Tak sangka pulak saya, yang soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Adooii.. saya ni boleh dikatakan peminat soya gak, walaupon tak fanatik. :)Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Errkk?!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
(4 : link hemaggluttin ni lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupon sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Hurm.. So lepas nih, kurang-kurangkanlah minum soya ye. Sikit-sikit tak bahaya kot ek?
---------------------------
yus cakap : Selalu kalo gi pasar malam, soya ngan tau fu fa, tak penah miss.. Kena la tukar menu ni.. Adess~
Bookmark this post: |




Makanan apa pun klu makan banyak akan bagi kesan negatif
ReplyDeleteyup betul tu. kena makan pada kadar yang sepatutnya.
ReplyDeleten one more thing, soya jugak boleh induce kemandulan hehe pada laki. if im not mistaken, die banyak merosakkan sel sperma.
owh yeke ,
ReplyDeletepatotla member aku cakap . laki kalo minum soya boleh jadi lembut..
ahahaha..
MUGKIN MEMINATI :
Cinta FullTime Atau PartTime
miss ekin : btol soya leh menggalakkan kemandulan bagi lelaki, tp blom banyak kajian yg dibuat utk test mende nih. yg byk dikaji stakat ni ialah kesan soya ke ats wanita dan bayi terutama yg dlm kandungan.
ReplyDeleteaus : ye ke leh jd lembut.. ehhehehe.. :D
touya : kalo tempe still ok lagi kalo nak mkn byk pon, sbb ia dr proses fermentation soya, cuma tofu ngan soya bean milk memang bg kesan buruk. :)
o no...sy suka minum soya
ReplyDeleteehehhehe eryati.. minum sket2 takpe kot.. nanti kempunan lak.. erkk???! :D
ReplyDeletebabi. kena rawat ketagihan soya ni. minum sabun gak kang..
ReplyDeleteavid gunner : wuaaa.. minum sabon??? wuahhahaha.. ok gak.. cepat sket 'GOL'! :D
ReplyDeletesoya yg bt sndiri n yg beli sme2 mmpnyai kburukan ini?
ReplyDeleteencik/cik tak bernama : berdasarkan pembacaan saya, semua jenis soya la ada keburukan ni. tapi kalo sikit2 tu takde hal kot.. cuma kena kurangkan la. :D
ReplyDeletesalam..boleh x cik yus sertakan skali link bhn2 kajian cik..hehe..thanx..
ReplyDeleteencik/cik tak bernama : kebanyakan saya baca melalui internet (dari kajian pengkaji2 luar negara) contoh seperti tesis atau jurnal dorang. kalau nak link, saya kena korek semua semula. so tinggalkan emel encik/cik so that saya leh emelkan later. :)
ReplyDeletesaya juga suka kan soya, dan macam ketagih jer untuk terus mengambil soya, tapi saya terkejut dengan fakta ni, pasni saya nak kurangkan pengambilan soya, seram jugak bila dapat tau pasal keburukan soya ni, by the way, saya jugak dapat tahu bahawa kebaikan soya hanya diuar-uarkan oleh pengeksport kacang soya utama dunia..Amerika.Huh!
ReplyDeleteHope Miss Yus can give us the findings reference a.s.a.p.
ReplyDeleteplease sent it to my mail at tarabas_din@yahoo.com
thanks.
encik/cik Anonymous : mungkin penglibatan Amerika tu ada kaitan dengan tulisan saya yang ni :
ReplyDeleteNew World Order
tarabas_din : i've sent the reference already to your email. thanks for dropping by. :)
kebanyakkan kajian dari orang putih? cam mana pulak kajian dari orang Islam?
ReplyDeleteencik/cik anonymous : setakat pembacaan saya yang terhad ni, apa yang saya wrote tu most of it dari pengkaji mat saleh. tapi saya tak nafikan mesti ada kajian dari kalangan muslims. cuma mungkin and it is obvious yang saya tak banyak menggali lagi. mintak maaf atas kekurangan tersebut. insyaAllah kalao ada kesempatan, saya akan gali lagi and kemukakan kajian tentang ni dari sudut pandangan muslim pulak ye. tapi, ilmu itu kan luas. tak kira dari mana ia datang, saya fikir ia bagus kalau boleh dikongsi. :)
ReplyDeleteeh , yeke ?
ReplyDeletesye tiap2 ary beli ,
soya bule menyebabk kite cpt membesar eh ?
alamak..mcm mana ni? anak saya dua2 org minum susu soya isomil pasal diorg elergic dgn susu lembu. Itupun doktor yg suggest tukar. Camne ni? nak minum susu ape pulak ni?
ReplyDeletepuan anonymous : saya kurang pasti akan alternatif bagi susu soya (soy based milk) bagi kanak-kanak. of coz, susu ibu yg terbaik utk kanak2.. just that, to be practical, skang ni susah untuk wanita berkerjaya (mungkin puan jugak) untuk menyusukan anak2.
ReplyDeletesaya jumpa forum berikut tentang alternatif bagi susu soya.. mungkin berguna untuk puan.
Forum susu soya menggantikan susu lembu
dan untuk semua yang singgah sini, ada lagi satu website yang saya discover menceritakan the truth about soya. kalau ada masa lebih tu, boleh ushar tengok. :)
The Truth About Soy
sis,izin share di fb.. ;)
ReplyDeletemiss/mr anonymous : ok dear.. silakan share.. thanks btw.. :)
ReplyDeletela yer ke?
ReplyDeletebaru sya tau..
pahni kna krgkan mnum soya nie..
Maaaf nak tanya..ada tak sumber yang tepat untuk mensahihkan tentang keburukan soya ni?
ReplyDeletecik/encik anonymous : sumber sebenar tentang tulisan saya ini ialah dari web ini
ReplyDeleteIs Soy Healthy?
saya translate kan dari english kepada bahasa melayu. ada jugak beberapa web lain yang saya refer dalam menghasilkan entri ini. tapi hampir 85% ialah dari web yang saya nyatakan tersebut.
sumber yang tepat untuk mensahihkan keburukan soya ni masih belum dipastikan. sebab masih banyak kajian yang dilakukan untuk memastikan keburukan soya. jadi saya minta maaf sebab tak dapat menjawab soalan anda tentang sumber yang tepat tu. saya hanya boleh bagi sumber tulisan saya ni untuk anda kaji journal dan reference yang disertakan dalam artikel berbahasa inggeris dalam web tersebut.
ReplyDeletesorry dan terima kasih. :)
:D .. takpe2,terima kasih keana menjawab soalan saya.ermm anak buah saya memang suka sangat minum soya kotak.Soya kotak tu macam dah menggantikan air susu dia.Saya cuma risau sekiranya soya yang dia munum tu nanti akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan dia untuk masa akan datang.
ReplyDeleteboleh caye kerr ni.. ke sbb de y wat kajian ni nak lingkupkan cmpny y wat air soya. dan ladang dia? kan ade pk tak?
ReplyDeleteikhwan bahkri : ape2 pn mknn n minuman kt dunia skrg ni sume ade kimia nye..sme ade byk ato ckit je kmia nyee..tu je..yg psti mmg akn ade side effect kpd konsumer nye...
ReplyDeleteikut la cre ISLAM..b'sdrhne la..jgn t'llu byk o ckit..klaw tk bole gak..ihthar kn cre nye sndri..cri mklmt dr mne2 smber..jgn dr satu smber je...
salam..aku ade beli produk dr8 dr rozmey tu...
ReplyDeletedie tulis kat situ campuran serbuk protin soya/isolated soy protin..
ape beza die dgn kacang soya?
agak2 ade kesan x kalau aku minum?
dh la mahal x minum rugi plak...aduhh..
salam.. sy minta izin share to fb ya...thanx 4 da info =)
ReplyDeletealamak.. pasal produk dr8 tu saya tak berani komen.. nanti timbul isu nak menjatuhkan or what-not. so saya minta maaf sebab tak dapat jawab..
ReplyDeletew'salam.. ilmu itu untuk dikongsi.. silakan share.. terima kasih.. :)
salam..ank sya xnk minum susutepung..sya da try anmum and lactogen tp nmpak x serasi..sya cbe try susu soya..NURSOY..dia minum..sya anggap mgkin dia turun saya.waktu kcil sya mnum susu soya..wats ur opinion? baby aged 5 months..
ReplyDeletewsalam puan anonymous.. rasanya saya bukan di kalangan yang arif untuk jawwab soalan puan. tapi ada juga saya search tentang bahaya soya pada kanak2/bayi. good news is susu soya tidak beri keburukan selagi ia adalah SOYA ORGANIK. bukan GENETICALLY MODIFIED soya.
ReplyDeletemenurut Dr. Cara Natterson, "Does this mean you should stop giving your kid soybeans? No, but I believe in everything in moderation. If you do notice a change in your child's body, stop the soy and see your pediatrician. However, most kids are not that sensitive to it. And it's always better to go organic when you can, because that cuts down the risk that the soybeans are genetically modified." SUMBER