anjing'kan oleh team serantau Asia. Alhamdulillah. Dengan kejayaan ni diharap akan semakin bersemangat anak-anak muda skuad negara. Kita memang hebat! Walaupon menang dengan aggregat 4-2 tapi personally, saya rasa ni lah antara saat-saat terindah buat skuad bola sepak negara untuk mengembalikan saat kegemilangan bola sepak suatu masa dulu.

* Rio Ferdinand pon ucapkan tahniah pada skuad negara atas kejayaan menewaskan Indonesia dalam laman Twitter nya. Bangga ser! *

"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team." 

Saat ini lah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saat yang dinanti oleh semua penyokong bola sepak negara. Saat kebangkitan, orang cakap. Saat bola sepak negara kita dipandang oleh negara lain. Kalau tak negara barat, dipandang di Asia dulu pon memang bagus dah.

Begitu bangga dan seronok nya saat ini sampai Najib pon kasi public holiday esok, yakni Jumaat 31 Disember 2010. Detik-detik manis yang berjaya dilakar oleh skuad bola sepak negara sebelum menuju tahun baru 2011. Semoga tahun baru ni membawa seribu lagi kemanisan buat semua.

 * Wira-wira kita dirai ketika tiba di KLIA *

Bila baca balik kisah pemain-pemain kita dan penyokong pasukan Malaysia di Indonesia yang di anak tiri kan, saya rasa amat terkilan. Sanggup diorang bagi team kita berlatih kat kawasan kolam renang je? Dah tu, Rajagobal gak bagitau yang pemain kita sebenarnya takde pon dapat berlatih dengan betul-betul sebelum perlawanan. Just wat senaman pemanas badan je. Aduhaii.. Nampak sangat diorang ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Dah tu dengan bangga lak mengaku yang diorang berusaha sedaya upaya cuma nasib gagal menyebelahi diorang.Pengecut btol! (Sumber)


* Pemain yang paling penat (saya rasa) sepanjang 90 minit di Stadium Bung Karno, Indonesia - Khairul Fahmi goalkeeper hebat Malaysia! *

Memang hebat perlawanan semalam. Saya tengok kat rumah je, tapi memang terasa debarannya. Sedih sangat bila tengok kat stadium begitu banyak baju merah. Tak nampak langsung baju kuning! Sedih betul!

Tapi saya tabik dan salute dengan semangat juang pasukan Malaysia. Memang saya salute sangat-sangat. Di depan 95,000 penyokong baju merah, dan tak kelihatan langsung baju kuning, pasukan Harimau Malaya hebat dan berjaya menggetarkan team Indon. Memang diakui kita jarang menyerang, tapi sekali kita menyerang memang leh terkencing si Markus. Hebat!

Dan tak dinafikan jugak, Indon banyak jugak menyerang. Tapi, saya rasa kita patut say thanks a zillion kat Khairul Fahmi yang sangat, sangat cemerlang malam tadi! Saya rasa tak terkira bola dan cubaan yang berjaya di halang oleh Khairul Fahmi. Awesome!

* "Yeah! Aku lah terhebat! So what??!" Hehehe *

Saya respek pemain kita sebab berjaya menggetarkan hati team Indon dengan ketenangan dan ke'rileks'an mereka. Apa tak nya, saya bila tengok Khairul Fahmi yang jalankan tugas dia, rasa sangat kagum ser! Cara dia tangkap bola, cara dia tepis bola, nampak macam dia rileks sangat. Memang psyco mamat ni! Macam dia wat latihan harian je. Rileks sangat! Tapi mantap ser. Sikit jam lagi, saya rasa dia leh jadi cam Edwin Van der Saar la. Heheheh..

