Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Sejujurnya, saya tak dapat nak berkata apa-apa. Macam kelu lidah. Rasa macam tak percaya. Tapi bila baca status Afdlin Shauki di Facebook, baru saya dapat terima kenyataan bahawa seorang lagi hamba Allah telah dipanggil menghadap Penciptanya.
Ini realiti kehidupan setiap insan. Kita pon tak terkecuali. Mungkin hari ni kita masih boleh bernafas, bergelak ketawa, siapa tahu esok kita dipanggil mengadapNya?
Astaghfirullah al azim.
Takziah untuk keluarga arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Perginya seorang Din Beramboi pada Jumaat yang mulia.
Semoga roh Din Beramboi dicucuri rahmat Illahi yang melimpah ruah. InsyaAllah. Aminn~
Al-Fatihah.
-----------------------------------------------
yus cakap : Macam baru semalam jer saya ketawa tengok Pak Din dalam Spontan, hari ini beliau dah tiada. Ketentuan Illahi.
Bookmark this post: |





amin~
ReplyDeletearwah pergi begitu je kan,
mungkin Allah lebih sayangkan arwah..
alyssa : betol tu.. Allah lebih sayangkan arwah Din Beramboi. semoga dia bahagia dan sejahtera di alam sana.
ReplyDeletesalam.
ReplyDelete"Mati itu bila-bila masa saja"
senantiasa la kita beringat..
kan..takziah buat family arwah
hasrol : w'salam.. a'ah.. tiada yang pasti melainkan mati. ajal maut dah Allah tetapkan. takkan terlewat dan takkan tercepat, bila detiknya, ketika tu la Izrael sampai. Astaghfirullah al azim. benar-benar menginsafkan.
ReplyDelete*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...
ReplyDeletebaincardin : al fatihah~
ReplyDelete1 Malaysia merasai kehilangan beliau...
ReplyDeleteAl-Fatihah...