rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Saturday, 2 October 2010

Mertua Vs Menantu

Tengah hari tadi seperti hari Sabtu pada setiap awal bulan yang sebelum ni, saya jalan-jalan bershopping barang-barang dapur kat Econsave. Terpandang saya pada salah satu tajuk berita akhbar Berita Harian.

"Mahligai Rita, Aidil Goyah"
Saya berasa agak terkejut dan terpana la sekejap bila tengok tajuk berita tersebut. Untuk masa yang sebentar, saya ambil masa untuk baca petikan beritanya.

Sedih. Simpati. Tu jer yang sempat saya rasakan pada waktu tu. Disebabkan nak cepat saya terus bergegas balik rumah.

Selesai je memasak apa yang patut, mengemas dapur dan basuh baju, saya on laptop dan terus jer melayarkan diri ke web Berita Harian Online.

Alkisahnya, kegoyahan berlaku bukan kerana pihak ketiga, keempat atau kesepuluh dalam perhubungan mereka. Tapi, disebabkan campur tangan keluarga mertua.

Aduhaii.. Saya tumpang bersedih dengan kejadian macam ni. Bukan sikit perkara macam ni terjadi dalam Malaysia ni. Cumanya, disebabkan Rita Rudaini adalah aktress dan Aidil Zafuan adalah pemain bolasepak terkenal, makanya, berita seperti ini digembar-gemburkan.

Kasihan. Tak tahu kenapa tapi saya rasa kasihan pada Rita. Sudahla masa kahwin dulu pon macam-macam kontroversi timbul. Sekarang ni, bila dah kahwin, dah ada anak pon masih tak habis-habis lagi 'persengketaan' antara mertua dan menantu.

 * Jangan Pisahkan *

Sudah-sudah la. Buat apa nak diganggu masjid dan kebahagiaan si anak lagi? Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Masih susah kah nak menerima si menantu? Kalau pon tak suka si menantu, janganlah diganggu kehidupan mereka anak-beranak. Kesian kat anak Rita dan Aidil tu.

Walau apapon alasan, anak teruna mereka sekarang sudah pon bergelar suami. Maka, tugas si suami ialah sebagai ketua keluarga. Kalau ada masalah dalam rumah tangga mereka, biarlah si suami yakni ketua keluarga yang menyelesaikan. Biar mereka sendiri yang berusaha mencari penyelesaian.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 34 :

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Melihat pada ayat tersebut, Allah menekankan bahawa :

1. Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita.
2. Wanita mestilah taat pada suami.
3. Kalau wanita dikhuatiri derhaka pada suami, perkara pertama yang Allah tekankan ialah NASIHAT.
4. Kalau masih derhaka, pisahkan tempat tidur.
5. Masih juga derhaka, pukul.
6. Kalau mereka taat, JANGAN cari jalan menyusahkan mereka (wanita).

Secara amnya, sebagai orang tua, bila anak-anak dah kahwin, anda dah jadi macam 'orang luar'. Bukan maksudnya perlu disisih terus, tapi berpada-pada lah kalau nak melibatkan diri dalam rumah tangga diorang. 'Orang luar' tu maksudnya orang yang di luar rumah tangga diorang. So, all that 'orang luar' boleh buat is bagi pandangan, bagi pendapat dan cadangan yang boleh membaiki perhubungan, bukan masuk campur seratus peratus, dan memaksa mengikut kehendak mereka.

Saya pon tak faham kenapa ibu bapa sendiri nak mengganggu kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Saya tengok dalam drama-drama kat tv pon selalu ada kisah macam ni. Ada yang lagi teruk, menghasut si anak supaya meninggalkan pasangannya. Ada jugak yang memporak perandakan kehidupan anak dan menantu.

Apa ni?? Tak tahu kah yang meruntuhkan masjid tu satu dosa besar? Isk~

Pada pandangan saya, cubalah restui kehidupan rumah tangga diorang. Dah la. Tanggungjawab ibu bapa kira dah lepas bila si anak dah kahwin. Cuma seperti yang saya katakan tadi, kalau nak bagi pandangan dan bantuan tu boleh la kan. Bukan tambah memporak perandakan rumah tangga diorang.

Aduhaaii..

Macam-macam cerita dalam kehidupan ni kan? Yang tak kahwin dengan cara tak kahwinnya, yang kahwin masalah lain pulak timbul. Hurmm..


-------------------------------------------------

yus cakap : Payah bila ada yang tak suka tengok kebahagiaan orang lain. Waduhhh~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

No comments:

Post a Comment