Seperti biasa, bila dah kalah, mesti banyak je cerita-ceriti yang keluar dari media Indon. Macam masa diorang kalah kat Bukit Jalil tu, diorang cakap ada sorang cina yang upah dukun. Memang completely stupid! Diorang tak tau ke kat Malaysia ni macam mana. Kita bukan macam diorang kan? Nak upah-upah dukun lak. Orang cina lak tu. Memang merepek! Kenapa tak cakap Rajagobal je yang upah dukun? Gila betul! (Sumber)

Malas la nak cerita pasal Indon yang fanatik sangat sampai tak boleh terima kenyataan yang diorang dah tunduk di kaki 11 pemain Malaysia. Nak jugak cover malu. Laser la, dukun la. Huh! Annoying! Kalau macam ni la mentaliti diorang, buat malu jer negara Asia. Sir Alex Ferguson pon gelak guling-guling je kalau baca dakwaan diorang ni.

* Fanatik yang Takde Maknenye! Hikhikhik~ *

Biarlah diorang hanyut dengan kefanatikan diorang. Yang pastinya, Malaysia Champion!! YEEEEHAAAAAWWWW! :D

p/s : Maaf, entri agak emo dan ada nada-nada kebanggaan. Kalau tersalah bahasa atau terkasar, mintak mahap yeee! :)

Sumber-sumber berita lain yang menarik untuk dikongsi :

Dari Malaysia :

Berakhir Kemarau 14 Tahun

PM, TPM Puji Skuad Negara

Sumber Gambar


Dari Indonesia :

Kapten Minta Maaf

Siapa Bilang Indonesia Kalah

Indonesia Menang Tapi Tak Juara

Spirit Senayan Layak Jadi Teladan


------------------------------------------------------------

yus cakap : Ternyata doa kepada Allah itu lebih berkuasa dari jampi atau kucing ramalan Indon. Hikhikhik~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 29 December 2010

6 Makanan Melawan Kanser

Waktu sedang makan tengah hari di tempat kerja tadi, seorang kawan saya bercerita tentang saudaranya yang dihinggapi kanser payudara. Dah mencapai tahap serius sebab kedua-dua payudaranya dah pon dibuang (istilah ni betul ke ek? Sori kalau kasar sangat.) melalui satu pembedahan minggu lepas dan selepas ni terpaksa menjalani kemoterapi mengikut masa yang ditetapkan pihak hospital. Kebetulan kawan saya ni pon ade sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara. Kakaknya ada yang meninggal dunia akibat kanser payudara.

Jadi saya terfikir. Kenapa begitu banyak kes kanser sekarang ni? Bukan sejenis je penyakit kanser ni. Ada kanser payudara, kanser prostat, kanser serviks, kanser mulut, kanser apa-apa lagi lah. Agaknya, setiap organ dalam badan kita berkemungkinan mempunyai kanser masing-masing. Isk~

Mengikut penyelidikan pengkaji-pengkaji kanser, cara termudah untuk menghindarkan diri dari dihinggapi kanser ialah dengan memeriksa peti ais anda. Kata yang mudah ialah menjaga pemakanan anda. So, kali ni saya nak kongsi enam jenis makanan yang berupaya melawan kanser.

Menurut Richard Beliveau, PhD, pengerusi bagi kawalan dan perubatan kanser di University of Qu├ębec di Montreal, Kanada dan penulis buku Foods to Fight Cancer, "Semua kajian tentang kanser dan nutrisi mengakui ada baiknya mengkonsumsi makanan berdasarkan tumbuh-tumbuhan disebabkan kandungan fitonutrien dan pelbagai kandungan baik yang lain."

Antara 6 tumbuhan tersebut ialah :

1) Brokoli

Adalah tumbuhan di dalam famili Cruciferous. Semua tumbuhan dalam famili ini mengandungi agen anti-kanser tetapi hanya brokoli mengandungi sulforaphane, yakni sebatian yang dapat meransang enzim perlindungan tubuh dan membuang bahan kimia penyebab kanser dalam badan.

Membantu mencegah : Kanser payudara, hati, jantung, prostat, kulit, perut dan membran kulit.


2) Buah-buahan beri

Semua tumbuhan beri mengandungi fitonutrien anti-kanser. Black raspberies salah satunya mengandungi kandungan phytochemical yang tinggi iaitu anthocyanins, yang memperlahankan pertumbuhan sel kanser dan membantu perkembangan saluran darah, menurut Gary D Stoner, PhD, profesor perubatan dalaman di The Ohio State, University of Medicine.

Membantu mencegah : Kanser kolon, esofagal, mulut dan kulit.


3) Tomato

Merupakan sumber lycopene, iaitu sejenis karatenoid yang memberi warna merah pada tomato. Sebatian ini baik kerana lycopene berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser endometrial dalam kajian Richard Belivieau Nutrition and Cancer. Kanser endometrial ini telah mengakibatkan kematian hampir 8000 nyawa setahun.

Membantu mencegah : Kanser endometrial, jantung, prostat dan perut.


4) Kacang walnut

Kandungan phytosterols (sejenis molekul kolestrol dalam tumbuhan) menunjukkan sifat menghalang dan memperlahankan reseptor estrogen dalam pertumbuhan sel kanser payudara, menurut Elaine Hardman yang merupakan profesor madya di Marshall University School of Medicine di Huntington, West Virginia.

Membantu mencegah : Kanser payudara dan prostat.


5) Bawang putih

Kandungan phytochemical dalam bawang putih dikaji dapat menambahkan pertumbuhan nitrosamine, sebatian karsinogen yang terbentuk dalam perut apabila kita makan makanan mengandungi nitrat, sejenis preservative makanan yang biasa ditemui. Menurut Iowa Health Study, wanita yang banyak makan bawang putih dalam diet mereka boleh mengurangkan 50% risiko kanser kolon berbanding mereka yang kurang mengambil bawang putih dalam diet seharian.

Membantu mencegah : Kanser payudara, kolon, esofagal dan perut.


6) Kekacang 

Kajian dari Michigan State University menunjukkan kacang berupaya mengurangkaninsiden kanser kolon dalam tikus, kerana legume yang kaya dalam kekacang boleh meningkatkan paras lemak asid butyrate yang mempunyai kesan perlindungan terhadap pertumbuhan kanser. Ada kajian dalam Crop Science yang menyatakan bahawa kekacang berupaya merencatkan pertumbuhan kanser payudara pada tikus.

Membantu mencegah : Kanser payudara dan kolon.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Selalunya makanan kesihatan ni memang tak sedap. Dan yang sedap itu selalunya tak menyihatkan. Adesss~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 27 December 2010

Menang 3-0 : Aksi Malaysia Terbaik!

Wahh.. Dari semalam, sampai ke malam ni. Dari rumah, kedai mamak, dalam radio, dekat blog, dekat chatroom, forum-forum, ke tempat keje. Semua masih bercakap dan bercerita pasal kejayaan Harimau Malaya membaham Garuda Indon 3-0 !! Yayayayyayayaya!

Sebagai rakyat Malaysia, semestinya saya sangat, sangat eksaited dengan kejayaan skuad Malaysia yang memang membanggakan! Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah kerana memberi rasa seronok ni kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ulangi, SELURUH RAKYAT MALAYSIA!

Makanya, kalau masih ada rakyat Malaysia yang memandang enteng kejayaan ni, saya cadangkan anda pack barang dan pindah ke Jogjakarta. Hahahahha..

Masih belom terlambat kot untuk saya ucapkan sekalung tahniah atas kejayaan ni. Saya percaya ini semua atas usaha pemain-pemain yang bersungguh-sungguh melakar kejayaan. Dan semestinya, semua ni atas DOA penyokong dan rakyat Malaysia.

Firman Allah s.w.t : "Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu." (Surah Al-Baqarah , Ayat : 186)

Tapi, ni bukan penamat lagi. Masih ada 90 minit masa kritikal kat Jakarta nanti. Risau jugak kan dengan keselamatan pemain-pemain Malaysia kat sana? Almaklumlah, kita sedia tahu apa yang penyokong-penyokong fanatik Indon mampu buat. Tapi, kita harapkan takde la kejadian yang buruk berlaku. Kita sama-sama serumpun, satu bangsa, paling penting satu agama, jadi takde maknanya nak gaduh-gaduh, saling kutuk mengutuk.

Dekat wall FB indon, dekat suratkhabar atau istilah di Indonesia Koran, semua menyalahkan insiden 'laser' sebagai penyebab kekalahan skuad Garuda. Saya melihat keadaan ini sebagai suatu insiden yang sangat memalukan. Walau dari penyokong Malaysia atau Indonesia sendiri, ini bukan suatu insiden yang baik. Ni sangat menunjukkan situasi tidak matang di kalangan penyokong. Terlalu fanatik. Terlalu mengikut sifat keanak-anakan dalam diri. Takde profesionalisme dalam menyokong.

Saya dengar kat Hitz.FM pagi tadi. DJ stesen tersebut calling Mohd Safee Sali yang meledak dua gol dan bertanyakan tentang isu laser ni. Katanya, dia sendiri taktau menahu kewujudan laser dan mengakui kejadian seperti ni pernah berlaku pada pemain Malaysia sendiri suatu masa dulu. Cuma pemain Malaysia takde komplen tentang ni.

Saya percaya orang Malaysia memang baik-baik belaka. Kita takkan kutuk, komplen atau buat sesuatu yang 'kebudak-budakan' seperti 'main laser' di tengah stadium macam tu. Tapi, saya tak nafikan, ada antara penyokong yang fanatik dari Malaysia yang akan buat camtu. Dan ini yang memburukkan imej Malaysia. Nampak tak akibat kelakuan anda yang kurang sopan dah menjatuhkan sedikit imej Malaysia.

Masa kat tempat kerja tadi, saya senyum je melihatkan pekerja-pekerja Indon yang terkulat-kulat bila tengok kami seronok bercerita tentang kemenangan Malaysia. Saya rasa mereka dah telan sendiri kata-kata dan taruhan mereka yang Indonesia akan menang bila bertemu Malaysia.

Personally, saya rasa persembahan malam tadi memang persembahan terbaik pasukan Malaysia! Saya suka ketiga-tiga gol yang dijaringkan. Memang cantik! Gol first dan second saya suka sebab ada teamwork kat situ. Gol tanduk yang ketiga tu pon saya suka. Nampak kemas! Pendek kata, ketiga-tiga gol memang best lah! Cayalah Malaysia! Dan tahniah jugak untuk goalkeeper Khairul Fahmi yang sedaya upaya berusaha menjaga gawang gol dengan begitu cemerlang sekali. Tahniah semuanya. Ni baru nampak anak-anak muda Malaysia yang cergas dan lincah. I like! Hahaha..

Perasan tak, kebangkitan Malaysia dan kegarangan Harimau mula terserlah selepas adegan 'laser' yang di dakwa penjaga gol Indonesia, Markus. Nampaknya, insiden tu menjadi mangkin kebangkitan pemain Malaysia. Tak heran la penyokong, rakyat dan media-media Indonesia marah sungguh dengan insiden tu yang dikatakan punca kekalahan pasukan mereka.

Tapi, siyes saya cakap, permainan sebelum insiden laser yakni separuh masa pertama perlawanan tu berlangsung dengan sangat boring. Kalau nak dikatakan laser tu punca kekalahan, macam tak kena je. Sebelum tu diorang main pon tak garang mana pon. Ade kot gol offside sebijik dari Christiano tu. Itu je. Kan? Yang lain-lain game biasa je. Sampailah game bersambung lepas permainan dihentikan sebentar. Masa tu baru nampak Malaysia bangkit. And still, Indonesia tak de nampak banyak menyerang. Jadi jangan lah salahkan insiden tu sebagai punca kekalahan anda. Tak masuk skrip la. Hehehehe..

Ok lah. Apa-apapon, semangat juang ni harus diteruskan lagi oleh pemain-pemain kita kat Jakarta nanti. Dan kita sebagai rakyat Malaysia mesti terus menyokong dan terus berdoa akan kejayaan pasukan negara. Doa yang berterusan dan usaha dari pemain Malaysia akan melakarkan satu lagi kejayaan, mendakap Piala Suzuki AFF 2010 insyaAllah.

