rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Monday, 1 February 2010

Cermin Diri Sendiri Dulu

Saya baru lepas tengok Grammy Awards 2010 kat youtube, takde la tengok the whole event. Just tengok time tribute to Maikel Jeksen (atau nama omputihnya Michael Jackson) saja. Saya suka gak encik Maikel Jeksen nih. Erm.. nak kata minat giler-giler (atau dalam omputihnya fanatic) tu takde la, setakat gemar dengan mesej yang disampaikan dalam lagu dia jer.


* Ni tribute to Michael Jackson in Grammy Awards 2010.. great performance.. :) *


Dalam banyak-banyak lagu dia, saya paling gemar lagu Man In The Mirror. Banyak mesej positif yang terkandung dalam lagu tu.

"I'm starting with the man in the mirror
I'm asking him to change his way
And no message could've been any clearer
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself
And make the change."


Reality Check : Selalu bila namanya manusia nih, suka sangat tengok kekurangan dan kesalahan orang lain. Ini tak kena, itu tak kena. Ini salah, yang tu pon salah. Apa yang betul kat pandangan dia pon tak tahu la.

Kadang-kadang jadi penat ngan orang yang macam ni kan? Rasa nak sekeh je kepala tu! Dia sorang je la yang betol. Bila kita point out yang dia wat 'kurang betul' mula la nak bebal tak tentu pasal.

Baran.

Huh! Ni lah satu perangai yang paling saya tak gemar. Takde kemana nya asyik nak baran aje.

Macam dalam lagu Maikel Jeksen tuh, kita sepatutnya cermin dulu diri sendiri. Kita pon tak perfect. Banyak kekurangan. In fact, nobody's perfect pon.

So, tak payah la selalu pandang kekurangan orang lain. Lagi teruk kalau asyik nak hebahkan keaiban orang lain. Seolah-olah diri sendiri dah perfect sangat. Tak baik gitu. Kalau rasa ada something yang kita tak suka, mulakan perubahan dengan diri sendiri.

Bukan apa, dalam senario sekarang nih, dah makin banyak kejadian-kejadian yang masing-masing saling mengaibkan orang lain. Sudah-sudah la tuh.

* Dalam keluarga pon kena elakkan pergaduhan. Kesian anak jadi mangsa. *

Kalau ditanya semua akan jawab;

"Saya cuma defend diri sendiri."

Heh.. takde maknanya. Kalau semua nak bercakap (dalam kes nih nak defend diri sendiri), sape yang nak dengar? Orang luar yang tak terlibat? Kat situ la sebenarnya punca tersebar semua keaiban masing-masing.

Saidina Ali pernah berpesan, katanya;

"Bila berbicara itu perak, diam itu adalah emas."

Lebih baik kita tumpukan pada kekurangan diri sendiri, apa yang mampu kita buat untuk menjernihkan keadaan, daripada saling terus-terusan menuding jari pada kekurangan insan lain.

Kita nak hidup aman damai kat dunia nih. No point pon asek gaduh-gaduh. Nak-nak lagi sesama Muslim. Kan ke Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang maksudnya;

"Setiap Muslim itu adalah bersaudara."


So seelok-eloknya saya -personally- rasa kita sepatutnya Stop seeing the difference, just Take a look at ourself and Make the change!


-----------------------------------------

yus cakap : Kita bukan selalu betul, dan orang lain bukan selalu salah. Sedar kekurangan diri, terima kelebihan orang lain seadanya.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

4 comments:

  1. Biasala namanya kehidupan berbagai ragam manusia

    ReplyDelete
  2. cermin diri sendiri..tu lah benda yang susah manusia nak buat..

    bila dah terasa diri bagus,
    rasa nak pangkah je semua org kan??
    semua org salah,semua org bodoh..

    tapi tak sedar,diri sendiri ntah apa2..haihh..

    terima kasih,entry ni buat org berfikir sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  3. he..23x if tiada yang menilai.. maka tiada yang ternilai...

    jika tiada yang ternilai..maka tiada yg bernilai

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete