rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Tuesday, 2 March 2010

Kekayaan Vs Kebahagiaan

Wujud ker perkadaran langsung antara kekayaan dan kebahagiaan? Proportional ke these two things? Adakah dengan memperoleh kekayaan, kita akan mendapat kebahagiaan? Semakin kaya, semakin bahagia? Benarkah?

Kali ni saya nak berkongsi satu kisah benar tentang Karl Rabeder. Pernah dengar nama nih? Karl Rabeder adalah seorang warga Austria, berusia 47 tahun, bisnesman dari Telffs di Innsbruck, dan bergelar millionaire. Seorang tycoon bisnes.

* Karl Rabeder (Sumber : Telegraph.co.uk) *

Sekarang ni beliau sedang dalam proses menjual semua aset-aset dan harta kekayaan beliau termasuk sebuah villa mewah seluas 3455 kaki persegi lengkap dengan tasik, sauna dan pemandangan indah pergunungan Alps, yang bernilai £1.4 mil (RM7.5 mil).

Rumah ladang beliau yang cantik pon dah dijual pada harga £613,000 (RM3.3 mil). Setakat nih koleksi aircraft beliau sebanyak 6 bijik dah pon berjaya dijual yang semuanya bernilai £350,000 (RM1.9 mil).

Karl Rabeder berhasrat untuk menderma setiap sen dari harta kekayaannya yang bernilai £3 mil (RM16.2 mil) apabila beliau sedar yang kekayaannya tersebut tidak membuatkan dia bahagia.

"Hasrat saya ialah untuk tidak mempunyai apa-apa." Katanya. "Kekayaan melekakan - ia menghalang kebahagiaan."

Dari sebuah villa yang pastinya dalam mimpi pon tak mungkin saya dapatkan, begitu lengkap dan sempurna, beliau 'berhijrah' kepada sebuah rumah kayu di kawasan pergunungan di sana. Berbekalkan gaji bulanan sebanyak £800 (RM4300), beliau hidup secara normal. Semua kerja kebajikan yang dilakukan di sana tidak pernah diminta bayaran. FOC! Beliau jugak mewujudkan sebuah badan kebajikan di Amerika Latin.

Kesemua hasil jualan rumah mewah dan aset beliau didermakan dan dimasukkan ke dalam akaun mikrokredit beliau, yang berfungsi memberi pinjaman pada mereka yang memerlukan di El Salvador, Honduras, Bolivia, Chile, Argentina dan Peru.

Karl Rabeder berasal dari sebuah keluarga susah, yang menyebabkan dia hanya fikir only kekayaan yang dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup. So, sepanjang hidupnya, dia hanya kerja, kerja dan kerja, tanpa menikmati kehidupan yang dilalui.

"Saya berasa seolah-olah saya bekerja dan menjadi hamba kepada benda-benda yang saya tak perlukan atau tak harapkan."

Hasrat untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan normal wujud bila dia dan isterinya bercuti di Hawaii selama tiga minggu. Ketika itu, baru dia tersedar yang dia sebenarnya tidak pernah bahagia, walaupon hidup dalam kemewahan.

"Kalau saya tak lakukan (menderma semua hartanya) sekarang, saya tidak akan berpeluang melakukannya sampai bila-bila."

Selepas membuat keputusan untuk menjual semua harta kekayaannya dan menderma kepada badan kebajikan, Karl Rabeder mengakui beliau berasa;

"Bebas, tidak terbeban lagi."

Saya tertarik untuk berkongsi kisah nih sebab saya setuju dengan kata-kata Karl Rabeder,

"Kekayaan melekakan, ia menghalang kebahagiaan."

Of course, sekarang zaman duit. Nak masuk tandas awam pon kena duit, tapi itu tak bermakna kita kena jadi hamba duit.

Nabi saw. bersabda: Hati orang tua menjadi muda kerana mencintai dua hal; suka dengan kehidupan dan harta. (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Kita memang perlu bersifat realistik, yakni mengakui bahawa duit merupakan keperluan untuk hidup, tapi bukan jadi materialistik, yakni fikir yang duit adalah segala-galanya.

Saya juga berasal dari keluarga masyarakat pertengahan. Ehehhehe. Yakni hidup biasa-biasa saja. Sederhana. Tapi seingat saya, dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah berangan nak jadi kaya.

Percaya atau tak? Biarlah orang nak cakap saya nih tak bercita-cita tinggi ker, tak de impian nak memajukan hidup ker, whatever, saya tak kisah. Memang saya suka dengan kehidupan yang sederhana. :)

Bukan bermakna saya tak mempunyai impian. Saya jugak ada impian, cuma impian saya bukan nak jadi kaya. Hehehhe. Impian saya hanya untuk hidup senang. Senang di dunia, senang di akhirat. :)

Bagi saya, kekayaan harta benda ni bukanlah penjamin hidup akan bahagia. Yang penting, enjoy life as it is. Balance kan kehidupan. Itu yang penting. Apa guna harta berjuta-juta lemon tapi hati tak tenang, tiap-tiap malam takut perompak datang rompak rumah. Pasang bodigad la, alarm sistem yang terbaik di dunia bagai, sampai hati sentiasa risau. Best ke gitu?

* Setiap orang ada pandangan tersendiri tentang erti sebenar kekayaan dan kebahagiaan. *

Tapi, kalau dah someone tu memang enjoy kumpul harta, kalau kumpul setem dia tak minat, just nak kumpul harta je.. Itu hak dia la kan? Up to him la. Kan?

Cuma, mungkin akan tiba masa di mana dia bertanya pada diri sendiri,

"Apa gunanya semua ni?"

Nak-nak lagi kalau dengan harta yang bertimbun tu dia abaikan keluarga, lupakan tanggung jawab pada agama..

Biarlah kita hidup sederhana. Tapi bahagia. Seperti kehidupan Rasulullah s.a.w. Seperti kehidupan bahagia Ali dan Siti Fatimah. :)

Rasulullah saw. bersabda: Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta. Tetapi, kaya itu adalah kaya hati.

Tapi, saya bukan nak merencatkan impian mereka-mereka yang nak mengejar kekayaan tu. Silakanlah. Allah s.w.t pon tak melarang hambaNya mengumpul harta kekayaan. Sebab bila kaya, boleh la banyak bersedekah dan berzakat. :D

Cumanya, nak kumpul harta biarlah dengan cara yang halal.


"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Surah Al-Baqarah : Ayat 188)


Dah tu bila dah berjaya kumpul harta beribu-riban lemon, jangan lupa, ada hak orang lain pada rezeki kita tu. Selalu lah bersedekah. Berzakat. Jangan kedekut. :)


"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Ali-Imran : Ayat 180)


Ehem.. Renung-renungkan. Dan selamat beramal. Semoga rezeki kita diredhai Allah s.w.t. :)

p/s : Rasa-rasa Encik Karl Rabeder ni nak datang Malaysia tak? Kalau datang sini, saya nak bagitau yang saya layak menerima sedikit hartanya itu.. Wuahahhaha.. :D


-----------------------------------------

yus cakap : Saya actually tengah motivate diri sendiri nih, sebab saya je yang tak dapat apa-apa letter dari pihak management pasal salary increment. Mungkinkah tiada increment untuk saya? Uhuhuhuk..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

5 comments:

  1. waahhh..aku mmg stuju pun dgn apa yg ko katakan.. aku mula sdr masa aku form bape ek.. yg pnting before form 3 la..camne aku leh sedar biar la jadi rahsia.. aku mmg mnyokong 100%.. hidup sng xpe.. tp jgn lupa yg ssh..

    ReplyDelete
  2. huruhara : ehehehhe.. kamu tak abes2 ngan form 3.. baru kenal idup time form 3 ehh?? ahahahhaha :D

    ReplyDelete
  3. best nye kaye..
    huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  4. amie : hahhaha.. takpe2.. kaya dan bahagia.. bagus la.. ehehehee :)

    ReplyDelete
  5. Salam. Hidup di pertengahan antara gaya dan miskin lebih bahagia. Sekarang di KL, orang kaya-kaya pun mula sedar betapa kekayaan menimbulkan banyak masalah. Ramai yang sudah berpindah hidup di kondominium yang ber"sekuriti" daripada tinggal di banglo besar yang selalu diganggu perompak. Mereka bukan takutkan harta mereka dirompak, tetapi takut nyawa melayang dan tidak sempat menghabiskan harta yang dikumpul...

    ReplyDelete