rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 26 May 2010

Tragedi Rabu

Saya pernah tulis pasal social networking yang saya join, yang mana sekarang ni semua jenis social networking ni saya dah tak begitu ambil kisah sangat. Almaklum, sekarang saya makin sibuk. Sibuk dengan kerja (baru) la, dengan family la. Kerja saya sekarang start 8 pagi, habis 6 petang. Dah biasa balik kerja jam 5, sekarang kena balik jam 6. Sangat tensen! Uhuk~

Dah tu pepagi kena keluar awal, sebab kalau keluar lambat, jalan akan jammed. Kereta banyak. Isk. Sangat malas nak menghadapi kesesakan lalu lintas. So, jam 7 pagi dah keluar rumah. Aduhai, sangat banyak masa yang terbuang di luar rumah. Tak best tak best.

Ingat nak cari kerja baru la. Hohohho~

OK.. Saya bukan nak cakap pasal kerja saya sebenarnya. Saya nak cerita tragedi yang berlaku hari ni. Hari ni hari yang malang buat saya kot.

Kat ofis tadi saya dah dimarah. Bukan apa, saya just kasi pendapat yang berbeza dari pandangan senior chemist tu. Pastu terus dia tinggikan suara. Marah la tu. Cesst~

Balik kerja, sampai rumah, adik saya buat muka masam. Tegur pon dah tak berjawab. Heran gak pesal tetibe moody. Rupa-rupanya dia dah baca entri saya kat blog ni semalam. Dia marah.

Kat fesbuk dia shout out mende ni. Katanya, kalau nak tegur, tegur la depan-depan. Buat apa sebar kat internet. Then dia tag kan saya.

Saya serabut jugak kepala. Malas la nak layan. Kalau saya cakap depan-depan pon, ada dia faham atau cuba nak faham? Tak kot. Dia akan marah macam ni la. Macam yang jadi sekarang la. Buat muka macam ayam berak kapur tu. Sama saje.

 * Hurrmmm *
 
Lagipon dalam entri tu saya nak kongsi kisah teladan yang berlaku pada zaman nabi tu. Ambik motif saja la. Bukan saya nak jaja kebaikan or keburukan sapa-sapa. 

Yang saya tak puas hati. Word 'sebarkan kat internet' tu. Macam la saya war-war kan nama dia. Kat blog saya ni, takde sesapa pon yang kenal saya. Hatta kenkawan yang rajin mengkomen kat sini pon semua kawan maya jer. Takde pon yang pernah face to face dengan saya. Kan?

Anda yang baca ni, tau ker sape adik saya tu? Ada ke saya tunjuk rupa dia kat sini? Ada saya kasi no tipon dia dalam blog ni? Ada? Isk. 

Biarlah.

p/s : Skang pon tak bercakap ngan saya dah. Tak tau sampai bila. Sampai kiamat la kot taknak cakap ngan saya tuh. Haiz~


-------------------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Malas dah nak berblog kalo gini. Lain yang nak dihighlightkan, lain yang jadi isu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 23 May 2010

Pengorbanan

Saya pernah dengar satu kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu. Kisah ni diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu ceramah beliau yang tajuknya saya dah lupa. Isk~

Pada zaman nabi ada seorang pemuda yang di zaman mudanya dia mengabaikan ibu dan bapanya. Tak pernah dia rasa nak jaga mak bapak dia tuh. Ditakdirkan Allah pada suatu ketika emaknya meninggal dunia. Dia berasa tersentuh dan menyesal dengan sikapnya yang selama ni mengabaikan ibunya semasa hidup wanita tua tu.

Disingkatkan kisah, dia bertekad nak jaga bapa nya yang kebetulan masih hidup dan dihinggapi penyakit lumpuh. Tak dapat bergerak. Kebiasaannya, bapanya ni seorang yang suka ke masjid bagi mengerjakan solat. Tapi disebabkan lumpuh beliau pon dah tak dapat nak pergi masjid.

Mengenangkan penyesalan yang menggunung sebab tak dapat berbakti pada emaknya, pemuda ni pon dengan rela hati mengabdikan diri menjaga bapanya. Setiap kali tiba waktu solat, dia akan dukung bapa dia ke masjid. Begitulah sehari-hari. Lima kali sehari, selama dua puluh tahun. Setelah dua puluh tahun, bapanya yang lumpuh tu meninggal dunia.

Pemuda ni setelah meninggal bapanya, pergi la jumpa nabi dan menceritakan kisahnya tu. Setelah cerita apa yang patut, dia pon bertanya kat Nabi s.a.w ;

"Adakah tertebus segala jasa ibu dan bapa ku dengan kebaikan yang telah kulakukan itu wahai Rasulullah?"

Jawab nabi ;

"Tidak walau sedikit pun. Jika engkau mengabdikan diri seluruh hayatmu juga belum mampu membalas jasa kedua orang tuamu."

-----

Begitulah. Sebagai anak, terlalu banyak jasa seorang ibu, jasa seorang ayah kepada kita. Tak mungkin kita dapat balas atau tebus segala jasa dan pengorbanan dorang dengan kebaikan yang kita buat.

* Kasih ibu membawa ke syurga *

Saya terpanggil nak berkongsi kisah ni bukan apa. Petang tadi saya ada masa menggugel encik Gugel. Then saya ternampak satu advertisement tentang jawatan Chemist kat USM Penang yang mengkhususkan penyelidikan dalam bidang Natural Product.

Bidang ni memang bidang yang saya minat. Almaklum ini tajuk tesis saya waktu final year kat UTM dulu. So, eksaited la saya bagitau adik saya tentang iklan tu. Tapi disebabkan keadaan mak yang masih belum sihat saya cakap ngan adik, terpaksa lah saya simpan jer hasrat nak try apply post tu. Sebab jauh dari rumah. Dengan nada bergurau, saya cakap ;

"Rasa cam aku banyak dah berkorban ni."

Tapi adik saya reply dengan seriusnya ;

"Aku rasa aku lagi banyak berkorban cita-cita."

Saya tahu dia serius. Dia memang berhasrat nak apply Master after habis study. Saya tahu dia malas nak kerja, tapi just nak sambung study lagi. Tapi, saya pernah cakap ngan dia dulu yang kitorang ni satu family dah tak de abah. Hanya saya yang tanggung family. So, saya cakap, biarlah kita berkorban. Korbankan dulu cita-cita. Take care pada family and adik-adik dulu. Lepas family dah stable, yakni adik dah habis study, barulah fikir nak sambung study or whatever.

Saya ingat dia faham masa saya cakap benda ni pada dia dulu. Rupa-rupanya dia still tak faham.

So masa dia sebut pasal 'pengorbanan' yang dia cakap tu, saya just cakap ;

"Ye lah. Aku sorang je la yang takde cita-cita."

Nak kata saya terkilan dia cakap gitu, tak jugak. Just that, saya teringat kisah yang saya cakap tadi la.

Kita, sebagai anak-anak ni, baru berkorban sikit, dah rasa teruk sangat dah. Dah rasa tahap dewa dah tingginya pengorbanan kita tu. Padahal, kalau dikira semua tu, walau sampai ke akhir hayat kita berbakti pada kedua ibu bapa kita pon, belum dapat menebus segala jasa mak bapak kita menjaga dan membesarkan kita.

Apa lagi jasa seorang mak yang melahirkan kita ni.

Serba salah saya dengar kata-kata adik saya tu. Nasib baik mak tak dengar.

Kalau saya mampu, memang saya akan benarkan je la adik saya tu sambung Master. Biarlah. Asalkan dia berbahagia gitu.

Tapi, tak boleh. Sape nak jaga mak masa saya pergi kerja? Saya pulak mestilah kena kerja. Takde kerja mana nak datang duit? Takde duit, nak beli pampers kat mak pon tak dapat. Apa lagi nak beli keperluan lain.

Saya cuma harap adik saya tak fikir yang 'pengorbanan' dia tu dah cukup besar la. Saya takut kalau mak dengar, kecik hati mak. Mak mana yang nak anak-anak dia susah? Mak mana yang nak anak-anak dia 'terpaksa' mengorbankan cita-cita demi menjaga dirinya?

Saya pon ada cita-cita nak further study. Tapi saya tak pernah bagitau adik-adik. Sebab saya rasa tak de guna semua tu kalau saya tak dapat jaga mak semasa dia masih ada. Cukuplah degree yang ada. Dapat cari rezeki, dapat menyenangkan family, bagi saya tu dah cukup.

Yang penting bagi saya sekarang ni ialah mak saya. Kalau nak ikutkan, saya korbankan masa remaja saya, korbankan masa cintan-cintun saya, korbankan hasrat hati nak kerja jejauh, korbankan impian nak sambung study, korbankan feeling saya, biar saya tak kawen sekalipon, semata-mata untuk take care of mak. Sebab saya sayang mak. Dan saya tau, apa yang saya buat ni still ciput jer. Takkan mampu nak balas jasa mak membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang. Nak balas jasa abah lagi la tak mampu. Sebab abah dah dulu pergi.

Saya harap adik saya akan faham benda ni.


---------------------------------------------------------------------

yus cakap : Impian dan cita-cita saya tinggi. Hanya saya dan Tuhan yang tahu.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 17 May 2010

Malang Itu Ada Bau

"Bila aku dapat bintang yang berpijar, mentari yang tenang bersamaku di sini, kudapat bertahan, menangis, merenung..."

Ringtone lagu Suara (Ku Berharap) dari Hijau Daun band mengejutkan tidur saya yang sangat enak malam semalam.

Saya tenyeh mata. Jam kat henset menunjukkan tepat 5.49am. Saya tekan butang hijau kat henset.

"Helo.. Kak, dah sampai Parit Buntaq. Ada kat stesen bas." Suara adik lelaki saya (kebetulan nama panggilannya jugak Yus) kat hujung talian.

Saya menguap. "Aha.. OK.." Itu jer jawapan saya.

Lepas tamatkan panggilan saya tengok dah ada 1 miscall and 1 sms. Tak sedar saya bunyi tipon.

Dalam keadaan mamai-mamai tu saya capai tudung ngan kunci kereta. Muka pon tak sempat basuh. Uhuhuhuk~

Adik lelaki saya yang sama nama panggilannya dengan saya tu sebenarnya baru balik dari KL + Melaka. Teman kawan katanya. Saya mulanya terkejut beruk jugak pehal tetibe rajin sangat dia nak meneman kawannya sedangkan dia sesen pon takde dalam dompet.

Rupa-rupanya, kawan (lelaki) dia dah pon belikan tiket untuk dia ke KL tu. Ragu-ragu jugak saya akan 'kebaikan' kawan dia tu. Tapi, saya wat derk je la. Bukan boleh ikut sangat 'sewel' saya ni. Uhuk~ 

Masa saya sampai stesen bas, saya nampak adik saya dah tercongok menunggu. Nampak jer saya sampai terus dia angkut beg sandang menuju ke kereta saya.

"Kak, tolong antaq Apit sekali bleh?"

Saya angguk. Ngantuk beb. Mata pon malas-malas jer nak bukak.

Rumah Apit, yakni kawan adik saya tu takde la jauh sangat, cuma jalannya saya jarang lalu. Nak-nak lagi waktu malam atau awal pagi camni. Gelap jalannya, tambah pulak saya ni rabun tahap gaban.

Bila drive waktu awal pagi camni, yang paling best ialah jalan lengang. So, waktu-waktu camni saya rasa jalan ini ana yang punya! Lampu traffic merah pon langgar. Yihaa! So, kaki ni gatal je tekan pedal minyak tu sampai ke lantai kereta. Tak sedar diri buta. Isk~

** Nasib baik tak kena tembak ngan PDRM. Uhuhuk~ **

Sampai satu simpang dengan corner yang tajam dan sebelah kanannya ialah jalan mati, saya yang tengah laju men'drive', dicampur dengan kemamaian mata, secara tiba-tiba seolah-olah dikejutkan dengan teguran adik saya:

"Kak, simpang tu!"

Saya macam baru terjaga dari tidur. Alamak! tengah laju nih. Kalo tak silap 110km/h masa tu. Yep. Jalan biasa. Bukan highway. Uhuk.. Saya memang pemandu berbahaya!

Dengan kependekan akal, terus saya pusing stereng ke kiri and berdesup tayar sebab jalan tersebut ada pasir dan.. DEBOOOMM!

Saya langgar tiang signboard Turn Left. Tercabut tiang tu.

* Signboard ni la saya langgar. Isk~ *

Terus saya reverse kereta, and tengok kiri kanan and cabut! Tunggu lagi?

Malu gak ar kat kawan adik saya si Apit tu. Saya rasa mungkin kalau bagi sejuta Ringgit Malaysia pon dia fikir dua tiga ratus kali untuk naik kereta dengan saya lagi!

Mintak maaf la dik. Saya mamai masa tu. Nasib baik tak arwah anak orang. Kotidak mampos saya!

Nasib baik jugak Naza saya still OK. Cuma ada segaris dua calar kat depan tu. Saya bajet plat mesti cabut punya. Lucky me takde apa-apa sangat. 

Saya rasa, kalau Naza saya boleh bercakap mungkin dia pon menyesal sebab saya tuan dia. Dulu, masa baru dua bulan jadi tuan dia, saya sondol keta Proton Saga. Lepas tu, saya tergiris dinding kat CS, SP. Habis calar balar badan dia. Semalam langgar tiang pulak. Tambah lagi koleksi calar-balar. Sure nangis la dia kalau dia ada perasaan. Kesian kereta saya.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Insaf dah. Taknak drive laju-laju dah. Err.. Ye ker?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 10 May 2010

Y untuk Yus

* Ini ialah entri tertunggak *

Saya tulis entri a.k.a menjawab tag yang diberi oleh Rerama ni sebaik saje balik dari keja. Hari last keja hari ni (Jumaat : 07 April 2010). Apsal takde rasa sedih pon ek? Wuahahahah..

Tadi ada sikit majlis 'farewell' untuk saya sebelum balik. Sebijik kek coklat yang tertulis:

"YUS 

ALL THE BEST"

Bila saya disuruh bagi ucapan perpisahan, terkedu la jugak. Saya ni memang tak reti nak bercakap and nak kasi ucapan-ucapan bagai.

"I have nothing to say lor.. Speechless.." Alasan je speechless tu. Sebenarnya saya tak prepare.

"We've been waiting for you to say something." Tracy cakap.

Mende saya nak cakap? Takkan la saya nak tunjukkan 'kegembiraan' saya nak berambos dari kampeni ni?

"Hurmm.. OK.. I just wanna say thank you. Because you all have been so supportive.."

"And loving to you.." Nicholas menyampuk.

Semua ketawa. Saya sengih.

"Yea yea.. Thank you for being so supportive and 'loving', whatever. All of you. So, that's all lor. Thank you."

Macam hampes tak? Ucapan farewell mende gitu? Huahuahua..

OK la. So, untuk entri ni saya just nak jawab tag saje. Seperti biasa, Miss Rerama yang serahkan tag ini pada saya. So, here we go.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dear Rerama,

Thank you for giving me this tag. And keep reading to know what my answers are.

Before I go further, these name in the list are grounded to answer this tag..Hehehehehe

* Skipped this * (Sape nak buat, amek je. Malas saya nak tag-tag orang.. Hohohoho~)

Here are the rules:

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions... (Alamak!)
They have to be real... (Adess.. Baru ingat nak ngelat!)
Nothing made up... (Ye la.. ye la..)
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and You can't use your name for the boy / girl name question...

OK.. Let the journey begin!! (Saje tambah ajinomoto sket..)

1. What is your name : Yus.

2. A four letter word : Yo-yo.

3. A boy's name : Yossi Benayoun. (Football player)

4. A girl's name : Yuna.

5. An occupation : Yo-yo player. (Uhuhuuhuk.. takde idea lar!)

6. A colour : Yellow! (Warna kesukaan ku!)

7. Something you wear : Yukata is a type of clothing worn by the Japanese, especially women, at firework festivals and other summer events. It is a kind of casual kimono, also commonly worn after the bath at Japanese-style hotels. The word literally means bath robe or bath clothing. (Hahahah.. dah tak tau sangat saya gugel jer.. Jawapan dari WikiAnswer.. Jangan marah!)

8. A food : Yogurt. (Food ker? Belasah la..)

9. Something found in the bathroom : Yellow sponge.. Yayy.. It's Spongebob!!

10. A place : Yugoslavia. (Wuakakkaka.. Hambek kau!)

11. A reason for being late : *Yawn* (Lalalallalalala~)

12. Something u shout : Yo yo yo.. wassup!

13. A movie title : Yaadon Ki Baarat (Citer industan lama ni.. Camna saya leh teringat? Cessttt!)

14. Something u drink : Yogurt drink?? (Adess.. mane de minuman huruf Y kan?)

15. A musical group : Yellow Card

16. An animal : Yunnanosaurus. (Ni betol ni. Amek dari WikiAnswer. Bukan saya reka-reka.)

17. A street name : Yong Peng, Johor. (Eh.. nama jalan ker?? Yong Peng nama tempat. Isk~)

18. A type of car : Yellow Bus. (Wuakakakka.. Tak reti ah!)


p/s : Pergh.. Siap gak tag ni. Macam ujian Pengetahuan Am jer. Hehehhe.. Gambo takde sebab bz kemas umah.. Nanti-nanti saya upload gambo kek.. Hohoho~


With that, i close my case...

Thank you.

Regards,
Yus.


--------------------------------------------------------------

yus cakap : Selamat tinggal Sungai Petani!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 6 May 2010

New World Order : Bahagian 2

Setelah beberapa kali bertangguh nak sambung cerita pasal konspirasi NWO, kali ni saya lawan kemalasan diri yang tahap gaban ni update jugak kisah yang terbantut tu. Hari tu saya stop pada satu persoalan, bagaimana golongan-golongan yang mewujudkan konspirasi NWO ni memanifestasikan agenda mereka melalui program yang dinamakan Mind Control (MC).

* So True! *


Mind Control – Kawalan Pemikiran

Jawapannya mudah. Mereka sebenarnya memanipulasikan emosi dan perasaan manusia, terutamanya ketakutan (fear). Menurut pengkaji NWO dan juga seorang penulis, David Icke dalam bukunya The Biggest Secret, cara atau modus operandi nya dikenali sebagai Problem, Reaction dan Solution (Masalah, Tindakbalas dan Penyelesaian).


Problem (Masalah) : Pihak Illuminati akan mencipta satu masalah - melalui pemberian fund, penggabungan tenaga atau training satu ‘kumpulan penentang’ yang akan mewujudkan kacau bilau dan huru hara dari segi kuasa politik (kawasan dijajah, negara, bahagian negeri, etc) di mana-mana tempat mereka aim nak berkuasa. So, bila wujud kacau bilau tu, secara tetibe, entah dari mana, akan wujud seseorang atau satu kumpulan yang masuk di celah-celah kekusutan tu menghulurkan ‘bantuan’. Golongan yang bagi bantuan ni lah sebenarnya mereka yang di kalangan group Illuminati tu.

Dalam bahasa mudahnya, mereka berlakon. Mengupah sebijik kambing hitam memporak peranda kan satu negara. Then dorang masuk menjalankan misi mereka. Menggunakan nama ‘pejuang kebebasan’ atau ‘golongan liberal’.

Dalam masa yang sama, pemimpin di negeri tersebut akan di’hasut’ supaya mengikut telunjuk golongan-golongan berpengaruh ni. Senang cakap jadi BONEKA.

Bila negara kacau bilau, pemimpin mula jadi boneka, mula akan wujud perang la, tunjuk perasaan la, mogok, and all rubbish. Dan perlu diingat, bila berlaku benda-benda ni, golongan Illuminati akan dapat untung. Sebab dorang banyak kasi fund untuk army, weapons, kasi pinjam duit (melalui IMF) dan jugak supply ‘orang-orang’ yang wujudkan kacau bilau tu. Bila dah guna duit IMF, dah guna tenaga dari NATO, dah sort of terhutang budi dengan puak Illuminati dan perancang NWO ni, boleh lepas gitu saje? Tidak semudah itu. Inilah yang dinamakan Strategi NWO.


Reaction (tindakbalas/Reaksi) : Konflik yang dah tercetus ni akan digembar-gemburkan oleh media. Nah.. Kat sini la peranan media yang saya penah cakap dalam entri lepas. Mula akan wujud slogan-slogan “Something Has To Be Done!”. Inilah slogan ‘utama’ pihak perancang NWO.

Masih ingat macam mana Obama memperoleh kemenangan besar dalam election 2008? Yes. Media Internet.


Solution (Penyelesaian) : Golongan boneka NWO akan menyediakan ‘penyelesaian’ mereka dengan menghantar ‘puak-puak pengaman’ ke negara-negara yang bergolak tu. Contoh;
UN ‘Peace Keeper’ (Bosnia)
UN ‘Coalition Force’ (Gulf War / Perang Teluk)
NATO Bombers (Kosovo)

Yang ‘menariknya’, bila puak-puak ni dah ‘dimasukkan’ ke negara-negara tersebut, mereka tak akan penah keluar dari sana! Kononnya untuk memastikan keselamatan bagai, tapi sebenarnya mereka mula menjalankan misi mengambil alih negara tersebut. Contoh di Bosnia dan Kosovo.

Kalau anda masih ingat konflik di Timor Timur, Indonesia, kisahnya pon macam ni jugak. Konflik berlaku bila terjadinya pembunuhan penduduk yang tak bersalah menjelang hari mengundi untuk Kemerdekaan pada 30 Ogos. Kali ni, Australia ‘ditugaskan’ untuk menjalankan misi ‘keamanan’ kat sana. Pihak tentera pengaman tak keluar dari negara tu. Sebaliknya, dunia dikejutkan dengan kes-kes kematian tentera dan orang awam akibat vaksin Anthrax.

Kat sini wujud peranan WHO yang bekerjasama dengan UN untuk menyebarkan vaksin berbahaya ni. Seperti biasa, NATO ‘bertugas’ di bahagian military (ketenteraan). Bertujuan untuk mengurangkan populasi dunia.


Penglibatan Obama

Kebanyakan pemimpin besar dunia memang bersekongkol dengan pihak Illuminati bagi menjayakan konspirasi NWO ni. Of course antara negara tersebut ialah US, England, Germany, Italy, Australia dan New Zealand.

Malah, pada zaman ni, hanya mereka yang sanggup jadi boneka Illuminati (Illuminati puppet) saja yang LAYAK menjadi prime minister atau president di sesebuah negara, seperti England, Germany dan of course, US.

Sebab tu, masa pemilihan presiden 1996 kat US antara Bill Clinton dan Bob Dole, tak kisah sape yang menang, sebab kedua-duanya adalah boneka Illuminati. Macam tahun 2008 pulak, pemilihan presiden dekat US. Macam tu jugak. Tak kisah la Obama ke menang atau John McCain yang menang, sebab kedua-dua manusia ini dah berikrar berjanji setia terhadap gerakan Illuminati ni untuk taat menjalankan dan menurut apa yang mereka (golongan yang nak menakluk dunia) ni mahukan.

All in all, itulah namanya BONEKA.

Sebab kalau terlalu berani melawan kata, taknak jadi BONEKA, penyudahnya hanyalah satu. Maut.

Contoh utama; President Kennedy (US), Ali Bhutto (Pakistan) dan Aldo Moro (Italy). Ini sekadar beberapa nama yang tak mahu bersekongkol dengan agenda menakluk dunia, semuanya mati dibunuh.


* Diubah suai dari Ken Adachi : The New World Order, an Overview

p/s : Wujud sambungan untuk entri ini di New World Order : Bahagian 3.


----------------------------------------------------

yus cakap : Malaysia sekarang semakin banyak berhutang dengan IMF (kalangan Illuminati gak ni), takkan takde apa-apa 'balasan' untuk balas budi IMF kot? That's why saya tak terkejut bila APCO masuk campur dalam urusan negara kita. Cuba fikirkan..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 4 May 2010

Surat Seorang Ibu

Berapa lama dah saya terbantut mengepos something dalam blog ni? Berapa banyak dah sawang-sawang spiderman yang bergayut kat pintu gerbang rumah ni?


Sorry sangat. Sebab jujur saya mengaku, saya malas. Ehehehhe.

Oh yer, entri pasal NWO hari tu pon tak sambung lagi ek? Baik, baik.. saya akan sambung secepat yang mungkin. InsyaAllah.

Kali ni, saya just nak berkongsi satu short film yang saya tengok dekat YouTube. Saya dapat tahu tentang video ni dari blog DrInspirasi.

Tajuknya Surat Seorang Ibu. Dengan segala rasa tak malunya, saya mengaku, saya nangis beb nengok short film ni.

Pendek je kisahnya, tak sampai enam minit pon. Tapi, sangat menyentuh perasaan saya. Saya pon tak tahu, sekarang ni jiwa lembut sangat. Sikit-sikit sedih, sikit-sikit sentap. Pesal ntah sensitip sangat semenjak dua menjak ni. Ehehehe..




Semoga ada pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah pendek ni. Akhir kata dari saya (pergh.. macam masuk debate lak.. cessstt!), sayangilah emak dan abah anda, selagi dorang masih ada. Kalau dah tak ada, kirimlah doa agar mereka sentiasa tenang di sana.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya bila mati seorang anak Adam itu, akan tertutuplah segala amalan beliau, kecuali tiga perkara. Pertama, amal jariah dan sedekah, yang kedua ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga, doa dari anak-anak yang soleh."

----------------------------------------------------------

yus cakap : Saya sayang mak saya!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook