rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 19 July 2010

Marah Itu Dari Syaitan

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah yang berbunyi begini;

"Seorang yang kuat bukanlah seseorang yang berupaya melawan lawannya. Sebaliknya seorang insan yang kuat ialah seseorang yang dapat menahan marahnya di saat dia marah."

Rupa-rupanya memang payah nak menahan marah. Saya sendiri sangat senang nak marah sekarang ni. Paling saya mudah marah semasa atas jalan raya. Saya memang sangat, sangat marah bila driver yang drive dengan (sangat) slow. Geram betol saya. Tapi, marah marah saya pon takdelah sampai nak bukak tingkap and memaki tak tentu hala or mengeluarkan isyarat-isyarat yang tak sedap dipandang. Setakat marah dalam hati and bising kat telinga sendiri jer.

Baik. Berkenaan marah ni, Nabi Muhammad s.a.w ada berpesan, kata Nabi s.a.w kalau masa kita marah tu kita tengah berdiri, hendaklah kita duduk. Kalau tengah duduk, berdiri lah. Tak pon berbaring. Kata Nabi, marah ni dari syaitan. Syaitan itu dijadikan dari api. So, untuk menghapuskan hasutan syaitan masa tengah marah ni, paling mudah ambillah wuduk.

Ehem. Cuba anda fikirkan. Apakah perkara yang paling membuatkan anda marah? Rasa-rasanya dapat tak anda menahan marah bila anda benar-benar marah?

Agak sukar nak menjawab hal tersebut kalau kita tak berada dalam situasi yang sebenar.

Macam apa yang terjadi hari ni. Sesampai saya di rumah petang tadi, selepas mengharungi satu hari yang sangat-sangat memenatkan kat lab dan opis, adik perempuan saya menghulurkan satu 'surat cinta'.

Tak sedap hati saya bila terlihatkan kepala surat berkenaan. Dari sekolah adik lelaki bongsu saya. Rasa berdebar-debar dalam hati. Entah apa pulak hal nya adik saya ni.

Selepas menghabiskan suapan makan kat mak, saya bukak sampul surat and baca. Adik perempuan saya dah baca surat tu. Mukanya kelat. Saya tambah berdebar.

* Nengok tajuk pon saya dah pengsan sekejap *

Apa lagi yang boleh saya katakan? Sakit jantung saya bila dapat surat dari pihak sekolah gitu. Saya tahu memang dia terlibat dengan aktiviti merokok ni. Saya pon dah pernah bercakap dengan dia soal ni. Dah pernah kena belasah dengan abang dia pon sebab kes merokok ni. Tapi tak berkesan pon.

Dulu saya kata pada dia,

"Kalau nak merokok sekalipon, jangan sampai tak belajar. Pelajaran jangan lupa. Rokok tu rokok jugak, jangan buat benda yang bukan-bukan pulak."

Saya dah bagitau benda tu. Tapi rupa-rupanya dia tak kisah pon. Mana tak lemah jantung saya ni?

Saya dah penat otak dah. Begitu banyak benda saya nak kena fikir. Dari hal kerja, hal rumah, hal duit, hal mak, dah cukup menyakitkan kepala hotak saya, ni sekarang tambah lagi satu hal.

Dalam hati saya marah jugak tadi. Tapi, saya taknak mak khuatir. Jadinya, saya buat-buat rileks jer. Adik perempuan saya dah bising. Dia emosional sikit. Tapi saya faham. Dia risaukan adik saya tu. Sape yang tak risau? Hujung tahun ni nak amek SPM, tapi haram tak pernah nampak dia study.

Pastu, dah habis SPM nanti nak buat ape kalau result teruk? Bukan nak doakan, tapi kalau tak study camna nak excel? Itu yang adik perempuan saya risaukan.

Tapi, ada ker adik lelaki saya ambil kisah? Rasanya tak kot. Dia dok senyap-senyap dalam bilik sambil pekap bantal ke telinga.

Sebenar-benarnya, seperti saya katakan tadi, saya marah jugak dengan keadaan ni. Apa taknya. Duit sekolah dok bagi tetiap minggu, dia guna beli rokok. Kita harapkan dia pergi sekolah belajar, dia pergi merokok, melepak. Bukan saya tak pernah nampak dia melencong ke lain sebelum pergi ke sekolah, cuma saya ni tak suka bising-bising. Dan tak suka fikir negatif. Tapi, benda negatif jugak yang dilakukannya.

Tak ke hancur hati seorang kakak ni? Aduhaiii..

Memikirkan tentang hakikat marah dan asal-usulnya tadi, saya cuba tenangkan hati. Nak bising-bising pon serba-salah. Nanti mak risau. Adik pulak bukan makan saman.

Saya masuk bilik air. Cuci muka yang penat lepas balik kerja. Then saya masuk bilik adik lelaki saya.

"Kenapa buat hal kat sekolah ni?" Saya cakap pada dia.

Dia terus menuju ke katil. Pura-pura tidur. Bantal ditekap ke telinga. Saya mengeluh pendek.

"Kan dah cakap hari tu. Kalau nak merokok ke mende, pelajaran jangan lupa. Ni wat hal kat sekolah pulak. Nasib baik takde kesalahan ponteng. Tu yang lambat tu pi merokok dulu la kan?" Saya slow talk dengan dia.

Saya tak harap apa-apa jawapan dari dia. Sebab memang dah jadi tabiat, dia takkan bersuara punya kalau ditegur. Memberontak la tu.

Sebab tu saya tak cakap banyak. Biar dia fikir sendiri. Cuma saya ingatkan dia,

"Kami cakap macam ni bukan kami benci. Tapi kami sayang. Tusebab la kami tegur."

Saya berdoa pada Allah s.w.t, semoga dia akan berubah menjadi lebih baik. Aminn.


----------------------------------------

yus cakap : Macam-macam masaalah daaa.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 13 July 2010

Pesta Saman Menyaman

Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 bila berita tentang seorang bapak yang menyaman anak kandungnya sebab si bapak ni dah menjaga cucu-cucunya (yakni anak-anak kepada anak kandungnya) selama dua tahun. Agak terkejut saya dengar berita tu sebelum saya sedar yang menganjak ke umur tua Bumi, macam-macam boleh jadi sekarang ni.

Bukanlah pelik sebenarnya mak saman anak, bapak saman anak, anak saman bapak, artis saman produser (Err.. Silap kes le puleks.. Cessttt~) dan macam-macam kes saman menyaman lagi la. Almaklum, kiamat pon dah dekat, dan ni pon antara tanda-tanda kiamat, so no wonder la.

* Like father, like son. Oooppsss~ *

Berbalik pada kisah bapak saman anak tadi, saya bukanlah nak sebelahkan mana-mana pihak, sebab first of all, saya tak berada di tempat mereka. Jadinya saya tak tahu situasi sebenar.

Mungkin si bapak dah kehabisan duit sebab menjaga cucu-cucunya. Mungkin jugak anaknya kedekut sangat sampai tak pernah kirim sesen pon pada si bapak yang menjaga cucunya. Mungkin si anak kesempitan duit, tak dapat nak kasi pada bapak dia. Mungkin si bapak harap anak dia akan ambil balik cucu-cucu yang dijaganya. Mungkin si anak ingat bapak dia lakukan dengan ikhlas. Mungkin, dan pelbagai jenis mungkin lagi.

Segalanya berkemungkinan. Sebab tu saya tak berpihak pada sesiapa.

Dan yang (mungkin) pasti, ia berkaitan duit la.

Kalau tak berkaitan duit, pasal apa lagi kan? Saman tu pon bernilai RM 200, 000 RM 20, 000. Banyak tu!

Saya pon tak peduli la kisah kedua beranak tu. Pegi mampos la kes saman menyaman ni. Nak saman? Saman la. Itu anak pakcik. Suka hati pakcik la.

Yang membuat saya berfikir sejenak tentang kes ni ialah keadaan emosi dan perasaan cucu-cucu yang dijaga pakcik ni. Kesian bebudak ni. Bukan budak kecik pon. Sorang tingkatan 3, sorang lagi tingkatan 1 (kalau tak silap pendengaran saya tadi). So dah besar-besar. Dah boleh berfikir (walau tak matang lagi).

Dan sebab diorang tak cukup matang la yang saya kesian. Sebab dalam keadaan macam ni, pelbagai benda yang diorang akan fikir. Tak mustahil mereka akan rasa seperti 'bahan buangan' yang menjadi beban kepada datuk dan ayah mereka sendiri.

Ish.. Kesian..

Remaja, di saat belasan tahun ni, emosi dia tak tentu arah. Tunggang terbalik. Terutama sekali bila berlaku kes-kes pergolakan dalam keluarga ni. Senang diorang nak memberontak. Mudah jer diorang nak 'melepaskan' segala yang bersarang dalam dada tu.

Mula la diorang join Mat Rempit dan Minah Disko. Bukan apa, nak release tension. Duduk rumah, datuk dok ngungkit kisah bapak yang tak reti kasi duit.

"Penat aku jaga korang ni. Makan pakai sumer guna duit aku. Nak harap bapak korang, sesen pon haram! Nasib baik aku ada, kotidak korang merempat kat tepi jalan tu."

Mungkin ini bebelan yang selalu diorang telan. Mana tahu satu hari nanti bebelan inilah yang membuatkan diorang keluar dari rumah. Join member merempit lagi bagus. Ponteng sekolah gi main bowling lagi masyuk.

Inilah fikiran sang remaja yang masih belum matang.

Dan si dewasa yang matang terus-terusan melepas 'geram' pada si remaja tanpa ingin memahami situasi si remaja.

Nanti bila wujud kes kena tangkap sebab dadah, kena tangkap sebab buang bayi, kena serbu dek JAIS, kena itu, kena ini, mula la salahkan pihak sana, pihak situ. Tuding jari sana sini. Padahal institusi keluarga sendiri tak dijaga dengan baik.

Bukanlah saya doakan yang tak baik terhadap keluarga tu. In fact, that's general. Secara am nya berlaku dalam keluarga-keluarga zaman sekarang ni.

Inilah realiti zaman sekarang. Kalau tak berlaku dalam kes bapak saman anak ni pon, realiti ni berlaku dalam keluarga lain. Sebab tu kita sekarang semakin lemah. Bila institusi keluarga lemah, sebenarnya ia boleh menggoyahkan kekuatan sesebuah negara. Cuba fikirkan.

Saya rasa pakcik yang saman anak dia tu bukanlah kesempitan duit kot sampai nak menyaman anak dia sebanyak amaun tu. Sebab sebelum boleh menyaman, dia kena hire lawyer dulu. Dan nak hire lawyer, bukan murah. Kan? Dah tu sebab apa sampai nak menyaman anak sendiri? Hurmm.. Entah la..


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Tunggula esok, mungkin si anak pulak yang akan muncul membela diri. Lalu, akan terbukalah aib keluarga mereka. Haiz~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 5 July 2010

Entri Penat

Ehem. Apa nak tulis eh? Rasa kekok nau le saya nak menulis sekarang nih. Actually, saya tak reti dah nak menulis. Tapi takde la hasrat nak 'menguburkan' dan 'merobohkan' rumah saya ni walaupon segan yang amat sebab macam dah lama giler tak mengupdate blog.

Bukan hape, sibuk yang tersangat sekarang ni. Kerja baru saya sekarang ni semakin melimitkan masa untuk saya mengambil tahu hal ehwal semasa, idea nak menulis pon semakin berkurang. Lagi pulak, saya dah stay dengan family. Jadinya, saya dah tak boring. Bila dah tak boring, takde la saya ngadap tenet je kerja.

Actually, saya baru jer balik dari KL semalam. Menghantar adik lelaki saya yang dapat sambung study kat UM. Dia dapat course Engineering (Civil). Seronok + bangga la jugak sebab so far kami adik-beradik berjaya mengabulkan hasrat arwah abah yang nak kitorang sambung belajar ke universiti. Alhamdulillah.

* (Gambar fail) Adik lelaki yang sambung study tu berada di hujung sebelah kanan *

Tinggal adik bongsu saya jer sekarang ni. Tahun ni dia akan ambil SPM. Tak tau la macam mana. Hopefully dia OK la jugak.

Adik lelaki saya yang bongsu ni nak kata tak pandai, tak la jugak. Tapi dia ni malas sikit. Kerja sekolah tak pernah nampak dibuatnya pon. Asyik-asyik tido. Bangun tido, makan. Uhuk~

That's why masa hantar abang dia ke UM hari tu, saya insist nak bawak dia sekali. Sebab saya nak motivate and phsyco dia sikit. Hopefully, terdetik la kat hati dia nak ikut jejak langkah kakak-kakak dan abang dia ni. Uhuk~

Penuhla kereta kecik saya bila satu family hantar adik saya ni ke KL. Mak yang tak boleh berjalan pon nak jugak pergi hantar. Nak sangat-sangat ikut. So, bawak la. Usung la mak. Tapi, saya tau mak jugak seronok sebab anak dia dapat masuk U. Adik saya ni pon ada sejarah sendiri jugak.

Dulu masa abah baru meninggal, dia Form 2. Mungkin emosi kurang stabil, dia rebel. Kat sekolah dia buat hal. Tak fokus dalam kelas. Pendiam. Rules pon tak ikut. Rambut tak gunting. Baju tak tuck-in. Baju sekolah yang saya dah gosok tak dipakai, dia pakai baju tak bergosok. Nak tunjuk degil dia. Mak pon tak boleh cakap apa masa tu. Tak diendah pon.

Berapa kali mak dipanggil ke sekolah sebab cikgu cakap dia degil. Kerja sekolah tak buat. Pastu bila ditanya tak jawab. Berkawan dengan budak nakal. Macam-macam lagi la masalah dia. Cikgu-cikgu pon kenal. Segan jugak bila terserempak cikgu kat pasar malam, and cikgu mula sebut tentang perangai-perangai nakal adik lelaki saya tu.

Masa tu, saya baru jer masuk UTM. Nak cakap atau slow talk dengan dia memang tak boleh. Kalau boleh pon mesti tak diendahkan. Yang saya boleh buat hanya berdoa. Dan tak push dia. Ikut aje la perangai dia.

Nasib baik semakin lama dia semakin OK. Study pon makin OK. Cuma dia agak reserved sikit. Kurang bercakap dengan kami, malah dengan mak pon tak banyak ceritanya. Setiap hari waktu tu, saya berdoa semoga hubungan kami adik-beradik akan baik.

Saya rasa doa saya dimakbulkan Allah melalui ujian yang Allah beri. Allah uji keluarga saya dengan keadaan mak yang tak sihat (tak boleh berjalan). Tapi dengan ujian ini, Allah telah satukan kembali hati kami sekeluarga. Adik lelaki saya yang selama ni 'kurang' mempedulikan family semakin rapat dengan mak, semakin dekat dengan family.

Inilah hikmah di sebalik ujian yang Allah beri. Sangat bersyukur. Alhamdulillah.

That's why saya dapat rasakan betapa sejuknya hati mak bila adik lelaki saya ni berjaya sambung pengajian ke universiti. Seronok sangat mak dapat hantar adik ke UM semalam. Sampaikan bila tanya "Mak letih tak?", jawapan mak "Tak." dengan senyum simpul. Suka la tu.

Sebelum berpisah dengan adik saya kat U dia, sempat la dia bersalam dengan mak. Mak yang sensitif dah sah-sah la menitis airmata tu.

Saya terkejut jugak bila nampak adik lelaki saya menitiskan airmata. Menitis airmata dia jatuh ke pangkuan mak. Masa tu adik perempuan saya pon apa lagi, jatuh jugak la airmata. Saya yang jiwa lembut ni pon, nak nangis jugak, tapi tahan jer. Bukan nyer nak pergi medan perang pon adik saya tu. Nak sambung study jer. Apa yang nak nangis sangat kan? Isk~

Saya tenangkan adik dan mak. Dalam hati saya pon rasa cam nak bersembur airmata gak. Jiwa lembut la katakan. Errkk??!!

Akibat terlalu letih dan penat sebab saya sorang yang drive ke KL tu, saya pon cuti la hari ni. Best best..


----------------------------------------------------------

yus cakap : Tak sangka lelaki pon nangis jugak kan? Uhuk~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook