rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 3 February 2010

Arak - Sedapkah?

Saya pernah tanya pada rakan sekerja saya, Nicholas (memang nama sebenar) yang selalu sangat dok bercerita pasal aktiviti hujung minggu dia pegi socialize ngan kawan-kawan dia and got drunk. Saya tanya;

"Sedap ke arak tuh?"

Dia jawab;

"No lar.. Just to unwind saja. Tension tension, pegi minum lor. You'll forget everything."

* Errkk.. Minuman kegemaran encik beruk rupanya *

Saya just senyum jer. No wonder la ramai orang pegi minum arak. Sebab tension rupanya. Nak hilangkan tension. Mungkin banyak masalah kot. Yang lucunya, bila minum tu, dah lupa segala ke'tension'an, masalah hilang tak??

Menambah masalah mungkin! :)

Nicholas jugak ada cerita pasal kawan-kawan dia yang ketagih minum, pastu bila tak sedar diri mula tidur merata tempat, panjat pagar rumah pon tak sedar, malah ada yang tidur kat toilet bowl!

Eeurghhhh!!

Realitinya, bukan sekadar orang bukan Islam jer yang minum zaman sekarang nih. Orang (mengaku) Islam pon ada. Tak kira lah artis ker, orang biasa ker, orang kenamaan ker. Dah ramai umat Islam yang minum arak.

Ada kalangan Muslim nih yang pegi berparti, kat kelab-kelab malam atau ape-ape je la tempat yang sememangnya minuman utama yang dihidang semestinya bukan air milo, tapi arak. Boleh ker?

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w dari Ibn Umar;

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Jelas kan? :)

Arak / alkohol terdiri dari beberapa jenis yang biasa. Contoh beer, wain atau liquor. Semua nih dibezakan melalui tahap dan kandungan alkohol dalam arak tuh.

Alkohol atau arak nih sebenarnya ialah sejenis depressant. Iaitu sejenis dadah yang mampu memperlahankan atau menekan minda / otak. Seperti kebanyakan ubat (dadah), arak akan mengubah kemampuan seseorang untuk berfikir, bercakap, dan melihat perkara yang sebenarnya. Seseorang mungkin tak dapat mengimbangi tubuh nya sendiri, dan tidak stabil untuk berdiri. Seseorang itu jugak mungkin akan berasa gembira dan tenang untuk seketika, sebelum mula menangis atau terlibat dalam pergaduhan.

Itu belom termasuk natijah-natijah jangka pendek seperti pening, muntah, percakapan yang tak lancar, lapar yang terlampau, dan jugak kepenatan yang teramat sangat. Thats why mereka-mereka yang dah terlalu banyak minum, sampai tak sedar tidur kat toilet tuh!

Pengambilan arak (beer, wine, liquor) yang berterusan akan menyebabkan ketagihan. Ini boleh menyebabkan peminum boleh menghadapi masalah minda, contohnya macam selalu berhalusinasi (mengimaginasikan perkara yang bukan-bukan) dan jugak kerisauan melampau.(Sumber : National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA) )

* Tengok jer.. Jangan pegi cari kat Jusco puleks! *

Kesan jangka panjang akan membantutkan perjalanan organ seperti otak dan ginjal. Ibu mengandung yang minum arak boleh menyebabkan kelahiran bayi yang terencat otak. Malah, kajian menunjukkan, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang peminum arak, mempunyai tendency untuk jugak jadi peminum arak tegar!

Nabi Muhammad kita dah pesan dah;

"Arak itu punca (ibu) segala maksiat."

Ada pernah saya baca satu cerita tentang seorang abid (ahli ibadah). Dia ni memang rajin solat, puasa, dan selalu wat perkara yang Allah suruh, dan tinggalkan perkara yang dilarang.

Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.

Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

3 in 1 lagi tuh. Nauzubillah.

So, jauhi la arak. Walaupon sikit.

Nicholas pernah jugak cakap;

"Kalau you minum sikit, still ok what? Nothing happen."

Tapi, sebagai sorang Muslim, kalau ada orang yang cakap camtu, just ingat la pesan Nabi kita;

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit."

Sangat, sangat jelas. Tapi kenapa masih ada yang minum?

Tak tau la dunia sekarang nih. Dah tunggang terbalik. Takut kalau Allah nak turunkan azab, Dia bukan turunkan pada golongan yang buat maksiat je, tapi keseluruhannya!

Sama-samalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain. :)

Sabda Rasulullah s.a.w;

"Ballighu anni walau ayah (Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat)" 


-----------------------------------

yus cakap : Dengar kata, bau arak ni busuk kan? Macam bau air kencing setan la kot ek? :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

5 comments:

  1. Bagus entri nih. Asyik betul aku membacanya.
    Tp mmg sedih ramai saudara Islam kita yg minum, kekadang anpa segan silu.

    ReplyDelete
  2. timer kasih bo. yg menjadi masalah org Islam sekarang is, bila ditegur kena cap kolot. fikiran sempit. negatif. macam-macam la.

    Nabi ada bersabda,

    "seseorang tu takkan minum arak (dan buat maksiat) selama dia beriman kepada Allah."

    sama-sama la kita renungkan.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. entri yg sgt bgus!
    research yg mendalam.
    good job dear.

    ReplyDelete
  5. Woohhoo..ramai yg kdng2 buat22 tak tahu hukum minum arak ni...ape bes sngt pun tak tau la..

    Ustaz sy lu penah ckp, setitik air airak masuk mulut, 40 hari amalan tak diterima..so sia2 lah tonggang tonggeng solat, puasa suma tapi amalan tak diterima..bnyk lagi minuman lain yg lok diminum dr air setan tu...

    ReplyDelete