rss
twitter
    Jom Ikut Saya di Twitter :)

Wednesday, 24 February 2010

Fakta Menarik Tentang Haiwan

Saya agak terkejut ala-ala beruk bila tengok tarikh hari nih. Dah 24 Februari 2010 beb! Macam tak percaya! Punya lah cepat masa berlalu. Dah nak abes bulan 2 dah pon. Ish ish ish.. Bila nak kawen nih?

Wuaaaaa!! Tidak! Ok.. Stop! 

Saya bukan nak cerita pasal kes saya tak laku-laku sampai sekarang untuk entri kali ni. Tapi, disebabkan saya masih terkebil-kebil memikirkan begitu cepat 2010 bergerak, saya pon nak taram entri yang rileks jerr kali ni. Nih dah habis rileks dah ni. 

Jom layan Fakta Menarik Tentang Haiwan ni. Nak tau kenapa penyu nangis? Nak tahu kenapa hanya pungguk boleh rindukan bulan? Nak tau apa makanan cacing? Haa.. Jom kita rileks!  :D


-------------------------------------------------------------

Penyu tak mempunyai gigi.

Kura-kura zaman batu mungkin mempunyai berat sehingga 5000pounds.

Hanya seekor dari beribu-ribu bayi penyu laut yang hidup setelah menetas.

Penyu laut menyerap garam dari air laut di tempat di mana mereka hidup. Mereka mengeluarkan lebihan garam melalui mata, sebab tu selalu nampak macam mereka menangis.

Unta boleh meludah.

Burung kasuwari boleh berlari sejauh 43 batu per jam (70kmj).

Khinzir adalah binatang keempat tercerdik di dalam alam haiwan.

Betolkah dinosor tak makan rumput? Ye, sebab zaman dinasor dulu takde rumput.

Dolfin boleh berenang 37 batu per jam (60kmj).

Lidah seekor buaya melekat di lelangit mulutnya. Tidak boleh digerakkan. That's why buaya tak boleh mengunyah. Tapi enzim penghadam buaya sangat kuat sampai ia boleh menghadam besi, kaca dan lain-lain lagi!

Jerung immune terhadap penyakit, senang cakap ia tidak menderita penyakit apa-apa!

Polar bear (Beruang Kutub) dan katak ialah haiwan kidal.

Paris, Perancis mempunyai bilangan anjing yang lebih banyak berbanding manusia.

New Zealand merupakan 'rumah' kepada 70 million kambing biri-biri dan hanya 40 million manusia.

Beruang kutub jantan mempunyai berat sehingga 1400 pounds, manakala yang betinanya hanya 550 pounds, secara purata.

6 hingga 14 spesies katak di dunia ni yang tidak mempunyai lidah. Antaranya ialah katak kerdil Afrika.

Seekor katak bernama Santjie, dibela di Selatan Afrika boleh melompat sehingga 33 kaki 5.5 inci!

Jangka hayat terpanjang untuk seekor katak ialah 40 tahun.

Mata katak akan terkatup bila ia mencari mangsa.

Siput boleh tidur selama 3 tahun (tanpa makan).

Cheetah -harimau bintang- tidak mengaum seperti harimau lain atau singa, ia berbunyi seperti kucing (meowwww).

Nama original 'butterfly' sepatutnya ialah 'flutterby'.

Mata burung kasuwari lebih besar dari otaknya.

Semut tidak tidur.

Dolfin selalu hidup sehingga 20 tahun, tapi ada yang mencapai umur 40 tahun.

Dolfin tidur dengan separa sedar di mana ia merehatkan hanya sebelah otaknya pada satu-satu masa.

Dolfin boleh menahan nafas selama 5 hingga 8 minit pada satu masa.

Kelawar boleh mengesan kepanasan haiwan pada jarak 16cm menggunakan hidungnya.

Kelawar juga mampu mencari makanan setinggi 18 kaki jauhnya dan mendapatkan 'makanan' mereka melalui sistem 'gaung' / echo.

Mata sesumpah boleh bergerak secara sendiri dn dapat melihat dua arah pada masa yang sama.

Lipas boleh mengesan pergerakan sesuatu biarpun sekecil 2000 kali diameter atom hidrogen.

Belalang : matanya mempunyai 30,000 kanta.

Khinzir: Lidahnya mempunyai 15,000 tunas rasa. Sebagai perbandingan, manusia mempunyai 9000 tunas rasa.

Lipas boleh hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati kelaparan.

Cimpanzee boleh kenal diri sendiri melalui cermin, tapi monyet tak boleh.

Tikus boleh hidup tanpa air lebih lama dari unta.

Dolfin tidur dengan sebelah mata terbuka.

Ular tak mempunyai telinga eksternal. So ia tak boleh dengar alunan muzik/ siulan (yang selalu orang India main tu). Ular bergerak mungkin mengikut pergerakan alat muzik tu. Tapi, mungkin jugak gelombang bunyi tu boleh disalurkan somehow kepada sistem otaknya.

Kebanyakan labah-labah mempunyai 8 mata.

Lidah ular takde tunas rasa.

Burung tidak berpeluh.

Rekod paling tinggi seekor kangaru boleh lompat ialah 10 kaki, dan sejauh 42 kaki.

Unta mempunyai 3 kelopak mata untuk membantu menghalang pasir masuk mata.

Sesetengah cacing akan makan diri sendiri bila tak dapat cari makanan lain!

Burung pungguk ialah satu-satunya haiwan yang boleh tengok warna biru.



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah Ali-Imran : Ayat 190 - 191)

----------------------------------

yus cakap : Subhanallah. Setiap ciptaan Yang Maha Esa tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. yang pastinya, bila dieksplore, menarik kan penciptaan Tuhan ni? :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 23 February 2010

Kontes : Bola

Uhuk.. Ntah apa mimpi ntah, tetibe saya nak try masuk kontes. Kata orang-orang veteran, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa tahu. Cuma Hang Tuah je la tahu tuahnya kat huruf 'T' tu.. (Errkk??!! Lari tajuk!)

Well, ini dia kontes yang digembar-gemburkan oleh saya nih. Kontes dianjurkan oleh Encik Mietos. Sila tanya pada dia, apa adiah. Saya tak tau. :D


Untuk maklumat lanjut, sila le ke blog tuan kontes ye. Saya cuma menyampaikan pesan.. Ehehehheeh.. :D

Sebagai melengkapkan entri kali nih, saya kasi tekaan saya la mana letaknya bola tersebut. Hurmm.. Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian ala-ala Wayne Rooney, saya rasa kedudukan bola tersebut ialah pada kedudukan B atau E.

Lalalallalala.. Nama pon teka. Kalau kena, kena la eh? Kalau tak kena, tembak lagi! Wuahahahhaha..

p/s : Tengkiu Encik Mietos wat kontes neh.. :)


-------------------------------------

yus cakap : Saya tak reti men bola. Tengok bola boleh lar.. Ehehehhe.. Glory glory Man United!!! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Muhammad s.a.w

La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.



Satu ucapan syahadah. Ucapan paling tinggi dalam ‘kasta’ iman seorang Muslim. Masakan tidak, dengan ucapan ini sahaja boleh membezakan seorang itu Muslim, atau kafir. Ke syurga atau ke neraka pengakhirannya.

Ucapan yang mengungguli ‘carta’ Rukun Islam.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

“Iman terbahagi kepada tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi ialah ucapan syahadah (lailahailallah, muhammadur rasulullah) dan yang paling rendah ialah membuang gangguan di jalanan/laluan orang.”

Ucapan syahadah ini terdiri dari dua bahagian penting. Yang pertama mengakui keesaan Allah s.w.t, dan yang kedua ialah mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Nampak kan betapa tinggi kedudukan Nabi kita, Muhammad s.a.w. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas baginda dan keluarga baginda.

“Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (Surah An-Nisa : Ayat 80)

Sememangnya kekasih Allah bernama Muhammad s.a.w ini merupakan seorang insan yang sangat mulia dari seluruh manusia, dan seluruh ciptaan Yang Maha Esa.

Ada satu hadis nabi yang bermaksud;

“Sebelum kejadian (nabi) Adam, seluruh pintu syurga telah pon ditulis dengan nama Muhammad. Ketika Adam diciptakan dan dimasukkan ke syurga, Adam telah melihat nama Muhammad lalu bertanya kepada Rabb. ‘Siapakah Muhammad ini?’. Lalu Allah s.w.t menjawab, ‘Muhammad merupakan insan terakhir di kalangan nabi dan rasul.”

Subahanallah. Begitu tinggi taraf dan darjat Nabi Muhammad s.a.w.

Bila difikir balik, betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai seorang Islam, dan sebagai umat Muhammad pulak tu. Alhamdulillah.

Dilahirkan dalam Islam, dan umat Nabi Muhammad s.a.w merupakan kurniaan, nikmat Allah yang paling, paling berharga kepada kita. Bayangkan kalau kita tidak dilahirkan dalam Islam, bolehkah kita nak ‘berkongsi’ kemuliaan darjat nabi nih? Bolehkah kita dapat ‘percikan’ kasih sayang nabi?

Betapa sayangnya Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya terbukti sehingga ke saat-saat akhir sebelum baginda wafat.

“Ummati, ummati (Umatku, umatku).” Kata baginda.

Betapa sayang dan caring nya baginda pada umatnya, sampai baginda sanggup berulang-ulang kali memohon pada Allah supaya mengurangkan jumlah waktu solat dari 50 sehingga tinggal 5 sahaja (walaupun baginda sangat malu untuk meminta pengurangan tu).

Kalau baginda hanya fikirkan diri sendiri, jumlah 50 waktu solat tu, takde hal la. Senang je pada baginda. Tapi, bila nabi Musa mengingatkan bahawa;

“Umat mu takkan sanggup.”

Maka, nabi kita yang mulia ni mohon pengurangan tersebut. Alangkah baik, dan sayangnya nabi pada umatnya.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, zaman sekarang nih, jangan kata nak ikut suruhan baginda, nak selawat pada nabi pon dah susah sangat. Astaghfirullah al azim.


Sejarah Ringkas Kehidupan Baginda

Muhammad (s.a.w) dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiul Awal, tahun ke 53 sebelum hijrah. Tahun yang dikenali sebagai Tahun Gajah, merujuk kepada serangan tentera bergajah Abrahah ke atas Kaabah yang berakhir dengan tragedi dahsyat.

Sebagaimana diceritakan di dalam Surah Al-Fiil (Ayat 1 hingga 5)

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).”

Nabi Muhammad adalah dari golongan Bani Hasyim, iaitu satu golongan yang paling berpengaruh di kalangan orang-orang Quraisy. Selepas dilahirkan, Muhammad disusukan oleh Halimatus Saadiah sehingga baginda berusia 4 tahun. Bapa baginda, Abdullah meninggal sebelum nabi dilahirkan.

** Ini sememangnya tradisi orang-orang Arab pada ketika itu untuk memberi anak mereka pada keluarga lain untuk disusukan. **

Ibu baginda, Siti Aminah meninggal dunia ketika usia nabi 6 tahun. Abdul Muttalib, datuk baginda, mengambil alih tanggung jawab menjaga nabi sejak dari itu. Dua tahun kemudian, datuknya yang tersayang pula meninggal dunia. Selepas dari itu, bapa saudara nabi, Abu Talib pula menjaga baginda.

Zaman remaja baginda menampakkan Muhammad (s.a.w) sebagai seorang yang terhormat. Baginda tidak pernah berbohong, mencuri, bercakap yang sia-sia, menghadiri majlis hiburan, minum arak (yang pada zaman baginda adalah satu perkara biasa) serta maksiat-maksiat yang lain. Sesungguhnya baginda terpelihara dari sebarang maksiat sejak dari baginda masih kanak-kanak lagi.

Baginda merupakan seorang yang lebih banyak diam, dan sentiasa bersederhana. Baginda juga seorang yang bijak, dan digelar Al-Amin.

Ini disebabkan isu perletakan hajarul aswad di dalam Kaabah. Masing-masing dari bani-bani terhormat di kalangan Quraisy, ingin meletakkan batu suci tersebut (yang beralih dari tempat asalnya) sehingga menimbulkan pertelingkahan. Oleh kerana tidak menemui jalan penyelesaian, seorang tua di kalangan mereka mencadangkan untuk tinggalkan masalah itu sehingga keesokan hari, dan menanyakan penyelesaian masalah itu kepada sesiapa yang pertama sekali memasuki Kaabah esok harinya.

Dengan kekuasaan Allah, esok hari, Muhammad (s.a.w), seorang anak muda dari Bani Hasyim merupakan orang pertama yang masuk Kaabah. Maka mereka merujuk kepada baginda tentang permasalahan itu.

Dengan kebijaksanaan baginda, masalah tersebut diselesaikan dengan mudah, yakni meletakkan batu itu di atas kain dan dipegang setiap penjuru oleh ketua setiap bani, dan batu itu dinaikkan (dan diletakkan) ke tempat asalnya oleh baginda sendiri. Semua orang kagum dengan nabi pada masa tu, dan baginda digelar Al-Amin.


Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebuah kehidupan yang tidak ada bezanya daripada manusia biasa. Walaupun baginda seorang nabi dan mempunyai darjat yang paling tinggi di sisi Allah, namun baginda sangat merendah diri, bersederhana, dan sangat penyabar.


Kesabaran Baginda

Terlalu banyak kisah yang menunjukkan sifat baginda yang sangat mulia nih. Tapi antara kisah yang paling saya ingat ialah ketika baginda dihina seteruk-teruknya di Taif.

Ketika tu, Rasulullah s.a.w yang sedang menyelusuri duah buah bukit di Taif telah dilemparkan batu dan dibaling dengan barang-barang keras oleh penduduk-penduduk tempatan. Namun baginda tetap sabar. Sehingga turun Jibril meng’offer’kan bantuan.

“Jika kau mahu aku balikkan bukit ini dan musnahkan penduduk Taif sebagaimana umat nabi sebelum ni yang dimusnahkan oleh Allah, akan aku lakukan sekarang juga!” Begitu lebih kurang offer Jibril.

Tapi, Rasulullah s.a.w yang sangat, sangat penyabar nih menolak dengan baik tawaran Jibril tersebut.

“Aku akan bawa mereka kenal Islam.”

MasyaAllah.


Ketegasan Dalam Islam

Saat nabi ditawarkan dengan harta benda dan wanita oleh golongan kafir Quraisy, supaya menghentikan ajaran Islam yang dibawa dan tidak lagi mengejek tuhan-tuhan mereka, nabi menolak.

Pernah golongan kafir Quraisy ini menawarkan untuk ‘bertolak-ansur’ dalam urusan agama, Rasulullah tetap bertegas.

“Bagaimana kalau Muhammad, tahun ini kami menyembah Allah, dan tahun depan kamu pula menyembah Tuhan kami?”

Namun, nabi menjawab berdasarkan wahyu Allah;

“Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku." (Surah Al-Kafirun : Ayat 1 hingga 6)


Kehidupan Rasulullah s.a.w juga tidak sunyi dari ujian dan dugaan. Baginda juga tidak lepas dari rasa sedih. Tapi, Nabi s.a.w sentiasa mengingatkan umatnya supaya bersabar.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 153)

Dugaan demi dugaan, ujian dan cabaran yang berselang-seli merisaukan bapa saudara nabi, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali), beliau meminta baginda menghentikan segala ceramah dan ajakan baginda.

Namun, Rasulullah dengan ikhlas hatinya berkata;

“Aku bersumpah dengan nama Allah, wahai bapa saudaraku, jika sekiranya matahari diletak di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku untuk menghentikn aku mengajak kepada Islam, aku tidak akan mengalah sehingga Allah membinasakanku atau aku binasa kerana menahannya.”


Sederhana

Walaupon kehidupan baginda tidak mewah, namun baginda tidak pernah merungut. Baginda tidak pernah menginginkan kemewahan.

Isteri baginda, Saidatina Aisyah pernah menyatakan;

“Rasulullah tidur di atas pelepah kurma yang kering.”

Bayangkan. Seorang nabi. Yang kalau diminta kemewahan, for sure Allah bagi straight away. Tapi, kenapa nabi sanggup hidup sebegitu?

Senang saja. Jawapannya kerana, kemewahan akan melalaikan. Macam yang kita dapat lihat sekarang la, masa sebelum ‘kaya’, solat tak tinggal, pegi surau tiap subuh.

Tapi bila dah kaya? Surau dah tak jenguk, solat pon dah jarang. Lupa pada Allah. Lupa pada tanggung jawab.


Merendah Diri

Di samping tuntutan baginda sebagai seorang Nabi, al-Muallim, dan juga seorang pemimpin, Muhammad s.a.w juga melakukan tugas-tugas harian seperti menggembala kambing, menjahit sendiri bajunya yang koyak, membaiki kasutnya, menolong isterinya dengan kerja-kerja rumah dan melawat mereka yang sakit. Ini menunjukkan betapa nabi seorang yang sangat merendah diri dan bersederhana.


Bersyukur

Diriwayatkan dari Aisyah yang menceritakan pada suatu malam, Aisyah bangun dari tidur dan melihat baginda solat sunat sehingga melepuh tumit kaki baginda. Aisyah bertanya;

“Ya Rasulullah, engkau telah dijanjikan syurga, dan kalau kau minta, segala isi bumi dan langit dapat kau peroleh, tapi mengapa engkau masih bersusah-payah bersolat sunat malam begini?”

Apa jawapan nabi?

“Aku malu pada tuhanku yang menciptakan aku. Atas segala kurniaannya padaku, adalah wajar untukku mensyukuri nikmatNya padaku.”


Subhanallah. Seorang nabi dan rasul. Seorang idola. Selawat dan salam ke atas baginda dan ahli keluarga baginda.


------------------------------------------------------

yus cakap :  Muhammad s.a.w kekasih Allah, rindu bertemu denganmu, syafaatmu kami dambakan.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 22 February 2010

Suka Hati

Saya di tag lagi oleh Miss Rerama ungu.. Thanks rerama! :D

Bosan-bosan + penat balik keje nih, gagahkan diri wat jugak.. Saya memang suka wat mende-mende alah nih.. Ehehehhehe.. :D

----------------------------------------------------

1 - adakah anda rasa HOT???

Oh Tidak! :D


2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!



* Abaikan saja rupa saya yang hudus tersebut! Nanti pengsan! *


3 - cerita pasal gambar

Family will always be family.. FOREVER! I LOVE MY FAMILY.. enuff said! :D



4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?

Errkk??!! Dua or tiga minggu lepas. Saya tak suka pizza!


5 - lagu terakhir anda dengar

Sang Mantan - Nidji (@ Suria FM, Muzik terbaik Tanpa Henti..) Ehehehheh.. :D


6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni

Tengah masak nih.. Lapo beb!


7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape

Kak tipah / ciktpah (nickname masa chatting zaman dolu2) :D


8 - tag lg 8 org

Adess.. Saya just amek nama yg latest follow me lar ek.. :)

i) atyn
ii) ZE
iii) Muhammad Safie
iv) 1D Boyz
v) Diba Chan
vi) Hanismalik
vii) Magrib
viii) puteri_farah


9 - siapakah org no.1 kpd anda

Atyn : Errkk.. siapa ya? Kawan Gb? Rajin mop lantai kapet GB.. Ehehehhehe.. :)


10 - katakan sesuatu mengenai org no.5

Diba  : Cute.. based on her pic.. :D


11 - no.3 ade hubungan dgn sape?

Muhammad Safie : Fasha Sanda.. Ahahhaha.. Err.. Mana la saya tau! Huhuhuuh..



12 - bagaimana pula dgn no.4

1D Boyz : Pon tak tau..



13 - pesanan kepada org no.6

hanismalik aka hitamputeh : Teruskan la suka hitamputeh ye. Hitam itu menawan, putih itu suci.. wuahahhahaha!


14 - kata2 cinta utk org no.2

ZE : Errkk??!! Apakah kata-kata cinta? (Zack nih marah saya lagi kah? *wat muka bersalah* )


15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan

Magrib & puteri_farah : Ye, ada persamaan. Dua-dua blogger! Ahahhahahah :D


16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mentag anda


Rerama ungu

- Errkk.. Beliau bukanlah seekor rama-rama
- Beliau suka kaler ungu
- Beliau suka rama-rama
- Beliau suka rama-rama yang kaler ungu
- Beliau dipanggil rerama sebab nickname nyer rerama.

* Ahahahha.. Sori.. Otak tengah sewel! *


17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU

Dua-dua tak reti cakap Bahasa Melayu.



18 - prasaan anda wat tag ni

Sesuka hati jerr.. :D


19 - adakah anda tau si razman itu sengal

Yes, tau.. Dia sendiri ngaku.. (Err.. Razman tu sapekah?)


20 - GAY or LESS

Gayless. :P



-----------------------------------------------------

yus cakap : Ntah pape ntah saya nih! Huh..
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Saturday, 20 February 2010

Kenangan

Di malam yang hening neh, secara tiba-tiba saya teringatkan seseorang. Kisah lama. Suatu waktu dulu.

Tak keterlaluan kot kalau saya katakan 'dia' ni lah yang mengajar saya erti 'rindu'. Kalau tak saya tak tahu apa tu rindu. Mungkinkah sejenis popia? Saya jugak ingat rindu tu sedap cam karipap. Ye lar, kat sekolah tak diajar topik rindu ni, dalam subjek Geografi mahupun Sains, apatah lagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Errkk??!!

Well, saya dan dia rapat dalam henset jer la. Borak-borak. Mesej-mesej. Gitu jer la. Tapi tak de lah sampai tahap 'bercinta' ataupun 'bencinta'. Hanya sekadar teman, tapi mesra. Uhuhuhuk.

Yang paling best tentang dia nih ialah dia seorang yang sangat pengingat. In the sense that dia ingat jer apa yang saya cakap pada dia. Bagus betol. Saya pon tak ingat sangat apa yang dia cerita pada saya, almaklum, saya lebih fikir study jer masa tu. (Wuaaa.. stetmen sangat nerd + skema!)

Tarikh exam saya dia ingat. Jadual kelas saya pon dia ingat. Bila saya ada assignment kat luar kampus, dia ingat jugak. Siap call dua tiga kali, risau katanya. Latihan silat saya bila pon dia ingat. Memang bagus. saya rasa dia memang tak pernah makan semut kot. :D

Biasa lah, bila someone tu dah sangat caring pasal kita, saya, sebagai seorang perempuan tulen mula rasa 'tersentuh' ler. Terjatuh suka la puleks! *memalu*

Tapi, tobat saya tak pernah bagitau kat dia! Senyap-senyap jer. :)

Dalam tempoh perkenalan kitorang selama setahun tu (tak lama pon), saya rasa sangat lah hepi. Henset nih pegi ke tandas pon bawak. Rugi kalau tertinggal and then ada miskol dari dia. Ish.. Macam hampagas! :D

Makin lama kenal, makin rapat. Dia pon selalu kongsi cerita ngan saya. Mak dia sakit pon dia kongsi ngan saya, macam la saya nih doktor kan?

"I just nak citer kat someone." kata dia.

Bila saya takde kredit, (saya kan student, selalu kering kontang kewangan nih. huhuhu) dia tolong topupkan.
Bila saya demam, dia ulang kali call, just untuk pesan, "Jangan lupa makan ubat ye?"
Bila saya down sebab kuiz kurang memberansangkan, dia consoled saya, "Wat leklok next time tau."

Kiranya, zaman tu zaman paling 'romentik' pernah saya rasa arr (walaupon kitorang takde declare apa-apa)! Wuahahhaha..

Tapi biasalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa yang ditakdirkan pasti terjadi. Macam tu jugak la perkenalan kami.

Suatu malam, 31 Ogos 2005, dia bagitau saya something tentang life and background dia. Saya sangat terkejut tahap gaban bila dia bagitau. Rasa tertipu. Rasa sangat hampes.

** Tak perlu lah saya bagitau apa dia kan? Tak baik buka keaiban orang lain. **

Saya yang masih terpana, just diam jer waktu tuh.

Dia just cakap, "I tak paksa u untuk terima I sebagai kawan."

** Sama ada saya nangis atau tak time tu, tidak akan diberitahu di sini. Ahakz! **

Nak-nak pulak, lagu yang top masa tu is lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Adifashla (AF).

Hancur hatiku
mengenang dikau
menjadi keping-keping
setelah kau pergi
tinggalkan kasih sayang
yang pernah singgah antara kita
masihkah ada sayang itu?

* Hati Pecah *

Macam kena jer! Errkk??!! Terfeeling sudah!

Lepas kejadian tu, dua hari kemudian, saya mesej dia.

"It's OK. Kalau awak leh berubah, saya tak kisah. Past is past. Asalkan awak betol nak berubah."

Betol. Saya ikhlas. Kalau betol dia dah berubah, buat apa saya nak hukum dia atas kesilapan lampau dia? Move on jer la. Lagipon, sekadar kawan je. Bukan nak kawen pon! (Errkk??!!)

Tapi, dia cakap.. "I tak layak untuk u. U terlalu baik untuk I."

Lepas peristiwa tuh, mesej pon dah jarang, call sekali-sekali jer. Dia makin jauh. Dan jauh. Dan jauh. Sehingga hari terakhir kami berhubung was 9 Januari 2006. Lepas tuh, kitorang langsung takde contact. Hilang. Lenyap. Sampai sekarang.

Kenapalah saya tak faham benda ni dari awal lagi? Dia sengaja menjauhkan diri dari saya. Mungkin dah bosan. Atau mungkin saya hanya sebagai pelepas bosan. Mungkin dia dah jumpa orang lain yang sesuai untuk dia berkongsi kisah.. kot.

Frust ker saya masa tu?

Sedih sket jer la.

Biasa makan nasik dua pinggan, time tuh saya makan sepinggan setengah jer. frust la tuh.
Selalu henset sentiasa ada kredit. Time tuh, dah tak eran dah mana tercampak pon henset tu. frust la tuh.
Selalu tido kol 2,3, kadang-kadang 4 pagi sebab dok gayut, time dah 'berpisah' tu, kol 10 malam saya dah baring mengadap siling, dengar lagu-lagu yang sedey. Frust la tuh.

Hurmm.. Time tuh, kalau ada lagu Januari, nyanyian Glenn, memang saya feeling abes ar.

Kasihku
sampai di sini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan kerna kita berbeza
dengarkan
dengarkan lagu, lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhgir di Januari..

Betolla tu. Kisah saya dan dia berakhir di Januari. :-/

Tapi, sekejap jer saya 'frust' tu. Ada la kot 2,3 hari. (Huahuahua.. saya tipu!). Ehehhehehe..

Saya fikir saya mesti lupakan dia. Semua mesej, gambar, nombor henset dia pon saya padam. Delete. Nekad.

Sebab bila saya muhasabah balik, buat apa saya sedih? Apa saya dapat? Saya hanya doakan dia yang terbaik, dan sentiasa bahagia dengan kehidupan dia. Saya pon tak pernah benci dia. In fact, saya berterima kasih, sebab Allah pernah hadirkan dia dalam hidup saya untuk berikan kegembiraan pada saya, walaupun hanya sebentar.

Saya selalu berpegang pada kata-kata Allah dalam surah Al-Baqarah:

"Barangkali kamu suka sesuatu, tapi ia buruk bagi kamu. Dan barangkali kamu benci sesuatu, sedang ia baik bagi kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu."

Moral of the story is, takde faedahnya nak terlalu ekstrim bila menyukai, merindui hatta menyintai seseorang. Kasih, rindu dan cinta pada manusia ni biarlah berpada. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kita.

Cintailah Pencipta kita Yang Maha Kuasa, nescaya kita akan memperoleh cinta makhluknya. InsyaAllah. :)

* Cinta Pada Allah - Cinta Hakiki *

Yang penting, ikhlas. Lillahi taala.

Kita sebenarnya yang mengawal diri kita. Biar akal dan iman yang memandu arah perjalanan hidup. Bukan perasaan semata-mata.

Cuma sekali sekala kalau teringat tu OK lah. Jangan sampai perasaan rindu yang sia-sia menguasai diri sudah la. Just fikir, apa gunanya menangisi perkara yang dah berlalu. What has done, cannot be undone.

Kalau kita rasa kita 'sayang' seseorang, biarlah dia bahagia. Walaupon kebahagiaan dia tu bukan dengan kita.

Kau telah jauh
jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu
namun harusku akui
ada ketika di minda 
kau menjelma kembali
tak mungkin kerana sayang
hanya kadang kala aku terkenang..


----------------------------------------------------

yus cakap : Walaupon nombor 'dia' dah saya delete dari henset, tapi sampai sekarang saya still ingat no dia dalam kepala nih. Apa kes kah?? Ehehheheh.. Saya pon tak makan semut tau! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 18 February 2010

Sudoku

Anda suka main sudoku? Walaupon kadang-kadang leh mendatangkan ketensenan  melampau (nak-nak lagi kalau dah mula silap letak satu nombor, di tempat yang salah), tapi saya sangat suka Sudoku! Saya bukanlah terer tahap gaban men Sudoku nih, just untuk isi masa lapang jer. Ehehehe.

Saya kalau kat ofis, asal baca paper jer mesti selak kat tengah-tengah page The Star tuh (dan jugak bahagian sukan). Kat bahagian komik tu yang best tuh. Ehehehhe. Baca komik. Tengok horoskop. Buat Sudoku. :D

* Bahagian ni paling best dalam The Star.. Ahakz *


Selalu kalau saya boring-boring kat lab, mesti la saya buat Sudoku. Saya tahap low profile lagi nih, atas sket pada Beginner jer.. Wuahahahaha. Tapi, saya percaya ada tips and tricks nak main Sudoku. Bagi saya yang tak berapa terer ni, tips and trick saya dinamakan sebagai CONTENGAN AJAIB. Wuahahahhaha.. :D

* Nih sebelum buat. Suci bersih jer kertas tu kan? *

Main Sudoku nih 100% logik. Takde nye main 'rasa-rasa' or 'agak-agak'. Kalau satu nombor yang salah, diletakkan di tempat yang salah, pada masa yang salah, ia akan menjahanamkan keseluruhan puzzle! Nah.. Ini dia yang dikatakan ketensenan tahap kegabanan tadi. Errkk??!!

Bayangkan, anda dah isi 70% of overall kekotak nombor tuh, tetibe bila check-check balik, ada dua nombor pada row yang sama.. Wuaaaa.. Rasa nak hempuk jer buku Sudoku tuh! Uhuhuuhuk.. :D

Well, bercerita pasal Sudoku nih, nak jugak saya kongsi secara ringkas sejarah Sudoku yang sebenarnya.

Nama Sudoku terdiri dari dua suku kata dalam bahasa Jepun iaitu Su dan Doku.

Su bermaksud nombor.
Doku bermaksud tempat kosong.

Walaupon namanya dalam bahasa Jepun, tapi jangan terpedaya! Sudoku bukanlah berasal dari Jepun. Ehehehehe. Tapi ia dilahirkan di Amerika + Eropah.

Pada kurun ke 18, seorang ahli Matematik Switzerland, Leonhard Euler telah mencipta satu konsep bernama 'Latin Squares' di mana satu nombor hanya muncul sekali saje dalam barisan kotak kosong, sama ada dari tepi, atas atau bawah.

Pada tahun 1970, Majalah Dell di US mula menyiarkan puzzle ni. Ia di developed di US oleh Howald Garnes, seorang arkitek pencen dan pembuat puzzle. Dia bagi nama Number Place.

Pertengahan 1980 pulak, Presiden Nikoli Inc (pembuat puzzle terbesar di Jepun), Encik Maki-Kaji (uhuk.. sedapnyer nama dia!) menerbitkan Number Place ni kat Jepun. Encik ni la yang kasi nama Sudoku nih.

* Ini la dia Encik Matakaji.. eh silap.. Encik Maki Kaji *

Walaupon dah berabad lamanya, tapi Sudoku masih mendapat tempat dan masih hit. Sampai sekarang pon surat khabar The Times kat London still menyiarkan puzzle Sudoku nih. Macam kat Malaysia akhbar The Star (yang selalu saya cilok and gunting and tampal dalam buku saya.. ahakz) dan Newstraits Times.

Actually, tak perlu terer Matematik pon nak main Sudoku nih. Cuma kena sabar je la. Slow and steady. Kena betol fokus. Dan teliti. Kalau silap letak satu nombor, macam saya cakap tadi, memang hancus la semua puzzle tuh. Tamatlah riwayat kesan degil. Errkk??!! :D

* Ini selepas saya wat Sudoku. Ni yang dinamakan Contengan Ajaib. Ehehhehhe. *

Dalam hidup kita pon macam tu la jugak. Kena selalu tengok balik kesilapan diri, dan menginsafi diri. Kalau tak, satu kesilapan yang kita wat dan kita tak sedar, mampu menghancurkan kehidupan kita seluruhnya! 

Ehehehhehe.. Tibe-tibe je saya nih ek? :)

--------------------------------------------

yus cakap :  Main Sudoku ni kadang-kadang leh gak jadi ubat untuk senang tido. Errkk??!!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Oh My Darling.. I Love You

Malam ini saya layan hindustan (lagi).. Lalallalalallaa~

Boring lar. So, sambil buang-buang masa jalan-jalan pusing blog sambil godek youtube carik video untuk rileks-rileks. Jom la kita layan.. Kalo anda semua layan hindustan la.. Ehehheheheh.. :)


* Lalallalalalalla *

Nak tau lirik lagu nih tak? Ehehhehe.. Sekali ngan tranlation saya letak.. Bosan le katakan. Sambil-sambil tunggu masa nak tido nih.. :)


aaj ke laRke I tell you kitne lalluu what to do... (Boys these days, I tell you, such morons! What to do?)
koii mujhe puuchhe how are you koii mujhe bole how do you do (Some ask me, "How are you?" Some tell me, "How do you do?")
kabhii koii mujhse na kahe "Oh my darling, I love you!" (No one ever says, "Oh my darling, I love you!"
oh my darling i love you... Oh my darling, I love you!)

aaj kii laRkii I tell you nakhrevaalii sun le tuu... (Girls today, I tell you, total teases! Listen up...)
na mai.n puuchhuu.n how are you na mai.n boluu.n how do you do (I won't ask "How are you?" and I won't say "How do you do?")
abhii yahii.n mai.n kahata huu.n "Oh my darling, I love you." (Right here, right now, I say, "Oh my darling, I love you!")
oh my darling I love you... ( Oh my darling, I love you!)

aaj ke laRke I tell you kitne lalluu what to do... Boys these days, I tell you, such morons! What to do?

roz mile.n chupke chupke pyaar kare.n chupke chupke... (We meet every day in secret; in silence we love.)
are mai.n kab kisii se Darta huu.n mai.n to tumpe marta huu.n (Hey, I'm not afraid of anyone; I'm dying for you!)
mai.n kaise yeh maanuu.n chal mera haath pakaR le (How can I credit this? Come, take my hand.)
lo haath pakaRke mai.n boluu.n oh my darling I love you (Look, holding it I'll say, "Oh my darling, I love you.")
oh my darling I love you... (Oh my darling, I love you!)

aaj ke laRke I tell you kitne lalluu what to do... (Boys these days, I tell you, such morons! What to do?)

achchha to chalo pyaar kare.n saath samu.ndar paar kare.n... (Okay, come, we'll love each other, we'll cross the seven seas.)
tere saath na aa'uu.n mai.n raaste me.n Duub na jaa'uu.n mai.n ( I won't come with you for fear that I'll drown on the way.)
pyaar me.n jo Duub ga'e yaar vohii to paar hu'e (Those who drown in love are the very ones who manage to cross.)
aisa hai to sun soniya ( If it's like that, listen up, handsome:)

oh my darling I love you... (Oh my darling, I love you!)
aaj ke laRke I tell you (Boys today, I tell you!
oh my darling I love you (Oh my darling, I love you!)

aaj kii laRkii I tell you (Girls today, I tell you!)
na mai.n puuchhuu.n how are you na mai.n boluu.n how do you do (I won't ask "How are you?" and I won't say "How do you do?")

abhii yahii.n ham kahate hai.n "Oh my darling, I love you." (Right here, right now, we say, "Oh my darling, I love you!")
oh my darling I love you... (Oh my darling, I love you!)



TAMBAHAN:


Yang di bawah ni merupakan dubbing dalam bahasa ape ntah untuk video yang sama. Siap ada lirik Bahasa Melayu lagi. Wuaaa.. :D





-------------------------------------------------

yus cakap : Kenapa skang nih saya asek layan Hindustan saje? Aduii.. Malu ler gini! Errkk??!!
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 17 February 2010

Erti Syukur

Alhamdulillah. Setelah beberapa lamanya SP nih mengalami kemarau yang sangat, akhirnya petang nih hujan turun dengan lebatnya. Syukur alhamdulillah. :)

Masa saya cuti kat kampung 4 hari lepas pon, cuaca sangat kemarau. In fact, kawasan utara Semenanjung Malaysia mengalami kepanasan tahap pemanasan global yang sangat! Kemarau serr, takde ujan, malah angin yang sepoi-sepoi bahasa Melayu pon malu-malu alah jer nak bertiup. Rasa memang sangat panas, menusuk ke tulang sum-sum. (Melebih-lebih pulak saya eh! Tapi serius betol! :D )

So, petang nih bila tetibe hujan turun dengan lebatnya di SP, saya rasa sangat seronok! Sangat bersyukur. Alhamdulillah.. :)

Untuk mereka-mereka yang pernah belajar subjek Sains mesti taupasal pemanasan global kan? Yang sekarang nih tengah melanda, panas yang teramat, bahang giler-giler, semua nih akibat pemanasan global la. Macam kat Antartika sana, iceberg (yakni ketulan ais di lautan ais) dah mencair dengan ketara. Itu pon disebabkan pemanasan global la. Global warming, dan climate change. Perubahan cuaca global.

Pemanasan global bermaksud peningkatan pantas suhu dunia secara global, dan tidak secara semulajadi yang berupaya mengubah cuaca dunia dengan sangat teruk dan drastik.

 
* Iceberg Cair *

* Muller Ice Shelf *

Dilaporkan bahawa Muller Ice Shelf, kat Lallemand Fjord, Semenanjung Antartika, dah mencair selepas 400 tahun mengalami proses pembekuan. Ini merupakan antara iceberg yang terbesar di dunia (paling besar is Larsen), maka pencairan ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif dalam menaikkan suhu kawasan setempat. Larsen pulak dah mencair sebanyak 1200 meter persegi pada awal 2002. Sekarang suhu dunia semakin tinggi dan meningkat, maka makin banyak ais-ais yang akan mencair. Keadaan ini akan menghasilkan kawasan daratan glasier yang akan menaikkan paras laut.

Bayangkan kalau semua ais ni cair?? YAA.. kita semua akan tenggelam!! Errkk??!!

Berdasarkan kisah-kisah dari Al-Quranul Karim, kaum-kaum yang terdahulu dimusnahkan dengan perkara-perkara dahsyat, dan salah satunya ialah diTENGGELAMkan oleh banjir besar!

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ankabut : Ayat 14)

Mahukah kita ditimpa azab yang sama? Nauzubillah.

Semua yang dinamakan pemanasan global nih, kalau dihayati balik adalah kesan dari tangan-tangan manusia jugak, yang memusnahkan Bumi sedikit demi sedikit.

Greenhouse effect (Kesan rumah hijau) akibat pelepasan karbon dioksida yang melampau, penggunaan CFC, metana, dan gas-gas lain dalam kehidupan seharian merupakan punca utama terjadinya pemanasan global. Contoh mudah yang kita kurang aware ialah penggunaan kereta yang semakin meningkat di kota-kota, penggunaan aircond, peti sejuk, dan banggunan yang bercermin (yang memantulkan kembali cahaya matahari ke ozon, dan menipiskan lapisan ozon).

Masyarakat-masyarakat barat masih nak bersikap 'ignorant' bila mereka insist mengatakan global warming adalah satu proses natural yang berlaku akibat proses pemanasan oleh matahari.

Heh. Tak mahu mengakui kesilapan sendiri. :D

Bila mengalami kepanasan yang sangat semenjak dua menjak nih, saya terfikir, bahawa keadaan panas nih sedikit sebanyak merupakan suatu 'penyiksaan' kepada manusia. Dan turunnya hujan benar-benar merupakan suatu rahmat kepada manusia!

Lihat sendiri. Penyiksaan tu lahir dari tangan manusia, dan hujan sebagai rahmat tuh adalah dari Tuhan Yang Maha Penyayang.

Cuba fikir. Mana ada method nak memangkinkan ataupon nak 'buat' hujan turun kan? :D

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." " (Surah Al-Baqarah : Ayat 30)

So, bersyukur lah kita sebab Allah masih sayang dengan kita. Kita tak reti menghargai Bumi nih, buat macam-macam jenis maksiat atas Bumi, tapi Allah still maafkan kita. Masih lagi turunkan hujan untuk kita bila kita menghadapi situasi panas yang sangat. Alhamdulillah.

Dan selalu kita sedar yang Allah itu sememangnya Maha Pengasih. Diberikan kita ujian. Kepapaan, kemelaratan, kesedihan melampau, kekecewaan dan segala macam penderitaan, tapi Dia tak pernah lupa untuk berikan kita penawarnya. Pasti ada hikmah di sebalik kisah duka kita. Pasti ada rahmatNya yang tersembunyi. Pasti pertolonganNya akan tiba.

Cuma kita yang ingkar. Tak reti bersyukur. Bila diberi ujian, kita merungut. Bila diberi pertolonganNya dan kejayaan, lupa pulak nak bersyukur.

Saya selalu berpegang pada kata-kata Sabar atas ujianNya, dan syukur atas kurniaanNya. :)

Kita nih kadang kala selalu sangat tengok kelebihan orang lain, dan terlalu nak mengejar kesempurnaan. Sebab tu susah nak bersyukur.

 * Macam-macam.. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus.. *

Macam kes nih saya jumpa kat youthsays, saya just terfikir.. Bersyukur la dengan keadaan diri kita. Gemuk ker, kurus ker, besar ke, kecik ker, tembam ker, keding ker, yang penting SIHAT. Kesihatan tu merupakan kurniaan Tuhan yang paling berharga!


--------------------------------------

yus cakap : Baru panas kat dunia nih saya dah tak larat, habis ruam-ruam seluruh badan sebab panas sangat, nanti kat alam 'sana' macam mana la ek? Matahari atas kepale jer.. Astaghfirullah al azimm...
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 12 February 2010

Bukan Superstar

HELLOO!! ASSALAMUALAIKUMM!!!

Erkk??!! Berhabuk serr rumah saya! Almaklum, seminggu tak kemas. Dah jadi macam rumah hantu dah. Camna nak rileks gini? Ehehehhe.. :)

Well, seminggu saya tak online. Bukan menyepikan diri. Bukan merajuk. Bukan sengaja tak online. Semua ini adalah satu keterpaksaan. Uhuk!

Saya tertinggal USB brodben stick saya kat kampung, sebab tu tak dapat online. Mula ingat nak balik kampung ambik, tapi bila fikir punya fikir, tak jadi lah. Macam sia-sia pulak kalo balik tu.

No 1 : rugi duit minyak – sejam setengah perjalanan. Rugi, rugi!
No 2 : penat lerr

So, bertahanlah saya seminggu tak online. Rindu betul nak jenguk rumah saya yang tersayang nih! Dah la dekat lab pon, pc rosak. Steve dengan selamba badak dia jer tanak repair.

“Steve, how bout my pc?” Last week saya follow up ngan dia pasal pc saya yang selalu sakit tuh.

“Trash it into the bin.”

Wuaaaa!! Selamba jer tau bos saya nih. Tau le dia bos. Sombong nau! Sekeh karang baru tau. :(

Sabo je la. Memang seminggu ni saya ‘puasa internet’ duh! Sangat sedih! Nak pergi cari cc pon tak tau katner. Terperuk la saya kat umah sewa saya nih sensorang.

Marathon nengok movie. Nasib baik sebelum balik dari kampung hari tu saya sempat burn movie dari sepupu saya.

Lepas satu movie, sambung movie lain puleks. Dari Sherlock Holmes, ke Avatar, ke Jin Notti, The Proposal, Monster vs Alien, Alien In The Attic, X-Men Origin.. and whole lot more!!

Itu je la aktiviti saya minggu ni. Dari balik keje, sampai waktu tido. Movie, movie dan movie lagi. Sampai kalo muntah pon kuar movie ni. Wuahahhaha! :D

Erm.. Seminggu saya takde nih, rindu tak kat saya? Apa? Tak rindu? Erkk??!! *malu sesangat*


Takpe, takpe.. Rileks.. Saya sedor diri lagi. Bukan glemer pon orang nak rindu-rindu lak kan? Ehehhehe.. Saje je ngengade tadi. :D


-------------------------

yus cakap : Saya bukan super, saya bukan star, kalau dgabungkan saya bukan superstarrr.. :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Friday, 5 February 2010

In The End

Wahh.. first time saya kena tag nih. rasa sangat eksaited mahu menjawabnya! :)

Jom main! :D

-------------------------------------------------------

RULES:

- Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle
- For each question, press the next button to get your answer.
- YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
- Tag 10 friends.
- Everyone tagged has to do the same thing.
- Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Bubbly -Colbie Callait-


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Budi Setahun Segunung Intan  -ahmad jaiz- (Wuaaa.. kantoi saya retro!! :D)


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
 Dont Cry -Guns N Roses-



HOW DO YOU FEEL TODAY?
 One Step Closer -Linkin Park-


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
 Crawling -Linkin Park-


WHAT'S YOUR MOTTO?
 I Wanna Know What Love Is -Mariah Carey-


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
 When You Believe -Mariah Carey & Whitney Houston-



WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Sujud -Mawi & KRU-


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
 Unintended -Muse-


WHAT IS 2 + 2?
 Menyesal -Reza Herlambang-


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
 Clumsy -Fergie-


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
 Papercut -Linkin Park-


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
 Saving Me -Nickleback-


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
 Somewhere I Belong -Linkin Park-


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
 If Today Was Your Last Day -Nickleback-


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
 Yank -Wali Band-


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Humko Hamise Chura Lo  (Mohabbatein)


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
 Too Bad -Nicleback-


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
 Andekhi Anjanii (Mujhse Dosti Karoge)


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
 Rockstar -Nickleback-


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
 Gotta Be Somebody -Nickleback-


WHAT WILL YOU POST THIS AS
In The End -Linkin Park-


===tag 10 Ppl U care of...Hohohoh

1. Izz

2. Dylla

3. dila

4.anwar naim

5. icelemon

6. kodok

7. avid gunner (sure bising mamat nih kalo dia tau saya tag dia.. wuahahhahaha)

8. nabiel (kamu mesti kena jawab ye biel.. tak jawab saya sekeh pale! :D )

9. kuz

10.anif


p/s : Semua nama tu diambil secara rawak.. jangan marah arr! :)

Oh yer, saya tak benarkan right click, so sesape yang kena tag tuh sila copy soklan ini dari blog rerama ek. (Akak pomot blog rerama nih) :D


-------------------------------

yus cakap : Betol punya fun lerr! (Ada ke kat funeral nyanyi lagu Yank??? Giler babeng!) :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Thursday, 4 February 2010

Tilam Terapi

Bila anda tensen, apa yang anda buat?

Karaoke puas-puas? Main bowling? Dengar muzik sampai pecah gegendang telinga? Makan? Terajang anak Mak Cik Leha (walau dia tak bersalah)?

Tak pon tido sepuas-puasnya? Ngadap internet sampai lebam bijik mata? Atau pegi lepak kat shopping complex? Tengok TV sampai pengsan???

* Sape cakap saya tensen? Nak kena belasah?? *

Argh!

Sesungguhnya saya sedang TENSEN sekarang!

Saya sangat penat hari ni. Kat lab banyak giler mende kena wat. Nak pulak supervisor saya cuti hari nih. Ada dua tiga keje yang urgent yang diwariskan kat saya, maka jadilah saya waris jadi telunjuk tadi. Campur ngan keje saya sendiri, melimpah ruah keje!

Penat giler!

Dah tu petang tadi, masa saya still kat opis, adik saya tipon. Dia kata ada orang nak cakap ngan saya. Saya pon nak-tak-nak je jawab. Ye la. Penat serr! Takde masa nak layan henset nii.

Tapi cakap la jugak ngan orang tu. Kak Shila mana ntah. Dia nak promot tilam terapi untuk ubatkan mak saya.

Aduhai!! Saya tengah penat tu beb! Keje melambak-lambak, dah tu tipon nak promot barang lak. Bikin panazz je saya masa tu. Tapi, rileks sajee.. :D

Bukan saya taknak beli. Kalau berkesan memang saya nakkkkk sangat beli untuk mak. Cepat mak baik, lega hati saya ni.

Masalahnya, mana ada hengget kak chik oit! RM1800 serr! (harga ahli tu.. saya ni tak ahli, berapa pulak harga nya?)

Adoii.. tambah lagi sikit angka tu, sama nilai ngan sebulan gaji saya! Ish!

 * Adoii.. Sakit kepala! *

Mana saya nak cekau duit?? Saya tak dibenarkan wat OT. Gaji bulan-bulan pon cukup makan pakai saje. Nak bayar utang -moto, keta, sewa umah, bil api, bil air umah sewa, nak bagi mak, nak makan, duit minyak- gila seh!!!

Tak mampu la saya nak beli tilam tu walaupon saya sangat berharap saya dapat beli! Huhuhuhu.. Tensen ah! Nanti tak abes bayar utang tilam tu, saya pulak yang GOL dulu.. Errkk??!!

Tapi, rasa cam serba salah pulak kalau tak beli. Tapi kalau beli, kemungkinan besar saya akan berhutang lagi. Hutang moto akan habis bulan 6 nih, tambah hutang tilam pulak kah? Kalau boleh, saya taknak tambah hutang dah. Dah abes ansuran moto tu lega la sikit, takkan nak tambah balik kot??

Adoii.. Saya rasa saya tak mampu la. Dah la saya sorang je yang keje skang ni. Duit bulan-bulan kena la simpan untuk emergency. Moto wat hal ker nanti mana tau. Kalau tetibe adik saya takde duit, mintak ngan saya, cemana pulak?

Kalau tak beli nanti mak kecik hati pulak. Tok bising la jugak nanti tuh. Adik-adik mesti marah saya. Mesti diorang kata saya kedekut. Tak pon tak kesiankan mak. Tak pon pentingkan diri sendiri.

Bukan laaa!!

Adoiii.. penat la. :(

:
:
:

Dah la.. Jom kita layan industan sat. * Ahahahha.. Sempat lagi! * Menari-nari riang sket.. (Kalau la boleh!!) Wuaaaaaaaaaaa! :D




* Dari petikan filem Mohabbatein : Best tengok tarian dorang.. Ehehhehe *


---------------------------------------------------

yus cakap : Semoga Allah tenangkan hati ini, dan diberi jalan keluar.. InsyaAllah.. (Kawan-kawan tolong doakan yee!) :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Ada Apa Dengan Nama

Nama saya Yus. Nama anda? :)

Erkk??!!

Kenapa tetibe saya tersentap? Ehehehhe.. Takde.. Cuma rasa agak pelik la kenapa orang selalu keliru akan jantina saya bila tau nama panggilan saya tu? Ehehehe. Lawak pon ader.. :D

* Sayakah ini? *

Ramai yang akan terkeliru. Saya nih lelaki ke perempuan? Ada yang cakap saya khunsa lagi!! Wuahahahhaha!! Kelakar gila babeng! :D

* Chakk! Ini kot saya? *

Kenape ek terjadinya kekeliruan ini??

Mungkin sebab nama saya kot? Ke saya kena tukar nama? Kepada yang lebih feminin? Uhuk uhuk uhuk.. *batuk-batuk manja*

YUS ini merupakan nama panggilan kawan-kawan saya sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Dah sebati dengan jiwa raga. Dah tak boleh ubah lagi dah. Ehehehe..

Tak sedap ek nama YUS nih? Abis tu nak panggil ngan nama ape? Bedah? Tipah? Senah? Beyonce Knowles? Wuahahahhaa.. Sangat over yee!

* Ini antara bukti kekeliruan yang berlaku disebabkan nama.. :) *

Sampai sekarang, selain dari family saya, semua orang / kawan-kawan panggil dengan nama YUS. Janggal pulak kalau tetiba saya nak suruh orang panggil dengan nama lain.

Family je panggil nama lain. Tapi still ada dalam ejaan nama sebenar saya laa.. :)

Erm.. Nama sebenar saya? Alahai.. Tak boleh bagitau lerr.. Bukan tak bangga ngan nama sendiri. Tapi saja je nak berahsia. Ahahah.. Boleh gitu?

Spesel tau nama saya. Gabungan nama mak ngan abah saya. In fact, kami empat orang adik beradik semua nama lebih kurang sama, semua gabungan nama mak ngan abah.. :)

Nak teka ker nama saya? Kalau nak teka saya kasi klu, mau? :D

OK, nama saya ada empat suku kata. Sembilan huruf. Suku kata pertama ambik dari nama abah. Suku kata yang kedua dari nama mak. Dua suku kata yang akhir, baru nama saya (sebenarnya).. Wuahahhahaha.. :D

Teka ler kalo terer.. Ehehehhe..

p/s : Ataupun kalau anda ada citer menarik tentang nama anda, boleh gak kongsi.. Syok gak nak tau nii.. Komen ye jangan tak komen.. Erkk??!! :D


-----------------------------------------

yus cakap : Inilah yang jadi bila saya penat sangat. Merepek meraban ntah paper sensorang.. Ahakz~
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Wednesday, 3 February 2010

Arak - Sedapkah?

Saya pernah tanya pada rakan sekerja saya, Nicholas (memang nama sebenar) yang selalu sangat dok bercerita pasal aktiviti hujung minggu dia pegi socialize ngan kawan-kawan dia and got drunk. Saya tanya;

"Sedap ke arak tuh?"

Dia jawab;

"No lar.. Just to unwind saja. Tension tension, pegi minum lor. You'll forget everything."

* Errkk.. Minuman kegemaran encik beruk rupanya *

Saya just senyum jer. No wonder la ramai orang pegi minum arak. Sebab tension rupanya. Nak hilangkan tension. Mungkin banyak masalah kot. Yang lucunya, bila minum tu, dah lupa segala ke'tension'an, masalah hilang tak??

Menambah masalah mungkin! :)

Nicholas jugak ada cerita pasal kawan-kawan dia yang ketagih minum, pastu bila tak sedar diri mula tidur merata tempat, panjat pagar rumah pon tak sedar, malah ada yang tidur kat toilet bowl!

Eeurghhhh!!

Realitinya, bukan sekadar orang bukan Islam jer yang minum zaman sekarang nih. Orang (mengaku) Islam pon ada. Tak kira lah artis ker, orang biasa ker, orang kenamaan ker. Dah ramai umat Islam yang minum arak.

Ada kalangan Muslim nih yang pegi berparti, kat kelab-kelab malam atau ape-ape je la tempat yang sememangnya minuman utama yang dihidang semestinya bukan air milo, tapi arak. Boleh ker?

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w dari Ibn Umar;

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Jelas kan? :)

Arak / alkohol terdiri dari beberapa jenis yang biasa. Contoh beer, wain atau liquor. Semua nih dibezakan melalui tahap dan kandungan alkohol dalam arak tuh.

Alkohol atau arak nih sebenarnya ialah sejenis depressant. Iaitu sejenis dadah yang mampu memperlahankan atau menekan minda / otak. Seperti kebanyakan ubat (dadah), arak akan mengubah kemampuan seseorang untuk berfikir, bercakap, dan melihat perkara yang sebenarnya. Seseorang mungkin tak dapat mengimbangi tubuh nya sendiri, dan tidak stabil untuk berdiri. Seseorang itu jugak mungkin akan berasa gembira dan tenang untuk seketika, sebelum mula menangis atau terlibat dalam pergaduhan.

Itu belom termasuk natijah-natijah jangka pendek seperti pening, muntah, percakapan yang tak lancar, lapar yang terlampau, dan jugak kepenatan yang teramat sangat. Thats why mereka-mereka yang dah terlalu banyak minum, sampai tak sedar tidur kat toilet tuh!

Pengambilan arak (beer, wine, liquor) yang berterusan akan menyebabkan ketagihan. Ini boleh menyebabkan peminum boleh menghadapi masalah minda, contohnya macam selalu berhalusinasi (mengimaginasikan perkara yang bukan-bukan) dan jugak kerisauan melampau.(Sumber : National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA) )

* Tengok jer.. Jangan pegi cari kat Jusco puleks! *

Kesan jangka panjang akan membantutkan perjalanan organ seperti otak dan ginjal. Ibu mengandung yang minum arak boleh menyebabkan kelahiran bayi yang terencat otak. Malah, kajian menunjukkan, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang peminum arak, mempunyai tendency untuk jugak jadi peminum arak tegar!

Nabi Muhammad kita dah pesan dah;

"Arak itu punca (ibu) segala maksiat."

Ada pernah saya baca satu cerita tentang seorang abid (ahli ibadah). Dia ni memang rajin solat, puasa, dan selalu wat perkara yang Allah suruh, dan tinggalkan perkara yang dilarang.

Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.

Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

3 in 1 lagi tuh. Nauzubillah.

So, jauhi la arak. Walaupon sikit.

Nicholas pernah jugak cakap;

"Kalau you minum sikit, still ok what? Nothing happen."

Tapi, sebagai sorang Muslim, kalau ada orang yang cakap camtu, just ingat la pesan Nabi kita;

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit."

Sangat, sangat jelas. Tapi kenapa masih ada yang minum?

Tak tau la dunia sekarang nih. Dah tunggang terbalik. Takut kalau Allah nak turunkan azab, Dia bukan turunkan pada golongan yang buat maksiat je, tapi keseluruhannya!

Sama-samalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain. :)

Sabda Rasulullah s.a.w;

"Ballighu anni walau ayah (Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat)" 


-----------------------------------

yus cakap : Dengar kata, bau arak ni busuk kan? Macam bau air kencing setan la kot ek? :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Tuesday, 2 February 2010

Realiti Yang Menakutkan (Panjang Kisahnya)

Rasa-rasanya semua orang dah aware dengan gembar-gembur unsur Freemason dalam AJL 24 baru-baru nih. Saya pon ada copy kan kisah AJL 24 yang masyuk nih dalam older post. Saya taknak komen banyak-banyak masa tu sebab saya nak bagi peluang kita sama-sama fikir apa yang tersurat dan apa yang tersirat di sebalik semua yang berlaku.

Seperti yang saya cakapkan sebelum ni, komen-komen dari pembaca-pembaca (yang realitinya ngaku diri Islam) di ohartis lagi menggerunkan dan penuh kontroversi dari kisah AJL dan Freemason nih sendiri.

Sebagai contoh, komen yang nih:


Ataupun yang nih:


Dan yang ni jugak:


Banyak lagi komen-komen yang membuatkan hati sayu. Sebab dah dapat lihat betapa ‘terbuka’ nya umat Islam sekarang sampai perkara-perkara yang melibatkan akidah macam nih dipandang sepi, dipandang remeh. Dah tu boleh pulak dikatakan golongan-golongan yang membangkitkan isu nih sebagai ‘berfikiran sempit’ dan ‘kolot’. Yang peliknya bila ditegur, kita pulak ditempelak. Disuruh berfikiran positif. Hurmmm..

Saya malas la nak hujah panjang-panjang tentang keadaan umat Islam sekarang nih. Sebab kalau cakap banyak-banyak nanti kena saman atas tuduhan ‘menghasut’ pulak, payah. Leceh. Nak kena turun naik mahkamah. Taknak la saya. Bukannya banyak duit pon nak hire attorney. :D

Tak tau la reality umat Islam sekarang nih. Bila selak-selak balik cerita-ceriti tentang dunia semasa sekarang, rasa takut yang sangat. Nampak sangat kiamat dah dekat!

Umat Islam sendiri memperlekehkan agama. Astaghfirullah al azim..

Masa timbul isu nama Allah pon sama la jugak. Masing-masing nak tunjuk terer. Masing-masing ada hujah sendiri. Korek semua sejarah-sejarah silam. Yang sokong dengan cara sokongnya. Yang bantah dengan cara bantah nya.

Semua ni dah dirancang. Itu je saya boleh cakap. Secara tak sedar, umat Islam dipermainkan. Diperkotak-katikkan. Orang-orang yang merancang semua mende ni sekarang tengah gelakkan kita umat Islam. Diorang tengah ketawa sampai keluar isi perut.

Tapi, kita tak sedar. Masih jugak lagi nak berbalah. Pasal agama, pasal akidah sendiri pon nak berbantah-bantah. Padahal kita perlu bersatu.

Tak payahla cakap orang lain kolot, kalau diri sendiri pon tak tau apa makna Illuminati. Tak payah la nak suruh orang lain pikir positif kalau diri sendiri tak tau ape kejadahnya Freemason. Tak payahla nak cakap orang lain berfikiran sempit, kalau diri sendiri tak pernah tau apa itu ‘The Arrival’.

Memalukan diri sendiri je tu!

Mungkin ramai cakap segala yang berlaku kat AJL tu SEMUANYA kebetulan. OK. Fine. Kalau gitu, kita accept semua ni kebetulan.

Tapi, bila diakui semua tu kebetulan, nampak sangat la umat Islam (yang wat kerja di sebalik tabir AJL tu banyak orang Islam kan?) kurang ilmu pengetahuan tentang ni semua. Atau mungkin boleh dikatakan jahil.

Saya pon included sekali la. Sebab sebelum perkara nih di’terjah’kan sebegini rupa, saya pon tak pasti sangat apa tu Freemason. Apa tu Illuminati. Apa tu gerakan ‘The Arrival’ semua. Bila timbul isu ni, baru saya godek-godek encik Gugel, cari justifikasi, dan relate kan dengan realiti sebenar dunia sekarang. Kalau tidak saya pon jahil. Saya mengaku!

Masalahnya sekarang, golongan-golongan so-called ‘berfikiran terbuka’ nih, bukan gitu. Bila something being brought up, nampak lari jauh dari gaya hidup mereka yang BIASA, terus melenting. Membantah. Maki hamun berjela-jela. Puas kot hati dorang memaki hamun tak tentu pasal. Nampak tak sape sebenarnya yang jahil? Sapa sebenarnya yang berfikiran kolot?

Ignorance is NOT a bliss, my friend!

Yang paling penting, nampak sangat golongan Yahudi sebenarnya dah berjaya mencapai misi dorang.

Melahirkan suatu generasi yang mengikut telunjuk mereka, dan akan menghapuskan terus ajaran Islam di muka bumi.

Kita tak sedar, golongan Yahudi sedaya upaya akan menghapuskan Islam. Lagi extreme dari golongan Nasrani (Kristian). Dan terbukti dorang bijak. (Memang orang-orang Yahudi bijak-bijak belaka) Dorang buat secara halus. Supaya nampak BIASA. Dah lama dah benda ni, cuma sekarang klimaks nya. Still, umat Islam masih ada yang tak reti-reti nak mengkaji dan memahami agama sendiri.

2 contoh yang saya bagi pasal AJL+Freemason dan isu nama Allah nih, cukup untuk tunjukkan kemaraan golongan-golongan bukan Islam yang cuba memecah belahkan umat Islam.

** Umat Islam sekarang pon dah makin ramai bersikap Liberal. (isu AJL+Freemason) dan bersikap Pluralism dalam beragama (isu nama Allah). Post akan datang saya akan utarakan pasal Islam Liberal ngan Pluralism dalam beragama nih. InsyaAllah. :) **

Percaya la cakap saya, kita dah pon menuju ke arah perpecahan umat kalau masih lagi tak sedar. Kalau masih lagi tak bangun!

Tengokla sekeliling, orang-orang bukan Islam sedang ketawakan kita!


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 120)


Kat sini saya sertakan sekali antara komen-komen yang BERILMU dan BERNAS dari pembaca web ohartis berkaitan isu ni.


 

-----------------------------------------

yus cakap : Entri saya yang paling panjang (setakat nih).. sori ye kalo boring. Just nak kongsi pandangan dan pendapat. Apa kata anda? :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Giler Spontan

Wuaaa... Leh sakit jantung saya nengok sketsa Spontan nih! Adess.. Tapi dalam banyak-banyak sketch, Pemberita Kepala Tiga ni memang best tahap Gaban! Tak tahan serr!!! :D

Kali ni, saya nak kongsi la aksi Spontan nih.. Cakap banyak tak gune, jom layan video ni.. :)

Adoii.. Ketawa sampai kuar air mata ngan air hidung nengok diorang nii.. Ehehehhe.. :)




* Pemberita Kepala Tiga *


Malam nih pulak line tenet sangat ok. Loading youtube pon agak cepat.. Pe lagi, tercongok le saya depan laptop. Tak hengat sok nak keje dah kot. Aduii! :D

Nah.. Disebabkan line tenet best malam nih, saya nak kongsi lagi satu sketsa giler Spontan nii.. :)



* Alih Suara *


Adeesss.. Gila ah dorang neh! Sakit perut hambe! :)


-------------------------------

yus cakap : Zizan dan Spontan memang best! :D
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Monday, 1 February 2010

Cermin Diri Sendiri Dulu

Saya baru lepas tengok Grammy Awards 2010 kat youtube, takde la tengok the whole event. Just tengok time tribute to Maikel Jeksen (atau nama omputihnya Michael Jackson) saja. Saya suka gak encik Maikel Jeksen nih. Erm.. nak kata minat giler-giler (atau dalam omputihnya fanatic) tu takde la, setakat gemar dengan mesej yang disampaikan dalam lagu dia jer.


* Ni tribute to Michael Jackson in Grammy Awards 2010.. great performance.. :) *


Dalam banyak-banyak lagu dia, saya paling gemar lagu Man In The Mirror. Banyak mesej positif yang terkandung dalam lagu tu.

"I'm starting with the man in the mirror
I'm asking him to change his way
And no message could've been any clearer
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself
And make the change."


Reality Check : Selalu bila namanya manusia nih, suka sangat tengok kekurangan dan kesalahan orang lain. Ini tak kena, itu tak kena. Ini salah, yang tu pon salah. Apa yang betul kat pandangan dia pon tak tahu la.

Kadang-kadang jadi penat ngan orang yang macam ni kan? Rasa nak sekeh je kepala tu! Dia sorang je la yang betol. Bila kita point out yang dia wat 'kurang betul' mula la nak bebal tak tentu pasal.

Baran.

Huh! Ni lah satu perangai yang paling saya tak gemar. Takde kemana nya asyik nak baran aje.

Macam dalam lagu Maikel Jeksen tuh, kita sepatutnya cermin dulu diri sendiri. Kita pon tak perfect. Banyak kekurangan. In fact, nobody's perfect pon.

So, tak payah la selalu pandang kekurangan orang lain. Lagi teruk kalau asyik nak hebahkan keaiban orang lain. Seolah-olah diri sendiri dah perfect sangat. Tak baik gitu. Kalau rasa ada something yang kita tak suka, mulakan perubahan dengan diri sendiri.

Bukan apa, dalam senario sekarang nih, dah makin banyak kejadian-kejadian yang masing-masing saling mengaibkan orang lain. Sudah-sudah la tuh.

* Dalam keluarga pon kena elakkan pergaduhan. Kesian anak jadi mangsa. *

Kalau ditanya semua akan jawab;

"Saya cuma defend diri sendiri."

Heh.. takde maknanya. Kalau semua nak bercakap (dalam kes nih nak defend diri sendiri), sape yang nak dengar? Orang luar yang tak terlibat? Kat situ la sebenarnya punca tersebar semua keaiban masing-masing.

Saidina Ali pernah berpesan, katanya;

"Bila berbicara itu perak, diam itu adalah emas."

Lebih baik kita tumpukan pada kekurangan diri sendiri, apa yang mampu kita buat untuk menjernihkan keadaan, daripada saling terus-terusan menuding jari pada kekurangan insan lain.

Kita nak hidup aman damai kat dunia nih. No point pon asek gaduh-gaduh. Nak-nak lagi sesama Muslim. Kan ke Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang maksudnya;

"Setiap Muslim itu adalah bersaudara."


So seelok-eloknya saya -personally- rasa kita sepatutnya Stop seeing the difference, just Take a look at ourself and Make the change!


-----------------------------------------

yus cakap : Kita bukan selalu betul, dan orang lain bukan selalu salah. Sedar kekurangan diri, terima kelebihan orang lain seadanya.
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Siapakah Orang Itu?


Sebagai halwa mata di hari Isnin nih, saya sertakan satu renungan untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Adakah kita tergolong di antara golongan yang kaya raya di dunia tapi papa kedana di kampung akhirat. atau mungkin kita berbahagia di dunia fana, tapi sengsara di alam abadi..Atau.. benarkah kita sudah betol-betol mengetahui erti sebenar kebahagiaan hidup?

Semoga ada manfaatnya yee.. :)

----------------------------------

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


-----------------------------------

yus cakap : Iman jugak perlu di 'update' melalui muhasabah diri yang berterusan.. :)
Bookmark this post:
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook