rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 1 March 2010

Bila Agama Dipinggir

Dua tiga hari ni berita panas yang tambah menghangatkan lagi cuaca panas kat Malaysia nih semestinya lah berita tentang adik Syafia Humairah, 3 tahun, yang meninggal akibat di'rembat' oleh 'bapak tiri tak rasmi' a.k.a kekasih ibunya di Batang Kali, Selangor. Satu demi satu susulan berita yang bermula dari kes 'penipuan' punca kematian adik Syafia ni.

 * Puan Nurhanim ditenangkan Datuk Sharizat. Gambar kecil : Adik Syafia Humairah (Sumber The Star) *

Mulanya, punca kematian dikatakan akibat eksiden. Selepas disiasat, rupanya mati didera. Siasat lagi, punca sebenar kematian adik Syafia ialah di'rembat' di padang bola oleh lelaki yang saya sifatkan 'tak cukup akal'.

Susulan dari itu mula terbongkar kisah-kisah 'memalukan' berkenaan rumah tangga Puan Nurhanim Aziz ni.

Yang sangat, sangat memalukan pada fikiran logik saya ni mestilah tindakan dia berkasih-kasihan dengan lelaki lain, dikenali sebagai Mat, sewaktu ketiadaan suaminya yang direman tanpa jaminan sejak 2006. Dan sangat memalukan jugak bila dorang actually staying together.. unmarried.

Astaghfirullah al azim.

Pelik tak pelik bila saya baca balik paper The Star yang sebenarnya mereka dah berkasihan semenjak 6 tahun lalu, yakni 2004. Dan suaminya dipenjarakan pada 2006.

Macam ada percanggahan di situ ek? Adakah ini bermaksud dia telah pun menjalinkan hubungan sebelum suaminya dipenjarakan? Tettt!! :P

Susulan kisah tragis nih tak abis di situ lagi bila disahkan Puan Nurhanim ni mempunyai anak luar nikah bersama Mat Sengal tu berusia setahun lebih. Tambah lagi dengan yang dalam perut berusia 4 bulan, yang mana saya baca hari ni, dia nafikan.

Wallahu alam. Hanya dia dan Tuhan yang tahu, benar atau tidak penafian tu. Yang pastinya, ada kanak-kanak setahun lebih yang menjadi saksi 'cinta' wanita ini dengan lelaki yang bukan suaminya tu.

Malah, setakat entri ni ditulis, status adik Syafia Humairah juga diragui, sama ada anak kepada suaminya, Sahari atau anak Mat sengal tu. Saya taknak la buat kira-kira kat sini, walau jelas ada timeline yang memungkinkan status adik Syafia diragui.

Tak tahu la apa pulak lanjutan kisah tragis lagi kontroversi tentang kes ni.

Saya tak suka nak cari salah sesapa atau nak menuding jari bila jadinya kes-kes penyakit sosial macam ni. Sebab for sure, semua kena suluh balik diri memasing. Kita orang Islam, buat cara Islam lar.

Atuk, nenek hatta ibu Syafia sendiri bagi saya ada saham memasing. Dah terang lagi bersuluh, for whatever reason, walau si Mat sengal tu baik macam malaikat sekalipon sebelum ni, mereka still tak boleh duduk sekali. CLEARLY prohibited. Haram.


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"(Surah Al-Israa : Ayat 32)


Biasa lah, bila dah jadi macam ni, baru la nak nangis. Tapi walau keluar air mata darah sekalipon, takkan ubah apa-apa. Yang pergi tetap pergi. Sedekahkan Al-Fatihah jer untuk adik Syafia, semoga rohnya tenang di alam sana.

Yang hidup nih, bertaubatlah. Hidup kita tak kekal kat dunia ni saja. Akhirat, tempat perhitungan segala amal perbuatan kita tu masih perlu kita tempuhi. Jangan ingat nak seronok saja.

Rasa nak kawen, kawen. Nak dok sekali bukan muhrim, dok saje. Apa ada hal?

Ya Allah...

Dalam kes nih, saya heran jugak kenapa wanita ni kemaruk sangat pada lelaki tu? Tak boleh hidup ke kalo takde laki? Tolong lah. Be independent.

** Saya kalau cakap macam ni, orang cakap saya feminis, tapi sebenarnya tak. Saya cuma nak ingatkan. **

Perempuan janganlah terlalu berharap pada lelaki. Kita boleh survive sendiri. Tak perlu ada lelaki untuk bina kekuatan diri. Yang penting kekuatan dari Allah s.w.t. Mintak tolong, pohon kekuatan dari Allah, insyaAllah Dia akan kabulkan.

Bukan harapkan pada lelaki semata-mata.

Apalah gunanya mencari kebahagiaan di sebalik lumpur dosa dan noda? Tak berbaloi. Cinta yang wujud bukan cinta sejati, bukan cinta suci, tidak diredhai Allah. sia-sia jer.

Kalau ye pon, sayang sangat kat kekasih tu, mintak fasakh kat suami, cerai dan kawen la dengan kekasih gelap awak tu. Hidup dengan cara yang halal. Cara yang Islam ajar.

Semua ada dalam ajaran Islam. Nak belajar atau tak jer.

Ini tak, muda-muda lagi dah ngengada nak kawen. Ilmu agama belom cukup, tak nak belajar pulak tu. Astaghfirullah.

Moral of the story is, belajar lah agama. Ikut apa yang Islam dah ajar. Hidup berlandaskan apa yang Allah tetapkan. Islam tu sempurna. Jalan hidup yang terbaik.

Sami'na, wa ato'na. Kami dengar dan kami taat (patuh).

Tak payah nak adjust agama mengikut life dan kehendak kita. Tapi, kita kena adjust hidup kita selaras dengan apa yang agama nak.

Buat apa lah nak melawan kata-kata Allah? Kenapa nak tunjuk degil? Tengok, sekarang Allah dah bukak satu persatu keaiban kita, sape yang mampu nak tutup lagi?

Astaghfirullah al azim...

Saya percaya ni bukan kes terpencil. Kes bersekedudukan. Kes berzina dengan lelaki lain walau ada suami, bukan kes terpencil. Banyak kes yang similar kat Malaysia ni.

Just that, anak-anak dorang tak didera atau tak mati dengan dahsyat macam ni. That's why, kita tak sedar realiti sebenar.

Satu jer la yang saya dapat fikir. Kembalilah. Kembali pada Allah. Dia Pengampun lagi Penyayang.


* Kembali - Far East *

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali-Imran : Ayat 135)


Hanya rahmat dan redha dariNya yang dapat menyelamatkan umat Islam yang tenat sekarang nih.

Ya Allah, selamatkanlah kami. Tolonglah kami. Jauhkan kami dari azabMu ya Allah. Amin yarabbal alamin.


----------------------------------

yus cakap : Bila agama dipinggirkan, kita sendiri yang merana. Semoga mereka-mereka yang terlibat beroleh petunjuk dan hidayah dari Yang Esa.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

10 comments:

  1. teruk giler kn..jiran2 diorg cm xkesah diorg ni xkawen2..mybe jiran diorg xtau kot diorg 2 blom kawen..

    ReplyDelete
  2. aih. sedih kut kes nih. xtau nak ckp ape ah. tergamam. =(

    ReplyDelete
  3. dalam kelas tadi pun duk terpikir2 jugak,pompuan ni dah kawen,tp couple dengan orang lain.memang heran bin ajaib la.Mungkin dorang bercerai...tp tak daftar mungkin jugak...

    tp memang kes kontroversi la...mengundang bala allah belaka.

    ReplyDelete
  4. shuko : td dgr radio cakap, dorg bagitau jiran2 yg dorang dah kawen. kes penipuan di situ yee..

    inora : sedih kat girl tu la. sian dia. -/

    adila : kalo tak silap, dorang tak bercerai lagi. dinyatakan bahawa si wanita baru nak tuntut fasakh, dan nak kawen ngan mat sengal tuh hujung tahun nih.. setelah 6 tahun dok sekali! sangat, sangat cliche! :P

    ReplyDelete
  5. so..
    actually bdk pmpn tuh ank spe ek?
    huhuhu~
    Allah tuh skrng 'byr' cash je!

    ReplyDelete
  6. nabiel : tu ar pasal.. saya malas nk wat matematik je kat sini. tp secara logiknya, kalo 'bapak' dia masuk jail 4 tahun yg lalu, and bdk pmpuan tu baru umo 3thn thn nih.. jeng jeng jeng! lu pikirla sndiri! ehehhehe..

    ReplyDelete
  7. Astaghfirulla'al'azim...

    Ape nak jadi ngan dunia skarang ni..sungguh tak berperikemanusiaan langsung jantan tu..
    yg nak durembat budak tu bt pe? ape slh budak tu kat dia smpai nak bunuh bagai..?
    Itu lah jadi bila nafsu menguasai akal..org takde pedoman..

    al fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  8. yg da tua pun cm da lupa agama..yg muda ni lg la.. ptt nya diorg jd contoh baik.. ni contoh x baik.. pening2.. ksedaran diri sndiri tu penting..

    ReplyDelete
  9. ye...skrg agama dah jdbukan ko 1...entah no brp...

    ReplyDelete
  10. rerama, huruhara, kuz : sama-sama la kita doa, smoga Islam tetap di hati kita, as no 1! :)

    ReplyDelete