rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 17 March 2010

Cinta Panadol

“Kak.. Kesian tau kawan saya..”

Tiba-tiba saya dapat satu ‘chat message’ dari teman Facebook, Cik Senah (bukan nama sebenar) waktu saya menggodek-godek kuiz fesbuk yang bogie gedebass semalam.

Pelik jugak. Pehal tetibe kesian ngan kawan dia, and bagitau kat saya?

“Kenapa ngan kawan kamu?” Saya balas message tu. Rasa macam cikgu kaunselor pulak. Uhuuhuhuk~

“Dia baru tau boifren dia curang.”

Ooo.. pasal cinta rupanya. Ehem.. Saya takde pengalaman dalam cintan-cintun nih. Makan megi Cintan pon tak gemar, ini pulak nak libatkan diri dalam bab ni. Fail saya!

“Kak.. kalau makan panadol lebih dari dua bijik bahaya tak?”

Uikz~

Saya sengih sensorang. Kenapa kalau orang frust je dikaitkan dengan panadol? Macam dalam tv jer..

“Untuk orang yang antibodinya kuat, tiga empat bijik takde hal. OK lagi. Tapi kalau orang normal, lebih dari dua bijik tu kira bahaya gak.”

Nak nak lagi orang macam saya. Makan sebijik pon dah ting tong! (Saya tak suka makan ubat!)

“Jangan cakap dia amek sepapan dah le..” Risau jugak. Orang yang sedang mengalami gangguan emosi ni senang je nak bertindak gila. Diorang tak fikir panjang dah. Fikir, nak lari dari kesedihan yang dialami. Even worse, mungkin fikir dah tak guna hidup lagi dah. Fikir nak jadi malaikat maut pada diri sendiri je.

Perbualan terhenti kat situ. Mungkin Cik Senah tengah calling-calling kawan dia tu. Entah le. Prihatin Cik Senah ni.

Saya pon sambung main kuiz kat fesbuk. Saya rasa kuiz kat fesbuk ni semua saya dah buat. Macam dah boleh agak jer soalan-soalan dia. Huh! Takde thrill la..

“Kak..” Satu message masuk dari Cik Senah. “Dia dah telan sepapan panadol pon!”

Errkk??!!

Astaghfirullah al azim! Saya beristighfar dalam hati. Terkejut tahap gaban le jugak!

Saya tak sangka jugak sebenarnya. Selalu tengok dalam tv, kalau frust je telan panadol sepapan. Ingatkan saya hanya dimomokkan dengan adegan 18SG dalam tv je, rupa-rupanya benda ni masih ada terjadi.

“Dah lama ke diorang kapel?” Saya risik-risik.

Nampaknya perempuan tu macam terlalu sayang sangat kat boifren dia, sampai nekad nak ‘membunuh’ diri camtu.

“5 tahun. Tu yang frust giler tu.”


Cinta – Kapel – Panadol ?



Sampai sekarang, even ahli falsafah paling glemer dalam universe pon belom jumpa maksud sebenar CINTA ni. Love is undefined.

Menurut thefreedictionary.com, cinta itu;

“A deep, tender, ineffable feeling of affection and solicitude toward a person, such as that arising from kinship, recognition of attractive qualities, or a sense of underlying oneness.”

Dikatakan jugak cinta itu;

“A feeling of intense desire and attraction toward a person with whom one is disposed to make a pair; the emotion of sex and romance.”

Bagi saya semua ni tipu jer. Definisi sekadar cukup syarat jer. Nak bagi cukup entri dalam kamus. Tu jer.

The emotion of sex and romance?

Merepek!

Cinta pada Rasulullah. Cinta pada Islam. Cinta pada Allah.

Mustahil dapat digambarkan dengan sebijik ayat ‘the emotion of sex and romance’ tu!

Nauzubillah!

** Nampak tak, ini yang diterapkan oleh omputih dalam pikiran masyarakat. Cinta = sex = romance = kapel. Hoh! **


Sememangnya, setiap orang ada definisi cinta yang tersendiri. Mungkin cinta sebagai pelengkap hidup bagi seseorang. Bagi seseorang yang lain, cinta mungkin sebagai ‘nadi’ kehidupan dia. Takde cinta, dia boleh mati! Errkk??!!

Ada yang kata, cinta ni macam bayang-bayang. Makin kejar, makin tak dapat. Ada cakap cinta macam makan mangga, masam-masam manis. Ada jugak cakap, yang tak pernah bercinta, tak tahu makna cinta tu.

Macam-macam la.

Yang nyatanya, cinta itu subjektif. Terpulang pada individu sendiri. Tafsirlah macam mana pon, tapi jangan asingkan dan pinggirkan agama dengan tafsiran anda tu. Bila agama dipinggirkan, macam-macam jadi.

Bagi saya, cinta tu anugerah. Anugerah dari Allah untuk hamba-hambaNya.


Allah pemilik segala cinta. Dia Yang Maha Menyayangi. Lalu, Dia ‘pinjam’kan kita dengan secebis dari sifatnya tu. Diberinya kita hadiah yang dinamakan ‘cinta’.


"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya ..... " (Surah Al-Maidah : Ayat 54)


Bila kita diberi ‘pinjam’ rasa cinta oleh Allah, maka wajar tak kalau kita balas pemberian Allah tu dengan rasa cinta kembali kepadaNya? Patut tak kita bersyukur dengan hadiah yang dipinjamkan ni? Sebagai tanda terima kasih, sepatutnya la kita meletakkan cinta kepada Allah dan rasulnya ni di tempat yang pertama. Betul tak?

Saya selalu ingatkan kepada diri sendiri, first, cinta pada Allah yang Maha Pencipta, maka cinta makhluknya akan tiba.

Sabda Nabi s.a.w:

“Belum sempurna iman seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain.”

Cinta tu wujud dalam hati. Cinta bukan ditunjukkan dengan aktiviti berkapel. Cinta tak perlu ditunjukkan dengan aktiviti ‘ringan-ringan’ antara bukan muhrim. Cinta bukan ditunjukkan dengan kata-kata;

“Sayang sayang, sayang sayaaaaaang sayang. Sayang, sayang sayang?”

** Kata-kata ni popular yang amat satu waktu dulu. Macam hampagas! I mean, what the heck???!!! **

Lainlah kalau dah kawen. Kan?

Berbalik pada kes makan panadol sepapan sebab pakwe dia curang tu. Kenapa jadi macam tu? Macam la sedap sangat panadol tu kan? Lebih baik telan coklat Cadbury sedozen. Lagi best!

Pada saya, simple.

Bila cinta pada manusia diletakkan paling atas, melebihi cinta pada Allah, makanya, rasionaliti diri akan mudah lenyap saat cinta tu ditarik oleh Pemilik Segala Cinta.

Hoho.. Puitis huh?

OK. Bayangkan kita pinjam sebatang pen dari sorang member. Member ni dah pesan dah,

“Pen tu bukan aku kasi terus. Aku kasi pinjam je.”

Kita pon setuju. Lama-lama guna pen tu, kita jadi sayang. Mana pegi pon bawak. Kunun-kunun pen bertuah la. Sayang benar le ni. (Ada ke yang sayang pen sampai gini? Ah.. Gasak le)

Satu hari, member (tuan punya pen) nak mintak balik pen dia.

Kita yang dah jatuh sayang pada pen tu mula memberontak. Nak telan panadol. Nak terjun banggunan. Nak kerat urat nadi! Sayang sangat kat pen ni! Sebab pen tu dah lama kita guna. Dah jadi macam hak kita. Tak kire tak kire! Taknak bagi balik pen tu!!

The thing is: Apa hak kita nak marah? Apa hak kita nak defend yang pen tu milik kita? Bukan kah memang dah sah-sah pen tu ‘dipinjamkan’?

** Exaggerate giler-giler punye! Sebab pen je sampai nak terjun banggunan.. Uhuhuhuk **

Itu sekadar analogi nya.

Apa hak kita untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita?

Penyelesaiannya mudah. Kembali pada Allah. Ingat, bahawa segala yang dipinjamkan boleh ditarik balik sekelip mata saje. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu, apa yang pernah diberi tu tak baik untuk kita. Sebab tu Dia tarik balik. Mungkin diberi kita rasa sikit ‘kepahitan’ tu sebab kifarah dosa kita jugak. All in all, kalo kita sabar, kita yang dapat pahala.

Yang penting.. Muhasabah diri balik.


“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 216)


Bukan jaminan
Myspace Love Graphics Quotes
Walau berapa punya rapat, sayang, cinta, caring, (whatever word yang mungkin la) anda pada pasangan anda, itu bukan jaminan dia akan kekal dengan anda sampai bila-bila.

Sedangkan yang kawen pon boleh bercerai-berai, ini pulak yang sekadar diikatkan dengan ikatan ‘cinta’. Langsung tak terjamin!

That is why, bersederhana. Kalau Allah temukan anda dengan seseorang sebagai ‘kekasih hati pengarang jantung’, bersyukur dengan pemberiannya tu. Sebaiknya, terus je ikat dengan ikatan yang sah.

Kalau tak mampu nak nikah lagi, sebab study lagi ke, or kewangan tak stabil, atau takut langkah bendul (ehehehhe), ikutla garis panduan yang Allah tetapkan.

Tak perlu nak ‘memberi sepenuh hati, jiwa dan raga hanya padamu’ bagai. Karut marut je tu! Simpan rasa sayang dan cinta pada diri sendiri.

Be realistic. Tak semestinya kekasih tu akan jadi suami/isteri kita.

In fact, ada ke benda yang pasti dalam dunia ni selain mati? Nak terkencing pon kita tak dapat agak tau!

Just because certain thing happens follow the same routine each day, doesn’t mean it would continuously happen exactly the same the next day.

Haa.. Amek kau. Bila saya dah speaking English, Mat Salleh pon belom tentu paham. Bahasa tinggi tu! Wuahahhaha..

Untuk yang frust tu, fikir lah dengan tenang. Jangan biar syaitan menguasai diri. Banyakkan bersabar.


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 45)


Just ingat, lebih baik anda dapat tahu kecurangan dia sekarang masa ‘kapel’ daripada nanti masa anda dah kawen beranak pinak. Lagi sakit hati masa tu.

Terima dengan redha. Mungkin yang lebih baik menanti di hadapan. :)


“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?” (Surah Al-Baqarah : Ayat 106)


--------------------------------

yus cakap :  Mana lagi sakit? Mengingati someone yang pernah mencintai kita, atau mencintai someone yang tak pernah langsung mengingati kita?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

3 comments:

  1. pastu cmne idup ke x pompuan tu? suspennye.

    ReplyDelete
  2. Amboi...
    Pamjangnya ko bebel, yus...
    Tp.. I like....

    ReplyDelete
  3. parkair : still idup. kuat antibodi dia.

    langit : a'ah.. panjang kan saya bebel? baru perasan.. wuahahhaha :D

    ReplyDelete