rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 30 April 2010

Hikmah Ujian

Malam ni saya rasa agak 'sentap' sikit. Bila tengok kawan-kawan sebaya saya kat FB yang semuanya sekarang dah kahwin, dah pregnant, ada anak, buat saya rasa 'sedih'. Nak pulak yang saya tengok tadi memang geng saya dulu la. Coursemate. Kira rapat gak ar. Mana tak sentap. Kawan dah nak beranak dah. Saya? Anak kucing je ada. 

Menambah rasa 'sentap' tu bila sorang kawan kat tempat kerja lama dulu kasi mesej.

"Salam yus, tlg sent almt skrg, nk hntq kad jmptn"

Tu takde lain nak jemput makan kenduri la tuh. Tak lain tak bukan, kenduri kawen la tu. Takkan kenduri arwah pulak. Takkan kenduri cukur jambul anak sedara dia pulak. Mesti kenduri kawen punya!

* Alhamdulillah *


Aduhaii.. Kenapalah di saat-saat begini dikau berkongsi berita 'gembira' ini? Hanya menambah ke'sentap'an di hati. Isk~ 

Selama beberapa minit jugak ar saya berada dalam keadaan sentap tu bila tiba-tiba saya teringat tentang apa yang saya dengar dalam satu ceramah agama kat Kedah FM. Tajuk ceramah tersebut saya tak pasti. Penceramah jugak saya tak pasti siapa. Yang pastinya beliau ada membawa satu kisah menarik, yang mana saya rasa tak rugi untuk dikongsi bersama. Semoga kita termotivasi sikit bila dengar kisah ni.

Kisah yang di bawa oleh ustaz ni dari hadis Nabi s.a.w jugak. Macam ni lebih kurang kisah nya.

Di satu masa, Nabi s.a.w duduk bersama-sama para sahabat. Masa tu zaman Islam belum diterima ramai lagi. Waktu Islam masih terasing lagi.

Macam yang kita sedia maklum, waktu tu antara waktu yang paling sadis la di kalangan umat Islam. Dah la bilangan sikit, dah tu ditindas pulak oleh masyarakat Jahiliyah. Kiranya, tentangan demi tentangan la yang diorang terima.

So, masa tengah berkumpul dengan nabi tu, ada salah seorang sahabat ni tanya nabi. Dengan keadaan yang gundah gulana la beliau bertanya (yang lebih kurang macam ni la);

"Wahai Rasulullah. Kenapakah kita ditakdirkan hidup susah begini ya Rasulullah? Bukankah kita ni di kalangan orang yang benar. Yang berada di jalan Allah?"

Nabi s.a.w menjawab;

"Sebelum lahirnya seorang anak Adam tu, telah ditetapkan segala takdir dan darjatnya di Luh Mahfuz. Sekiranya seorang hamba itu lahir ke dunia, dan telah ditetapkan darjatnya tinggi di sisi Allah, tetapi amalannya tak cukup untuk meninggikan darjatnya seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Maka dengan sebab itu Allah beri nya ujian, dugaan dan cubaan, supaya dengan itu jika dia sabar, maka akan ada pahala untuknya, dan dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah."

Subhanallah. Maha Pemurah Allah s.w.t.

Apa yang saya nak tekankan di sini, kadang kala kita mengeluh dengan ujian yang menimpa diri kita. Mengeluh dengan nasib dan takdir diri kita. Padahal kita tak sedar, rupa-rupanya ujian dan dugaan itu sebenarnya bertujuan untuk meninggikan darjat kita di sisi Allah s.w.t.

Siapa tahu, entah-entah darjat kita tinggi. Tapi, amalan, masyaAllah, sangat lah kurang. Solat sunat malam jarang, nak puasa sunat pon payah, nak sedekah takde duit je selalu, so, ini lah cara dan alternatif lain untuk Allah nak tinggikan darjat kita.

Dengan itu diberinya ujian untuk kita hadapi. That's why, paling penting bila hadapi ujian ialah kita kena kuat. Redha dengan ketentuanNya. Mana tahu, dengan kesabaran kita dapatlah naik 'pangkat' sikit di sisi Allah.

Nabi s.a.w sendiri pernah bersabda;

"Alangkah beruntungnya seorang Muslim itu. Bila diberi ujian dia sabar, dan bila diberi nikmat, dia bersyukur akannya."

Apa yang saya alami sekarang ni, membujang sampai ke tua, takde manusia nak, mungkin salah satu dari ujian Allah untuk saya la kot kan? Mungkin saya sebenarnya belom mampu untuk memikul tanggung jawab bila dah kahwin kan? Saya mana tau. Allah Maha Tahu. So tak baik la saya nak sentap-sentap pulak. Ish ish ish..

Astaghfirullah al azim..

Mungkin ini dah tertulis di Luh Mahfuz, kehidupan saya macam ni macam ni, kehidupan anda pulak begini begini. Allah Maha Kuasa dah tetapkan begitu. Mesti ada justifikasi yang terbaik untuk kita.

So, sabar la bila dilanda ujian, bersyukurlah bila dapat nikmat.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Agak-agaknya, siapalah gerangan jodoh saya yang dah tertulis di Luh Mahfuz sana ek?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

20 comments:

  1. ooo nak kawen jugak ye,,hahaha

    ReplyDelete
  2. uish.. miss havoc.. jgn la cakap kuat2.. malu ai~ :D

    ReplyDelete
  3. hurm..pemurahnya Allah,
    kenapa aku x sedar bagai...
    thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  4. Nak kawen ek...
    Sama la naseb kter...
    Mmbe2 aku kt FB sumer citer psl nikah tak lama lg la, anak nk lahir x lama lg la, psl suami la, mcm2 yg tak penah aku alami...
    Aku pn byk kali gak sentap, nak2 ble dorg tanya aku blk "bila nk langsung"

    Penat gak nk pujuk ati ni tiap kali sentap..
    Tp maybe Dia dh readykan sorg hebat utk kite, cuma kte ni sbnarnya tak ready lg nk jd isteri yg hebat utk dia, so Allah hold kn dulu smpai dua2 dh betul2 ready...

    Allahualam...

    ReplyDelete
  5. sepanjang hari aku terfikir benda yang hampis sama
    ko jangan sentap... ada org cepat, ada lambat, ada sangkut.... tu le ujian

    ReplyDelete
  6. sabar yus...insyallah...jodoh akan datang....banyak2kan berdoa ye

    ReplyDelete
  7. Yus, jodoh pertemuan di tangan tuhan...

    Saya dah pernah rasa apa yg Yus rasa sekarang dan alhamdullilah saya juga bakal menuju ke arah perkahwinan dan saya mendoakan semua kawan2 juga bertemu jodoh...

    ReplyDelete
  8. encik/cik tak bernama : Allah itu Maha Penyayang.. ;)

    langit : hahahah.. senasib la kita ek.. btw, your words really makes me think.. thanks. ;)

    kapten : tengkius.. harap2 saya takde la lambat sangat.. lagi lama lagi tak laku.. wuakakakka :D

    kuz : mekasih.. saya ni kekadang bengong sket kuz.. merepek jer.. isk~

    nuraarin : wah.. selamat berbahagia ye.. semoga berkekalan hingga hujung nyawa.. aminnn~ :)

    ReplyDelete
  9. salam..
    jgn sentap2 kalau lambat kahwin.kalau jodoh x kemana,tp kena usaha jugalah mencari.mana tau org di 'depan mata' adalah jodoh kita.

    p/s : nak cadangkan 2 buku nie utk dibaca bg mereka yg baru/bakal mendirikan rumah tangga.
    1.Menempuh Gerbang Perkahwinan
    Dato Hj Fadzilah Kamsah (RM19.90)
    2.31 Ciri Suami Idaman
    Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (RM19.90)

    Tempah secara online dan buku akan dihantar terus kepada anda.InsyaAllah..
    www.stormreaders.net/mNasir (copy & paste url ini)

    ReplyDelete
  10. md nasir : org depan mata?? mak saya je kat depan mata ni.. hohohoho.. tengkius.. nanti kalau saya nak kawen ke, saya cari awak ek, nak beli buku2 tu.. uhuk~

    ReplyDelete
  11. menarik... jodoh di tangan Allah... kita kena usaha cari... tapi... juai mahai pulak... aduiyai... tu salah satu kes...

    ReplyDelete
  12. betul tu kak..
    say pun dah tak kose nak mengeluh je..Setiap dari kita ada cerita dan perjalanan yg mmg dah ditentukan Allah..

    sbb tu la better go with the flow..dlm masa yang sama berdoa dan usaha untk jadi yang terbaik..)

    ReplyDelete
  13. hafiz : saya takde nye jual mahal de.. takde org sudi nak beli pon.. uhuhuhuuk~

    rerama : oh.. akak redha sudeh!! hahahaha :D

    ReplyDelete
  14. hye yus....saba2 ye...

    umo awk brape ek?

    kwn2 sy pon ramai da kawen.... :)

    paling2 pon da bertunang....

    ReplyDelete
  15. izis : dah suku abad dah.. err.. nak masuk 25 le bln 9 tahun ni.. ehehhehe ;)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah. terima kasih entry ini. redha itu banyak sangat hikmah disebaliknya. ;D

    NISECA suka merapu

    ReplyDelete
  17. owh, bru nk msuk 25? muda lgi tu yUs..
    bnyk mse g tuk mncri. =)
    have a faith in Him..

    ReplyDelete
  18. nisaeciz : sama-sama kasih.. ehehehe ;)

    fzikuz : muda kah? kenkawan sebaya saya sumer dah beranak pinak dah.. huhuhuhuk.. btw, thanks for your advice.. :)

    ReplyDelete
  19. ala...kte beza setahun je ye upenye...

    sy 24...ala...muda lg...kte enjoy2 dulu....

    ngeh3...

    ReplyDelete
  20. ye la izis.. saya actually takde spend time utk enjoy2 bagai skang.. masa dah limit utk family jer.. eheheheh.. tp takpe, kalo izis dtg kedah, bgtau saya, saya akn cuba spend time gi men boling skali.. hohoohoh :D

    ReplyDelete