rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 3 March 2010

7 Mitos Tentang Kesihatan

Aduhai.. Malas betol la saya nak update blog sejak akhir-akhir ni. Rasa macam tak bersemangat saja. Bukan apa, macam dok terngiang-ngiang jer kata-kata Kak Seha (bukan nama sebenar) kat tempat keje saya.

"You tak dapat letter pasal salary increment tu eh?"

Alahai. Sedihnya hati. Memang saya tak dapat apa-apa surat pon dari management team. Sedey tau!

Well, sudeh pasal tu! Tanak cerita lebih-lebih. Kalau ada rezeki, ada la kan? Ehehehhe..

-------------------------------------------------------------

Kali nih saya nak kongsi pasal 7 Mitos Tentang Kesihatan. Kadang-kadang kita terima je apa yang diturunkan dari zaman tok nenek kita dulu, tanpa mengetahui tahap kebenaran perkara tersebut. Nak tau betul atau tak? Jom kita check it out!


1. Uban.

Mitos : Cabut satu uban, maka akan tumbuh lebih banyak uban pada tempat yang sama.

Fakta : Tak benar! Cabut uban tak bagus sebab ia sebenarnya dapat merosakkan akar rambut dan kulit kepala.


2. Parut / Stretch mark.

Mitos : Krim koko dapat menghilangkan stretch mark.

Fakta : Terdapat banyak krim dan losyen lain yang 'mengaku' dapat menghilangkan parut dan stretch mark nih, tapi punca berlaku stretch mark ialah kehilangan ataupun peningkatan berat badan, dan the truth is, stretch mark tidak dapat dihalang atau dihilangkan terus.


3. Rambut Bercabang.

Mitos : Masalah rambut bercabang dapat diatasi dan dipulihkan.

Fakta : Malangnya, satu-satunya cara untuk 'memulihkan' masalah rambut bercabang ialah dengan cara gunting rambut! Produk-produk yang wujud di pasar raya tidak dapat memulihkan masalah ini, hanya berupaya 'menyorokkan' rambut bercabang dengan membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan lebih bersinar.


4. Liang Pori.

Mitos : Sesetengah pencuci muka dapat mengecilkan liang pori wajah.

Fakta : Saiz liang pori adalah genetik. So, biar berapa banyak produk yang berkata dapat mengecilkan liang pori wajah untuk selamanya, itu hanyalah auta! Ia hanya menampakkan seolah-olah liang pori mengecil, padahal tidak. Isk!


5. Silang Kaki.

Mitos : Menyilang kaki semasa duduk boleh membuatkan saluran darah membengkak.

Fakta : Tak ada bukti yang membenarkan pernyataan ini. Biarpun terdapat banyak cara saluran darah boleh tersumbat dan membengkak, tapi tidak ada kaitan dengan duduk menyilang kaki! Kemungkinan punca bengkak terjadi ialah obesiti atau genetik.



6. Pemutih Gigi.

Mitos : Pemutih gigi boleh merosakkan enamel gigi.

Fakta : Pastikan anda mengikut cara dan arahan yang betul. Jangan main taram saje. Sebab ada antara produk ni tak sesuai dengan gigi anda lalu menyebabkan kerosakan pada gigi. Kalau guna secara berkala, OK jer. Jangan guna terlalu kerap atau tidak mengikut arahan yang sepatutnya. Tupasal boleh mengundang kerosakan gigi.




7. Tidur.

Mitos : Tidur terlentang mampu mengelakkan kedutan.

Fakta : The American Academy of Dermatology menyatakan bahawa tidur pada sesuatu posisi dengan jangka masa yang agak lama, akan menyebabkan wujudnya 'garisan lena'. So, kalau berterusan boleh menyebabkan garisan ini kekal dan terjadinya apa yang dipanggil 'kedutan'. Sebaiknya, tidur secara terlentang boleh mengelakkan wujudnya 'garisan lena' ini.


------------------------------------------------

yus cakap : Ahaaa.. dapat gak satu entri hari ni! Ehehehhehe.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

10 comments:

  1. focus pada tidur telentang! yeahhhhh~
    tidak mahu kedutan. haha

    ReplyDelete
  2. su : amboii.. takmo kedut yee.. cesstt!! :P

    ReplyDelete
  3. hahahah..
    klu tido terlentang xde la kedut..
    so xpayah susah2 beli krim anti aging..
    hahahahha

    ReplyDelete
  4. huruhara : pesal sumer tertarik dgn bab tido jer? wuahahhaha.. sangat ampes ye! :D

    ReplyDelete
  5. tapi y silang kaki tu memang betul2 bahaya la...sebab boleh merosakkan saraftunjang.ada baca dalam suratkhbar ari tu.,

    ReplyDelete
  6. adila : ye eh? nnti saya cari maklumat psl tu yee.. thanks yee.. :)

    ReplyDelete
  7. waaaahaaha...nak gelak sket..

    fakta dan auta yerk...

    suma suka..yg penting, pemakanan kne jaga, rajin22 la snaman, dan jgn mls..hehehhe

    ReplyDelete
  8. Notes :

    Utk Adila dan yg lain, setelah saya cari maklumat pasal aktiviti menyilang kaki ni, saya dapati memang menyilang kaki dalam masa yang lama, tanpa eksesais akan membahayakan kesihatan.

    Membahayakan kesihatan dari segi ia boleh membuatkan kaki menjadi numb (kebas) dan bak kata mat salleh, put it in 'sleep mode'.

    Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan menyilang kaki adalah punca kepada varicose vein (pembengkakkan saluran darah).

    Untuk maklumat lanjut sila ke website berikut:

    http://www.womenshealth.gov/faq/varicose-spider-veins.cfm#B

    http://www.nytimes.com/2005/04/12/health/12real.html

    http://www.babyboomerslifechange.com.au/article/health-and-wellbeing/health-issues/1521-q-does-crossing-your-legs-give-you-varicose-veins

    ReplyDelete