rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 26 May 2010

Tragedi Rabu

Saya pernah tulis pasal social networking yang saya join, yang mana sekarang ni semua jenis social networking ni saya dah tak begitu ambil kisah sangat. Almaklum, sekarang saya makin sibuk. Sibuk dengan kerja (baru) la, dengan family la. Kerja saya sekarang start 8 pagi, habis 6 petang. Dah biasa balik kerja jam 5, sekarang kena balik jam 6. Sangat tensen! Uhuk~

Dah tu pepagi kena keluar awal, sebab kalau keluar lambat, jalan akan jammed. Kereta banyak. Isk. Sangat malas nak menghadapi kesesakan lalu lintas. So, jam 7 pagi dah keluar rumah. Aduhai, sangat banyak masa yang terbuang di luar rumah. Tak best tak best.

Ingat nak cari kerja baru la. Hohohho~

OK.. Saya bukan nak cakap pasal kerja saya sebenarnya. Saya nak cerita tragedi yang berlaku hari ni. Hari ni hari yang malang buat saya kot.

Kat ofis tadi saya dah dimarah. Bukan apa, saya just kasi pendapat yang berbeza dari pandangan senior chemist tu. Pastu terus dia tinggikan suara. Marah la tu. Cesst~

Balik kerja, sampai rumah, adik saya buat muka masam. Tegur pon dah tak berjawab. Heran gak pesal tetibe moody. Rupa-rupanya dia dah baca entri saya kat blog ni semalam. Dia marah.

Kat fesbuk dia shout out mende ni. Katanya, kalau nak tegur, tegur la depan-depan. Buat apa sebar kat internet. Then dia tag kan saya.

Saya serabut jugak kepala. Malas la nak layan. Kalau saya cakap depan-depan pon, ada dia faham atau cuba nak faham? Tak kot. Dia akan marah macam ni la. Macam yang jadi sekarang la. Buat muka macam ayam berak kapur tu. Sama saje.

 * Hurrmmm *
 
Lagipon dalam entri tu saya nak kongsi kisah teladan yang berlaku pada zaman nabi tu. Ambik motif saja la. Bukan saya nak jaja kebaikan or keburukan sapa-sapa. 

Yang saya tak puas hati. Word 'sebarkan kat internet' tu. Macam la saya war-war kan nama dia. Kat blog saya ni, takde sesapa pon yang kenal saya. Hatta kenkawan yang rajin mengkomen kat sini pon semua kawan maya jer. Takde pon yang pernah face to face dengan saya. Kan?

Anda yang baca ni, tau ker sape adik saya tu? Ada ke saya tunjuk rupa dia kat sini? Ada saya kasi no tipon dia dalam blog ni? Ada? Isk. 

Biarlah.

p/s : Skang pon tak bercakap ngan saya dah. Tak tau sampai bila. Sampai kiamat la kot taknak cakap ngan saya tuh. Haiz~


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Malas dah nak berblog kalo gini. Lain yang nak dihighlightkan, lain yang jadi isu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

10 comments:

  1. Sabar.. Sabar.. Separuh dari iman~

    ReplyDelete
  2. takkan la sampai kiamat kut huhu..

    ReplyDelete
  3. hafiz : sabar je ar ek.. tengkius.. :D

    koty : de.. saya rasa sampai kiamat la.. ada yg lebih lama lagi? :D

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuuuu...
    xpelah yus adik beradik,jgn ambik ati sgt.
    along kena kuat tuk hadapi karenah adik2..
    bak kata pepatah,"carik2 bulu ayam,akhirnya bercantum jua"...
    senyum-senyum selalu..

    p/s:wei,aku penahlah face to face ngan ko..kite same study kat utm r =p

    -mida-

    ReplyDelete
  5. Biase la yus...

    Adik ko tu tak redha ngn ketentuan Ilahi..
    Tp x kesah la...
    Rmai jer umat Islam yg susah nk ikot Rukun Islam Ke-6 ni.. Aku pn gitu gak...

    Member2 sumer smbg blaja, keje bgus2, pkai lawa2, gi shoping, vacation; dier plk duk jaga mak...
    Dlm ati tu mmg ader keinginan, cuma takleh dpt...

    Dun worry...
    Dier tgh bersabar, cuma kdg2 dier nk jerit jgk...

    Allah dh ckp, "Dlm setiap 40 hari akan ada dugaan yg Ku-berikan kpd hambaKu. Jika tiada, maka dia tiada kepentingan pada-KU"...

    ReplyDelete
  6. mida : takkan la aku tak kenal hang.. coursemate aku sendiri.. ehehhee.. maksud aku, rata2 yg baca (or terbaca) blog hampes aku ni kebanyakan tak kenal aku pon. kawan2 alam maya jer. ehehhe..

    langit : wah.. lama tak nampak awk.. sehat? :D

    ReplyDelete
  7. OPs, silap taip...
    Rukun Iman ke-6...

    Sy sehat. Adik blk cuti sem telah menguasai sepenuhnya penggunaan jalur lebar...
    Ahaks..

    ReplyDelete
  8. hohohohohoooo
    selamat kenai u..

    ReplyDelete
  9. errkk encik/cik tanpa nama.. hohooho.. sapekah anda?
    ehehehhe ;)

    ReplyDelete