rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Thursday, 18 February 2010

Sudoku

Anda suka main sudoku? Walaupon kadang-kadang leh mendatangkan ketensenan  melampau (nak-nak lagi kalau dah mula silap letak satu nombor, di tempat yang salah), tapi saya sangat suka Sudoku! Saya bukanlah terer tahap gaban men Sudoku nih, just untuk isi masa lapang jer. Ehehehe.

Saya kalau kat ofis, asal baca paper jer mesti selak kat tengah-tengah page The Star tuh (dan jugak bahagian sukan). Kat bahagian komik tu yang best tuh. Ehehehhe. Baca komik. Tengok horoskop. Buat Sudoku. :D

* Bahagian ni paling best dalam The Star.. Ahakz *


Selalu kalau saya boring-boring kat lab, mesti la saya buat Sudoku. Saya tahap low profile lagi nih, atas sket pada Beginner jer.. Wuahahahaha. Tapi, saya percaya ada tips and tricks nak main Sudoku. Bagi saya yang tak berapa terer ni, tips and trick saya dinamakan sebagai CONTENGAN AJAIB. Wuahahahhaha.. :D

* Nih sebelum buat. Suci bersih jer kertas tu kan? *

Main Sudoku nih 100% logik. Takde nye main 'rasa-rasa' or 'agak-agak'. Kalau satu nombor yang salah, diletakkan di tempat yang salah, pada masa yang salah, ia akan menjahanamkan keseluruhan puzzle! Nah.. Ini dia yang dikatakan ketensenan tahap kegabanan tadi. Errkk??!!

Bayangkan, anda dah isi 70% of overall kekotak nombor tuh, tetibe bila check-check balik, ada dua nombor pada row yang sama.. Wuaaaa.. Rasa nak hempuk jer buku Sudoku tuh! Uhuhuuhuk.. :D

Well, bercerita pasal Sudoku nih, nak jugak saya kongsi secara ringkas sejarah Sudoku yang sebenarnya.

Nama Sudoku terdiri dari dua suku kata dalam bahasa Jepun iaitu Su dan Doku.

Su bermaksud nombor.
Doku bermaksud tempat kosong.

Walaupon namanya dalam bahasa Jepun, tapi jangan terpedaya! Sudoku bukanlah berasal dari Jepun. Ehehehehe. Tapi ia dilahirkan di Amerika + Eropah.

Pada kurun ke 18, seorang ahli Matematik Switzerland, Leonhard Euler telah mencipta satu konsep bernama 'Latin Squares' di mana satu nombor hanya muncul sekali saje dalam barisan kotak kosong, sama ada dari tepi, atas atau bawah.

Pada tahun 1970, Majalah Dell di US mula menyiarkan puzzle ni. Ia di developed di US oleh Howald Garnes, seorang arkitek pencen dan pembuat puzzle. Dia bagi nama Number Place.

Pertengahan 1980 pulak, Presiden Nikoli Inc (pembuat puzzle terbesar di Jepun), Encik Maki-Kaji (uhuk.. sedapnyer nama dia!) menerbitkan Number Place ni kat Jepun. Encik ni la yang kasi nama Sudoku nih.

* Ini la dia Encik Matakaji.. eh silap.. Encik Maki Kaji *

Walaupon dah berabad lamanya, tapi Sudoku masih mendapat tempat dan masih hit. Sampai sekarang pon surat khabar The Times kat London still menyiarkan puzzle Sudoku nih. Macam kat Malaysia akhbar The Star (yang selalu saya cilok and gunting and tampal dalam buku saya.. ahakz) dan Newstraits Times.

Actually, tak perlu terer Matematik pon nak main Sudoku nih. Cuma kena sabar je la. Slow and steady. Kena betol fokus. Dan teliti. Kalau silap letak satu nombor, macam saya cakap tadi, memang hancus la semua puzzle tuh. Tamatlah riwayat kesan degil. Errkk??!! :D

* Ini selepas saya wat Sudoku. Ni yang dinamakan Contengan Ajaib. Ehehhehhe. *

Dalam hidup kita pon macam tu la jugak. Kena selalu tengok balik kesilapan diri, dan menginsafi diri. Kalau tak, satu kesilapan yang kita wat dan kita tak sedar, mampu menghancurkan kehidupan kita seluruhnya! 

Ehehehhehe.. Tibe-tibe je saya nih ek? :)

--------------------------------------------

yus cakap :  Main Sudoku ni kadang-kadang leh gak jadi ubat untuk senang tido. Errkk??!!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

8 comments:

  1. suke main sudoku..skrg ni pun tgh main smbil blogwalkin..hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhhh nunu eera.. kagumnyaaa.. sambil men sudoku sambil blogwalking.. mesti tahap master dah nih.. ehehhehehe :D

    ReplyDelete
  3. suke tpi suke tgk org maen je..hehe..

    ReplyDelete
  4. wuahahahaha emorav.. tu dh tersasar dah tu.. cett.. :P

    ReplyDelete
  5. wahh2..hebat tips 2. tp men gitar ag besh. hehe

    ReplyDelete
  6. ahahahak.. bulat.. nak kene sekeh neh.. mane la saya reti men gitar.. cesstt!! :P

    p/s : nk ajar ke? ehehehehhe..

    ReplyDelete
  7. weee..mmg layan men sudoku nih...
    tp dh agak lm tak main la..gogogogo

    ReplyDelete
  8. rerama.. skang nih layan nengok industan je yee? ehehehhe.. :D

    ReplyDelete