rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Saturday, 20 February 2010

Kenangan

Di malam yang hening neh, secara tiba-tiba saya teringatkan seseorang. Kisah lama. Suatu waktu dulu.

Tak keterlaluan kot kalau saya katakan 'dia' ni lah yang mengajar saya erti 'rindu'. Kalau tak saya tak tahu apa tu rindu. Mungkinkah sejenis popia? Saya jugak ingat rindu tu sedap cam karipap. Ye lar, kat sekolah tak diajar topik rindu ni, dalam subjek Geografi mahupun Sains, apatah lagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Errkk??!!

Well, saya dan dia rapat dalam henset jer la. Borak-borak. Mesej-mesej. Gitu jer la. Tapi tak de lah sampai tahap 'bercinta' ataupun 'bencinta'. Hanya sekadar teman, tapi mesra. Uhuhuhuk.

Yang paling best tentang dia nih ialah dia seorang yang sangat pengingat. In the sense that dia ingat jer apa yang saya cakap pada dia. Bagus betol. Saya pon tak ingat sangat apa yang dia cerita pada saya, almaklum, saya lebih fikir study jer masa tu. (Wuaaa.. stetmen sangat nerd + skema!)

Tarikh exam saya dia ingat. Jadual kelas saya pon dia ingat. Bila saya ada assignment kat luar kampus, dia ingat jugak. Siap call dua tiga kali, risau katanya. Latihan silat saya bila pon dia ingat. Memang bagus. saya rasa dia memang tak pernah makan semut kot. :D

Biasa lah, bila someone tu dah sangat caring pasal kita, saya, sebagai seorang perempuan tulen mula rasa 'tersentuh' ler. Terjatuh suka la puleks! *memalu*

Tapi, tobat saya tak pernah bagitau kat dia! Senyap-senyap jer. :)

Dalam tempoh perkenalan kitorang selama setahun tu (tak lama pon), saya rasa sangat lah hepi. Henset nih pegi ke tandas pon bawak. Rugi kalau tertinggal and then ada miskol dari dia. Ish.. Macam hampagas! :D

Makin lama kenal, makin rapat. Dia pon selalu kongsi cerita ngan saya. Mak dia sakit pon dia kongsi ngan saya, macam la saya nih doktor kan?

"I just nak citer kat someone." kata dia.

Bila saya takde kredit, (saya kan student, selalu kering kontang kewangan nih. huhuhu) dia tolong topupkan.
Bila saya demam, dia ulang kali call, just untuk pesan, "Jangan lupa makan ubat ye?"
Bila saya down sebab kuiz kurang memberansangkan, dia consoled saya, "Wat leklok next time tau."

Kiranya, zaman tu zaman paling 'romentik' pernah saya rasa arr (walaupon kitorang takde declare apa-apa)! Wuahahhaha..

Tapi biasalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa yang ditakdirkan pasti terjadi. Macam tu jugak la perkenalan kami.

Suatu malam, 31 Ogos 2005, dia bagitau saya something tentang life and background dia. Saya sangat terkejut tahap gaban bila dia bagitau. Rasa tertipu. Rasa sangat hampes.

** Tak perlu lah saya bagitau apa dia kan? Tak baik buka keaiban orang lain. **

Saya yang masih terpana, just diam jer waktu tuh.

Dia just cakap, "I tak paksa u untuk terima I sebagai kawan."

** Sama ada saya nangis atau tak time tu, tidak akan diberitahu di sini. Ahakz! **

Nak-nak pulak, lagu yang top masa tu is lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Adifashla (AF).

Hancur hatiku
mengenang dikau
menjadi keping-keping
setelah kau pergi
tinggalkan kasih sayang
yang pernah singgah antara kita
masihkah ada sayang itu?

* Hati Pecah *

Macam kena jer! Errkk??!! Terfeeling sudah!

Lepas kejadian tu, dua hari kemudian, saya mesej dia.

"It's OK. Kalau awak leh berubah, saya tak kisah. Past is past. Asalkan awak betol nak berubah."

Betol. Saya ikhlas. Kalau betol dia dah berubah, buat apa saya nak hukum dia atas kesilapan lampau dia? Move on jer la. Lagipon, sekadar kawan je. Bukan nak kawen pon! (Errkk??!!)

Tapi, dia cakap.. "I tak layak untuk u. U terlalu baik untuk I."

Lepas peristiwa tuh, mesej pon dah jarang, call sekali-sekali jer. Dia makin jauh. Dan jauh. Dan jauh. Sehingga hari terakhir kami berhubung was 9 Januari 2006. Lepas tuh, kitorang langsung takde contact. Hilang. Lenyap. Sampai sekarang.

Kenapalah saya tak faham benda ni dari awal lagi? Dia sengaja menjauhkan diri dari saya. Mungkin dah bosan. Atau mungkin saya hanya sebagai pelepas bosan. Mungkin dia dah jumpa orang lain yang sesuai untuk dia berkongsi kisah.. kot.

Frust ker saya masa tu?

Sedih sket jer la.

Biasa makan nasik dua pinggan, time tuh saya makan sepinggan setengah jer. frust la tuh.
Selalu henset sentiasa ada kredit. Time tuh, dah tak eran dah mana tercampak pon henset tu. frust la tuh.
Selalu tido kol 2,3, kadang-kadang 4 pagi sebab dok gayut, time dah 'berpisah' tu, kol 10 malam saya dah baring mengadap siling, dengar lagu-lagu yang sedey. Frust la tuh.

Hurmm.. Time tuh, kalau ada lagu Januari, nyanyian Glenn, memang saya feeling abes ar.

Kasihku
sampai di sini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan kerna kita berbeza
dengarkan
dengarkan lagu, lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhgir di Januari..

Betolla tu. Kisah saya dan dia berakhir di Januari. :-/

Tapi, sekejap jer saya 'frust' tu. Ada la kot 2,3 hari. (Huahuahua.. saya tipu!). Ehehhehehe..

Saya fikir saya mesti lupakan dia. Semua mesej, gambar, nombor henset dia pon saya padam. Delete. Nekad.

Sebab bila saya muhasabah balik, buat apa saya sedih? Apa saya dapat? Saya hanya doakan dia yang terbaik, dan sentiasa bahagia dengan kehidupan dia. Saya pon tak pernah benci dia. In fact, saya berterima kasih, sebab Allah pernah hadirkan dia dalam hidup saya untuk berikan kegembiraan pada saya, walaupun hanya sebentar.

Saya selalu berpegang pada kata-kata Allah dalam surah Al-Baqarah:

"Barangkali kamu suka sesuatu, tapi ia buruk bagi kamu. Dan barangkali kamu benci sesuatu, sedang ia baik bagi kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu."

Moral of the story is, takde faedahnya nak terlalu ekstrim bila menyukai, merindui hatta menyintai seseorang. Kasih, rindu dan cinta pada manusia ni biarlah berpada. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kita.

Cintailah Pencipta kita Yang Maha Kuasa, nescaya kita akan memperoleh cinta makhluknya. InsyaAllah. :)

* Cinta Pada Allah - Cinta Hakiki *

Yang penting, ikhlas. Lillahi taala.

Kita sebenarnya yang mengawal diri kita. Biar akal dan iman yang memandu arah perjalanan hidup. Bukan perasaan semata-mata.

Cuma sekali sekala kalau teringat tu OK lah. Jangan sampai perasaan rindu yang sia-sia menguasai diri sudah la. Just fikir, apa gunanya menangisi perkara yang dah berlalu. What has done, cannot be undone.

Kalau kita rasa kita 'sayang' seseorang, biarlah dia bahagia. Walaupon kebahagiaan dia tu bukan dengan kita.

Kau telah jauh
jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu
namun harusku akui
ada ketika di minda 
kau menjelma kembali
tak mungkin kerana sayang
hanya kadang kala aku terkenang..


----------------------------------------------------

yus cakap : Walaupon nombor 'dia' dah saya delete dari henset, tapi sampai sekarang saya still ingat no dia dalam kepala nih. Apa kes kah?? Ehehheheh.. Saya pon tak makan semut tau! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. hurm...mmg pon...wlupon kita dh delete no.hp org tu tp kita pasti igt sbb no tu lah yg slalu dlm iganan kita dulu...

    rs nyer mcm xboleh delete lg...

    ReplyDelete
  2. hohoho....sabar je kak..

    sbb tu skang ni sy ambil langkah single je..
    kalo bercinta pun sbb dh blaja dr kesilapan2 lalu, tak meletakkan hati sebpenuhnya smapi leh lalai perkara lain..hohoh

    ReplyDelete
  3. susah nk lupakan sesorg yg pernah menyentuh sudut hati kita yg paling dalam ;)

    Khaizarien @ atie Blog

    ReplyDelete
  4. Cinta mati harus dijaga sampai mati, jangan sampai ke lain hati...
    ahaks...

    ReplyDelete