 * Mungkin faktor usia main peranan jugak dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia *

Doakan kejayaan Malaysia memegang title ni for the first time. Dan menaikkan kembali nama Malaysia yang sering sangat diperkotak-katikkan oleh jiran kita sendiri. This is the time!

Doakan jugak keselamatan pemain kita di sana. Semoga takde la kejadian tak diingini berlaku. Ada yang cakap, kita bakal di 'jampi' masa kat tempat lawan nanti. Tapi saya nak ingatkan, mana lebih berkuasa? Kuasa jampi atau DOA KEPADA ALLAH? :)

Bersikap matang dan profesional la ye..


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Semoga berjaya menggenggam Piala Suzuki AFF 2010 team Harimau Malaya!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 23 December 2010

Entri Suka-suka

Lapan hari lagi menuju dekad baru, 2011. Samaada masa yang berlalu dengan begitu cepat, atau saya yang lembap sebab masih terkial-kial kat tempat saya berdiri, tapi saya masih tak percaya yang setahun dah berlalu. Angka pada umur akan bertambah lagi setahun.Tapi, macam takde apa-apa perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Masih sama macam dulu, masih hampeh macam dulu. Hahaha..

Sebenarnya, banyak yang berlaku dalam tahun ni. Tahun yang interesting mungkin. Mungkin jugak tahun yang ntah apa-apa. Kesimpulannya, 2010 ialah memang tahun yang hampeh untuk saya. Sebab saya masih jugak hampeh, macam tahun-tahun yang lepas. Hehehhe..

Alhamdulillah, setengah tahun ke dua dalam 2010, kehidupan saya semakin gembira dan ceria sebab saya dapat kerja dekat dengan rumah, dapat sama-sama tolong jaga emak, dan dapat kenal ngan rakan-rakan sekerja yang sangatlah hepi-hepi belaka. Kerja pon makin OK. Almaklum, dah jadi bos no 2 kat opis ni memang membantu saya mendapat 'gaji rabun' di hujung bulan! Haahhaha..

** Gaji rabun : gaji yang diperolehi dengan banyak menggoyang kaki dan bergelak ketawa di opis. Hahahha..

Tapi, kalau dah namanya manusia, mesti ada je yang tak puas hati. Rasa ada je yang tak cukup. Tak tahu lah apa lagi yang tak ada. Saya ada keluarga yang sangat best. Kawan-kawan yang hepi. Kerja yang OK, dah jadi bos no 2 lak skang. OK la tu. Hehehe. But still, rasa kosong. Macam lagu 'Kosong' dari Dewa. Macam lagu 'Empty' The Click Five tu. Macam tu la. Entah la kenapa.

Anyway, nanti-nanti sebelum menuju ke 2011, sambil-sambil countdown ke tahun dan dekad baru, saya akan update blog dengan Top 10 of My Life in 2010. InsyaAllah. Kalau saya rajin, kalau saya ade mood. Hehehhe..

Buat masa sekarang, saya just nak share dengan anda lagu yang menggambarkan perasaan saya sekarang. Layannn..

p/s : Apa pulak lagu yang menggambarkan perasaan anda sekarang? :)



** This is unofficial music video untuk lagu 'Airplanes' by B.o.B feat Hayley Williams. To watch the official one, go to this link. Thank you. Heheheh.. **

Memetik bait-bait kata lagu tersebut;

"Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars? I could really use a wish right now, wish right now, wish right now.."

Itu lah yang saya ada sekarang. A wish. :)


--------------------------------------------------------------------

yus cakap : Bila nak jumpa Jin Aladin ni? Hehehehe..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 22 December 2010

Kisah Manusia Akhir Zaman

Dua hari lepas saya tengok Buletin Utama. Dua orang saudara baru Islam nak menukar agama. Maksudnya, dorang dua orang ni dah masuk Islam, tapi nak berpatah balik ke agama masing-masing setelah (kalau tak silap saya) berbelas tahun memeluk Islam.

Rugi bukan? Seolah-olahnya, mereka dah pun menemui cahaya setelah bergelut dengan kegelapan, tapi nak kembali balik kepada kegelapan tu bila dah 'jemu' dapat cahaya.

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Surah : Ali-Imraan, Ayat : 85)

Semoga Allah tetapkan hati kita supaya sentiasa dalam Islam.

Kemudian, kisah yang semakin lama semakin 'membiak'. Macam bakteria gitu. Cepat je membiak nya walau dalam keadaan yang takde apa-apa nutrien. Personally, agak menyampah untuk saya nak menyentuh soal-soal kurang bermaruah macam kisah gay, lesbian dan yang sewaktu dengannya ni. Tapi, kalau tak sentuh bab ni, sedangkan ia dah semakin berleluasa, rasa macam tak patut pulak.

Bukan saya nak menghina atau merendahkan martabat sesiapa, tapi ini sekadar pendedahan kepada kita yang kadangkala 'lupa' dengan kewujudan manusia-manusia yang kufur nikmat ni supaya kita tak jadi seperti mereka, dan semoga anak cucu keturunan kita dijauhkan dari segala macam perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)."  (Surah : Al-Baqarah , Ayat :28)

Cuba renung balik kata-kata Allah dalam ayat tersebut. Pertanyaan awal dari Allah untuk golongan-golongan yang kufur ni. "Bagaimana kamu tergamak kufur (ingkar) terhadap Allah?"

Tergamak ke kita ni, sebagai hamba, nak mengingkari fitrah yang telah Allah tetapkan? Tergamak ke kita? Sanggup ke kita nak menghadap Illahi dengan keadaan diri penuh bersalut noda? Mohon diampunkan segala dosa.

Saya harap kita sama-sama berdoa semoga golongan-golongan ini mendapat hidayah dan beroleh petunjuk untuk sekurang-kurangnya keluar dari gaya hidup mereka yang songsang tu. Penting bagi saya untuk mengingatkan kepada semua umat Islam untuk mendoakan mereka sebab itu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.

Dan kepada golongan gay yang terbaca tulisan saya ni, please jangan cakap saya 'jaga tepi kain' anda or what not. Dan jangan nak ingatkan saya tentang 'kubur masing-masing' whatsoever. Cut the craps.

Sebab, kalau Allah s.w.t nak turunkan bala, dia takkan tujukan pada golongan gay saja. Saya dah pernah sebut benda ni dalam post sebelum ni. Sebaliknya, bala diturunkan ke seluruh masyarakat sekitarnya. Silap-silap haribulan tak sempat 2012, Malaysia dah tenggelam dulu dah. Naya jer..

Apa tak nya, golongan-golongan ni dah semakin 'berani' mendedahkan aktiviti dan keterbukaan seksualiti diorang kepada orang ramai. Siap post dekat YouTube lagi. Ya ampunnnnn, please la!

Amacam? Tak percaya? Kat bawah ni saya kongsi satu video yang saya cilok dari YouTube. Pengakuan seorang LELAKI yang GAY, bernama seperti nama orang MELAYU dan yang lebih sedih, seorang ISLAM.



Yang takutnya, golongan-golongan ni bukan nya golongan tercicir. Ada antara mereka yang golongan terpelajar. Tapi sayangnya, terjerumus dalam gelora nafsu yang songsang. Astaghfirullah al azim..

Saya sendiri tak tau nak nangis ke nak gelak ke nak gulin-gulin atau nak hantuk kepala ke dinding nengok mamat ni buat pengakuan berani mampos ni. Entah lah. Ini ujian Allah untuk dia.

"Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus." (Surah : Al-Baqarah, Ayat : 10)

Sama-sama lah kita doakan golongan-golongan ni diberi jalan keluar dari ujian yang membelenggu mereka. Aminn..


------------------------------------------------------------

yus cakap : Realiti dunia sekarang memang menakutkan. Dunia dah tua. Dah akhir zaman.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook