rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 19 July 2010

Marah Itu Dari Syaitan

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah yang berbunyi begini;

"Seorang yang kuat bukanlah seseorang yang berupaya melawan lawannya. Sebaliknya seorang insan yang kuat ialah seseorang yang dapat menahan marahnya di saat dia marah."

Rupa-rupanya memang payah nak menahan marah. Saya sendiri sangat senang nak marah sekarang ni. Paling saya mudah marah semasa atas jalan raya. Saya memang sangat, sangat marah bila driver yang drive dengan (sangat) slow. Geram betol saya. Tapi, marah marah saya pon takdelah sampai nak bukak tingkap and memaki tak tentu hala or mengeluarkan isyarat-isyarat yang tak sedap dipandang. Setakat marah dalam hati and bising kat telinga sendiri jer.

Baik. Berkenaan marah ni, Nabi Muhammad s.a.w ada berpesan, kata Nabi s.a.w kalau masa kita marah tu kita tengah berdiri, hendaklah kita duduk. Kalau tengah duduk, berdiri lah. Tak pon berbaring. Kata Nabi, marah ni dari syaitan. Syaitan itu dijadikan dari api. So, untuk menghapuskan hasutan syaitan masa tengah marah ni, paling mudah ambillah wuduk.

Ehem. Cuba anda fikirkan. Apakah perkara yang paling membuatkan anda marah? Rasa-rasanya dapat tak anda menahan marah bila anda benar-benar marah?

Agak sukar nak menjawab hal tersebut kalau kita tak berada dalam situasi yang sebenar.

Macam apa yang terjadi hari ni. Sesampai saya di rumah petang tadi, selepas mengharungi satu hari yang sangat-sangat memenatkan kat lab dan opis, adik perempuan saya menghulurkan satu 'surat cinta'.

Tak sedap hati saya bila terlihatkan kepala surat berkenaan. Dari sekolah adik lelaki bongsu saya. Rasa berdebar-debar dalam hati. Entah apa pulak hal nya adik saya ni.

Selepas menghabiskan suapan makan kat mak, saya bukak sampul surat and baca. Adik perempuan saya dah baca surat tu. Mukanya kelat. Saya tambah berdebar.

* Nengok tajuk pon saya dah pengsan sekejap *

Apa lagi yang boleh saya katakan? Sakit jantung saya bila dapat surat dari pihak sekolah gitu. Saya tahu memang dia terlibat dengan aktiviti merokok ni. Saya pon dah pernah bercakap dengan dia soal ni. Dah pernah kena belasah dengan abang dia pon sebab kes merokok ni. Tapi tak berkesan pon.

Dulu saya kata pada dia,

"Kalau nak merokok sekalipon, jangan sampai tak belajar. Pelajaran jangan lupa. Rokok tu rokok jugak, jangan buat benda yang bukan-bukan pulak."

Saya dah bagitau benda tu. Tapi rupa-rupanya dia tak kisah pon. Mana tak lemah jantung saya ni?

Saya dah penat otak dah. Begitu banyak benda saya nak kena fikir. Dari hal kerja, hal rumah, hal duit, hal mak, dah cukup menyakitkan kepala hotak saya, ni sekarang tambah lagi satu hal.

Dalam hati saya marah jugak tadi. Tapi, saya taknak mak khuatir. Jadinya, saya buat-buat rileks jer. Adik perempuan saya dah bising. Dia emosional sikit. Tapi saya faham. Dia risaukan adik saya tu. Sape yang tak risau? Hujung tahun ni nak amek SPM, tapi haram tak pernah nampak dia study.

Pastu, dah habis SPM nanti nak buat ape kalau result teruk? Bukan nak doakan, tapi kalau tak study camna nak excel? Itu yang adik perempuan saya risaukan.

Tapi, ada ker adik lelaki saya ambil kisah? Rasanya tak kot. Dia dok senyap-senyap dalam bilik sambil pekap bantal ke telinga.

Sebenar-benarnya, seperti saya katakan tadi, saya marah jugak dengan keadaan ni. Apa taknya. Duit sekolah dok bagi tetiap minggu, dia guna beli rokok. Kita harapkan dia pergi sekolah belajar, dia pergi merokok, melepak. Bukan saya tak pernah nampak dia melencong ke lain sebelum pergi ke sekolah, cuma saya ni tak suka bising-bising. Dan tak suka fikir negatif. Tapi, benda negatif jugak yang dilakukannya.

Tak ke hancur hati seorang kakak ni? Aduhaiii..

Memikirkan tentang hakikat marah dan asal-usulnya tadi, saya cuba tenangkan hati. Nak bising-bising pon serba-salah. Nanti mak risau. Adik pulak bukan makan saman.

Saya masuk bilik air. Cuci muka yang penat lepas balik kerja. Then saya masuk bilik adik lelaki saya.

"Kenapa buat hal kat sekolah ni?" Saya cakap pada dia.

Dia terus menuju ke katil. Pura-pura tidur. Bantal ditekap ke telinga. Saya mengeluh pendek.

"Kan dah cakap hari tu. Kalau nak merokok ke mende, pelajaran jangan lupa. Ni wat hal kat sekolah pulak. Nasib baik takde kesalahan ponteng. Tu yang lambat tu pi merokok dulu la kan?" Saya slow talk dengan dia.

Saya tak harap apa-apa jawapan dari dia. Sebab memang dah jadi tabiat, dia takkan bersuara punya kalau ditegur. Memberontak la tu.

Sebab tu saya tak cakap banyak. Biar dia fikir sendiri. Cuma saya ingatkan dia,

"Kami cakap macam ni bukan kami benci. Tapi kami sayang. Tusebab la kami tegur."

Saya berdoa pada Allah s.w.t, semoga dia akan berubah menjadi lebih baik. Aminn.


----------------------------------------

yus cakap : Macam-macam masaalah daaa.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

9 comments:

  1. moga Allah bukak atinya...
    sabar ye :)

    ReplyDelete
  2. Adik lelaki sy yg bru abes SPM pn camtu gak.. Tak lekat kt umah n asyk mngelak. Ayah jenis tak pndai slow talk, ibu plk bg nasihat pn die wat bodo. Sy pn buntu nk wat camne budak sorg ni.

    Awk baca ni, mane tau leh membantu memahami remaja generasi X ni:

    http://muslimkualiti.blogspot.com/2010/07/mengapa-bukan-kamu-yang-ber-couple.html

    ReplyDelete
  3. terima kasih lea.. insyaAllah.. :)

    langit.. tengkiu jugak.. akan saya kunjungi blog tersebut.. :)

    ReplyDelete
  4. Remaja Yus, keras skit atinyew..
    mayB die ade prob yg mnggu kot..
    tu yg ssah skit nk brubh tu..
    sbarlh ye.. ^_^

    ReplyDelete
  5. entah la fzikuz.. bila ditanya apa prob, tak pernah nak bersuara.. taktau nak wat camna dah.. anyway, terima kasih atas keprihatinan awk yer.. really appreciate it.. ;)

    ReplyDelete
  6. hahahahhahahhaaaa
    susahkan jadi anak sulung~
    walaupun nampak tabah diluar tapi kite juga agak rapuh didlm..
    tapi terpaksa jadi kental supaya dapat menghadapi/menyelesaikan masalah yg mendtg dengan baik dan rasional..

    aku pun sama yus..
    ade problem gak pasal adik laki aku..
    bru masuk sambung blajar pas stpm
    masuk lambat, so xde orentasi
    bila masuk je,1 kuliah ade 6 org je lelaki
    tapi dorang cam dingin ngan die
    so,die pun cam tensen+tertekan
    die nak belajar tapi tulah sampai nak pinjam nota pun kwn laki die xnak bagi ape kes..
    macam r luak ilmu die lau bagi adik aku pinjam..
    bengang gak aku dgr die cite..

    so,bila die camtu sume rase risau
    takut study die terganggu
    dah macam2 nasihat dah sampai buntu
    xnak duk asramalah,kolej jauh dari fakultilah,xde kawan lam kuliah r..
    aduhhhhh sesak pala memikirkannya...

    apa yg perlu aku buat ek yus?
    aku benar2 buntu..
    hope ko dapat share cara untuk aku atasi masalah ini..
    aku kesian kat ibu n ayah aku yg susah ati n risaukan die..
    walaupun xjauh tapi lau asyik nk kena tgk die,parah gak kewangan kami yg sederhana ini...fuhhhh~

    -mida-

    ReplyDelete
  7. mida : erm.. berat gak masalah tu.. sebab melibatkan perhubungan komunikasi antara adik hang dgn kawan2 dia.

    first sekali : boys cuma ada 6 org eh? so yg lain girls la?

    yg paling penting skang ni, pada pendapat aku la, suruh adik hg kuatkan semangat dia. mungkin dia rasa rendah diri sebab dia masuk lambat and tak sempat orientasi.

    adik aku yg no 3 (lelaki jugak, skang kat UM) masa dia masuk matrik dulu, dia second intake. masalahnya macam ni jugak. tapi luckily, kawan2 kat sana ok.

    so, hg kena pesan kat adik hg macam ni. kalo kenkawan laki tanak give and take ngan dia, try be close to kawan perempuan. dalam ramai2 takkan sumer nak boikot dia kan?

    pasala asrama and kolej tu, slow talk ah ngan dia. dia bukan kanak2 lagi kan? kalau org tanak kawan, tak bermakna dia tak layak berkawan. cuma, dia kena cari kawan lain (yg layak berkawan ngan dia).

    for example, wat aktiviti luar. palapes ker. memula rasa down la sikit. jgn ikut sgt. dia lelaki. kena kuat.

    tu yg aku leh fikir la. taktau la dapat membantu ke tak. banyak2 kan berdoa pada Allah. insyaAllah kalo konsisten, ada hikmah yg Allah nak tunjuk pada kita. :)

    ReplyDelete
  8. salam yus!!

    thanks for your advice..

    anyway,sekarang die dah ok..
    alhamdulillah
    xdelah risau kami sekeluarga bile memikirkan tentang dia..
    hehehehheehheheheee~

    ReplyDelete
  9. remaja mmg mcm tu,..hati kering kan...jadi ape yg kita boleh lakukan cube bagi pengajaran sikit ke( bkn rotan ke ape,..tapi bagi talk padat ngan maklumat berguna laa..,jgn terlalu formal sngt..nak bagi dia paham saja...:)

    http://pagipetangmalam.blogspot.com/

    ReplyDelete