rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 1 April 2010

Sape Makan Cili, Dia Rasa Pedas

Ye, saya suka makan cili, saya suka pedas! Ehehehhehe..

Boleh dikatakan, setiap kali saya makan mesti kena ada cili. Memang saya obses giler ar dengan cili ni. Nampak cili je dalam masakan tu macam satu temptation yang tak dapat ditolak! Dah namanya lidah melayu kan?

* Inilah cili.. In case kalau anda tak tau *


Nak buat macam mana, saya dan pedas memang tak dapat dipisahkan. Sangat sangat sangat gemar makanan pedas. Pedas bukan sebarang pedas, pedas mesti pedas cili. Kalau pedas black pepper, tu saya tak suka.


 * Pergh.. Sedapnyer kalau makan nasik ada sambal belacan. (Sumber gambar dari sini) *


Sebenarnya, rasa pedas cili tu datang dari suatu bahan kimia dalam cili yang bernama capsaicin. Ini adalah bahan aktif dalam cili, atau dalam bahasa mudahnya, bijik cili tu. Itu yang bagi rasa pedas.

Macam yang kita belajar dalam Biologi dulu, medium penghantaran bagi pembiakan tumbuhan cili ni ialah dari penyebaran biji benih nya. Selalunya, burung la yang gemar makan tumbuh-tumbuhan gini dan menyebarkan biji benih. So, capsaicin yang mem ‘produce’ rasa pedas ni menyebabkan cili tak boleh dimakan oleh haiwan mamalia, hanya burung yang boleh makan cili dan seterusnya membantu pembiakan cili. Ini kerana, haiwan mamalia boleh merasa kesan ‘panas’ akibat kepedasan cili, sedangkan burung tak rasa.

** Ada yang pesan, kalau anda tergigit cili, jangan minum air, sebab ni boleh menambahkan lagi rasa panas tu. Sebaliknya cuba makan yoghurt, benda masam atau susu. **


Khasiat Cili

Cili kaya dengan vitamin C dan sumber niacin (vitamin B3) yang baik, begitu jugak beta-karotena. 100 gram cili merah mengandungi khasiat seminggu vitamin C! Haa.. sanggup ke nak telan 100 gram cili?? Hohohoo.. mau berasap telinga ek?

Cili jugak secara amnya, tidak mengandungi lemak, dan rendah kalori. Jom kita tengok kebaikan dan kelebihan makan cili.


Kelebihan Makan Cili

1. Kajian menunjukkan dengan memakan cili akan meningkatkan penghasilan hormon endorphin oleh badan. Ini merupakan ‘feel-good chemicals’ yang mencipta rasa gembira.

2. Cili boleh memudahkan penghadaman.

3. Rasa pedas cili boleh membantu membasuh laluan sinus, dan mengurangkan penghasilan mukus.

4. Dikatakan cili mengandungi sifat anti-inflammatory (lebih kurang macam meningkatkan sistem immune badan ler) yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan demam dan selsema.

5. Kajian di Thailand menunjukkan bahawa seseorang yang makan makanan tinggi dengan kandungan cili merah, kurang mendapat risiko untuk menghidapi penggumpalan darah (blood clotting).

6. Saintis telah merumuskan bahawa cili mengandungi aktiviti fibrinolitik, yang membantu memecahkan darah yang bergumpal.

7. Cili juga boleh mengurangkan sesetengah penyakit seperti arthritis, sakit kepala dan lenguh-lenguh (akibat kitaran menstrual).

8. Pengambilan cili yang cukup dalam sehari mampu memperbaiki system sirkulasi tangan dan kaki, pada yang mengalami peredaran darah yang lambat.

9. Antara lain kelebihan memakan cili ialah meningkatkan penghasilan air liur untuk menyegarkan mulut dan meningkatkan kadar seseorang berpeluh, which is good untuk manusia.


-------------------------------------------------

yus cakap : Makan biar sedap!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

5 comments:

  1. tak suka pedas.. perut x tahan woo..
    peribahasa tu pun x suka :)

    ReplyDelete
  2. tp biji cili kalau makan leh wat saluran tersumbat..tol ke?

    ReplyDelete
  3. cikgu isza : tak suka makan pedas ye? rugi rugi.. eheheheheh.. :D

    huruhara : ye kot.. kalo makan banyak2, memang leh sumbat la segala.. uhuhuhuk~

    ReplyDelete
  4. Dulu sy suka sgt pedas...
    Skrg saluran esophagus sakit tiap kali mkn pedas..
    Biji cili kecik leh menyebabkan sakit apendiks

    ReplyDelete
  5. langit : btol btol btol.. bijik kecik2 tu leh sebabkan apendiks.. tp alhamdulillah sampai skang blom dpt lg sakit tuh.. hopefully sampai bila2 tak dpt ar.. leh mkn cili sampai bila2.. hohohooh :D

    ReplyDelete