rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 17 October 2010

Cinta Sejati

Sejak kebelakangan ni, saya selalu di 'bahan' oleh kawan-kawan saya. Terutama sekali kat Fesbuk. Semuanya berpunca dari post-post status saya yang mungkin kedengaran agak jiwang. Kalau bukan status, mungkin video yang saya share, atau link-link yang saya kongsi. Semuanya akan jadi bahan gurauan rakan-rakan, terutama sekali rakan-rakan sekolah saya yang dah lama tak jumpa.

Bukan saya sengaja. In fact, saya sendiri tak perasan yang lately, saya jadi semakin jiwang. Hehehe. Saya dah bertekad tak nak jiwang lagi dah. Tapi ntah kenapa, nak jugak TERshare status-status yang jiwang kat Fesbuk sana. Aduhaii..

In reality, saya bukanlah sorang yang jiwang. Saya rasa saya ganas la jugak. Masa saya sekolah dulu, saya ni kira brutal punya perempuan la jugak. Takde nye nak kontrol-kontrol ayu ni. Tapi, masa raya lepas, saya berpeluang jumpa kawan-kawan sekolah dulu. And reaksi diorang bila jumpa saya;

"Wah.. Yus sekarang dah lain la. Dah jadi stok-stok kontrol ayu gitu."

"Amboi Yus.. hilang dah brutal?"

"Yus skarang dah lain dah.. dah matured dah dia.."

Saya sengih je bila kawan-kawan usik saya camtu. Ntah apa yang kontrol ayu nya saya pon tak pasti. Kat mana yang matured nya saya pon tak tahu. Saya rasa saya masih macam dulu. Gelak kuat-kuat (sure takde ayu nya dah!) macam dulu jugak.

Mungkin sebab kitorang jumpa kejap je, so tak terpampang lagi sikap saya yang sebenarnya masih macam dulu. Kalau jumpa hari-hari, tau la saya macam mana.

OK lah, sebenarnya saya nak berkongsi satu kata-kata yang saya jumpa dari internet.

"Love is sweet when it's new, but sweeter when it's true."

Sweet kan kata-kata tu. Seringkali kita dengar, masa bercinta tu lah masa yang paling manis di antara pasangan kekasih. Tapi, bila dah kahwin, barulah semuanya terbongkar. Kata orang, true colors akan nampak hanya bila dah kahwin.

Memang la kan? Masa bercinta, jarang-jarang jumpa. Kalau jumpa mesti ada batas-batasannya. Mesti ada yang cover-cover sana-sini. Biasalah. Dan masa bercinta kita tak spend twenty four hours dengan kekasih hati. Kalau masa dating, makan KFC tu, boleh tolong koyak-koyakkan isi ayam tu lagi sebab si awek tak tahan panasnya.

Lainlah bila dah kahwin. Duduk serumah. Tidur sekatil. Masa tu baru tau sikap dan attitude sebenar pasangan kita tu. Twenty four hours, seven days per week mengadap pasangan tu. Mana tak nampak true colors nya. Sampai bila nak covernya perangai sebenar kita kan? Masa ni, kalau tak tahan panas bila makan KFC, bukan si suami nak tolong koyakkan isi ayam, ditempelak pulak si isteri yang nak manja-manja tu.

"Alah.. mengada-ngada. Tunggu jer la sampai sejuk, baru makan." kata si suami.

Adess.. Sadis betol. Hikhikhik~

Sebab tu la, seboleh-bolehnya, kena kurangkan lah period atau waktu masa bercinta tu. Supaya bila dah kahwin, masih banyak yang boleh di discover. Barulah ada thrill di situ. Ngehehehhe. Kalau bercinta lama-lama, sampai suatu masa kita akan rasa jemu dan bosan dengan pasangan. Itu yang kahwin tak sampai dua tiga tahun, dah terjah pintu Mahkamah Syariah. Nauzubillah la ye.

Sememangnya kita mengharapkan yang terbaik lah dalam sesuatu perhubungan. Apa lagi hubungan suami isteri. Kalau diizinkan Allah biar berkekalan ke akhir hayat dan bertemu pulak di syurga Allah. Subhanallah.

Cinta yang macam ni lah yang dikatakan cinta sejati. True love. Macam quote yang saya berikan tadi, cinta tu indah bila masih baru, tapi lebih indah bila ia cinta yang sejati.

Dalam sesebuah perkahwinan, kalau ada cinta sejati ni alangkah indahnya kan? Akan sentiasa di 'refresh' je kebahagiaan dalam alam perkahwinan. Sentiasa baru. Sentiasa indah. Alangkah bahagianya. Yang pastinya, dengan hadirnya restu dan redha dari Allah, insyaAllah bahtera perkahwinan macam tu bukanlah mustahil. Kena selalu doa dan doa dan doa la. Kan?

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah, Ayat 186)

Dalam alam perkahwinan, bila dah nampak true colors masing-masing, pasangan seharusnya menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangannya tu. Tak semua sempurna. Kita sendiri pun banyak kekurangan, kenapa kita mengharapkan seseorang yang sempurna untuk melengkapkan kita?

"True love does not come by finding the perfect person but by learning to see an imperfect person perfectly."

Semoga kita berjaya memperolehi cinta yang sejati. Cinta yang diredhai Allah s.w.t. Biarlah kita menunggu lama sikit untuk cinta sejati tu muncul, sebab insyaAllah, cinta sejati tu berbaloi dengan penantian kita.

 * True Love Is Hard To Find but It Is Worth Waiting and Fighting For *


-------------------------------------------------------------

yus cakap : Nak lebih banyak Love Quotes? Klik jer kat link tu and anda boleh dapat quotes yang memang bapak jiwang! Hahahha..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 2 October 2010

Mertua Vs Menantu

Tengah hari tadi seperti hari Sabtu pada setiap awal bulan yang sebelum ni, saya jalan-jalan bershopping barang-barang dapur kat Econsave. Terpandang saya pada salah satu tajuk berita akhbar Berita Harian.

"Mahligai Rita, Aidil Goyah"
Saya berasa agak terkejut dan terpana la sekejap bila tengok tajuk berita tersebut. Untuk masa yang sebentar, saya ambil masa untuk baca petikan beritanya.

Sedih. Simpati. Tu jer yang sempat saya rasakan pada waktu tu. Disebabkan nak cepat saya terus bergegas balik rumah.

Selesai je memasak apa yang patut, mengemas dapur dan basuh baju, saya on laptop dan terus jer melayarkan diri ke web Berita Harian Online.

Alkisahnya, kegoyahan berlaku bukan kerana pihak ketiga, keempat atau kesepuluh dalam perhubungan mereka. Tapi, disebabkan campur tangan keluarga mertua.

Aduhaii.. Saya tumpang bersedih dengan kejadian macam ni. Bukan sikit perkara macam ni terjadi dalam Malaysia ni. Cumanya, disebabkan Rita Rudaini adalah aktress dan Aidil Zafuan adalah pemain bolasepak terkenal, makanya, berita seperti ini digembar-gemburkan.

Kasihan. Tak tahu kenapa tapi saya rasa kasihan pada Rita. Sudahla masa kahwin dulu pon macam-macam kontroversi timbul. Sekarang ni, bila dah kahwin, dah ada anak pon masih tak habis-habis lagi 'persengketaan' antara mertua dan menantu.

 * Jangan Pisahkan *

Sudah-sudah la. Buat apa nak diganggu masjid dan kebahagiaan si anak lagi? Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Masih susah kah nak menerima si menantu? Kalau pon tak suka si menantu, janganlah diganggu kehidupan mereka anak-beranak. Kesian kat anak Rita dan Aidil tu.

Walau apapon alasan, anak teruna mereka sekarang sudah pon bergelar suami. Maka, tugas si suami ialah sebagai ketua keluarga. Kalau ada masalah dalam rumah tangga mereka, biarlah si suami yakni ketua keluarga yang menyelesaikan. Biar mereka sendiri yang berusaha mencari penyelesaian.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 34 :

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Melihat pada ayat tersebut, Allah menekankan bahawa :

1. Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita.
2. Wanita mestilah taat pada suami.
3. Kalau wanita dikhuatiri derhaka pada suami, perkara pertama yang Allah tekankan ialah NASIHAT.
4. Kalau masih derhaka, pisahkan tempat tidur.
5. Masih juga derhaka, pukul.
6. Kalau mereka taat, JANGAN cari jalan menyusahkan mereka (wanita).

Secara amnya, sebagai orang tua, bila anak-anak dah kahwin, anda dah jadi macam 'orang luar'. Bukan maksudnya perlu disisih terus, tapi berpada-pada lah kalau nak melibatkan diri dalam rumah tangga diorang. 'Orang luar' tu maksudnya orang yang di luar rumah tangga diorang. So, all that 'orang luar' boleh buat is bagi pandangan, bagi pendapat dan cadangan yang boleh membaiki perhubungan, bukan masuk campur seratus peratus, dan memaksa mengikut kehendak mereka.

Saya pon tak faham kenapa ibu bapa sendiri nak mengganggu kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Saya tengok dalam drama-drama kat tv pon selalu ada kisah macam ni. Ada yang lagi teruk, menghasut si anak supaya meninggalkan pasangannya. Ada jugak yang memporak perandakan kehidupan anak dan menantu.

Apa ni?? Tak tahu kah yang meruntuhkan masjid tu satu dosa besar? Isk~

Pada pandangan saya, cubalah restui kehidupan rumah tangga diorang. Dah la. Tanggungjawab ibu bapa kira dah lepas bila si anak dah kahwin. Cuma seperti yang saya katakan tadi, kalau nak bagi pandangan dan bantuan tu boleh la kan. Bukan tambah memporak perandakan rumah tangga diorang.

Aduhaaii..

Macam-macam cerita dalam kehidupan ni kan? Yang tak kahwin dengan cara tak kahwinnya, yang kahwin masalah lain pulak timbul. Hurmm..


-------------------------------------------------

yus cakap : Payah bila ada yang tak suka tengok kebahagiaan orang lain. Waduhhh~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook