rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Sunday, 28 March 2010

And The Award Goes To...

Amboih.. Mentang-mentang la sekarang ni demam ABPBH, kite komuniti blogger pon terjangkit demam jugak. Demam passing-passing award. Yang tak sangkanya, saya pon dapat gak. Terharu seh!

** Ermm.. Jap nak letak eye-mo kat mata (kasi efek nangis sket) and nak siapkan teks ucapan jap. **

"Walaupon rupamu tidak kukenal, tatapi lobang idong mu tatap menjadi POJAAN hatiku!!" (Seniman Bujang Lapok)

Macam tu la kita bloggers kan? Walaupon tak pernah jumpa, tapi makin lama kita kenal kat alam maya, nak pulak share share story kat blog, rasa cam makin close pulak.

** Err.. Ini tak termasuk teks ucapan eh.. **

Actually, tengkiu bebanyak pada Miss Rerama ngan Miss Elyn, sebab sedar jugak kewujudan saya dalam alam blog nih. (Errkk??!!)

Macam mana saya nak passing award ni ek? Rasa cam nak kasi kat semuaaaa followers, yakni kawan-kawan saya yang saya sayanggggg sangat! Terharu seh, saya sedar blog saya nih macam hampes tahap gaban, tapi anda SANGGUP jadi KAWAN saya. Adess! Rasa cam nak belanja eskrem kat anda-anda semua!

** Adakah ini teks ucapan saya? Err.. Hancuss! **

------------------------------------------------------------------------------------
Award 1


Ni dapat dari Miss Rerama. Saya ni entah generasi ke berapa yang di tag tak tau le. Tapi tu pun, kembang kempis jugak ar lubang idung saya sebab nama award ni macam award utama ABP je. Top Blogger 2010. Layak kah saya? Uhuk~


Award 2

Yang ni pon saya terima dari Miss Rerama. Memang tak serik-serik dia kasi saya award. Sayang rerama tau! Ehehehhe..


Award 3


Award ni dapat dari Miss Elyn. Baru saya perasan, Award ini bernama Beautiful Blogger Award. Cuba kenal pasti word BLOGGER tu.

Blogger = Tuan Punya Blog kan?

Rasa cam Elyn silap orang je kasi award ni. (Gurau ye Elyn!). Ntah masa bila saya ni 'beautiful'. Wuahhahaha..

But, anyways, saya anggap itu untuk blog la ek. Beautiful Blog Award. Ehehehhe..

-------------------------------------------------------------------

Well, syarat-syarat bila dapat award tadi tuh is to tag another blogger. Adoiyaii.. Ini la part yang paling paling paling susah! Saya nak kasi kat semua kenkawan saya! Ini siyes! (Dengan sound efek dari theme Wonderpet)

  1. Thank & link the person that gave you award.
  2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.
  4. State 7 things about yourself.


1. Sangat, sangat terima kasih pada Miss Rerama ngan Miss Elyn. Toche toche. Gracias. Thank you. Syukran. Bohot-bohot syukriya.

2. Actually untuk tag award yang first tuh, kena tag another 12 blogger. Yang second, tak kisah berapa pon. Anda yang third 15 orang. Ermm..

Saya ingat nak tag 8 orang la ek? Sebab no 8 ialah no jersi Kaka dalam team Brazil. (Err.. demam World Cup 2010! Hahaha)

* Kaka.. Sungguh ensem anda! * 


ParkAir : Saya suka komik anda. :D

avid gunner : Blog anda sempoi. Saya suka! :)

penyapu terbang : Blog anda pon saya suka. Ada ilmu untuk dikutip.

ustaz cahaya : Banyak info, knowledge dalam blog ni. Suka baca. (Tapi, saya selalu jadi silent reader je ye ustaz.. Ehehhehe..)

h.u.r.u.h.a.r.a : Awak rajin komen entri saya so terima lah award ini supaya hidup anda tidak huruhara lagi.. Ehehhehe..

Nabiel : Anda pon kadang-kadang rajin komen gak, so amek la award mana-mana yang anda nak. :D

Dan untuk kawan-kawan baru saya :

Langit Pertama

it's xania

Tambahan :
Err.. Ada permintaan dari rakan blogger yang sanggup di tag award, so saya dengan murah hati nak tambah lagi sorang dalam list tuh. Jadi 9 orang skang ni. Ehhehehe.. Tahniah untuk

suaidah : Sori ye tertinggal nama kamu.. Sila ambil award ini ye! :D

p/s : Ada sape2 lagi nak award? Sila bagitau, nanti saya tambah dalam list nih.. :)


3. Kontek blogger and bagitau. Hurm.. nengok la kalau saya rajin.. Errkk??!!

4. 7 things about saya:

no 1 : Saya sayang mak saya.
no 2 : Saya sayang adik2 saya.
no 3 : Saya suka makanan pedas. Lagi pedas lagi 'kick'.
no 4 : Saya tak suka orang baran.
no 5 : Saya suka no ganjil. Paling best no 9. 
no 6 : Saya sangat teruk subjek Geografi. I used to think Bali is in Thailand. *sigh*
no 7 : Saya seorang yang garang. Ehem.. :D


----------------------------------------------------------

yus cakap : Pada yang saya tak tag tu, bukan bermakna blog anda tak bagus, tapi saya yang tak bagus sebab tak larat nak tag semua! Teruskan berblogging.. Ada apa pada award? Huhuuhuhu~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 25 March 2010

8 Makanan Melawan Stress

Siapa la agaknya dalam dunia ni yang tak pernah stress kan? Err.. Bayi, kanak-kanak, kucing cumel dan yang sewaktu dengannya tak termasuk la ek.  

Selain dari mereka-mereka yang saya sebutkan tadi, semua pernah mengalami gejala stress. Start dengan jiwa kacau, pastu kalau tak dikawal akan menjadi stress dan seterusnya burnout. Kalau tak dibendung jugak, hurm, tempahlah batu nisan and booking la tempat kosong kat kawasan perkuburan Islam mana-mana di Malaysia ni.

Ehehehe.. Gurau saje. Jangan marah ek? Nanti lekas tua.  

Sebelum saya merepek lebih panjang, jom kita tengok 8 jenis makanan yang mampu melawan stress. Erm, mungkin mengurangkan stress sebenarnya. Saya dapat info ni dari encik Yahoo.


1. Coklat (Dark chocolate)

Selain dari tinggi kandungan flavanoid, yang mempunyai fungsi ‘penenang’, coklat juga mengandungi phenethylamine, satu bahan kimia yang berupaya merubah mood anda. Semakin pahit coklat yakni semakin dark coklat tu, semakin sihat lah ia. Dari segi kesihatan, kalau nak makan coklat sebagai diet seharian, makanlah coklat yang mempunyai kandungan koko 70% dan ke atas.


2. Susu rendah lemak

Minum segelas susu suam sememangnya dapat melegakan minda. Satu kajian menunjukkan wanita yang meminum empat atau lebih hidangan susu rendah lemak setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mengalami stress berkaitan PMS, berbanding mereka yang tidak atau kurang mengambil hidangan susu rendah lemak.


3. Bijirin oat

Karbohidrat dapat membantu penghasilan serotonin dalam badan. Serotonin ialah hormon penenang yang membantu melawan kerisauan dan kesan negative akibat dari stress. Hormon ni la yang menyebabkan kita lapar bila stress. Bukan tak boleh makan banyak bila stress, tapi kena pandai pilih makanan yang berkhasiat la kan? Bijirin oat kaya dengan fiber, so badan kita boleh absorb secara perlahan-lahan dan memberi kita rasa kenyang.


4. Tuna

Kajian menunjukkan omega-3 asid lemak dalam ikan seperti tuna dapat membantu mengurangkan stress dengan meningkatkan hormon serotonin dalam badan. Omega-3 juga mampu merencatkan hormon risau iaitu hormon kortisol dan adrenalin.


5. Kacang tanah

Kacang tanah mampu membantu mengurangkan tekanan darah dan amat sesuai untuk mereka yang bekerja kuat dan banyak mengguna tenaga (hormon adrenalin tinggi le katakan!). Banyak jugak kajian yang menunjukkan khasiat dan kelebihan kacang tanah sehinggakan US Food & Drug Administration mencadangkan pengambilan 1 1/2 oz (42.52 g) kacang tanah sehari. Err.. Macam melampau-lampau lak.. Kenyang ngan kacang je nanti. Ehehehhe..


6. Kuaci (Biji Bunga Matahari)

Sumber folat yang bagus, dapat menstimulasikan minda dengan penghasilan dopamine, yang memberi rasa kelegaan pada diri.


7. Bayam

Tau kenapa Popeye makan bayam untuk jadi kuat? Sebab dalam sayuran hijau macam bayam, kandungan magnesium nya tinggi, jadi ia meningkatkan daya tahan untuk melawan stress.

Popeye makan bayam untuk tak stress la. Kalau tidak camna nak lawan Bluto. Kan?


8. Bluberi

Antioksidan dalam buahan ini akan menentang hormon stress dalam badan. (Contoh hormon stress ialah hormon kortisol)

* Semua gambar ihsan Encik Gugel *


-----------------------------------------------------------

yus cakap : Buat entri pasal makanan ni lemah betol lar. Tetibe rasa lapar. Isk!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 24 March 2010

Atiqah Sweet Giveaway

Saya ni memang tak pernah serik. Masa syok-syok dok pusing-pusing Google Blog Update, ternampak le puleks satu kontes menarik ni. (Err.. Kontes kah?)

Menarik sebab senang sangat cara penyertaannya. Dan menarik jugak sebab tuan punya kontes ni nak kasi coklat! Bersinar-sinar mata saya! Macam terasa-rasa je nak makan coklat neh.

Tapi, saya takde la harap sangat. Saya memang jarang bernasib baik. Tapi macam saya cakap tadi, saya memang tak serik! Nak jugak try. Ish ish ish...

Apa lagi, jom la kita meriahkan hasrat murni insan yang nak kasi coklat ni. Cara penyertaan ada pada blog tuan giveaway. Ataupon klik je kat gambar coklat yang berwarna-warni lagi sangat memikat tu. Selagi belum tamat tempoh, cuba je la. Kan? Ehehhehe.

Tengkius ye tuan giveaway.




"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 23 March 2010

Bersalin Kulit

Ehem.. ehem..

Perasan tak? Blog saya dah bersalin kulit. Ehehhehehe..

Cesstt! Takde yang perasan? Heh. sedih saya tau. Uhuhuk.. (Versi ngengada sebentar.)

 * Blog - Eksesais Jari *

Setelah lenguh jari jemari saya menggodek encik gugel, merisik-risik template-template yang sesuai, akhirnya bertukarlah wajah blog saya sepertimana yang anda nampak dengan mata kasar anda sekarang. Puas jugak saya cuba dok fahamkan html la, segala macam, sebab saya sebolehnya nak kekalkan widget yang ada, just nak ubah background saje.

Memula berterabur jugak. Entah ke mana-mana hala perginya segala widget tu. Ada yang terbang sampai ke atas, ada yang terperosok sampai ke bawah. Ada yang lenyap terus tanpa dikesan.

Nasib baik semua tu dah setel.

Amacam wajah baru umah saya? Makin bosan ek? Skema? Nerd? Mature?

Ehehhehe. Saya senang tengok template yang baru ni. Simple. Tak berserabut sangat rasanya kan?

Macam saya la. Dah meningkat ke'dewasa'an ni, blog pon tak boleh la nak ke'tadika'an sangat dah. Kena mature sikit, ye dak?

Aje nye yeeer!

Anda komen la cemana rupa baru rumah saya lepas renovate ni. Nak jugak saya tau feedback dari kawan-kawan saya yang tersayang tentang umah saya ni. Kos renovate nya takde la mahal, cuma sedozen minyak cap kapak je.

Mau tak nye, dari petang tadi saya ngadap laptop ni, sampai dah nak termuntah dah rasanya! Nasib baik ada minyak cap kapak. Membantu melegakan kesakitan kepala dan loya-loya.

Errkk??!!

Oh yer, lagi satu. Ada ruangan 'rate' pos dan entri saya kat bawah nih. Sudi-sudikan la rate ye. Bukan susah pon. Tick aje mana yang berkenaan. Ala-ala nak mengundi gitu.

OK. That's all. Tengkius.



--------------------------------------------------------

yus cakap : Kan best kalau nak renovate rumah betol pon kos nya minyak cap kapak saje. Boleh renovate tetiap kali nak raya.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tag Yang Paling Susah Abad Ini

Setelah beberapa hari bercuti kat kampung, hari ni saya kembali mengadap internet. Waktu kat kampung saya jarang stay depan laptop sebab nak luangkan masa berkualiti bersama keluarga. (Errkk??!!)

Bila jenguk blog yang dah mula tumbuh sawang spiderman ni, ade lak 'jeritan' dari Miss Rerama menandakan waktu menjawab tag telah tiba. saya yang dalam mood bersemangat waja dan perdana, nak menjawab tag ni, mengadap la soalan-soalan yang tertera. Berkobar-kobar nak jawab ni!

Soalan first, second, senang yang amat. Kalau dalam exam, setengah saat je saya jawab ni. Masuk soalan 3, 4, 5 dan seterusnya, saya nangis tak berlagu dan tak berairmata! Giler susah nak jawab! Sori Rerama, akak tak dapat jawab soalan peksa gini. Susah yang sangat!

* Fail saya jawab tag ni. FAIL! *

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Sila jawab dengan jujur..


[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: Anak emak. Kakak kepada adik-adik.


[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: Kawan yang hampeh.Tanya lah pada yang pakar kalau tak caya.

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan:
1. Nak kawen.
2. Nak kerja baru.
3. Nak kawen.
4. Nak kerja baru.
5. Nak kawen.

lallalallalalaalaa~

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Err.. Ape ek?

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan: Haaa??

[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: Alamak!

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Aduhai!

[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: Errkk??!!

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: Wuaaaaa!

