rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 24 February 2010

Fakta Menarik Tentang Haiwan

Saya agak terkejut ala-ala beruk bila tengok tarikh hari nih. Dah 24 Februari 2010 beb! Macam tak percaya! Punya lah cepat masa berlalu. Dah nak abes bulan 2 dah pon. Ish ish ish.. Bila nak kawen nih?

Wuaaaaa!! Tidak! Ok.. Stop! 

Saya bukan nak cerita pasal kes saya tak laku-laku sampai sekarang untuk entri kali ni. Tapi, disebabkan saya masih terkebil-kebil memikirkan begitu cepat 2010 bergerak, saya pon nak taram entri yang rileks jerr kali ni. Nih dah habis rileks dah ni. 

Jom layan Fakta Menarik Tentang Haiwan ni. Nak tau kenapa penyu nangis? Nak tahu kenapa hanya pungguk boleh rindukan bulan? Nak tau apa makanan cacing? Haa.. Jom kita rileks!  :D


-------------------------------------------------------------

Penyu tak mempunyai gigi.

Kura-kura zaman batu mungkin mempunyai berat sehingga 5000pounds.

Hanya seekor dari beribu-ribu bayi penyu laut yang hidup setelah menetas.

Penyu laut menyerap garam dari air laut di tempat di mana mereka hidup. Mereka mengeluarkan lebihan garam melalui mata, sebab tu selalu nampak macam mereka menangis.

Unta boleh meludah.

Burung kasuwari boleh berlari sejauh 43 batu per jam (70kmj).

Khinzir adalah binatang keempat tercerdik di dalam alam haiwan.

Betolkah dinosor tak makan rumput? Ye, sebab zaman dinasor dulu takde rumput.

Dolfin boleh berenang 37 batu per jam (60kmj).

Lidah seekor buaya melekat di lelangit mulutnya. Tidak boleh digerakkan. That's why buaya tak boleh mengunyah. Tapi enzim penghadam buaya sangat kuat sampai ia boleh menghadam besi, kaca dan lain-lain lagi!

Jerung immune terhadap penyakit, senang cakap ia tidak menderita penyakit apa-apa!

Polar bear (Beruang Kutub) dan katak ialah haiwan kidal.

Paris, Perancis mempunyai bilangan anjing yang lebih banyak berbanding manusia.

New Zealand merupakan 'rumah' kepada 70 million kambing biri-biri dan hanya 40 million manusia.

Beruang kutub jantan mempunyai berat sehingga 1400 pounds, manakala yang betinanya hanya 550 pounds, secara purata.

6 hingga 14 spesies katak di dunia ni yang tidak mempunyai lidah. Antaranya ialah katak kerdil Afrika.

Seekor katak bernama Santjie, dibela di Selatan Afrika boleh melompat sehingga 33 kaki 5.5 inci!

Jangka hayat terpanjang untuk seekor katak ialah 40 tahun.

Mata katak akan terkatup bila ia mencari mangsa.

Siput boleh tidur selama 3 tahun (tanpa makan).

Cheetah -harimau bintang- tidak mengaum seperti harimau lain atau singa, ia berbunyi seperti kucing (meowwww).

Nama original 'butterfly' sepatutnya ialah 'flutterby'.

Mata burung kasuwari lebih besar dari otaknya.

Semut tidak tidur.

Dolfin selalu hidup sehingga 20 tahun, tapi ada yang mencapai umur 40 tahun.

Dolfin tidur dengan separa sedar di mana ia merehatkan hanya sebelah otaknya pada satu-satu masa.

Dolfin boleh menahan nafas selama 5 hingga 8 minit pada satu masa.

Kelawar boleh mengesan kepanasan haiwan pada jarak 16cm menggunakan hidungnya.

Kelawar juga mampu mencari makanan setinggi 18 kaki jauhnya dan mendapatkan 'makanan' mereka melalui sistem 'gaung' / echo.

Mata sesumpah boleh bergerak secara sendiri dn dapat melihat dua arah pada masa yang sama.

Lipas boleh mengesan pergerakan sesuatu biarpun sekecil 2000 kali diameter atom hidrogen.

Belalang : matanya mempunyai 30,000 kanta.

Khinzir: Lidahnya mempunyai 15,000 tunas rasa. Sebagai perbandingan, manusia mempunyai 9000 tunas rasa.

Lipas boleh hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati kelaparan.

Cimpanzee boleh kenal diri sendiri melalui cermin, tapi monyet tak boleh.

Tikus boleh hidup tanpa air lebih lama dari unta.

Dolfin tidur dengan sebelah mata terbuka.

Ular tak mempunyai telinga eksternal. So ia tak boleh dengar alunan muzik/ siulan (yang selalu orang India main tu). Ular bergerak mungkin mengikut pergerakan alat muzik tu. Tapi, mungkin jugak gelombang bunyi tu boleh disalurkan somehow kepada sistem otaknya.

Kebanyakan labah-labah mempunyai 8 mata.

Lidah ular takde tunas rasa.

Burung tidak berpeluh.

Rekod paling tinggi seekor kangaru boleh lompat ialah 10 kaki, dan sejauh 42 kaki.

Unta mempunyai 3 kelopak mata untuk membantu menghalang pasir masuk mata.

Sesetengah cacing akan makan diri sendiri bila tak dapat cari makanan lain!

Burung pungguk ialah satu-satunya haiwan yang boleh tengok warna biru.



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah Ali-Imran : Ayat 190 - 191)

----------------------------------

yus cakap : Subhanallah. Setiap ciptaan Yang Maha Esa tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. yang pastinya, bila dieksplore, menarik kan penciptaan Tuhan ni? :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

6 comments:

  1. nice facts to share with us. I agree with u, time running out very fast, even we aren't noticing it. anyway, dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I'm following u

    ReplyDelete
  2. bagusnya fakta camni...
    trivial tp sgt bermesej...
    tahniah penulis...

    btw, salam perkenalan..

    ReplyDelete
  3. Ya betul...syok sungguh rilek sy bc entry nih..hehe..leh tambah pengetahuan yg tak seberapa psl haiwan ni..hehe

    thanks for sharing..hoho

    Neway, salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  4. wah....bagus ye post nie...banyak bg maklumat yg x th....mekasih yus

    ReplyDelete
  5. boleh thn...

    ReplyDelete
  6. boleh tahan....mekasih yang post maklumat nie.....

    ReplyDelete