rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 7 April 2010

Kekuatan

Bukan tak pernah terjadi dalam hidup ni, sepanjang menjalani kehidupan, kata-kata putus harapan dan putus semangat diluahkan. Tak sekali, mungkin dua kali, kalau yang kerap merungut tu, mungkin berkali-kali meluahkannya. Pokoknya, pasti akan terselit satu perasaan sedih yang teramat dalam hati sampai meluahkan;

“Kenapa lah nasib aku macam ni?”

Ataupon,

“Apa la nasib aku..”

Kata-kata keluhan yang menggambarkan sebegitu payahnya bagi empunya diri untuk menghadapi ujian terbesar (pada ketika itu) dalam hidupnya.

Saya pon sama. Tak terkecuali. Saya jugak manusia biasa. Dah penat minum Milo untuk jadi sihat dan kuat, dan berusaha telan Biskut Tiger untuk jadi kuat. Malah dah letih guna sabun Kuat Harimau, semua semata-mata untuk menjadikan diri kuat. Kuat untuk menghadapi ujian.

Tapi, kadang-kadang, terselit jugak rasa letih yang sangat. Penat yang amat.

Bila wujud keluhan-keluhan macam yang saya cakap tadi, apa yang boleh kita buat, the least that we can do is say Astaghfirullah al azim.

Sedarlah diri bahawa syaitan sedang berusaha menguasai hati dan emosi kita.

* Sumber gambar dari sini


Kalau nak nangis, nangis lah. Kalau nak bercerita, cerita la pada sesapa. Tapi jangan terus-terusan mengeluh macam tu. Itu tanda kita dah putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

“Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr : Ayat 56)

Mahukah kita jadi kalangan orang-orang sesat tu? Nauzubillah hi min zalik..


Ujian Tuhan

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 155) yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Itu janji Allah. Janji yang pasti ditunaikan. Janji dari Yang Maha Menunaikan Janji.

Masalahnya, saat kita terperosok dek kesedihan melampau, kita lupa janji Allah ni. Kita tak ingat berkali-kali Tuhan dah pesan untuk kita sabar dalam menghadapi ujianNya.

Itulah sebenar kehidupan. Kehidupan di dunia yang fana ni. Kehidupan itu ujian. Kalau tak, takde la wujud kata orang-orang bijak pandai;

Dunia adalah penjara/neraka bagi orang mukmin.

Malah Allah s.w.t ada mengingatkan hambaNya;

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Tak dapat dinafikan, hidup penuh dengan warna-warni. Tapi kenapa kadang-kadang terasa hidup kita saja yang macam putih, hitam dan kelabu. Kenapa orang lain hidup gembira? Sedangkan kita tak? Kenapa orang lain bahagia tanpa masalah, sedang kita dibelenggu kesulitan? Kenapa hanya kita yang sedih macam ni? Kenapa, kenapa dan bermacam jenis kenapa lagi.

Pertanyaan ‘kenapa demi kenapa’ ni kadang kala seolah-olah mempertikai kekuasaan Allah s.w.t, yakni Boss Besar kita. Kan?

Tak patut. Tak patut.


Realiti Hidup

Terus terang cakap, saya jugak sedang mengalami saat-saat sedih dalam kehidupan, pada masa sekarang ni. Tapi, sedaya upaya saya tak tunjukkan ‘kesedihan’ saya, sama ada dalam alam maya ataupun alam nyata.

Sampai kadang-kadang diri sendiri tanpa sedar dah berubah menjadi orang lain.

“Kenapa meh you sekarang susah senyum? Asyik marah-marah saje.” Ni antara kata-kata Nicholas pada saya. Saya tau dia gurau je, tapi mungkin dalam gurauan dia tu memang benar saya dah berubah menjadi lebih ‘dull’.

Hakikatnya, dalam kepala hotak saya ni bermacam-macam jenis fikiran menerawang jauh. Entah apa-apa yang saya fikir pon saya tak tau.

Yang pastinya, semua masalah dan ujian yang saya hadapi sekarang, (mungkin) akan semakin mematangkan saya.

Tak perlu lah saya cerita satu persatu apa kebenda yang merumitkan kepala hotak saya, sebab saya tak mau la menceritakan ‘keburukan’ pihak lain. Walaupon saya tahu ‘pihak’ tu takkan baca apa yang saya tulis ni.

Sepertimana yang saya cakap sebelum ni, semakin lama terasa semakin berat masalah atau ujian yang ditanggung. Letih. Penat. Sedih. Sebab perkara ni berkaitan family. Saya kesian dengan adik-adik saya. Kesian dengan mak saya.

Adik saya penah cakap pada saya;

“Kalau abah ada, mesti kita tak macam ni.” (Ini pon salah satu jenis keluhan jugak.)

Diam. Saya kutip kekuatan. Saya tak kuat sebenarnya. *sigh*

Saya patut sedar saya sebagai ‘kepala keluarga’ sekarang ni, kena kuat. Lebih kuat dari adik-adik saya. Mungkin saya kena minum lebih banyak Milo dan makan lebih banyak Biskut Tiger.

Tapi, walau apapon, hanya satu yang saya cakap pada diri sendiri, dan saya ingatkan pada adik-adik, setiap yang berlaku, every single thing, semuanya dalam pengetahuan Allah Taala. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambaNya.

Saya pujuk hati sendiri. Saya pujuk hati adik-adik. Bahawa pasti akan ada sinar di hujung ujian ini. Mesti ada hikmah sebalik semua ni. Pasti. InsyaAllah.

Walau saya tak tahu apa akan berlaku suatu hari nanti, tapi saya yakin seyakin yang pasti, Allah bersama dengan hambaNya yang sabar.


------------------------------------------------------

yus cakap : Saya nak jadi sekuat arwah abah. Tak penah nampak abah (semasa hidupnya) nangis. Abah.. Kirimlah saya kekuatan tu. Rindu abah.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan rumah.
    Kita ni hidup untuk mati. Betul tak? Tak yah le dok kesah sangat masalah-masalah kecil ni.
    Kita orang beriman, masalah sebenar kita akan bermula menjelang sakaratul maut.
    Dapatkah kita mengucap?
    Selamatkah kita dari azab kubur?
    Sanggupkah menghadapi mahsyar? dan seterusnya...
    Bukankah ini semua masalah yang sebenarnya, berbanding masalah-masalah kecil di dunia...
    Just my dua kupang...

    ReplyDelete
  2. Btul, yus...
    Aku pn penah mengeluh bila kegagalan demi kegagalan yg kuhadapi...
    Tapi slalu igt blk, Allah hanya menguji hambanya yg layak diuji..
    Sedikit demi sedikit semangat tu kembali semula...
    Keluhan la yg membawa kita mendekatinya...
    Mungkin itu cara dia tarik kite semula bile kita dh mula alpa...

    Xpe, kite hanya seorg hamba...
    Misteri demi misteri yg kita ungkaikan sepanjang idup inilah yg membawa kita mengenali siapa Dia...
    Allahualam...

    ReplyDelete
  3. Bnyk2kn bersabar kak..bkn akak sorg je terpaksa hadapi pelbagai cabaran dn dugaan kat dunia ni..semua kt tak terlepas kn..masalah ada di mana2..tpi cara kita handle je..
    kene bnyk brsabar dan tabah je..

    ReplyDelete
  4. nape sedih2 ni, sabar2 ujian tu mesti mari.. nanti bukak u-tube tgk video motivasi yek.

    ReplyDelete