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Jawapan: Adeh!


p/s : 'Soalan' standard Tag 10 rakan tu, tobat saya taknak jawab. Sure takde yang sudi nak jawab kalau saya tag dorang pon. Heh!


-----------------------------------------------

yus cakap : Honestly, saya suka soalan dan jawapan no 3 tu. Sekian. Tengkius.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 22 March 2010

Marah

I really have made up my mind. I really have to go. This isn’t my place, anymore. I realized it now. I should have been realized this even sooner.


Ni ape kes lak speaking Mat Saleh nih? Dah buang tebiat nak mampos??

Well, saya marah ni! Saya kalau marah, saya speaking. Biar saya merepek meraban dalam bahasa omputih. Biar saya merapu berterabur. Biar sape pon tak paham. Saya sendiri pon tak paham ape saya merapu. Biarkannnn!

Saya cakap pasal keje ni. Mentang-mentang la selama ni saya wat rileks saje. Saya dianggap cam budus jer rupanya. Saya betol marah.

Marah sebab sekarang nampak dengan sebegitu jelas, bahawa saya memang di ‘underestimate’ oleh orang atasan. Maksud saya, oleh supervisor saya.

Even title ‘supervisor’ tu pun sebenarnya supposed to be there when I was in probation period only. Sekarang dah 2 tahun! Still saya masih mempunyai seorang supervisor! Macam hape jer!

Actually, itu tak kisah la. Small matter la. It’s just that, dulu saya taknak berfikiran negatif dengan fikir yang ‘beliau’ ni Gila Kuasa, tapi she’s really is! Huh!

Ada la insiden-insiden yang wat saya cakap gini. Tapi hari ni nampak sangat. Apa salahnya kalau saya yang deal dengan customer tu, since that particular customer ask for MY advise?

Saya refer pada ‘beliau’ sebab saya rasa better for me to see wider view, bagi la saya jawapan yang sepatutnya and let me settle with this customer. Apa salahnya kalau kasi saya chance untuk deal ngan customer, walaupon ini bukan directly my job scope.

Tak boleh gitu? Tak percaya ngan ability saya? Still anggap saya macam baru 2 bulan join company ni? Well hello!! At the very least, I was graduated from university tau!

** Tapi saya graduate local uni je la, tak macam ‘beliau’.. Manchester University ape ntah. **

Kok ye pon, janganlah buat macam saya ni SPM pon tak lepas!

Grrrr.. Marahnyeee!

* Tiada yang marah melainkan marah belaka. *

Ntah ar. Like I have said earlier, it’s better for me to go. She thinks she can handle EVERYTHING? Fine! Go on! Maybe you can, you are an optimist after all. Huh!

But I am a realist. I believe not all things we could control with our own naked hands. There’s just some thing in life that beyond our control, think about it!

Saya cuba untuk menghasilkan sesuatu yang baik dari perkara yang tak best, tapi sometimes, things aren’t that promising. Saya ni sedih actually, bukan marah. Saje je nak buang rasa sedih. Buat-buat macam marah. Errkk??!!

Saya akan berusaha cari kerja lain. Saya optimis bahawa suatu saat nanti saya akan tinggalkan jugak tempat ni! Mungkin salah saya jugak, tak reti nak tonjolkan kebolehan diri. Isk!

Ya Allah mudahkanlah urusan dan murahkanlah rezekiku. Amin.

(actually entri ni sepatutnya di post pd hari jumaat lepas. Tp ada masalah teknikal takleh post pd jumaat. And disebabkan rasa marah masih berbaki, saya post le hari ni.. huh!)


---------------------------------------------------

yus cakap : Hanya ada satu ucapan untuk 'beliau' ::

Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 19 March 2010

Koleksi Pemberita Berkepala Tiga (Spontan)

Alahaii.. Lagi-lagi Spontan. Lagi-lagi Spontan. Apalah saya ni. Tak de show lain ke??

Well, nak buat macam mana. Walaupon dah lama, tapi saya still suka sangat-sangat tengok Spontan. Nak-nak lagi segmen Pemberita Berkepala Tiga ni. Adoiiyyaaaiii!!

Giler spontan, giler lawak, giler kreatip! Leh release tensen beb! :D

So, saya tanak cakap banyak. Sini saya kongsi segmen Pemberita Berkepala Tiga yang saya kumpul-kumpul dari Youtube. Senang kalo nak tengok balik nanti. Ehehhehehe.

Ada yang tak suka Spontan? Alaa.. Layan je la ek? Best tau. Gelak je saya tak henti! Adesss~























--------------------------------------------------------

yus cakap : Kredit untuk youtube dan tuan punya video. Terima kasey sebab mengupload dan menceriakan hari saya dan rakyat Malaysia yang lain! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 18 March 2010

Mimpi Yang Tak Sudah

Hari ni saya takde mood. Start dari bangun tido tadi. Dah rasa mood hilang. Entah ke mana pergi. Tak tau.

Mungkin sebab mimpi semalam. Saya mimpi sorang makcik datang rumah sewa saya ni. Saya tak kenal makcik ni. Orangnya putih bersih. Pakai tudung putih. Baju kurungnya putih jugak, corak bunga kecik-kecik. Masa tu keadaan kat luar rumah hujan kot, kalau tak silap.

Dalam mimpi tu, saya tak kunci pintu rumah (in reality pon ini memang boleh terjadi, sebab kekadang saya tido kat ruang tamu rumah tanpa sedar saya sebenarnya tak kunci pintu! Isk!). Saya ingat dengan jelas, dalam mimpi tu, bukan saya yang bukak tombol pintu, tapi makcik tu yang bukak. Dah tu, dengan selamba makcik ni masuk and pegi ke toilet. Takde cakap pon nak pinjam toilet ke mende.

* Bukan ini makcik kejadian *

In my real life, saya tak suka sangat orang datang rumah sewa saya ni. Almaklum, bila dok sensorang ni, keadaan rumah macam orang bujang le kan? Faham-faham je lar.

Err.. Takde la berselerak tarak, cuma kurang kemas sikit. Ehehehhe..

Dalam mimpi saya tu pon, saya rasa a bit uncomfortable la bila makcik tu masuk and terus menuju ke toilet. Dah le tak cakap apa-apa. Saya cam terpinga-pinga je kat pintu rumah.

Abes guna toilet dia keluar. Senyap jugak. No words came out from her mouth. Kot la nak kutuk rumah saya, mana tau kan?

Tapi tak. Dia pandang saya, senyum, and ntah masa bila wujudnya, tetibe je ada sorang lelaki kat luar rumah tengah tunggu nak bawak makcik ni balik. Mungkin anak dia. Sebab cam muda lagi. (Wuahahhahaha.. sempat lagi saya nak menggatal dalam mimpi ni!)

Actually, saya tak tau apa kesudahan mimpi tu. Sebab saya terjaga.
 * Takut je kalo makcik tu muncul betol-betol.. Errkk??!! *

Saya cuma takut satu jer. Déjà vu.

Saya selalu alami déjà vu.

Macam mana kalau benda ni betul-betul terjadi satu hari nanti? Macam mana kalau saya tak kunci pintu and tengah sedap-sedap layan tenet, or even worse - tengah tido, tetibe makcik ni muncul dan dengan selamba menerjah masuk ke dalam rumah? Wuaaaa.. Menyeramkan!

Makcik wat saya takde mood je makcik!


-----------------------------------------------

yus cakap : Oh makcik, janganlah kau muncul dalam kehidupan realiti ku!!! Saya seram makcik, siyes!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 17 March 2010

Cinta Panadol

“Kak.. Kesian tau kawan saya..”

Tiba-tiba saya dapat satu ‘chat message’ dari teman Facebook, Cik Senah (bukan nama sebenar) waktu saya menggodek-godek kuiz fesbuk yang bogie gedebass semalam.

Pelik jugak. Pehal tetibe kesian ngan kawan dia, and bagitau kat saya?

“Kenapa ngan kawan kamu?” Saya balas message tu. Rasa macam cikgu kaunselor pulak. Uhuuhuhuk~

“Dia baru tau boifren dia curang.”

Ooo.. pasal cinta rupanya. Ehem.. Saya takde pengalaman dalam cintan-cintun nih. Makan megi Cintan pon tak gemar, ini pulak nak libatkan diri dalam bab ni. Fail saya!

“Kak.. kalau makan panadol lebih dari dua bijik bahaya tak?”

Uikz~

Saya sengih sensorang. Kenapa kalau orang frust je dikaitkan dengan panadol? Macam dalam tv jer..

“Untuk orang yang antibodinya kuat, tiga empat bijik takde hal. OK lagi. Tapi kalau orang normal, lebih dari dua bijik tu kira bahaya gak.”

Nak nak lagi orang macam saya. Makan sebijik pon dah ting tong! (Saya tak suka makan ubat!)

“Jangan cakap dia amek sepapan dah le..” Risau jugak. Orang yang sedang mengalami gangguan emosi ni senang je nak bertindak gila. Diorang tak fikir panjang dah. Fikir, nak lari dari kesedihan yang dialami. Even worse, mungkin fikir dah tak guna hidup lagi dah. Fikir nak jadi malaikat maut pada diri sendiri je.

Perbualan terhenti kat situ. Mungkin Cik Senah tengah calling-calling kawan dia tu. Entah le. Prihatin Cik Senah ni.

Saya pon sambung main kuiz kat fesbuk. Saya rasa kuiz kat fesbuk ni semua saya dah buat. Macam dah boleh agak jer soalan-soalan dia. Huh! Takde thrill la..

“Kak..” Satu message masuk dari Cik Senah. “Dia dah telan sepapan panadol pon!”

Errkk??!!

Astaghfirullah al azim! Saya beristighfar dalam hati. Terkejut tahap gaban le jugak!

Saya tak sangka jugak sebenarnya. Selalu tengok dalam tv, kalau frust je telan panadol sepapan. Ingatkan saya hanya dimomokkan dengan adegan 18SG dalam tv je, rupa-rupanya benda ni masih ada terjadi.

“Dah lama ke diorang kapel?” Saya risik-risik.

Nampaknya perempuan tu macam terlalu sayang sangat kat boifren dia, sampai nekad nak ‘membunuh’ diri camtu.

“5 tahun. Tu yang frust giler tu.”


Cinta – Kapel – Panadol ?



Sampai sekarang, even ahli falsafah paling glemer dalam universe pon belom jumpa maksud sebenar CINTA ni. Love is undefined.

Menurut thefreedictionary.com, cinta itu;

“A deep, tender, ineffable feeling of affection and solicitude toward a person, such as that arising from kinship, recognition of attractive qualities, or a sense of underlying oneness.”

Dikatakan jugak cinta itu;

“A feeling of intense desire and attraction toward a person with whom one is disposed to make a pair; the emotion of sex and romance.”

Bagi saya semua ni tipu jer. Definisi sekadar cukup syarat jer. Nak bagi cukup entri dalam kamus. Tu jer.

The emotion of sex and romance?

Merepek!

Cinta pada Rasulullah. Cinta pada Islam. Cinta pada Allah.

Mustahil dapat digambarkan dengan sebijik ayat ‘the emotion of sex and romance’ tu!

Nauzubillah!

** Nampak tak, ini yang diterapkan oleh omputih dalam pikiran masyarakat. Cinta = sex = romance = kapel. Hoh! **


Sememangnya, setiap orang ada definisi cinta yang tersendiri. Mungkin cinta sebagai pelengkap hidup bagi seseorang. Bagi seseorang yang lain, cinta mungkin sebagai ‘nadi’ kehidupan dia. Takde cinta, dia boleh mati! Errkk??!!

Ada yang kata, cinta ni macam bayang-bayang. Makin kejar, makin tak dapat. Ada cakap cinta macam makan mangga, masam-masam manis. Ada jugak cakap, yang tak pernah bercinta, tak tahu makna cinta tu.

Macam-macam la.

Yang nyatanya, cinta itu subjektif. Terpulang pada individu sendiri. Tafsirlah macam mana pon, tapi jangan asingkan dan pinggirkan agama dengan tafsiran anda tu. Bila agama dipinggirkan, macam-macam jadi.

Bagi saya, cinta tu anugerah. Anugerah dari Allah untuk hamba-hambaNya.


Allah pemilik segala cinta. Dia Yang Maha Menyayangi. Lalu, Dia ‘pinjam’kan kita dengan secebis dari sifatnya tu. Diberinya kita hadiah yang dinamakan ‘cinta’.


"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya ..... " (Surah Al-Maidah : Ayat 54)


Bila kita diberi ‘pinjam’ rasa cinta oleh Allah, maka wajar tak kalau kita balas pemberian Allah tu dengan rasa cinta kembali kepadaNya? Patut tak kita bersyukur dengan hadiah yang dipinjamkan ni? Sebagai tanda terima kasih, sepatutnya la kita meletakkan cinta kepada Allah dan rasulnya ni di tempat yang pertama. Betul tak?

Saya selalu ingatkan kepada diri sendiri, first, cinta pada Allah yang Maha Pencipta, maka cinta makhluknya akan tiba.

Sabda Nabi s.a.w:

“Belum sempurna iman seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain.”

Cinta tu wujud dalam hati. Cinta bukan ditunjukkan dengan aktiviti berkapel. Cinta tak perlu ditunjukkan dengan aktiviti ‘ringan-ringan’ antara bukan muhrim. Cinta bukan ditunjukkan dengan kata-kata;

“Sayang sayang, sayang sayaaaaaang sayang. Sayang, sayang sayang?”

** Kata-kata ni popular yang amat satu waktu dulu. Macam hampagas! I mean, what the heck???!!! **

Lainlah kalau dah kawen. Kan?

Berbalik pada kes makan panadol sepapan sebab pakwe dia curang tu. Kenapa jadi macam tu? Macam la sedap sangat panadol tu kan? Lebih baik telan coklat Cadbury sedozen. Lagi best!

Pada saya, simple.

Bila cinta pada manusia diletakkan paling atas, melebihi cinta pada Allah, makanya, rasionaliti diri akan mudah lenyap saat cinta tu ditarik oleh Pemilik Segala Cinta.

Hoho.. Puitis huh?

OK. Bayangkan kita pinjam sebatang pen dari sorang member. Member ni dah pesan dah,

“Pen tu bukan aku kasi terus. Aku kasi pinjam je.”

Kita pon setuju. Lama-lama guna pen tu, kita jadi sayang. Mana pegi pon bawak. Kunun-kunun pen bertuah la. Sayang benar le ni. (Ada ke yang sayang pen sampai gini? Ah.. Gasak le)

Satu hari, member (tuan punya pen) nak mintak balik pen dia.

Kita yang dah jatuh sayang pada pen tu mula memberontak. Nak telan panadol. Nak terjun banggunan. Nak kerat urat nadi! Sayang sangat kat pen ni! Sebab pen tu dah lama kita guna. Dah jadi macam hak kita. Tak kire tak kire! Taknak bagi balik pen tu!!

The thing is: Apa hak kita nak marah? Apa hak kita nak defend yang pen tu milik kita? Bukan kah memang dah sah-sah pen tu ‘dipinjamkan’?

** Exaggerate giler-giler punye! Sebab pen je sampai nak terjun banggunan.. Uhuhuhuk **

Itu sekadar analogi nya.

Apa hak kita untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita?

Penyelesaiannya mudah. Kembali pada Allah. Ingat, bahawa segala yang dipinjamkan boleh ditarik balik sekelip mata saje. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu, apa yang pernah diberi tu tak baik untuk kita. Sebab tu Dia tarik balik. Mungkin diberi kita rasa sikit ‘kepahitan’ tu sebab kifarah dosa kita jugak. All in all, kalo kita sabar, kita yang dapat pahala.

Yang penting.. Muhasabah diri balik.


“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 216)


Bukan jaminan
Myspace Love Graphics Quotes
Walau berapa punya rapat, sayang, cinta, caring, (whatever word yang mungkin la) anda pada pasangan anda, itu bukan jaminan dia akan kekal dengan anda sampai bila-bila.

Sedangkan yang kawen pon boleh bercerai-berai, ini pulak yang sekadar diikatkan dengan ikatan ‘cinta’. Langsung tak terjamin!

That is why, bersederhana. Kalau Allah temukan anda dengan seseorang sebagai ‘kekasih hati pengarang jantung’, bersyukur dengan pemberiannya tu. Sebaiknya, terus je ikat dengan ikatan yang sah.

Kalau tak mampu nak nikah lagi, sebab study lagi ke, or kewangan tak stabil, atau takut langkah bendul (ehehehhe), ikutla garis panduan yang Allah tetapkan.

Tak perlu nak ‘memberi sepenuh hati, jiwa dan raga hanya padamu’ bagai. Karut marut je tu! Simpan rasa sayang dan cinta pada diri sendiri.

Be realistic. Tak semestinya kekasih tu akan jadi suami/isteri kita.

In fact, ada ke benda yang pasti dalam dunia ni selain mati? Nak terkencing pon kita tak dapat agak tau!

Just because certain thing happens follow the same routine each day, doesn’t mean it would continuously happen exactly the same the next day.

Haa.. Amek kau. Bila saya dah speaking English, Mat Salleh pon belom tentu paham. Bahasa tinggi tu! Wuahahhaha..

Untuk yang frust tu, fikir lah dengan tenang. Jangan biar syaitan menguasai diri. Banyakkan bersabar.


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 45)


Just ingat, lebih baik anda dapat tahu kecurangan dia sekarang masa ‘kapel’ daripada nanti masa anda dah kawen beranak pinak. Lagi sakit hati masa tu.

Terima dengan redha. Mungkin yang lebih baik menanti di hadapan. :)


“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?” (Surah Al-Baqarah : Ayat 106)


--------------------------------

yus cakap :  Mana lagi sakit? Mengingati someone yang pernah mencintai kita, atau mencintai someone yang tak pernah langsung mengingati kita?
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 16 March 2010

Top 50 : Kesilapan Ketika Temuduga

Saya teringat masa abis study dulu, tahun 2007. Sebelum tibanya hari konvo, saya ada lebih kurang 4 bulan ‘kosong’. So, saya yang tak boleh duduk diam tanpa duit masuk, try pegi cari keje part-time. Cari punya cari, sampai pada satu iklan.


“Klinik Nur Suci”  
(bukan nama klinik yang sebenar) 

 - Jawatan : Kerani
- Perempuan
- Sanggup bekerja lebih masa
- Boleh berkomunikasi dengan baik
- Kelayakan : Minimum SPM


Macam layak je. Saya pon apply. Dipendekkan cerita, boleh la dikira nasib saya baik, doktor ada masa tu, terus gi interview.

Nasib baik semua sijil termasuk sijil SPM, sijil matrik, sijil surat beranak, sijil mengaji Quran, sijil dapat No 1 dalam kelas tajwid, sijil tamat sekolah, sijil tamat tadika, sijil kokurikulum yang sebijik terkontang-kanting tu semua saya angkut, so yakin je la saya masuk gi interview.

Tapi, keyakinan saya tu takde maknanya! Satu soalan doktor tu yang saya tak dapat lupa, dan sepanjang saya interview kerja, tak pernah ditanya oleh mana-mana tukang interview atau majikan lain ialah;

“Hafal surah Yasin tak?”

Errkk??!!

Perlukah saya menipu untuk dapat keja tu? Perlukah saya mengaku kekurangan saya yang sebenarnya tak hafal Surah Yasin (sekadar ingat je, maksud saya kalau dengar someone baca, saya boleh la nak sambung tanpa tengok Quran, tapi kalau nak hafal sekali dengan tajwid and panjang pendek harkatnye, saya belum mahir lagi)? Perlukah saya ngaku semua tu???

Saya jawab;

“Saya belum hafal dengan sempurna lagi Surah Yasin. Sikit-sikit boleh la.”

Agak malu saya masa tu. Muka merah macam ketam kena bakar tengah panas!

Kalau la ditulis kat requirement “Mesti kena hafal surah Yasin”, mungkin saya fikir dua ploh empat kali sebelom nak apply keje tu. Ehehehhe..

Resultnye? Saya tak dapat keje tu. Lallalalallala~

Oooppss!! Saya dah tersasar. Actually, saya nak kongsi pasal Top 50 : Kesilapan Ketika Temuduga. Melalut lak wat drama sebabak di atas. Hoh!



Ini dia antara kesilapan-kesilapan tersebut. Jom kita ushar tengok! :D

1. Sampai lambat.

2. Sampai terlalu awal. (dee, masalah jugak ek??)

3. Menyalakan rokok, atau berbau rokok.

4. Mengutuk abis-abisan bos anda yang lepas.

5. Menipu tentang bakat/pengalaman/pengetahuan anda.

6. Pakai pakaian yang tak kena dengan kerja yang dipohon.

7. Lupa nama orang yang interview anda tu.

8. Pakai terlalu banyak perfume atau krim lepas shaving. (Uhuhuhuuhuk~)

9. Pakai rayban.

10. Pakai segala jenis earfon, atau Bluetooth punye earfon tu, dan lain-lain alat telinga.

11. Tidak buat research tentang jawatan/syarikat tersebut.

12. Tidak menunjukkan minat.

13. Tanya tentang faedah dan bonus (gelojoh).

14. Bertanya tentang peningkatan gaji.

15. Tak mampu terangkan kelebihan dan bakat anda masa ditanya.

16. Tak mampu jawab soalan femes; “Kenapa anda layak untuk jawatan ni?”

17. Tak bawak resume/salinannya.

18. Gagal untuk ingat apa yang anda tulis dalam resume.

19. Terlalu banyak soalan.

20. Tak bertanya langsung.

21. Tak bersedia.

22. Gagal mendengar dengan baik apa yang ditanya.

23. Bercakap terlalu banyak.

24. Mengganggu tukang interview.

25. Tak mengikut prosedur.

26. Menguap.

27. Duduk dengan postur yang terlalu ‘rileks’.

28. Bawak kawan, atau mak masa interview. (Uikz.. tak boleh rupanya! :D)

29. Kunyah chewing gum, gigit pen, main rambut.

30. Ketawa dengan kuat, terkekeh-kekeh, berdehem.

31. Menyebut perkataan-perkataan 'maut': “Err.. tau tak?”, “Well…”, “Urrmmm..”

32. ‘Borak’ atau kata lain menipu banyak sangat.

33. Tanya toilet kat mana pada interviewer.

34. Terlalu jujur.

35. Berjabat tangan dengan lemah, atau terlebih bersemangat.

36. Takde eye-contact.

37. Duduk sebelum disuruh.

38. Marah atau terlalu membela diri.

39. Complain yang anda menunggu lama untuk diinterview.

40. Complain tentang segala-galanya! (Ngeeee~)

41. Bercakap biadap.

42. Terlalu tunjuk nervous anda.

43. Melebih-lebih explain tentang kerja anda yang lepas, dan kenapa anda nak kerja lain.

44. Terlalu bergurau.

45. Nampak terlalu desperate sangat nak kerja tu.

 * Selain dari audition nyanyian, janganle sumbangkan suara yang sumbang. *

46. Selalu tengok jam.

47. Terlalu banyak cerita.

48. Kedengaran seperti berlatih bercakap masa diinterview.

49. Henfon tak off.

50. Gagal untuk menjawab masa interviewer tanya: “Ada apa-apa soalan / Ada apa-apa yang anda nak tau?”


p/s : kalau dah elakkan semua ni, tapi still tak dapat, takde rezeki la nooo?? Fahamkan yang tu yee.. :D


------------------------------------------------

yus cakap : Ade lagi sesapa nak tambah list tu? Biar cukupkan seratus TOP 100. Uhuhuuhuhuk~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 15 March 2010

Langkah Bendul

Masa saya tengah basuh keta petang tadi, di tengah kepanasan yang melampau, adik saya si Linda tetibe tanya;

"Hang rasa kalau rumah kita ni nak renovate, berapa kos ek?"

Saya yang kebingungan ala-ala kucing lapar di tengah panas, pandang ler muka dia ngan agak kehairanan. Apesal pulak tetibe dia tanya gini? Tapi memang dalam plan saya, nak renovate rumah kitorang. Sebab dah usang dah sekarang. Nak-nak lagi kitorang dah berapa bulan tak balik rumah, stay rumah nenek.

Cuma kalau saya nak basuh keta, baru saya balik rumah. Ntah ler. Selesa basuh keta kat rumah sendiri. Ehehehe.. Agak terserlah ke'pelik'an saya di situ kan? 

Soalan dari Linda tadi saya balas dengan jawapan yang saya sendiri tak pasti.

"Maybe dua tiga puluh riban gak kot."

Bila saya teringat rakan sekerja saya yang renovate rumah dia menelan hampir RM50k, saya wat correction pada statement tadi.

"Err.. mungkin lebih. Lima puluh ribu pon mungkin." Kata saya, agak yakin kali ni. 

"Aduh.. Macam mana ni ek? Boleh ker kita nak renovate rumah nih dalam masa yang terdekat? Kena wat loan ke eh?"

* Ensem nye kalu rumah saya macam ni.. Errkk??!! *


Saya agak kehairanan jugak dengan Linda ni. Dia bukan pernah bercakap hal-hal kewangan dengan serius macam ni. Almaklum, dia selalu anggap dia tu bebudak lagi, yang tak perlu tau cara-cara pengurusan kewangan secara berhemah, ape lagi nak wat loan-loan bagai.

Mesti ada sesuatu ni... Hurrmmmm~

Saya terus wat selamba ya ya jer.

"Boleh jer. Kalau nak wat loan, bukan susah. Aku leh apply, tapi kalo hang apply lepas jadi cikgu nanti, lagi mudah, sebab gomen. Sekelip mata je approve."

Entah betul entah tidak kata-kata saya tu, saya pon tak pasti. Tapi, setahu saya gitu le realitinya. selalu saya baca dalam internet, or experience kenkawan saya.

Melihat wajah Linda yang semacam konfiden ngan kata-kata saya, saya taram lagi;

"Rasanya better cari kontraktor mana yang nak buat dulu, in the meantime, apply loan, bila approve, terus buat jer."

Semua ni saya taram jer. Saya sendiri tak pasti tahap kesahihannya. Wuahahhaha..

"Dalam dua tiga bulan boleh siap ker?"

Errkk??!!

Serius dak Linda ni. Saya diam dulu. Sambil perah kain yang saya guna untuk basuh keta tu, saya kerling kat dia.

"Aku kalau boleh nak cepat ni. Aku ingat nak tunang hujung tahun ni. Kawen tahun depan. So, kena la renovate rumah. Takkan la nak wat kat rumah usang gini."

Haaa! Kan saya dah cakap. Mesti ada sebab dia sebegitu serius. Tak sia-sia saya menselamba badakkan diri saya tadi. Reverse psychology beb!

"Rasanya boleh. Paling lama mungkin 5 bulan. Rumah Awin (bekas rakan sekerja saya) dulu renovate dalam lima bulan gak ar." Saya masih dalam nada selamba.

Linda mencangkung sambil menahan dagu. Saya lap peluh. Panas serr! Nasib baik keta kecik, kalo keta besar, mau banjir ngan peluh saya nak membasuh dalam cuaca panas-panas gini.

"Weh, hang serius ker ni? Aku bukan memain tau nak renovate rumah ni." Linda jerkah saya yang tengah lap cermin depan keta.

"Aku lagi tak suka memain bab-bab duit ni." Kata saya.

Saya tengok Linda tengah kuis-kuis rumput kat depan dia. Masa tu (masih mengekalkan keselambaan) saya tanya;

"Bila hang nak tunang tu? Sapa calon?"

Linda tersengih-sengih cam kerang busuk.

"Aku tak tau la. Entah jadi entah tak. Kalau boleh hujung tahun ni lar."

"Sapakah?"

"Eh.. Entah la. Tak de sapa la. Aku main-main jer."

Hoh.. tipu. Macam la saya baru kenal dia sehari dua. Boleh blah ar!

"Aku tak kisah kalau hang nak kawen dulu. Langkah bendul pon aku tak kisah. Kalau dah jodoh hang sampai dulu."

Linda diam je masa saya cakap gitu. Hurm.. Betulla tu. Ada la tuu.. (Cesstt! Nak rahsia ngan saya ye! Jagalah kamu! Akan saya korek sampai ke lubang cacing!)

Personally, bagi saya, adat langkah bendul semua ni ngarut saje. Kalau dah jodoh si adik sampai, buat apa nak menyiksa bakal suami si adik tu dengan taruk hantaran serba satu la, serba lapan segala? Kan ke nabi pesan suruh mudahkan urusan pernikahan tu.

Pastu saya dengar, ape ntah alasan kena kasi hantaran serba satu tu. Konon-konon taknak si kakak 'terasa hati' sebab adik kawen dulu.

Hoh! Takde maknanya! Kalau si adik taknak kakak dia terasa hati, tolong la cari calon abang ipar tu. Lagi bagus dari kasi hantaran serba satu. Uhuhuhuhuk~


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : Ayat 21)


--------------------------------------------

yus cakap : Mentang-mentang la cuti sekolah dah start, semua pon asek wat kenduri kawen saje. Entah bila giliran saya. Wuawuawuawua!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 11 March 2010

10 Fakta Black Holes

Sedang saya godek-godek incik Gugel, entah camna tetibe je saya taip ‘black holes’ kat ruang Search Google tu. Dah lama rasanya tak taram entri sains ni. So kali ni meh la kita rileks-rileks baca tentang black holes. Sambil-sambil tu kita ushar-ushar bintang kat langit tu. Indah kan ciptaan Tuhan?

Dulu masa sekolah, saya suka subjek Sains, dan tajuk yang paling saya suka mestinya bab Galaksi dan Bima sakti. Best tau! Sebab kalau diperhatikan betol-betol, semua yang Allah jadikan, di langit dan seluruh cakerawala ni ada peranan dan ‘tugas’ masing-masing.


“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.” (Surah Ar-Rum : Ayat 30)


OK. berbalik pada entri. Err.. Black hole dalam BM apa ek? Aisey! Taknak la tulis dalam BM Black Holes ni. Saya guna English term la ek? Cam pelik jer kalo translate kan. Jadi Lubang.. ah.. whatever!

Bintang-bintang di alam galaksi ni yang mempunyai saiz 10 hingga 15 kali ganda dari Matahari, secara umumnya akan bertukar menjadi black holes. Bintang yang kecik-kecik pula selalunya akan ‘mati’ sebagai bintang kerdil atau bintang neutron (neutron stars).

So, macam mana bintang besar boleh jadi black holes?

* Black Hole *

Bila bintang mula semakin tua, mereka berkembang secara gradual (selaras) dan perlahan-lahan mula kekurangan kandungan hydrogen dan helium. Situasi ni akan menyebabkan proses ‘pengecutan’ pada bahagian dalam bintang tu, tapi pada masa yang sama bahagian luar bintang ini akan semakin berkembang. Makin lama, bahagian dalam akan makin sejuk dan kurang terang sementara bahagian luar makin berkembang. Fasa ni dipanggil Fasa Red Giant.

Pada masa ni, jisim bintang ni ialah 3 kali lebih besar dari Matahari dan ia akan mengalami satu ‘letupan’ yang dinamakan supernova. Dengan tu, akan berselerak la segala bintang ke galaksi akibat letupan ni.

Hasil dari letupan ni, terdapat bintang-bintang kecik yang berselerak, begitu jugak bintang-bintang besar. Bintang besar ni mempunyai tarikan gravity yang sangat kuat lalu membentuk seolah-olah satu pusaran di tengah-tengah bintang besar itu. Semua matter yang ada dalam pusaran bintang ni akan semakin mendekati antara satu sama lain, semakin dekat disebabkan tarikan graviti di bahagian tengah pusaran ni yang sangat sangat kuat! Tarikan graviti ini sangat kuat sampaikan kalo ada matter (gas, batu batan, meteoroid, segala macam) yang masuk takkan dapat keluar balik. Even, cahaya pon tak dapat melepasi ‘event horizon’ (garis pemisah black hole dengan galaksi) bila dah masuk ke dalam. Sebab tu la ia dinamakan black hole. Sebab memang gelap gelemat dalam tu! (Dapat bayangkan tak?)

So bila semua matter masuk ke dalam black hole, ni akan meningkatkan jisim bintang tersebut, tapi dengan graviti yang sangat kuat semakin ‘mengecutkan’ ruang tengah bintang menyebabkan volume atau isipadu bintang tersebut menjadi sangat kecik, sampai la ke zero.

Macam yang kita belajar Fizik dulu, bila volume zero, meaning that ketumpatan atau density objek akan menjadi semakin besar mencapai ke infiniti! Akibatnya, tarikan gravity makin kuat, dan ia akan ‘menyedut’ semua bintang-bintang kecik yang terserak dari letupan supernova tadi menyebabkan bintang-bintang kecik ni semakin pudar lalu hilang dari galaksi! (Bayangkan ia seperti vakum ye adik-adik.. Ehehhehe..)


“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?” (Surah Qaaf : Ayat 6 – 7)


Ini dia 10 Fakta Tentang Black Holes, jom kita teropong tengok!



1. Dianggarkan terdapat black holes yang sangat besar di tengah-tengah galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (The Milky Way). Lubang ini mungkin mempunyai jisim 10 hingga 100 billion kali lebih besar dari Matahari!

2. Walaupon kuasa tarikan gravity black holes sangat kuat (kuasa menyedut yang tinggi), tapi ia tak mampu nak absorb seluruh universe ni. Planet, cahaya dan matter lain yang menghampiri ‘event horizon’ masih boleh ‘diselamatkan’ selagi tak masuk ke dalam pusaran tu. Kalau dah ‘ter’ masuk dalam pusaran tu, matter tersebut perlu mempunyai kelajuan lebih pantas dari cahaya untuk keluar. Sebab tu cahaya yang masuk dalam pusaran tu, tak mampu keluar! (Gelapnyaaa kan?! Errkk??!!)

3. Cygnus X-1 merupakan black hole yang terletak sejauh 8000 tahun kelajuan cahaya dari planet Bumi. Ini merupakan black hole yang paling dekat dengan Bumi.

4. Hanya bintang besar je mampu jadi black hole ni. Hanya bintang besar je yang cukup besar untuk di’compress’ kepada jejari Schwarzschild.

5. Terdapat beberapa black holes yang wujud dalam system bintang binary. Bintang-bintang yang berjiran dengan black holes semua akan disedut (volume mengecut) ke dalam black holes sampai bintang-bintang kecik ni betol-betol hilang dari galaksi.

6. Disebabkan cahaya tak boleh escape dari black hole, makanya ia tidak dapat dilihat secara langsung. Sebaliknya, saintis menggunakan kewujudan matter yang disedut tu yang berpusar di keliling black hole. Selalunya matter ni terdiri dari gas dan debu yang akan beradiasi dan boleh di detect.

7. Fenomena matahari yang dikatakan akan menjadi black hole tidak akan jadi kenyataan sebab matahari tak cukup besar untuk menjadi black hole. Bagaimanapun, matahari akan ‘mati’ dan menjadi bintang kerdil atau neutron star.

8. Bahagian tengah black hole ni kosong. Takde apa-apa. (Void of time and space)

9. Galaksi eliptikal yang besar dalam jaringan bintang-bintang Virgo, dianggap sebagai black hole yang paling besar. Ia 3 billion kali ganda lebih besar dari matahari!

10. Semakin besar black hole tu, semakin kuat la ia menyedut.


Semua ni adalah tanda-tanda kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa. Dia lah Yang Maha Berkuasa mencipta alam yang indah nih. Tak tahukah kita untuk memerhati dan mensyukuri serta mengagumi kekuasaanNya?


“Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah Faathir : Ayat 41)


“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” (Surah Yasin : Ayat 38 – 40)


--------------------------------------------

yus cakap : Jangan hanya lihat, tapi perhatikan dan hayati. Jangan hanya kagumi, tapi syukuri. Subhanallah. Subhanallah.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 10 March 2010

Jiwa Kacau

Taip – delete – taip lagi – delete lagi – dan taip lagi – dan delete lagi - .....

Susah betol kalau diri berada dalam situasi jiwa kacau ni. Sampah. Hampes. Busuk!

Biasanya kalau takde idea nak update blog, saya just pusing-pusing blog orang lain, tapi sejak semalam dan dua tiga hari sebelum ni, saya memang sangat tak larat nak jalan pusing blog orang. Ada jugak la jalan, tapi seperti yang saya dah cakap kat entri saya yang lepas, saya jadi silent reader jer. Bisu menaip.

Kemungkinan paling besar yang saya mampu buat dalam keadaan jiwa kacau ni ialah melayan ‘adik-adik’ kat YS.



Ataupon layan kuiz kat FB.



Mungkin jugak layan forum kat GB.



Nak mengupdate blog dalam keadaan macam ni? Memang tak kuasa la saya! Daripada merepek meraban tak tentu pasal, lebey baik saya biar jer blog saya ni tersadai dan dipenuhi sarang spider. Uhuhuhuuhuk~

Tapi saya taknak biarkan blog ini terus tersadai tanpa tuan. Tak best la kalo orang datang jenguk asek entri yang sama jer kat page depan. Ape kes?? Dah mampos ke ape tuan blog nih? Errkk??!!

Syukurlah sekarang dah ada ‘rasa’ nak update blog. Ehehehhe. Idea datang dari keadaan jiwa kacau saya sejak beberapa hari ni la.

See. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan? Yang penting, kita sebolehnya kena tahu dan belajar cara memanipulasi keadaan supaya tak menjejaskan kredibiliti kita sebagai makhluk Tuhan (paling seksi? Oh tidak), yakni insan / manusia yang diberi akal fikiran oleh Allah.


"Ketahuilah dengan zikrullah (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd : Ayat 28)


Baik. Entri kali ni berkisar tentang ‘jiwa kacau’. Apa tu jiwa kacau? Wujud ker word ni dari aspek kesihatan? Ada research tentang ni ker?

Dari pembacaan rambang saya tentang kes ni, inferens yang saya dapati ialah jiwa kacau bolehlah dikaitkan dengan Mental Breakdown (Nervous Breakdown) (MB/NB) dalam bahasa omputihnya.

Bukan sakit mental ye! (Tapi mungkin lebey kureng kot.. )

Seperti mana perkataan ‘jiwa kacau’ yang tak wujud dalam arena perubatan, macam tu jugak word Mental Breakdown nih. Kalau pegi cari kat dalam journal kedoktoran, tak jumpa word ni.. :)

Menurut wisegeek.com

“(MB) can apply to many different situations in which someone begins to exhibit symptoms of different mental illnesses, or heavy emotional stress.”

Maksudnya : Keadaan ini berlaku dalam pelbagai situasi yang berbeza, di mana seseorang mula menunjukkan simptom-simptom ‘sakit’ mental, atau stress emosi yang melampau.

Macam serius je dengarnya kan? Takde la seteruk tu sebenarnya. Ada tahap-tahap keseriusan nya.

Menurut Dr Daniel K. Hall-Flavin, MD, psykiatris di Mayo Clinic, terma MB (NB) ni digunakan untuk seseorang yang mengalami gangguan emosi, yang menyebabkan dia tidak dapat melakukan rutin harian secara normal. Selalunya, keadaan ini merujuk kepada satu tahap depresi (tensen).

Antara tanda-tanda seseorang mengalami keadaan Mental Breakdown, atau Nervous Breakdown (atau bahasa kampung saya jiwa kacau) ni ialah :


- tak berminat melakukan tugas harian

- kepenatan atau keletihan yang sangat

- sering menangis

- perubahan corak pemakanan

- gangguan tidur

- mempunyai masalah menumpukan perhatian dan membuat keputusan.



Amacam? Ada tanda-tanda tu? Ahaa.. Tak tahuu!

Kadang-kadang kita rasa kita sihat, padahal kita sebenarnya ‘sakit’.

Bahaya sebenarnya keadaan ni. Sebab bila kita tak tahu yang kita sakit secara emosinya, maka kita cenderung untuk tidak menghiraukan rasa sakit tu. Akibatnya, kita semakin stress, dan tidak dapat mengawal perasaan sendiri.

Macam apa yang saya alami baru-baru ni la. Tapi, saya takde la sampai sering menangis tu, just moody saje. Nasib baik saya cepat dan sempat pulang ke pangkal jalan. Wuahahhaha..

Sebenarnya keadaan Mental / Nervous Breakdown ni, ada rawatan-rawatan tertentu untuk mengelakkan ia dari berlanjutan. Tapi, untuk orang-orang normal macam kita (ye, saya dan anda ler), rasanya takde la sampai tensen melampau or stress giler babeng tahap nak bunuh diri kan?

That is why, kita kena selalu check diri sendiri. Sihat ke tak aku nih? Emosi stabil ke tak?

* Ngeeeee~ *

Kalau rasa ada tanda-tanda menuju ke ‘sakit’ emosi ni, bawak-bawak la bertenang. Ingat Tuhan. Buat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Libatkan diri dengan perkara positif. Pandai-pandaila nak idup yee.

Kalau tak berhati-hati dengan gejala jiwa kacau ni, kemungkinan besar anda akan masuk paper suatu hari nanti sebab terajang anak Mak Cik Kiah puleks. Kan ke dapat publisiti murahan..




* Ingatlah Allah, Mutiara hati *


p/s : Saya tak layan citer Mutiara Hati ni. Annoying je rasa nengok budak tu. Grrrrr~


-------------------------------------------------------

yus cakap : Saya tak penah terajang budak walaupon geram. Saya masih sihat.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook