rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 30 April 2010

Hikmah Ujian

Malam ni saya rasa agak 'sentap' sikit. Bila tengok kawan-kawan sebaya saya kat FB yang semuanya sekarang dah kahwin, dah pregnant, ada anak, buat saya rasa 'sedih'. Nak pulak yang saya tengok tadi memang geng saya dulu la. Coursemate. Kira rapat gak ar. Mana tak sentap. Kawan dah nak beranak dah. Saya? Anak kucing je ada. 

Menambah rasa 'sentap' tu bila sorang kawan kat tempat kerja lama dulu kasi mesej.

"Salam yus, tlg sent almt skrg, nk hntq kad jmptn"

Tu takde lain nak jemput makan kenduri la tuh. Tak lain tak bukan, kenduri kawen la tu. Takkan kenduri arwah pulak. Takkan kenduri cukur jambul anak sedara dia pulak. Mesti kenduri kawen punya!

* Alhamdulillah *


Aduhaii.. Kenapalah di saat-saat begini dikau berkongsi berita 'gembira' ini? Hanya menambah ke'sentap'an di hati. Isk~ 

Selama beberapa minit jugak ar saya berada dalam keadaan sentap tu bila tiba-tiba saya teringat tentang apa yang saya dengar dalam satu ceramah agama kat Kedah FM. Tajuk ceramah tersebut saya tak pasti. Penceramah jugak saya tak pasti siapa. Yang pastinya beliau ada membawa satu kisah menarik, yang mana saya rasa tak rugi untuk dikongsi bersama. Semoga kita termotivasi sikit bila dengar kisah ni.

Kisah yang di bawa oleh ustaz ni dari hadis Nabi s.a.w jugak. Macam ni lebih kurang kisah nya.

Di satu masa, Nabi s.a.w duduk bersama-sama para sahabat. Masa tu zaman Islam belum diterima ramai lagi. Waktu Islam masih terasing lagi.

Macam yang kita sedia maklum, waktu tu antara waktu yang paling sadis la di kalangan umat Islam. Dah la bilangan sikit, dah tu ditindas pulak oleh masyarakat Jahiliyah. Kiranya, tentangan demi tentangan la yang diorang terima.

So, masa tengah berkumpul dengan nabi tu, ada salah seorang sahabat ni tanya nabi. Dengan keadaan yang gundah gulana la beliau bertanya (yang lebih kurang macam ni la);

"Wahai Rasulullah. Kenapakah kita ditakdirkan hidup susah begini ya Rasulullah? Bukankah kita ni di kalangan orang yang benar. Yang berada di jalan Allah?"

Nabi s.a.w menjawab;

"Sebelum lahirnya seorang anak Adam tu, telah ditetapkan segala takdir dan darjatnya di Luh Mahfuz. Sekiranya seorang hamba itu lahir ke dunia, dan telah ditetapkan darjatnya tinggi di sisi Allah, tetapi amalannya tak cukup untuk meninggikan darjatnya seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Maka dengan sebab itu Allah beri nya ujian, dugaan dan cubaan, supaya dengan itu jika dia sabar, maka akan ada pahala untuknya, dan dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah."

Subhanallah. Maha Pemurah Allah s.w.t.

Apa yang saya nak tekankan di sini, kadang kala kita mengeluh dengan ujian yang menimpa diri kita. Mengeluh dengan nasib dan takdir diri kita. Padahal kita tak sedar, rupa-rupanya ujian dan dugaan itu sebenarnya bertujuan untuk meninggikan darjat kita di sisi Allah s.w.t.

Siapa tahu, entah-entah darjat kita tinggi. Tapi, amalan, masyaAllah, sangat lah kurang. Solat sunat malam jarang, nak puasa sunat pon payah, nak sedekah takde duit je selalu, so, ini lah cara dan alternatif lain untuk Allah nak tinggikan darjat kita.

Dengan itu diberinya ujian untuk kita hadapi. That's why, paling penting bila hadapi ujian ialah kita kena kuat. Redha dengan ketentuanNya. Mana tahu, dengan kesabaran kita dapatlah naik 'pangkat' sikit di sisi Allah.

Nabi s.a.w sendiri pernah bersabda;

"Alangkah beruntungnya seorang Muslim itu. Bila diberi ujian dia sabar, dan bila diberi nikmat, dia bersyukur akannya."

Apa yang saya alami sekarang ni, membujang sampai ke tua, takde manusia nak, mungkin salah satu dari ujian Allah untuk saya la kot kan? Mungkin saya sebenarnya belom mampu untuk memikul tanggung jawab bila dah kahwin kan? Saya mana tau. Allah Maha Tahu. So tak baik la saya nak sentap-sentap pulak. Ish ish ish..

Astaghfirullah al azim..

Mungkin ini dah tertulis di Luh Mahfuz, kehidupan saya macam ni macam ni, kehidupan anda pulak begini begini. Allah Maha Kuasa dah tetapkan begitu. Mesti ada justifikasi yang terbaik untuk kita.

So, sabar la bila dilanda ujian, bersyukurlah bila dapat nikmat.


----------------------------------------------------------------

yus cakap : Agak-agaknya, siapalah gerangan jodoh saya yang dah tertulis di Luh Mahfuz sana ek?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 28 April 2010

New World Order : Bahagian 1

Saya sebenarnya dah lama berhasrat nak tulis tentang topik ni. Tapi masa kurang mengizinkan. Lagipon, saya belum habis research pasal ni lagi. Tapi, ni sekadar overview je la. Sekadar perkongsian info.

Actually, saya nak menyentuh tentang konspirasi terbesar yang diilhamkan oleh satu kumpulan paling berpengaruh dan sangat berkuasa yang terdiri dari kalangan manusia-manusia yang terkaya, ahli politik paling top, atau golongan-golongan korporat elit di dunia.

Konspirasi tersebut jugak di dominasi oleh Keluarga Diraja British (Black Nobility of Europe – British Crown) yang mana tujuan dan matlamat utama ialah mencipta kerajaan Satu Dunia. Satu Dunia yang tak ada nationality (kewarganegaraan) dan sempadan Negara, malah menurut saje agenda golongan pemerintah.

Misi utama ialah untuk mempengaruhi dan menakluk serta mengawal setiap manusia yang ada di muka bumi dan mengurangkan populasi dunia kepada hanya 5.5 billion manusia.

Nama konspirasi ini ialah New World Order.



Konspirasi ini dianggotai oleh mereka-mereka yang sangat berpengaruh dalam dunia ni. Terdiri dari organisasi-organisasi terbesar dunia.

Mesti semua pernah dengar Illuminati kan?

Illuminati ialah terma yang digunakan untuk merujuk kepada 13 tangga piramid (13 bloodline families) yang menjadi tonggak utama pertubuhan elit ini. Kebanyakan ahli Illuminati adalah golongan-golongan yang menduduki tempat utama dalam agensi dan society terbesar (dan mungkin secretive) dunia.

Bahagian tertinggi piramid Illuminati ni ada nama-nama tertentu yang orang-orang awam macam kita ni tak berapa faham, atau mungkin tak faham langsung. Contohnya, Council of 3, Council of 5, Council of 13, Council of 33, the Grand Druid Council, the Committee of 300 (dikenali jugak dengan nama ‘Olympians’) dan the Committee of 500 (dan lain-lain lagi la).

Dr John Coleman, dalam bukunya bertajuk Conspirators’ Hierarchy : The Story of the Committee of 300 yang mengkaji dengan teliti tentang konspirasi ni, pada tahun 1992, ada menerangkan dengan jelas agenda Illuminati untuk menakluk dan mendominasi dunia.

Beliau dipetik berkata dalam bukunya yang merumuskan tugas dan tujuan Committee of 300:

“Kerajaan Satu Dunia dan system kewangan satu-unit (one-unit monetary system), di bawah pemerintahan olighachists di mana pemerintah dipilih dari kalangan ahli kumpulan mereka sepertimana system feudal zaman pertengahan dahulu. Dalam entity Satu Dunia (One World) ini, populasi akan dikawal dengan penetapan bilangan ahli keluarga, penyakit, peperangan, kekurangan makanan, sehingga 1 billion manusia di kalangan golongan pemerintah, yang dipilih secara ketat dan sangat teliti, yang tinggal sebagai jumlah populasi dunia.

Takkan wujud golongan pertengahan, hanya ada pemerintah dan yang diperintah. Semua undang-undang akan disama rata kan di bawah system yang diselaraskan dan dipantau oleh Kerajaan Satu Dunia (One World Government) dan undang-undang ini akan diwartakan ke seluruh Negara yang tak wujud lagi sempadan negara (pada waktu tu). Sistem pada masa itu ialah kebajikan, siapa yang patuh pada Kerajaan Satu Dunia akan terus hidup, manakala yang melawan, akan dibiarkan mati kebuluran atau dibunuh oleh sesiapa yang berhasrat nak bunuh orang tersebut. Pemilikan senjata peribadi adalah dilarang.” 

Sekali baca rasa macam mengarut je benda ni kan? Ye la, sape yang nak percaya benda-benda mengarut macam ni? Ada ke pertubuhan yang macam ni?

Sebenarnya, pemikiran begini dah di ‘set’ (atau word inggeris nya ialah have been conditioned) supaya orang ramai bersikap skeptik terhadap agenda ini. Sape yang set atau conditioned kita supaya tak cakap banyak or tak research or tak persoalkan benda ni?

Jawapannya : MEDIA.

Dulu saya ragu-ragu pasal ni. Sebab macam mustahil la kan? Macam mana media boleh mempengaruhi pemikiran manusia. Tapi, sebenarnya, melalui media lah segala jenis ideologi boleh disebarkan, dan secara tak langsung sebenarnya dapat mempengaruhi pemikiran kita. Media bukan sekadar surat khabar, tapi televisyen, radio dan paling paling berkesan sekarang, internet.

Berbalik pada kisah tadi, ada satu training programme yang diwujudkan bertujuan untuk mengawal selia pemikiran manusia. Program ini dinamakan Mind Control (MC).

Dan Mother of All mind control organization ialah : The Tavistock Institute of Human Relation, bertempat di London.

Ahli-ahli konspirasi NWO ni sebenarnya mempunyai ramai ‘pemikir-pemikir’ di Tavistock, yang akan berfikir macam mana nak mengawal apa yang manusia fikir dan seterusnya menguasai pemikiran manusia. Tapi, walaupon, pusat ‘pemikir’ ni di Tavistock, tapi pelaksanaan propaganda ni dilakukan di US, diarahkan oleh organisasi MC paling top di US iaitu Stanford Research Institute.

Bagaimana kumpulan-kumpulan konspirasi NWO ni memanifestasikan agenda mereka? Macam mana yang dikatakan mengawal pemikiran manusia?

Jawapannya akan saya kongsi dalam entri akan datang. Kalau cerita panjang-panjang kat sini pon boleh boring gak kan?


p/s : Entri ini di ubahsuai dari tulisan Ken Adachi : The New World Order (NWO), an Overview.


------------------------------------------------------------------

yus cakap : Ikuti sambungan topik ni untuk tau pandangan peribadi saya tentang Barack Obama, Lady Gaga, dan pemerintahan 1 Malaysia (whattt??) serta kaitan mereka dengan Illuminati.

1 Malaysia : 1 Israel : One World - Hurrmmmm~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 25 April 2010

Surat Cinta Untuk Bos

Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan.

* Ini draf saje. Yang kaler merah tu rahsia kerajaan. Ehehehe.. *


Finally, akhirnya, berjaya jugak saya melarikan diri dari kampeni sekarang ni! Hohohooho..

Phew. Lega rasanya. Syukur sebab berjaya dalam interview hari tu and dapat kerja yang lebih dekat dengan rumah. Sangat, sangat bersyukur!

"Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya" (Surah Saba' : Ayat 1)

Pasal gaji? Hurm.. Actually, bila saya fikir balik, saya tak kisah sangat pasal gaji. Yang penting dekat dengan rumah, senang nak tengok and jaga mak. Tu saje.

Tapi, lebih le dari sekarang punya gaji. Uhuhuk~

Saya takde la tanya pasal increment bagai masa interview, harap-harapnya lebih la dari RM66.50.

Bukan le kesah sangat pasal increment semua tu, tapi berdasarkan Teori Maslow, salary is one of the things yang dapat motivate pekerja what. Bila pekerja ada motivasi nak bekerja, produktiviti akan bertambah, so kualiti dan kuantiti jugak meningkat.

In fact, ada beberapa lagi rakan sekerja saya yang akan berhenti kerja gara-gara tak puas hati dengan increment ciput tu.

* Ini lah dia surat sebenar yang telah di'adjust' sesedap rasa yang saya akan kasi pada bos esok. Berdebar lak! *


Tak tahu la apa reaksi diorang kalau dapat tau saya nak resign ni. Sebab saya tak pernah bising-bising cakap nak resign pon. Tup-tup saya yang cabut dulu. Rasa serunut dalam hati!

Serunut sebab tak sia-sia saya meng'goreng' para interviewer saya masa interview hari tu.

Selamat tinggal SP! Yay!


-----------------------------------------------------

yus cakap : Dah lama tak tulis formal letter. Buruk benau tulisan saya. Isk~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 22 April 2010

Romantik

Anda romantik tak? Romantik tu apa? Sejenis kuih? Sepotong tembikai? Atau sebuah kereta sport? Isk~

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.
** Petikan poem Sonnet 18 oleh Shakespeare.**


OK. Entri kali ni saya nak bercerita tentang romantik. Romantik ni boleh lah dikatakan antara kriteria utama dalam pemilihan seseorang dalam mencari pasangannya.

Menurut dictionary.com, banyak la definisi romantik nih, tapi salah satu is:

"of, pertaining to, or of the nature of romance; characteristic or suggestive of the world of romance." 

atau yang senang sikit nak faham:

"displaying or expressing love or strong affection." 

Hurm.. Senang cakap, romantik ialah:

Kata-kata atau cara, sikap dan tingkah laku seseorang dalam mengekspresikan betapa sayang dan cintanya dia pada pasangan.

Boleh gitu? Whatever la. Ehehhehe..

Yang pastinya, sifat romantik ni tak boleh dibuat-buat. Tak semestinya someone yang nampak ganas secara luaran, tak de sifat romantik nih. Kekadang mat-mat rempit, or samseng-samseng jalanan ni lagi romantik dari mereka yang bergelar lawyer or doktor.

Bak kata Adnan Sempit :

“Walau luaran saya ganas wak, dalam hati ada taman.”

Err.. Taman bunga ker, Taman Tasik Titiwangsa ke, entah. Saya pon tak pasti. Uhuhuuhuk~

Macam yang saya cakap, romantik ni adalah ‘nature’ seseorang. Nak kata sifat semulajadi tu, tak jugak. Sebab ia boleh di develop sepanjang kehidupan.

Actually, persepsi seseorang terhadap romantik jugak berbeza-beza. Maksudnya, mungkin perlakuan yang tertentu tu bersifat romantik bagi Cik Senah, tapi mungkin Cik Kiah cakap tak cukup romantik. It depends.

Mungkin seseorang tu romantik sebab dia pandai ‘meluahkan kata-kata indah yang membuatkan hati berbunga-bunga’.

Mungkin jugak seseorang tu romantik sebab dia tak pernah lupa tarikh-tarikh penting and tak pernah lupa nak kasi coklat, bunga, teddy bear (blablabla) bila time besday or anniversary.

Mungkin jugak romantik bagi seseorang ialah dengan kasi ‘pet name’ pada pasangan. Alaa.. Nama-nama yang lovey dovey tu. Mr Strawberry ker. Ms Pineapple ke. Sweety ker. Apa-apa je la.

The thing is : Perlu ke romantik nih?

 

Bagi mereka yang dah kawen, romantik ni perlu la. Dan saya tak nafikan, dalam perkahwinan, sentuhan adalah salah satu ‘medium’ untuk wujudkan sifat romantik ni. Contohnya, cium tangan suami sebelum nak gi keje, or selepas solat. Sebab perkara-perkara ni, nabi ada cakap, sebagai pengerat kasih sayang antara suami isteri.

Malah, Rasulullah s.a.w sendiri seorang yang romantik terhadap isterinya. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

Sebab tu la, romantik cara barat dan romantik cara Islam tu berbeza.

Pada pandangan barat, romantik itu perlu dizahirkan dengan material. Dengan sikap yang ‘fantasi’ (ala-ala you jump, i jump gitu). Atau dengan hadiah-hadiah yang duniawi bagai.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah Ar-Rum : Ayat 21)

Romantik dalam Islam lebih kepada menghargai pasangan (suami atau isteri), dan menunjukkan penghargaan tu secara terbuka. Contoh macam saya kasi tadi, sentuhan. Atau paling tak ucapan ‘terima kasih’. Yang penting keikhlasan hati. (Wah.. Macam kaunselor cinta gitu! Cesstt!)

“So long as men can breathe or eyes can see,
So long live this and this gives life to thee.”

Now this is what I call ‘romantic’. ;)


------------------------------------------------------------------------

yus cakap : Romantik antara suami isteri – baru cool!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 20 April 2010

Tag Yang Paling Banyak Link

Masa untuk buat tag lagi! Ohohooho..

Mintak maaf ye, sekarang asek wat entri rileks-rileks je. Sebab masa yang boleh diluangkan untuk berblog dah kurang. Agak sibuk sikit sekarang ni. Apa yang sibuk, saya pon tak pasti. Uhuhuhuk~

OK.. Jom layan tag dari Miss Langit ni. Spesel tag kali ni, sebab banyak link. Every jawapan ada link. Nak klik atau tak terpulang. Bukan scam or spam (whatever word yang sama maksud dengannya la), just video yang berkaitan jer.

---------------------------------------------------------------------------------------

"LAGU & DIRI ANDA"


1. Anda tgh layan lagu apa skg?
- Hijau Daun - Suara (Ku Berharap) : Best sangat lagu ni.
- Dari Mata Hati - Zamani : Sedap seh suara Zamani.. Suka. ;)

2. Lagu yg buat anda gembira sakan hingga terasa nak menari poco2?
- Sha Na Na - Amy Mastura

3. Lagu yg buat anda tensen dan rasa mcm nak baling almari kat luar tingkap?
- Sang Mantan - Nidji : Tak best. Bosan.

4. Jika anda sebuah lagu, lagu apakah yg sesuai menggambarkan diri anda?
- Most Girls - Pink
- Independent Woman - Destiny's Child

5. Lagu apakah yg sesuai menggambarkan kehidupan anda?
- Aku Cinta Allah - Wali Band
- Trouble Is A Friend - Lenka

6. Lagu faveret anda semasa zaman kanak2 ribena?
- Kluang Man (lagu tema kartun tu, best woo!) : Giler nostalgia ni.

7. Lagu yg memotivasikan anda?
- Sujud - Mawi feat KRU : Liriknya sangat memotivasikan.. Nak-nak lagi sebab Mawi yang nyanyi.. Wuakakkaka~

8. Fikiran anda tentang dunia skg melalui lagu?
- Man In The Mirror - Michael Jackson

9. Pendapat anda tentang cinta melalui lagu?
- Gotta Be Somebody - Nickleback

10. Lagu tema anda bila masuk ke bilik yg dipenuhi org?
- Leave Out All The Rest - Linkin Park


p/s : Dalam sesebuah lagu, paling penting bagi saya is liriknya, then susunan melodi.


------------------------------------------------------------------------

yus cakap : InsyaAllah, ada masa nanti saya akan kembali dengan entri yang lebih serius. Hehehehe~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 19 April 2010

Top 3 Event - Minggu Lepas

Seminggu saya tak update blog. Sangat busy last week. Ada dua tiga ‘event’ besar yang berlaku sepanjang minggu lepas. Antara yang saya nak highlight kat sini ialah :


No 3 : Saya got a job interview. 

Yayyyy!! Lepas kejadian saya panas hati dengan kampeni saya sekarang ni, alhamdulillah, saya telah dipanggil untuk satu job interview. Position actually tak jauh beza dengan post sekarang tapi ada dua tiga plus point that makes me delighted.

First, lebih dekat dengan kampung. Senang saya nak ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Senang nak tengok mak.

Second, saya mintak gaji lebey de. New job, new salary what! Ehehehhe..

Hopefully, dapat lar. Interview berlangsung dengan jayanya, tanpa ada question yang err.. ‘susah’ macam yang pernah saya cerita sebelum ni.


No 2 : Adnan Semp-it tak best.

Okay.. Nak kata saya lembap atau outdated? Silakan. Tapi, saya baru je nengok filem ni. DVD jer la. Mana ada kat wayang lagi dah. Hehehe.. (DVD pon donlod dari tenet jer.. Uhuhuhuk~)

Rating saya bagi : 2 out of 5.

Bagi saya, personally, tak de yang gempak sangat pon filem ni. Apa yang digembar-gemburkan sebagai ‘pecah panggung’ atau ‘box office’ saya pon tak pasti. Pecah ice box kat rumah pon, mungkin tidak.

Nak kata lawak, tak la sangat. Jalan cerita pon sangat biasa. No offence la ek pada peminat-peminat Nan Sempit.

Sepanjang filem tu, saya takde pon gelak tahap gaban, atau ketawa pecah perut. Yang saya ingat scene yang saya gelak pon time Bobby (Along Raja Lawak) ngan Wawa (sape ntah wanita ini) abes nyanyi kat pokok kelapa and then kepala Mat Rempit jatuh dari pokok kelapa tu. Masa tu jer la saya gelak pon.

Banyak part yang saya hanya ‘hehe..’ jer.

Mungkin urat gelak dalam kepala saya dah putus kot. Atau filem ni memang tak mencapai spesifikasi ‘kelakar’ dalam hemat saya. (Rasanya Baik Punya Cilok jauh lebih kelakar & best!)


No 1 : Manchester United yang bernasib baik!

Top 1 of course la citer tentang Man Utd! Hohohoho..

Game yang paling mendebarkan last week between Manchester United ngan jirannya Manchester City. Apa tak nya, geng-geng yang baru belasah Burnley 6-1 dan Birmingham 5-1 tu, ada hasrat dan optimistically nak belasah Man Utd pulak. Man Utd pulak (masa tu) baru lepas kena ‘sental’ dengan Chelsea, bukan main lagi la geng Tevez tu berhasrat nak kutip 3 mata.

Honestly, memang saya rasa paling tak Man Utd akan menang dengan 1-0. Sebab dorang memang kena menang, by hook or by crook. Kotidak akan tertutuplah chance nak menang EPL ni. Dah ler Chelsea still got 1 game in hand (masa tu). Kalau kalah le, memang sadis yang sangat la!

Tengok-tengok, betul jangkaan saya. Man Utd menang 1-0 (padan muka Man City. Yeahhh!). Thanks to Paul Scholes yang jadi hero malam tu! Gempak la pakcik neh! Hohooh..

* Tak pasal-pasal Gary Neville kasi ‘ciuman berharga’ kat Paul Scholes. Gila kontroversi dorang neh! (Sumber gambar sini)  *

Tambah menyerikan lagi wajah saya semalam, Chelsea lak kalah ngan Tottenham (1-2) and Arsenal tersungkur dengan Wigan (2-3).

Memang bola tu bulat! Dan nasib Man Utd memang baik! Wuakakakka..

Now Chelsea just lead dengan 1 mata, and Arsenal just boleh mark third spot la. Masing-masing tinggal 3 games saje lagi. 2 homes, dan 1 away.

Cerah peluang Man Utd! Glory glory Man United.. Waa.. Suka hati saya!  


---------------------------------------------------------------

yus cakap : Lagi bertambah suka hati kalau boleh tinggalkan kampeni sekarang. Pergh!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 12 April 2010

Panas Hati

Setelah hampir dua tahun saya bekerja kat tempat keje saya skarang, baru tahun ni saya boleh merasa dapat increment gaji. Tahun first tak dapat sebab tengah kegawatan ekonomi global. Tahun ni bisnes cantik, untung juta-juta, tu pasal dorang 'murah hati' nak kasi increment ngan bonus.

Dengar cam bagus je. Tapi saya tetap panas hati ngan dorang. Bukan tak bersyukur, tapi.. Entah la. Rasa cam tak selaras je keuntungan yang dorang gain, dengan kenaikan yang tahap cipan tu.

Nak tau berapa increment nya? Nak gelak and nak nangis sama banyak je. Heh.. Jom layan tag ni dulu la. Thanks to Izz sebab tag kan saya. Tengah-tengah panas hati + ketandusan idea ni, dapat gak update blog.

-----------------------------------------------------------------------------

1. 5 org yg id0p kt dunia neyh yg korg ta ley lupe.
- Mak and adik-adik ler.
- Cikgu Balkis : cikgu first masa sekolah rendah (beliau selalu tegur huruf N saya terbalik. isk~)
- Cikgu Tajuddin : beliau ialah cikgu pertama yang mendenda saya sebab masuk kelas lewat. masa tu form 1. kena ketuk kepala beb. saket!
- Fariza, Umi, Nisah : rumet saya yang havoc masa kat KMPP.
- kawan-kawan kat UTM jugak. Ehehehhe..


2. 5 bnde yg korg syg nk buang.

- Pendrive 512mb yang saya beli masa kat UTM dulu. Dah bervirus tahap cipan dah, takleh guna pon, tapi still sayang nak buang.
- Henset Nokia 3120 saya yang dah rosak.
- Bil-bil api air tipon yang dah berkurun lama dan dah usang.
- Buku-buku rujukan masa study dulu.
- Notes lama (wat kenangan beb.)


3. bnde yg korg impi-impi dan akn mnjadi suatu kyataan satu hari nnty.
- Seorang suami yang soleh. (Uhuhuhuk.. benda kah???)


4. based 0n quest.3, kenape?
- Sebab .........


5. tyme bkk lappy,website ape yg slalu korg bkk dulu?
- Yahoo Mail @ YS @ Blogger


6. 5 org yg korg nk tagged
- Rerama : selalu rerama tag akak, ni akak tag rerama pulak.. ehehehe
- Langit pertama : harap ekau suko la nak wat tag yo? :)
- Err.. Tak tau la sapa lagi.. Dalam keadaan hati tengah membara ni, tak dapat fikir dengan waras pulak.


---------------------------------------------------------

yus cakap : Increment saya pada tahun ini = RM66.50. Esok saya nak bom opis saya tu. Grrrr~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 9 April 2010

Filem Gay Pertama Di Malaysia

Terkejut beruk saya bila baca headlines dekat Yahoo Malaysia pagi tadi.

“Is Malaysia ready for gay films?”

Tak berkelip mata saya tengok tajuk tu. Curious nak tau, terus saya klik and then baca the whole story.
Filem : Bahasa Melayu.
Tajuk : Dalam Botol. (Asal tajuk ialah Anu Dalam Botol : Penis In a Bottle)
Penerbit/Screenplay : Raja Azmi Raja Sulaiman.

Ape kess??!!

Bercelaru fikiran saya baca berita tu. I mean, WHAT THE HECK WITH ALL OF YOU PEOPLE???

 * Errkk.. Kelu lidah! *

OK. Tell me. Apa relevannya citer yang macam tu? Citer pasal gay. Citer pasal sorang lelaki yang mempunyai seorang kawan yang baru menjalani proses penukaran jantina.

Raja Azmi submitted a preliminary script last year to the Home Ministry's Film Censorship Board, which verbally approved it after advising her not to shoot scenes of men kissing or being in bed together.

Apa jenis cerita ni? Tolongla! Please enlightened me!

Saya sebenarnya bukan rasa marah or bengang whatsoever berkaitan filem yang menelan RM700,000 ni. It’s just that saya rasa JIJIK yang sangat!

"We still shot scenes of skin-to-skin intimacy, with them hugging passionately," she said. "Without that, we wouldn't be able to show how much the characters really love each other."

Rasa nak termuntah! Eeuurrgghhh!

Saya betul-betul tak tahu apa ‘kebaikan’ yang terselit dalam that kind of film. Langsung tak berilmiah! Sampah.

Kalau itu filem omputih, kita faham la. Dorang takde agama. Dorang takde pegangan. Nak bercium sesame jantan/betina itu takde hal. Nak berkepit-kepit jantan ngan jantan, itu biasa.

Tapi ini filem orang Melayu. Orang Islam, in fact. Tak malu kah? Dah hilang rasa malu? Saya sangat-sangat rasa down la dengar berita macam ni. Yang menerbitkan tu orang perempuan pulak.

Ya Allah.

Memang betul dah hilang rasa malu dah manusia sekarang ni! Malu tu separuh dari iman. Bila hilang malu, dah hilang separuh iman kita! Bukan benda kecik-kecik nih.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

“Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”

Saya tak tau la nak cakap apa lagi dah. Mereka-mereka ni sekarang just fikir, nak collect duit. Nak jual filem. Apa jenis filem dah tak kisah lagi dah.

Mungkin akan ada yang cakap saya pesimis, ekstremis, apa-apa –miss lagi. Belum tau apa jalan cerita dah wat konklusi sendiri.

Tapi terus terang cakap, saya tak hingin nak tengok pon filem tu!

Cukup la. Kita dah banyak buang masa wahai saudara-saudara seIslam saya. Dah terlalu banyak time kita waste. Makin lama kita makin tak berilmu. Makin lama kita makin jauh dari Tuhan. Makin lama kita makin lupa dengan alam akhirat.

Ironically, makin lama makin dekat kita dengan ajal! Makin dekat kita dengan masa untuk bertemu Allah s.w.t.

Still, saya tak dapat fikir apa relevannya filem tu. Memang wujud golongan-golongan ni dalam masyarakat. So what? Nak educate people about gay’s life? Wah, seronok la kaum-kaum gay ni. Nanti, tak pasal-pasal yang tak gay pon ‘cuba-cuba’ nak jadi gay. Seronok beb, ada orang wat filem tentang dorang. Lepas citer gay, nanti citer lesbian, pastu bisex. Maksiat, maksiat!

Ingat ye kawan-kawan, fenomena gay ni bukan fenomena COOL ye. Kaum ini ialah kaum yang DILAKNAT ALLAH (kecuali kalau sempat bertaubat sebelum ajal).

Bukan saya pandai-pandai cakap ni. Ada dalam Al-Quran (Surah Hud : Ayat 77 – 83). Terang-terang Allah dah sebut pasal kaum Nabi Luth yang gay/homoseksual ni dalam Al-Quran. Mereka ni di azab Tuhan, diterbalikkan bumi, musnah hancur sama sekali!

Tak pernah jumpa cerita ni dalam Al-Quran? Tak pernah aware dengan kisah ni?

Zaman makin ke hadapan, tapi manusia nak kembali ke zaman di mana Allah terbalikkan bumi dulu. Astaghfirullah al azim..

Daripada buat kisah-kisah merepek macam filem ni, lebih baik research pasal umat-umat dahulu kala, yang Allah cerita dalam Al-Quran, atau buat kisah tentang tokoh-tokoh handalan Islam. Lagi baik. Berfaedah dan berilmiah. Ada pengajaran. InsyaAllah ada gak ‘saham akhirat’. Ini tak, wat filem ntah apa-apa, nanti jumpa Allah nak tunjuk filem macam ni wat bekalan? Isk~

Lagipon, bukankah Filem Kita Wajah Kita? And please, just give me ONE GOOD REASON, what is the benefit of this film to youths (generally Muslim) in Malaysia?


-------------------------------------------------------------

yus cakap : Matlamat tak menghalalkan cara. Tu jer.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 7 April 2010

Kekuatan

Bukan tak pernah terjadi dalam hidup ni, sepanjang menjalani kehidupan, kata-kata putus harapan dan putus semangat diluahkan. Tak sekali, mungkin dua kali, kalau yang kerap merungut tu, mungkin berkali-kali meluahkannya. Pokoknya, pasti akan terselit satu perasaan sedih yang teramat dalam hati sampai meluahkan;

“Kenapa lah nasib aku macam ni?”

Ataupon,

“Apa la nasib aku..”

Kata-kata keluhan yang menggambarkan sebegitu payahnya bagi empunya diri untuk menghadapi ujian terbesar (pada ketika itu) dalam hidupnya.

Saya pon sama. Tak terkecuali. Saya jugak manusia biasa. Dah penat minum Milo untuk jadi sihat dan kuat, dan berusaha telan Biskut Tiger untuk jadi kuat. Malah dah letih guna sabun Kuat Harimau, semua semata-mata untuk menjadikan diri kuat. Kuat untuk menghadapi ujian.

Tapi, kadang-kadang, terselit jugak rasa letih yang sangat. Penat yang amat.

Bila wujud keluhan-keluhan macam yang saya cakap tadi, apa yang boleh kita buat, the least that we can do is say Astaghfirullah al azim.

Sedarlah diri bahawa syaitan sedang berusaha menguasai hati dan emosi kita.

* Sumber gambar dari sini


Kalau nak nangis, nangis lah. Kalau nak bercerita, cerita la pada sesapa. Tapi jangan terus-terusan mengeluh macam tu. Itu tanda kita dah putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

“Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr : Ayat 56)

Mahukah kita jadi kalangan orang-orang sesat tu? Nauzubillah hi min zalik..


Ujian Tuhan

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 155) yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Itu janji Allah. Janji yang pasti ditunaikan. Janji dari Yang Maha Menunaikan Janji.

Masalahnya, saat kita terperosok dek kesedihan melampau, kita lupa janji Allah ni. Kita tak ingat berkali-kali Tuhan dah pesan untuk kita sabar dalam menghadapi ujianNya.

Itulah sebenar kehidupan. Kehidupan di dunia yang fana ni. Kehidupan itu ujian. Kalau tak, takde la wujud kata orang-orang bijak pandai;

Dunia adalah penjara/neraka bagi orang mukmin.

Malah Allah s.w.t ada mengingatkan hambaNya;

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Tak dapat dinafikan, hidup penuh dengan warna-warni. Tapi kenapa kadang-kadang terasa hidup kita saja yang macam putih, hitam dan kelabu. Kenapa orang lain hidup gembira? Sedangkan kita tak? Kenapa orang lain bahagia tanpa masalah, sedang kita dibelenggu kesulitan? Kenapa hanya kita yang sedih macam ni? Kenapa, kenapa dan bermacam jenis kenapa lagi.

Pertanyaan ‘kenapa demi kenapa’ ni kadang kala seolah-olah mempertikai kekuasaan Allah s.w.t, yakni Boss Besar kita. Kan?

Tak patut. Tak patut.


Realiti Hidup

Terus terang cakap, saya jugak sedang mengalami saat-saat sedih dalam kehidupan, pada masa sekarang ni. Tapi, sedaya upaya saya tak tunjukkan ‘kesedihan’ saya, sama ada dalam alam maya ataupun alam nyata.

Sampai kadang-kadang diri sendiri tanpa sedar dah berubah menjadi orang lain.

“Kenapa meh you sekarang susah senyum? Asyik marah-marah saje.” Ni antara kata-kata Nicholas pada saya. Saya tau dia gurau je, tapi mungkin dalam gurauan dia tu memang benar saya dah berubah menjadi lebih ‘dull’.

Hakikatnya, dalam kepala hotak saya ni bermacam-macam jenis fikiran menerawang jauh. Entah apa-apa yang saya fikir pon saya tak tau.

Yang pastinya, semua masalah dan ujian yang saya hadapi sekarang, (mungkin) akan semakin mematangkan saya.

Tak perlu lah saya cerita satu persatu apa kebenda yang merumitkan kepala hotak saya, sebab saya tak mau la menceritakan ‘keburukan’ pihak lain. Walaupon saya tahu ‘pihak’ tu takkan baca apa yang saya tulis ni.

Sepertimana yang saya cakap sebelum ni, semakin lama terasa semakin berat masalah atau ujian yang ditanggung. Letih. Penat. Sedih. Sebab perkara ni berkaitan family. Saya kesian dengan adik-adik saya. Kesian dengan mak saya.

Adik saya penah cakap pada saya;

“Kalau abah ada, mesti kita tak macam ni.” (Ini pon salah satu jenis keluhan jugak.)

Diam. Saya kutip kekuatan. Saya tak kuat sebenarnya. *sigh*

Saya patut sedar saya sebagai ‘kepala keluarga’ sekarang ni, kena kuat. Lebih kuat dari adik-adik saya. Mungkin saya kena minum lebih banyak Milo dan makan lebih banyak Biskut Tiger.

Tapi, walau apapon, hanya satu yang saya cakap pada diri sendiri, dan saya ingatkan pada adik-adik, setiap yang berlaku, every single thing, semuanya dalam pengetahuan Allah Taala. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambaNya.

Saya pujuk hati sendiri. Saya pujuk hati adik-adik. Bahawa pasti akan ada sinar di hujung ujian ini. Mesti ada hikmah sebalik semua ni. Pasti. InsyaAllah.

Walau saya tak tahu apa akan berlaku suatu hari nanti, tapi saya yakin seyakin yang pasti, Allah bersama dengan hambaNya yang sabar.


------------------------------------------------------

yus cakap : Saya nak jadi sekuat arwah abah. Tak penah nampak abah (semasa hidupnya) nangis. Abah.. Kirimlah saya kekuatan tu. Rindu abah.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 6 April 2010

8 Ceritera Tentang Kesihatan & Makanan

Hari ni kerja tak begitu banyak. Boleh rileks-rileks saje kat lab. Hari ni jugak saya dapat dua colleague baru. So ada sesi berkenal-kenalan kejap la pagi tadi. Sementara nak tunggu petang, waktu balik tu, kebosanan jugak la saya dalam lab sensorang.

Jam menunjukkan angka 4.30pm, Nicholas datang masuk lab. Seperti biasa, datang ‘curi’ gula-gula Hudson yang saya letak atas meja. 

Masa tu saya tengah mem'bizi'kan diri test sample yang baru masuk ke lab, Nicholas tegur;

“Macam dah semakin kurus la you.”

Errkk??!!

“Apa?” Kata saya. Macam terkejut gak dengar Nicholas cakap gitu.

“No.. I tengok you makin kurus. Dulu gemuk sikit.”

Cesstt! Hampes punya Nicholas! 

Saya sengih je. Malas layan mamat ni.

“Takpe.. mungkin it's time untuk you jumpa.. I mean.. Macam mana cakap eh? I mean, maybe you akan jumpa your love tak lama lagi.” Kata Nicholas, sambil senyum-senyum annoyingly.

Saya agak tak faham apa kaitan antara 'semakin kurus' dengan 'jumpa my love' tu. Ada kaitan kah? Pelik betol.

Well, saya bukan nak cerita pasal tu pon. Saya actually nak kongsikan info dari internet ni. Lebih bermanfaat la dari nak fikir apa kaitan 'kurus' dan 'love' tu. Ehehehhehe..


8 Ceritera Tentang Kesihatan & Makanan




1. Kata nenek : Halia bagus untuk legakan sakit perut.
Kata sains : Betul. Banyak kajian dan bukti membenarkan dan mennyokong kata-kata ini.


2. Kata nenek : Sebiji epal sehari boleh menyihatkan badan.
Kata sains : Agak keterlaluan kata-kata ni. Walaubagaimanapun, kulit epal adalah sumber yang baik quercetin, satu antioksidan penting yang boleh menurunkan tekanan darah, melawan asma dan alergik dan jugak mengelak serangan jantung.


3. Kata nenek : Madu cepat melegakan (kesan terbakar).
Kata sains : Betul. Luka (kesan terbakar) yang kecil dan sederhana boleh lega dengan cepat jika anda menyembur madu pada luka tersebut. Kemungkinan sebab madu membentuk lembapan, persekitaran antibakteria yang mempercepat pertumbuhan tisu.


4. Kata nenek : Letak butter (marjerin) pada luka.
Kata sains : Tak benar. Sebab takde bukti yang menunjukkan kebaikan marjerin dalam kes ni.


5. Kata nenek : Tidur dengan aircond, boleh menyebabkan batuk/selsema.
Kata sains : Mungkin benar. Aircond boleh mengeringkan lapisan pelindung (mukus) sepanjang laluan tekak. So virus senang nak jangkit. Virus senang nak reproduce dalam hidung yang sejuk (cold nose).


6. Kata nenek : Kalau keluar dengan rambut basah, senang nak demam.
Kata sains : Mungkin. Ada research yang menunjukkan (tapi tak membuktikan) bahawa keadaan kepala yang basah/lembap boleh 'menjemput' virus, iaitu dengan merapatkan salur darah dalam hidung dan membuatkan darah putih susah nak 'lawan' dengan virus tu.


7. Kata nenek : Berenang selepas makan akan menyebabkan kejang dan lemas.
Kata sains : Tak semestinya. Tapi bukan lah salah terus. Selepas makan, darah akan mengalir ke arah usus dan jauh dari otot senaman (exercising muscles). Ini akan meningkatkan pembentukan asid laktik dalam otot, jadi bila berenang sejurus selepas makan boleh menyebabkan kekejangan tiba-tiba (tapi belom tahap fatal lagi ar.)


8. Kata nenek : Coklat menyebabkan jerawat.
Kata sains : Tak betol sepenuhnya. Coklat mungkin menggalakkan pertumbuhan jerawat, tapi, yang sebenarnya menyebabkan jerawat ialah gula, susu dan kandungan-kandungan tambahan dalam coklat, bukan koko puncanya.


p/s : Nenek sape yang cakap nih saya tak tau la.


------------------------------------------------------

yus cakap : Still terfikir, apa kaitan 'kurus' dan 'love' tu. Isk~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Sunday, 4 April 2010

Takkan Pudar

Ni ape kes nih?

Lepas kalah ngan Bayern Munich last week dalam UEFA, semalam kalah ngan Chelsea mangkuk tu pulak untuk EPL.

Ape kes?

Takkan dah berkurang kasih sayang saya kat kamu, wahai Manchester United sampai leh kalah dua kali in a row nih?

Tidak. Masih sama seperti dulu kasih sayang saya. Masih setara macam zaman-zaman Beckham dulu kasih sayang saya kat kamu. Makin bertambah lagi sekarang tau (sejak ketiadaan CR yang perasan best tuh!).

Err.. Walaupon saya pernah revealkan yang suka Kaka dalam entri lepas, tapi saya tak pernah sokong AC Milan. 

Actually, dulu pernah gak. Tapi masa zaman bebudak. Zaman minat football sebab footballer ensem.

Tapi skang tobat saya tak wat perangai gitu dah. Saya tetap sokong kamu Manchester United. Masih ragu-ragu kah? Jangan laaaa~

Menyampah benau saya nengok si pakcik Ancelotti tu cakap banyak sebab menang tipis 2-1 ngan kamu, MU. Macam lah benam sampai 10 - 0.

Huh!

Tapi takpe. Ketinggalan dua mata tu tak bermakna the end of the world ye Pakcik Fergie. Jangan risau, penyokong MU still behind you all. Kitorang still sokong MU walaupon you all kalah kali ni. Kalah ke menang ke, fan MU selalu rileks saje. Lalalallalalalla~


* Tetap fan MU.. Rileks saje *


Sayang rasanya Berbatov tak tunjukkan skill and tak take chances sempena 'cuti-cuti rehat' Rooney kali ni.

Well, biarla. Bola tu bulat. Sekali sekala kasi chance la pada pelawat yang JARANG-JARANG rasa keseronokan menang tu rasa cam mana erti kemenangan kat Old Trafford.

Lagipon, bukan menang besar mana pon. Nasib baik Macheda kasi sebijik hadiah sagu hati. Jadi laaa..

Chelsiot tu takyah la nak belagak sangat. Tak ke mana pon belagak tu. Paling paling tak kat Stamford Bridge jep. Nanti kalau final berkesempatan jumpa lagi, jangan lah nak mimpi yang indah-indah sangat ek? Takut merana puleks.

Hukhukhuk~


-------------------------------------------

yus cakap : Glory Glory Man United
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 2 April 2010

Insaf

Masih lagi dalam mode terkejut + kelu lidah dengan pemergian Din Beramboi, saya menggagahkan diri menaip apa yang terfikir dalam kepala.

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan..

Memang, mati itu pasti. Cuma masanya yang dalam rahsia Illahi.

"Kullun nafsin za ikatul maut. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati." (Surah Ali-Imran : Ayat 185)

Secara jujur saya mengaku, saya bukan peminat fanatik Din Beramboi. Tapi entah kenapa pemergian beliau pada hari Jumaat yang mulia ni benar-benar menyentuh hati ramai rakyat Malaysia, termasuk saya sendiri. Dan sekaligus benar-benar menginsafkan!

Saya tak pernah dengar pon Riuh Pagi kat Radio Era tu. Sebab saya pendengar Suria FM. (Errkk??!!)

Saya jugak tak pernah lagi tengok Raja Lawak 4. Sebab saya takde Astro. Mungkin nanti saya akan try cari kat utube je la.

Cuma, yang pasti, saya sangat sangat sangat suka tengok Spontan! Sape yang ikut blog hampeh saya ni mesti tau. Kan? Kalau saya tensen atau rasa sunyi ker, saya nengok Spontan. Saya tau, show ni dah lama, tapi still sampai sekarang saya suka tengok. Sebab lawaknya memang spontan dan jujur!

Bila tengok Spontan, takde Din Beramboi, memang sepi. Takde kemeriahannya. Kejam nau beliau! Selalu kenakan artis lain. Hahahahah..

 * Ini status FB saya hari Selasa lepas, berikutan berita Din Beramboi koma. *


Sekarang ni, kalau ada sambungan Spontan, Din Beramboi memang takkan ada lagi dah. Memang takkan wujud sorang Din Beramboi yang akan kenakan artis lain. Memang takkan ada sorang Din Beramboi yang akan merapu dalam Pemberita Berkepala Tiga. Dan memang takkan ada Din Beramboi yang akan ‘belasah’ kaw-kaw artis lain dalam segmen Demonstrasi tu.

Memang. Akan sunyi Spontan bila takde Din Beramboi.

Hurrmmmm~


Hakikat Mati

Tua atau muda. Miskin atau kaya. Berpenyakit atau sihat. Bila tiba masa yang Allah tetapkan, maut pasti tiba jugak. Malaikat Izrael pasti akan datang menjalankan tugasnya. Tanpa melengahkan walau sedetik, atau mempercepatkan barang sesaat, maut tiba tepat pada masanya.

Ya Allah..

Rasa keinsafan menerjah dalam diri. Apa yang dah saya lakukan? Bolehkah saya jawab soalan-soalan ‘maut’ dalam kubur nanti? Cukupkah amalan saya? Mampukah saya nak menghadap Allah dengan amalan yang ciput ni? Tak malukah saya nak jumpa Allah dengan keadaan diri masih terkantoi Subuh, masih mengumpat orang sana-sini, masih dibaluti dosa kecik dan besar?

Dan yang paling penting.. Bersediakah saya menemui Illahi?

Bagi orang yang amalannya tip top, mati itu suatu yang dinanti-nantikan. Apa tak nya, detik itulah akan jadi detik penemuan dengan Rabbul Izzati. Bertemu dengan kekasih hati. Siapa yang tak suka?

Tapi bagi insan yang diri masih terkebil-kebil, amalan masih seciput, macam saya ni, mati itu macam suatu yang menakutkan. Persoalan demi persoalan yang bermain dalam kepala ni macam nak pecah dah kepala. Mampukah menjawabnya?

Tak dapat dibayangkan macam mana la agaknya keadaan dalam kubur nanti. Dengan cacing, ulat, tanah yang menghimpit. Nasib tak baik, ada ular, kala jengking datang teman..

Astaghfirullah al azimmm..

Benar-benar menginsafkan!

Kita tak tahu bila nyawa akan ditarik. Kekadang, orang yang sakit bertahun-tahun still boleh bernafas, merasai alam kehidupan dunia. Kekadang orang yang sakit dua tiga hari terus dijemputNya. Kekadang yang tak sakit pon, tetibe dipanggil kembali.

Baru-baru ni Yanie Mentor. Muda lagi. Umurnya sebaya saya saje. Dan yang semalam, Din Beramboi. Sakitnya kalau tak silap saya, mungkin baru berusia seminggu. Dah pon dijemput oleh Maha Pencipta.

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)." (Surah Az-Zumar : Ayat 30)

Kita pulak bila? Dapatkah kita meramal apa yang akan terjadi pada diri kita saat nyawa ditarik?

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Luqman : Ayat 34)

Saya just nak mengingatkan pada diri sendiri, dan pada kawan-kawan yang saya sayangi, marilah sama-sama kita sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa bertaubat.

Lagi-lagi saya ni. Rasa macam banyak je dosa dengan Tuhan. Kerdil betol diri ni. Semenjak dua tiga menjak ni, selalu rasa down saje, mungkin Allah nak bagi peringatan pada saya. Mungkin dah lebih limit kot dosa saya. Isk~

Astaghfirullah al azim.

Hidup ini hanya satu persinggahan. Tiada yang kekal abadi. Pertemuan dengan Illahi itu pasti. Tak malukah bertemu Tuhan dengan dosa dan noda terpalit kat diri kita?

Ingat mati ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingat lah akhirat
Cepat ucap astaghfirullah al azim..

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullah al azim..
** Bait-bait lagu "Tomat (Tobat Maksiat)" dari Wali Band. **


Sama-sama lah kita meningkatkan amalan. Sebab kita masih ada kehidupan kedua yang kekal abadi di akhirat sana.

"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)" (Surah Yaasin : Ayat 12)

-----------------------------------------------

yus cakap : Ya Allah, Engkaulah Maha Pengampun. Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dan dosa muslimin muslimat sekalian. Amin yarabbal alamin.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Perginya Seorang Din Beramboi

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Sejujurnya, saya tak dapat nak berkata apa-apa. Macam kelu lidah. Rasa macam tak percaya. Tapi bila baca status Afdlin Shauki di Facebook, baru saya dapat terima kenyataan bahawa seorang lagi hamba Allah telah dipanggil menghadap Penciptanya.

* Status Afdlin di FB *


Ini realiti kehidupan setiap insan. Kita pon tak terkecuali. Mungkin hari ni kita masih boleh bernafas, bergelak ketawa, siapa tahu esok kita dipanggil mengadapNya?

Astaghfirullah al azim.

Takziah untuk keluarga arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Perginya seorang Din Beramboi pada Jumaat yang mulia.

Semoga roh Din Beramboi dicucuri rahmat Illahi yang melimpah ruah. InsyaAllah. Aminn~

Al-Fatihah.


-----------------------------------------------

yus cakap : Macam baru semalam jer saya ketawa tengok Pak Din dalam Spontan, hari ini beliau dah tiada. Ketentuan Illahi.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 1 April 2010

Sape Makan Cili, Dia Rasa Pedas

Ye, saya suka makan cili, saya suka pedas! Ehehehhehe..

Boleh dikatakan, setiap kali saya makan mesti kena ada cili. Memang saya obses giler ar dengan cili ni. Nampak cili je dalam masakan tu macam satu temptation yang tak dapat ditolak! Dah namanya lidah melayu kan?

* Inilah cili.. In case kalau anda tak tau *


Nak buat macam mana, saya dan pedas memang tak dapat dipisahkan. Sangat sangat sangat gemar makanan pedas. Pedas bukan sebarang pedas, pedas mesti pedas cili. Kalau pedas black pepper, tu saya tak suka.


 * Pergh.. Sedapnyer kalau makan nasik ada sambal belacan. (Sumber gambar dari sini) *


Sebenarnya, rasa pedas cili tu datang dari suatu bahan kimia dalam cili yang bernama capsaicin. Ini adalah bahan aktif dalam cili, atau dalam bahasa mudahnya, bijik cili tu. Itu yang bagi rasa pedas.

Macam yang kita belajar dalam Biologi dulu, medium penghantaran bagi pembiakan tumbuhan cili ni ialah dari penyebaran biji benih nya. Selalunya, burung la yang gemar makan tumbuh-tumbuhan gini dan menyebarkan biji benih. So, capsaicin yang mem ‘produce’ rasa pedas ni menyebabkan cili tak boleh dimakan oleh haiwan mamalia, hanya burung yang boleh makan cili dan seterusnya membantu pembiakan cili. Ini kerana, haiwan mamalia boleh merasa kesan ‘panas’ akibat kepedasan cili, sedangkan burung tak rasa.

** Ada yang pesan, kalau anda tergigit cili, jangan minum air, sebab ni boleh menambahkan lagi rasa panas tu. Sebaliknya cuba makan yoghurt, benda masam atau susu. **


Khasiat Cili

Cili kaya dengan vitamin C dan sumber niacin (vitamin B3) yang baik, begitu jugak beta-karotena. 100 gram cili merah mengandungi khasiat seminggu vitamin C! Haa.. sanggup ke nak telan 100 gram cili?? Hohohoo.. mau berasap telinga ek?

Cili jugak secara amnya, tidak mengandungi lemak, dan rendah kalori. Jom kita tengok kebaikan dan kelebihan makan cili.


Kelebihan Makan Cili

1. Kajian menunjukkan dengan memakan cili akan meningkatkan penghasilan hormon endorphin oleh badan. Ini merupakan ‘feel-good chemicals’ yang mencipta rasa gembira.

2. Cili boleh memudahkan penghadaman.

3. Rasa pedas cili boleh membantu membasuh laluan sinus, dan mengurangkan penghasilan mukus.

4. Dikatakan cili mengandungi sifat anti-inflammatory (lebih kurang macam meningkatkan sistem immune badan ler) yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan demam dan selsema.

5. Kajian di Thailand menunjukkan bahawa seseorang yang makan makanan tinggi dengan kandungan cili merah, kurang mendapat risiko untuk menghidapi penggumpalan darah (blood clotting).

6. Saintis telah merumuskan bahawa cili mengandungi aktiviti fibrinolitik, yang membantu memecahkan darah yang bergumpal.

7. Cili juga boleh mengurangkan sesetengah penyakit seperti arthritis, sakit kepala dan lenguh-lenguh (akibat kitaran menstrual).

8. Pengambilan cili yang cukup dalam sehari mampu memperbaiki system sirkulasi tangan dan kaki, pada yang mengalami peredaran darah yang lambat.

9. Antara lain kelebihan memakan cili ialah meningkatkan penghasilan air liur untuk menyegarkan mulut dan meningkatkan kadar seseorang berpeluh, which is good untuk manusia.


-------------------------------------------------

yus cakap : Makan biar sedap!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook