rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 8 March 2010

Pandangan Skeptikal Terhadap Bomoh

Ahad semalam, saya bawak mak (yang diserang strok minor – cannot move her right leg and hand) ke seorang bomoh. Dengar kata, bomoh ni memang terer. Sekali ketuk jer, leh baik. Dari lumpuh, boleh berjalan. Dari terjengket-jengket, boleh berlari marathon.

Hoh!

Kitorang bertolak kol 11am. Lepas saya bawak mak pegi monthly check up kat klinik, terus bertolak ke Baling, Kedah. Dari kol 8am sampai 9pm, keje saya semalam ialah drive. Penat yang sangat!

Balik dari Baling, singgah Kulim, pastu balik kampong kat Perak nih. Sampai kampung dah maghrib, tp saya insist nak balik ke SP jugak. Nenek ngan adik saya suruh stay dulu kat kampung, esok pagi baru drive balik SP. Tak kuasa saya. Nak kene bangun awal satu hal, for sure penat drive tak abis lagi.

So balik la jugak malam tu. Sampai umah sewa saya malam, kol 9 lebey dah. Balik mandi, bukak tenet jap, tapi tak larat langsung nak update blog, so terus tido je.

* Penat sangat sampai nak tido tengah jalan jep *

** Mintak maaf ye skang dah tak rajin nak jalan-jalan blog. Kalau visit pon saya jarang tinggal jejak and komen. Sangat penat sejak dua tiga hari nih. **


To be honest, saya sangat, sangat, sangat (triple action tuh!) tak percaya dengan manusia bergelar ‘bomoh’ ni. Silap-silap haribulan leh jadi isu syirik. Nauzubillah.


"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah Al-An'am : Ayat 82)


Tapi disebabkan nenek saya beria-ia sangat nak bawak mak pegi, saya ikut je la. Kata nenek;

“Kita ikhtiar.”

Heh. Cliché.

Dah banyak cara yang kitorang usahakan untuk ‘repair’ balik kaki tangan mak yang tak leh gerak tu. Mengurut la. Ubat. Stokin infrared. Massage instrument. Segala macam la. Sekadar yang saya mampu la. Alat-alat yang ribu riban macam tilam terapi memang tak mampu ler saya nak belikan.

Semua bagi harapan (palsu). Boleh baik. Guna sebulan leh baik. Makan ubat ni, jangan makan ubat klinik (nenek saya memang anti ngan klinik dan hospital) gerenti leh kuat balik. Semua jenis cakap kosong la. That’s why masa nak gi jumpa bomoh ni pun saya memang langsung tak taruh harapan boleh baik.

** Pernah mak stop makan ubat klinik selama dua minggu, sebab makan ubat ‘kuat’ yang nenek suruh try tu, akibatnya paras gula mak mencanak naik! Nasib baik tak pengsan, kotidak leh gol! Marah giler saya masa tu. **

* Bomoh zam zam alakazzzzaaammmm *


OK. Baik. Kembali pada kisah ‘bomoh’ tadi tu. Dia yang berkain pelikat tanpa baju lepas selesai ‘mengubati’ 5, 6 org pesakit dia, akan masuk ke satu bilik terletak di hujung anjung rumah dia. Entah apa dibuat dalam tu, saya tak pasti. Lepas beberapa ketika, dia keluar dan sambung balik ‘tugas’ dia mengubati pesakit.

Sepertimana dia ubatkan pesakit-pesakit lumpuh yang lain, bomoh tersebut pon mengetuk tumit dan lutut kaki mak. Tu jer rawatannya. (Whatt the heck!)

Kalau boleh dirakam wajah saya ketika tu, leh la tengok betapa skeptik nya saya pada bomoh tuh. Saya memang tak caya langsung dengan dia!

Lepas dah dia mengubat mak saya. Dah boleh berjalan ke mak saya? Dah boleh marathon ker lepas kene ketuk dek bomoh tu?

Jawapannya : TIDAK.

Mak still tak leh gerak kaki ngan tangan kanannya. Nak bermarathon, jauh sekali! Malah, saya tak nampak perubahan yang memberansangkan pon! (Kan saya dah cakap!)

Masa on the way nak balik ke kampung, nenek saya cakap, nanti lepas tiga hari (yakni Rabu nih ler) call umah. Mana tau nanti mak dah boleh berjalan. Melihatkan keadaan mak yang macam takde perubahan tu, saya yang tengah drive masa tu just cakap;

“Kalau dah boleh angkat tangan kaki pon dah syukur yang sangat.”

Sinis.

Nenek saya pon start la bebel.

“Tu la hang. Sama macam mak hang. orang dah tolong, tak pecaya. Dah tu camna nak baik? Dok harap kan doktor. Pi spital. Baik ka?”

Bernanah jugak ar telinga saya dengar nenek bebel. Tu yang saya malas nak bukak mulut tu. Inilah bahana nya.

Sekurang-kurangnya doktor kat spital cakap benda yang logik. Nak baik and elok kaki tangan tu, kena selalu gerak. Kena eksesais. Cuba-cuba berjalan. Tangan cuba angkat. Gerakkan. Tak boleh duduk or tido saje. Nanti terus crammed.

Logik la. Common sense. Kan?

Compared to ‘tok bomoh handal’ tu. Ketuk kepala lutut, ketuk tumit jer, boleh baik. Tu jer?

“Mak hang ni pun satu, tak mau sehat kot? Suka dok nyusahkan anak-anak macam tu.” Nenek tak abis lagi bebel.

Saya fikir, apa yang mak set dalam minda dan fikiran mak, itu yang penting. Yang penting kemahuan diri sendiri. Usaha dari diri sendiri.

Mak saya ni pemalas sikit. (Uhuhuuhuhu.. ngutuk mak sendiri malas! Maap mak!) Kalo kitorang suruh dia eksesais, marah. Nak angkat suruh jalan sikit, bising. Taknak. Suruh gerakkan tangan, sakit.

Saya cakap kat mak (and sebenarnya nak tuju kat nenek gak.. uhuhuuhuk), kalau macam nih, panggil la bomoh terhandal dalam Malaysia atau dalam dunia sekalipon, ketuk la kepala lutut or kepala tengkorak sekalipon, kalo diri sendiri tak rajin nak eksesais, tak jadi jugak. Doktor dah cakap, tak boleh just duduk saje.

Lain la kalo bomoh tu cukup ‘terer’ dapat mentransferkan semua tenaga dan kekuatan kepada mak saya waktu ketuk lutut tu.


------------------------------------------------------------------

yus cakap : Tunggu la tiga hari nanti, kot-kot mak saya tetibe leh berlari!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

6 comments:

  1. huhu..aku pun xcaya gk ngn bomoh ni.. tp klu dia guna bacaan al-quran tu xtaw la kn.. mungkin dia org berilmu..dulu atok aku de gk kena cmtu..tp alhmdulillah sihat..aku x ingat pe yg diorg wt utk pulihkan.. yg aku taw dia de gi berurut.. mungkin nak bia kn darah tu mngalir betul2.. yg doktor tu ckp mmg tol pun..scara logik..kena exercise.. bykkn pergerakan..
    bese la org tua tlalu percaya dgn bomoh..trima je la

    ReplyDelete
  2. pedih telinga ko kena bebel hehe, biasala orang tua memang skeptikal ngan sepital, sama macam ko skeptikal ngan bomoh.
    tapi bagi aku kalo penyakit yg kaitan ngan jin je ble jumpa bomoh, kalu macam strok, jantung, senak pankereas sila la berjumpa doktor. mana tahu dapat no tepon doktor kacak. heeeeee....

    ReplyDelete
  3. huruhara : tok bomoh tu ada cakap, kalo strok gitu jgn gi berurut.. saya dah pening tahap gaban dah.. mende ntah yg benar.. tatau! isk!

    parkair : kamu kan! udah2 le wat lawak.. mende lak senak pankreas! ahahahahah.. *gelak gulin gulin* err.. no tipon doktor kacak tu leh gak dipertimbangkan.. uhuk uhuk uhuk~

    ReplyDelete
  4. ermmmm bawak2 banyak bersabar ek yus..
    biaselah org tua mmg suka membebel,dengarkan aja tapi lau dah xtahan sgt2 ko wat2 xdgr sudah..sok2 bilo dio nak ponek bebel sonyap r...
    yang paling penting,ko mesti terus beriktiar tuk sembuhkan mak ko...
    apa2 pun,semoga tabah menghadapi segalanya..

    -mida-

    ReplyDelete
  5. lorh..sian ye akak..sabar je la benbanyak..standard la tu org tua..suka sngt percaya bomoh22 ni..but lucky la nenek atok kite tak suka benda22 ni..so far berubat bnyk ngan ustaz22 je...

    bnykkan bersabar je la..memang ssh nak treat org tua skit ni..sy dh rs, so sy phm la..

    ReplyDelete
  6. mida : tengkiu.. doa2kan la mak hambe leh sembuh.. :D

    rerama : mekasih.. rerama memang slalu prihatin.. akak tau rerama pon faham.. :)

    ReplyDelete