rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Friday, 5 March 2010

Kesedaran

Hari nih 5 March 2010.

Whattt??? Dah bulan March?? Nanti tetibe je Disember, pastu dah habis tahun 2010.

* Saya tak sedar dah bulan March 2010! *

Errkk??!! Biar betol!

Sangat cepat masa berlalu. Dah tua dah saya yee?

Sedar tak sedar dah suku abad dah saya ni! Rasa macam tak percaya. Biar betol? Bila kira-kira balik, tak mungkin saya se'tua' itu? Otak silap mencongak kah? Silap tekan kalkulator kah? Hurrmm~

Macam  baru semalam saya nangis sebab kena 'balun' oleh arwah abah, ngengada sangat nak nangis-nangis lak depan tadika, sambil jerit-jerit "Mak!!!"

Dah kena balun dek abah, tau pulak saya masuk tadika and dok senyap-senyap. Padan muka saya! Isk!

Rasa macam baru semalam jugak saya masuk darjah satu. Saya tak main la mak abah tunggu kat sekolah. Independent beb! Tapi bila independent sangat ni kena buli la pulak. Ada lak budak-budak yang berani menge'paw' duit doposen saya. Cesstt!

Ape lagi, balik skolah terus ngadu kat abah. Abah rilek saje. Mak saya lak yang lebih-lebih. Esoknya, mak saya temankan saya ke sekolah, and terus pergi 'sekolahkan' budak yang paw saya tuh.

Saya tau mak tunjuk berani jer. Dengan bebudak bleh la. Ehehhehehe.. :D

Rasa macam baru semalam jugak saya masuk matrik. First time duduk asing dari family, rasa sangat 'kelat'. Tapi, orang cakap anak sulung nih jiwanya kental kan? Steady je. Apa ada hal?

Kehilangan abah sebelum sempat dia tahu saya berjaya sambung pengajian ke universiti sedikit sebanyak wat saya terkilan. Tapi dengan 'semangat' abah tu, saya teruskan hidup walau penuh dengan cabaran. Almaklum, family kat utara, saya sensorang kat selatan.

Alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa hidup dikelilingi dugaan, ujian dan cabaran, buat kita sedar betapa kerdilnya diri pada pandangan Tuhan.

Betapa kerdilnya diri bila setiap ujian yang menimpa pasti diselangi dengan airmata. Betapa kerdilnya diri bila sedar bahawa kita sebenarnya tidak sekuat yang disangka.

Syukur, kekuatan itu lahir bila segala-galanya disandarkan pada Sang Maha Pencipta. Siapa yang lebih layak untuk dirujuk, kalau bukan Pemilik segala isi langit dan bumi? :)

Apa yang saya nak kongsi ialah, situasi bila kita berhadapan dengan masalah, ujian dan dugaan. Kadang-kadang rasa tak tertanggung. Rasa macam kita lah yang paling teruk ditimpa ujian.

Betulker gitu?

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286 yang bermaksud :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Malah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

"Alangkah indahnya akhlak seorang mukmin, yang apabila diberinya ujian dia bersabar, dan bila diberi nikmat dia bersyukur akannya."

Bila rasa sedih sebab banyak masalah tuh, cuba kita ingat perkara-perkara ni :


1. Ujian sebagai alat penghapusan dosa

Ingatlah bahawa segala ujian atau tekanan yang berlaku bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada kesusahan maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan salah dan dosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa-dosa kamu." Surah Al-Syura 42:30


2. Meningkatkan darjat

Ingatkan hati bahawa musibah itu akan mnyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.


3. Mengingati Allah

Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati Allah semasa ditimpa kesusahan berbanding ketika senang/bahagia.

4. Mensyukuri nikmat

Bayangkan nikmat-nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t sebelum ini daripada terus meratapi musibah yang dihadapi.


5. Berasa ujian kita lebih ringan

Mengingatkan diri bahawa ujian yang kita terima lebih kecil berbanding orang lain, malah penderitaan orang itu jauh lebih berat daripada apa yang sedang dideritai itu.


6. Allah menyayangi kita

Ujian yang berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hambaNya. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberi cubaan padanya." Riwayat al-Bukhari.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pasti ada rahsia yang baik di sebaliknya. Allah Maha Penyayang, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. :)

Paling penting, jangan putus asa dari rahmat Tuhan.


"Sesungguhnya tiada yang putus asa dari rahmat Allah kecuali orang kafir."(Surah Yusuf : Ayat 87)


------------------------------------------------------------

yus cakap : Masa semakin berlalu pantas, usia semakin meningkat, apakah kita masih tak sedar?
Renung-renungkan dan sedar-sedarkanlah diri.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. Weee..betul tu kak...saya ni pun makin hari makin tua..dan makin hari mcm2 dugaan dan cabaran kene lalui...kuat tak kuat je nak berdepan..

    hmm, pape pun kene kuatkan semangat..seteru2 kita dpt duggan ada lagi yg lebih truk dri kita..

    ReplyDelete
  2. hari ini adalah hari beramal. esok adalah hari dihisab.

    ReplyDelete
  3. ye betul..sekarang masa cepat je rasa...mak saya cakap ini kerana...waktu dulu-dulu berkat...waktu sekarang makin kurang berkat...jd kne cepat2 lah beringat-ingat serta sedar...kerana masa amat cepat berlalu tanpa sedar atau tidak...(^^,)

    ReplyDelete
  4. huhu..
    ank 2nd pun kental taw.. independent..
    cpt je ms blalu kn..
    dulu aku suka lari dr mslh bg aku wt pe nk susah2 pk sal mslh..wt skt otk je..tp bila da tua sket hehe bru la mnjadi seorang yg brani..xtlalu mngambil jln mudah..

    ReplyDelete