rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 13 July 2010

Pesta Saman Menyaman

Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 bila berita tentang seorang bapak yang menyaman anak kandungnya sebab si bapak ni dah menjaga cucu-cucunya (yakni anak-anak kepada anak kandungnya) selama dua tahun. Agak terkejut saya dengar berita tu sebelum saya sedar yang menganjak ke umur tua Bumi, macam-macam boleh jadi sekarang ni.

Bukanlah pelik sebenarnya mak saman anak, bapak saman anak, anak saman bapak, artis saman produser (Err.. Silap kes le puleks.. Cessttt~) dan macam-macam kes saman menyaman lagi la. Almaklum, kiamat pon dah dekat, dan ni pon antara tanda-tanda kiamat, so no wonder la.

* Like father, like son. Oooppsss~ *

Berbalik pada kisah bapak saman anak tadi, saya bukanlah nak sebelahkan mana-mana pihak, sebab first of all, saya tak berada di tempat mereka. Jadinya saya tak tahu situasi sebenar.

Mungkin si bapak dah kehabisan duit sebab menjaga cucu-cucunya. Mungkin jugak anaknya kedekut sangat sampai tak pernah kirim sesen pon pada si bapak yang menjaga cucunya. Mungkin si anak kesempitan duit, tak dapat nak kasi pada bapak dia. Mungkin si bapak harap anak dia akan ambil balik cucu-cucu yang dijaganya. Mungkin si anak ingat bapak dia lakukan dengan ikhlas. Mungkin, dan pelbagai jenis mungkin lagi.

Segalanya berkemungkinan. Sebab tu saya tak berpihak pada sesiapa.

Dan yang (mungkin) pasti, ia berkaitan duit la.

Kalau tak berkaitan duit, pasal apa lagi kan? Saman tu pon bernilai RM 200, 000 RM 20, 000. Banyak tu!

Saya pon tak peduli la kisah kedua beranak tu. Pegi mampos la kes saman menyaman ni. Nak saman? Saman la. Itu anak pakcik. Suka hati pakcik la.

Yang membuat saya berfikir sejenak tentang kes ni ialah keadaan emosi dan perasaan cucu-cucu yang dijaga pakcik ni. Kesian bebudak ni. Bukan budak kecik pon. Sorang tingkatan 3, sorang lagi tingkatan 1 (kalau tak silap pendengaran saya tadi). So dah besar-besar. Dah boleh berfikir (walau tak matang lagi).

Dan sebab diorang tak cukup matang la yang saya kesian. Sebab dalam keadaan macam ni, pelbagai benda yang diorang akan fikir. Tak mustahil mereka akan rasa seperti 'bahan buangan' yang menjadi beban kepada datuk dan ayah mereka sendiri.

Ish.. Kesian..

Remaja, di saat belasan tahun ni, emosi dia tak tentu arah. Tunggang terbalik. Terutama sekali bila berlaku kes-kes pergolakan dalam keluarga ni. Senang diorang nak memberontak. Mudah jer diorang nak 'melepaskan' segala yang bersarang dalam dada tu.

Mula la diorang join Mat Rempit dan Minah Disko. Bukan apa, nak release tension. Duduk rumah, datuk dok ngungkit kisah bapak yang tak reti kasi duit.

"Penat aku jaga korang ni. Makan pakai sumer guna duit aku. Nak harap bapak korang, sesen pon haram! Nasib baik aku ada, kotidak korang merempat kat tepi jalan tu."

Mungkin ini bebelan yang selalu diorang telan. Mana tahu satu hari nanti bebelan inilah yang membuatkan diorang keluar dari rumah. Join member merempit lagi bagus. Ponteng sekolah gi main bowling lagi masyuk.

Inilah fikiran sang remaja yang masih belum matang.

Dan si dewasa yang matang terus-terusan melepas 'geram' pada si remaja tanpa ingin memahami situasi si remaja.

Nanti bila wujud kes kena tangkap sebab dadah, kena tangkap sebab buang bayi, kena serbu dek JAIS, kena itu, kena ini, mula la salahkan pihak sana, pihak situ. Tuding jari sana sini. Padahal institusi keluarga sendiri tak dijaga dengan baik.

Bukanlah saya doakan yang tak baik terhadap keluarga tu. In fact, that's general. Secara am nya berlaku dalam keluarga-keluarga zaman sekarang ni.

Inilah realiti zaman sekarang. Kalau tak berlaku dalam kes bapak saman anak ni pon, realiti ni berlaku dalam keluarga lain. Sebab tu kita sekarang semakin lemah. Bila institusi keluarga lemah, sebenarnya ia boleh menggoyahkan kekuatan sesebuah negara. Cuba fikirkan.

Saya rasa pakcik yang saman anak dia tu bukanlah kesempitan duit kot sampai nak menyaman anak dia sebanyak amaun tu. Sebab sebelum boleh menyaman, dia kena hire lawyer dulu. Dan nak hire lawyer, bukan murah. Kan? Dah tu sebab apa sampai nak menyaman anak sendiri? Hurmm.. Entah la..


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Tunggula esok, mungkin si anak pulak yang akan muncul membela diri. Lalu, akan terbukalah aib keluarga mereka. Haiz~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. yang aku tengok kat tv3 tadi, si bapak nak balik duit yang digunakan untuk menjaga cucu-cucunya sebanyak rm20k dan bla bla bla..dan pulak apa yang aku dengar tadi, anaknya adalah pengarah syarikat carigali minyak..kalau dah keje macam tu, confirm gaji belas-belas ribu..silap-silap, puluh-puluh ribu...

    ReplyDelete
  2. hoo.. 20k la ek? silap pendengaran saya.. isk~
    mungkin anak dia takde masa nak jaga anak, so kasi bapak dia jaga. bapak dia mungkin dah tak larat nak jaga. mungkin betolla anak dia tak penah kasi sesen pon kat bapak dia. mungkin, mungkin dan mungkin lagi..
    tp betolla kan, dah sah2 gaji ribu riban kalo keje minyak2 nih.. hurmmmm~

    ReplyDelete
  3. Mgkin bapak nk ajar sket anak dier tu. Buat anak pndai, jaga takmo. Biar malu muka sume tau tak penah bg nafkah anak...

    Cucu2nyer tu la yg kesian. Mesti malu muka nk b'depan ngn mmber2 skolah. Cam yg Yus ckp, xeolah2 mereka ni bebanan pd ayah n atuk dorg...

    ReplyDelete
  4. hehehhe.. mungkin jugak le kan langit.. rasain si anak itu.. huhuuhu :D

    ReplyDelete